Posts

Showing posts from May, 2013

TCCOW Special Episode 5 – Kak Intan

Dia membelek-belek novel lama keluaran tahun 2007 itu. Rindu Belum Berhenti. Dia cukup suka dengan novel itu. Sukakan heroinnya. Sukakan ceritanya. Dan yang paling penting sukakan heronya yang macho itu. Izz Karami.

Bahan-bahan untuk membuat Pajeri Nenas sudah ada di dalam peti. Suami hendak makan. Jadi, nak tak nak, kenalah juga dia turutkan. Ah, sebenarnya dia tidak kisah langsung mahu memasak apa yang dipinta suami tersayang.

Teringatkan Pajeri Nenas, Puan Intan teringatkan budak lelaki itu. Dia suka makan Pajeri Nenas. Terutamanya pada bulan Ramadhan. Mengenangkan Pajeri Nenas dan Jahn, dia terfikir. Jahn masak ke tidak masakan itu selepas diberikan resepi itu kepadanya. Ah, macam-macam sahaja budak itu.

novel the curious case of whatever 25

Part 25
Act 121 – An Unlikely Gathering2009. Hotel Shangri-La, Kuala LumpurJad Imran membetulkan duduknya yang tidak selesa. Sepanjang masa seminar yang memakan belanja ribuan ringgit ini berlansung, dia mendengar dengan kusyuk sekali. Bukannya senang untuk dia mendapat peluang seperti ini. Lebih-lebih lagi dalam negara. Penceramah yang datang merupakan seorang professor yang sangat prolifik di dalam bidangnya. Farmaseutikal dan farmakologi moden. Jad bukanlah seorang pensyarah dalam bidang tersebut tetapi tesis terbarunya berkait-rapat dengan bidang itu. Dia ingin mengkaji kos transaksi dalam industri famaseutikal.  Jadi, dia perlu mendapatkan informasi first-hand yang cukup berharga ini. Selain itu, dia ke sini selepas terjadi sedikit perselisihan antaranya dan Suraya. Untuk menenangkan diri sendiri rasanya biarlah dia menjauh. Dan alang-alang ada alasan untuk menyiapkan tesis, Jad rasa tidaklah melampau untuknya berbuat demikian. Dia hanya mengharap semua orang faham. Dia mengharap…

berlari

Image
pernahkah kau berlari, kau hanya ingin pergi
tapi mereka tetap mengekori... tak henti-henti
pernahkah kau berfikir, sampai bila harus begini
setiap hari tak berubah... sehingga kau mahu pergi

aku pernah di situ, terfikir mengapa harusku bertahan
menunggu yang takkan datang
lelah, penat, sakit, sedih... semuanya bercampur-baur
sehingga ku tak fahami diri sendiri

tetapi saat Dia hadirkan perasaan itu,
buat aku terfikir, kenapa perlu ia berlaku
aku cuba fahami mengapa ini yang terjadi
lalu akhirnya, aku bangkit teguhkan diriku

setiap yang berlaku... Dia tahu yang terbaik
apa untuk dirimu... walaupun kau ragui
setiap yang terjadi... Dia bukan hanya menguji
apa yang terjadi... kerana kasihNya adalah sejati


jika kaumasih berlari, kau teruskan berlari
biarpun mereka tak berhenti mengekori... jangan pernah berhenti
jika kau masih berfikir, sampai bila hendak berfikir
kerana tiadakan berubah... sehingga kau teruskan... berlari...