Posts

Showing posts from May, 2013

TCCOW Special Episode 5 – Kak Intan

Dia membelek-belek novel lama keluaran tahun 2007 itu. Rindu Belum Berhenti. Dia cukup suka dengan novel itu. Sukakan heroinnya. Sukakan ceritanya. Dan yang paling penting sukakan heronya yang macho itu. Izz Karami. Bahan-bahan untuk membuat Pajeri Nenas sudah ada di dalam peti. Suami hendak makan. Jadi, nak tak nak, kenalah juga dia turutkan. Ah, sebenarnya dia tidak kisah langsung mahu memasak apa yang dipinta suami tersayang. Teringatkan Pajeri Nenas, Puan Intan teringatkan budak lelaki itu. Dia suka makan Pajeri Nenas. Terutamanya pada bulan Ramadhan. Mengenangkan Pajeri Nenas dan Jahn, dia terfikir. Jahn masak ke tidak masakan itu selepas diberikan resepi itu kepadanya. Ah, macam-macam sahaja budak itu.

novel the curious case of whatever 25

Part 25 Act 121 – An Unlikely Gathering 2009. Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur Jad Imran membetulkan duduknya yang tidak selesa. Sepanjang masa seminar yang memakan belanja ribuan ringgit ini berlansung, dia mendengar dengan kusyuk sekali. Bukannya senang untuk dia mendapat peluang seperti ini. Lebih-lebih lagi dalam negara. Penceramah yang datang merupakan seorang professor yang sangat prolifik di dalam bidangnya. Farmaseutikal dan farmakologi moden. Jad bukanlah seorang pensyarah dalam bidang tersebut tetapi tesis terbarunya berkait-rapat dengan bidang itu. Dia ingin mengkaji kos transaksi dalam industri famaseutikal.  Jadi, dia perlu mendapatkan informasi first-hand yang cukup berharga ini. Selain itu, dia ke sini selepas terjadi sedikit perselisihan antaranya dan Suraya. Untuk menenangkan diri sendiri rasanya biarlah dia menjauh. Dan alang-alang ada alasan untuk menyiapkan tesis, Jad rasa tidaklah melampau untuknya berbuat demikian. Dia hanya mengharap semua orang faham. Dia m

berlari

Image
pernahkah kau berlari, kau hanya ingin pergi tapi mereka tetap mengekori... tak henti-henti pernahkah kau berfikir, sampai bila harus begini setiap hari tak berubah... sehingga kau mahu pergi aku pernah di situ, terfikir mengapa harusku bertahan menunggu yang takkan datang lelah, penat, sakit, sedih... semuanya bercampur-baur sehingga ku tak fahami diri sendiri tetapi saat Dia hadirkan perasaan itu, buat aku terfikir, kenapa perlu ia berlaku aku cuba fahami mengapa ini yang terjadi lalu akhirnya, aku bangkit teguhkan diriku setiap yang berlaku... Dia tahu yang terbaik apa untuk dirimu... walaupun kau ragui setiap yang terjadi... Dia bukan hanya menguji apa yang terjadi... kerana kasihNya adalah sejati jika kaumasih berlari, kau teruskan berlari biarpun mereka tak berhenti mengekori... jangan pernah berhenti jika kau masih berfikir, sampai bila hendak berfikir kerana tiadakan berubah... sehingga kau teruskan... berlari...