pernahkah kau berlari, kau hanya ingin pergi tapi mereka tetap mengekori... tak henti-henti pernahkah kau berfikir, sampai bila harus begini setiap hari tak berubah... sehingga kau mahu pergi aku pernah di situ, terfikir mengapa harusku bertahan menunggu yang takkan datang lelah, penat, sakit, sedih... semuanya bercampur-baur sehingga ku tak fahami diri sendiri tetapi saat Dia hadirkan perasaan itu, buat aku terfikir, kenapa perlu ia berlaku aku cuba fahami mengapa ini yang terjadi lalu akhirnya, aku bangkit teguhkan diriku setiap yang berlaku... Dia tahu yang terbaik apa untuk dirimu... walaupun kau ragui setiap yang terjadi... Dia bukan hanya menguji apa yang terjadi... kerana kasihNya adalah sejati jika kaumasih berlari, kau teruskan berlari biarpun mereka tak berhenti mengekori... jangan pernah berhenti jika kau masih berfikir, sampai bila hendak berfikir kerana tiadakan berubah... sehingga kau teruskan... berlari...