novela the curious case of whatever 16

Part 16


Act 76 – Stockholm Syndrome?


Sebuah lokasi rahsia berdekatan Klang...

Pintu kayu di tolak lalu mengeluarkan bunyi mengeriut yang agak kuat. Besi engsel sudah berkarat agaknya. Sudah lama dia tidak ke sini, telahnya dalam hati. Tempat ini menyimpan suatu kenangan buat dirinya. Sesuatu yang merbahaya, sesuatu yang cukup merbahaya.

Dia memegang luka yang sedikit itu. Mahu dihentikan pendarahan. Adni dan Ari mengikut sahaja.

“We should be safe here... for now,” katanya perlahan sambil mengekalkan pandangan yang minimal antara mereka. Bukannya dia tidak beradap untuk tidak melihat perempuan-perempuan itu semasa bercakap tetapi kerana kedua-dua mereka tidak berhijab pada waktu ini. Walaupun agak kedaruratan, selagi boleh dia menahan, dia akan tahan diri daripada melihat. Lagipun, dia yakin itulah yang Adni dan Ari mahukan. Mereka juga tidak mahu menanggung dosa.



Imbas kembali...

Bunyi tembakan yang kedengaran itu membuatkan Adni dan Ari terbungkam. Apatah lagi setelah mereka dapat mengagak sedikit sebanyak keadaan yang telah berlaku ini.

“Ari...,” seru Adni mahu Ari lari daripada pintu besi itu.

Ari tidak melawan permintaan Adni, dia segera mendapatkan wanita yang dia anggap kakak itu. Mereka berpegangan tangan sambil membaca doa dalam hati. Meminta Allah melindungi mereka daripada segala macam kejahatan. Di luar masih kedengaran suara manusia melaung dan meraung. Apabila mereka ingatkan pertarungan sengit dua lelaki di luar itu tidak akan habis, tiba-tiba suasana menjadi senyap dan sepi. Seakan di luar itu tidak ada apa-apa yang berlaku.

~~

Dia berdengus dengan nafas yang berat. Seakan sukar sahaja udara mahu disedut masuk dan dihembus keluar daripada hidungnya sehinggakan dia terpaksa bernafas dengan mulut. Dia cuma letih mungkin. Lelaki yang ada di hadapannya sudah tidak sedar lagi. Dua hentakkan lutut ke muka bukan sahaja membuatkan hidungnya patah tetapi sekaligus menjadikannya tidak dapat memberi respon dengan keadaan sekeliling lagi.

Si pemenang itu berjalan ke arah stor untuk mendapatkan wanita-wanita itu. Dia sudah banyak menghabiskan masa di sini. Dia tidak boleh berlengah-lengah lagi. Pintu besi itu ditolaknya kuat.

~~

Ari dan Adni cuma mampu melihat sahaja pintu itu ditolak daripada luar. Ombak debar di dalam hati akhirnya menyurut, berubah menjadi tenang apabila wajah yang dijamah bukannya muka lelaki keparat bernama Alek.

Lelaki misteri yang tidak diketahui namanya itu masih berdiri di mulut bilik stor itu sambil tangan menahan pintu ke dinding. Pada lengan kanannya, darah menitik sedikit, entah bagaimanalah dia mendapat kecederaan itu. Dia termengah-mengah barang sekejap. Desah nafasnya semakin pulih namun rasanya dia perlukan beberapa saat lagi untuk berasa selesa semula. Bagaimanapun, sebelum sempat pun dia mententeramkan diri, bulu tengkuknya berdiri sendiri seumpama memberitahu ada bahaya yang masih belum tamat.

“Belakang awak!” jerit Ari apabila melihat ada bayang-bayang yang muncul disebalik lelaki yang telah menyelamatkan mereka itu.

Sepantas kilat, lelaki itu menunduk. Tangan Alek yang memegang pisau Rambo disentap lantas dia menghumban lelaki itu ke hadapan dengan skill judo, hampir terkena Adni. Wanita itu segera melarikan diri ke sudut bilik, separa menggeletar. Perlakuannya itu ditiru Ari tanpa disedari. Kedua-dua mereka berpelukan dan berteriak kuat bagaikan histeria!

Lelaki itu tidak berhenti di situ sahaja, dia melompat ke atas tubuh Alek yang sudah terlentang. Penumbuknya dikeraskan. Tanpa berlengah, dia menghentam muka lelaki manusia keparat itu berkali-kali. Kali ini dia mahu memastikan yang Alek tidak akan mampu bangun lagi. Dia harus dipengsankan untuk kesejahteraan mereka bertiga.

~~

Kuala Lumpur

“So, what do you think about this case, Elena?” tanya lelaki yang sedari tadi menunggu di dalam kereta ini, menjadi pendengar perbualan Elena Park dengan Adnan Taufik.

“He’s an uxorious, no doubt. Sweet but corny,” balas Elena dengan selamba, malas dan tidak gembira.

“Well, that’s personal. Tactical advice?” tanyanya lagi.

“Tactically, since we have ample amount of NOTHING for the time being, I don’t think this will be easy. Why don’t you give a surprise visit to the client, I said to him that you’ll be coming to discuss. That guy is a real desperado,” balas Elena.

Lelaki disebelahnya itu hanya berdengus perlahan. Elena tidak mahu melayannya sangat. Dia bukannya berkecil hati. Dia tidak ada perasaan itu. Oleh kerana partnernya yang seorang lagi itu sedang bercuti pada masa ini, dia terpaksalah menggunakan khidmat Elena. Satu-satunya staf syndicate yang free pada masa ini. Pelik juga dia, kenapa Elena tidak turut serta dengan assignment yang sedang Blade lakukan. Biasanya apa-apa tugasan Blade, Elena akan bertindak sebagai pembantu peribadi. Sekarang lain pula keadaannya.

“Kenapa kau tak ikut assignment Blade, eh?” tanyanya jujur. Matanya tidak melihat Elena sebaliknya dia menumpukan perhatian kepada pemanduan. Jalan berselekoh dan ada banyak kenderaan di atas jalan raya.

Elena memandang ke arah lelaki bermata tajam yang duduk di sebelahnya itu. Daripada soalannya itu, Elena yakin kawannya ini tidak tahu apa-apa yang Blade lakukan sebagai assignment. Mengingatkan perkara itu, hati Elena jadi panas mendidih tiba-tiba. Teringatkan yang dia belum menjawab pertanyaan lelaki itu, Elena membalas, “tak payah nak sibuk hal orang!” kasar sahaja bunyinya. Perlukah dia menjawab yang client hanya specifically ask for Blade.

“Eh, marah pulak! Kenapa ni, bergaduh dengan boyfriend ke?” acah lelaki itu menyakat Elena. Dia tahu Elena memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Blade. Kalau hendak diikutkan, sebenarnya, dia ini bukanlah rapat sangat dengan Elena tetapi dia suka menyakat. Tak kiralah siapa sekalipun kecuali pegawai atasan, kalau dia ada mood pasti dia akan bermesra-mesraan seperti mana yang dia lakukan sekarang.

“Jangan nak merepek, Emil!” balas Elena kepada partner sementaranya itu.

Emil? Macam pernah dengar je nama tu...

~~

“Awak berdua boleh jalan?” tanya lelaki yang sudah membelasah Alek sampai pengsan itu.

“Bo... boleh,” jawab Ari dan Adni serentak dalam nada kekejutan.

Lelaki itu tersenyum mendengar jawapan mereka. Dia menundukkan muka. Dia menyuruh perempuan berdua itu menurutnya sesudah dia memikul tubuh kaku Alek ke bahu. Ari dan Adni benar-benar seperti kanak-kanak kecil sahaja lagaknya, mengikut sahaja apa yang disuruh. Ah, kalau tidak disuruh pun rasanya mereka akan menurut langkah lelaki yang telah menjadi hero mereka ini. Tidak kuasa mereka hendak duduk berseram-seraman di tempat yang macam ini, malam-malam buta sebegini. Tidak lama sebelum mereka sampai ke kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Alek tadi. Dia sudah memeriksa tadi dan kunci sudah ada padanya. Setelah kedua-dua wanita itu menaiki kenderaan itu, dia menghumban tubuh Alek ke dalam bonet kereta. Ah, di situ sahaja layaknya dia! Kalau diikutkan hati mahu sahja dia mengikat lelaki keparat itu di atas bumbung kereta, biar dia tahu rasa!

Sepanjang perjalanan mereka hanya diam sahaja. Tidak berkata apa-apa. Tetapi sempatlah juga lelaki itu berhenti di 7 Eleven sekejap membeli mi segera dalam cawan. Barang 3-4 cawan. Yang peliknya, Ari dan Adni langsung tidak mencuba melarikan diri. Mereka mendengar kata lelaki itu supaya tunggu di dalam kereta dan jangan ke mana-mana, memang seperti budak kecil yang tidak nakal. Hendak kata mereka terkena Stockholm Syndrome sekali pun agak-agaklah... masing-masing isteri orang. Apalah kenanya Arisa Nur Adalia dengan Adni Zuhayra ini? Adni pun satu, dia tidak tahukah apa itu Stockholm Syndrome?

~~

Kuala Lumpur...

Haiyan Rifqi masih mengacukan pisau ke leher Tiger sebagai jaminan untuk dia pergi tanpa diekori oleh orang-orang Tiger. Tahu yang Rif tidak bergurau, orang-orang Tiger menurut segala kemahuan Rif. Tiger dapat dilarikan tanpa sebarang gangguan selepas itu. Sesampainya dia dekat muka pintu yang menghubungkan bumbung bangunan ini dengan tingkat bawah, wajah Eddie Sufian dia jamah. Lelaki itulah yang menembak dengan sniper tadi. Sengaja dia tidak menyerang pada bahagian yang boleh membawa maut. Eddie memang cekap menggunakan pistol dan adalah pakar tembakan tepat. Dia tahu bagaimana hendak melepaskan satu clean shot, iaitu tembakan yang tidak meragut nyawa.

Tiger tidak dapat melihat Eddie kerana wajahnya menghala ke hadapan. Eddie memberi isyarat supaya Tiger dipengsankan terus. Sukar untuk mereka untuk membawa lelaki itu keluar jika dia masih sedar. Rif mengangguk, sekaligus memusing leher lelaki itu. Bunyi seakan retak kedengaran. Tiger menjerit kecil sebelum hilang kesedaran diri.

“Let’s go!” ajak Eddie mahu segera pergi.

Act 77 – Total Recall


“I remembered you,” ruang dengar Nina diserbu dengan pernyataan Izz Karami dengan nada serius.

Darah menyerbu ke wajah Nina tika dan saat ini. Dia ingat dia boleh bersembunyi tetapi takdir sudah mengatakan yang dia akan berjumpa semula dengan lelaki bermata sedih ini. Ah, kesedihannya sekarang mungkin hanya disebabkan oleh isteri yang dia cinta teraniaya.

“Awak cakap apa?” balas Nina cuba berdalih. Bunyi suaranya seakan gementar yang agam.

“You understand me fairly well. Don’t worry, I’m not angry,” tingkah Izz semula. Apa yang terjadi dahulu dia tidak mahu ingat lagi, biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah sahaja. Lagipun, semua itu telah lama berlaku. Hendak diingat-ingat pun bukannya mendatangkan faedah. Buat sakit hati sahaja.

“I’m sorry, waktu tu... saya... terpaksa,” jawab Nina tergagap-gagap.

“Yeah, you’re definitely look ‘terpaksa’ that time, huh!” perli Izz separa bergurau tetapi dia juga terasa jengkel dengan alasan Nina itu. Terpaksa? Apa yang Izz ingat, pada waktu itu Nina kelihatan cukup enjoy melakukannya.

“You didn’t know what happened!” suara Nina sudah meningkat tinggi satu oktaf lagi.

“Yes, I don’t know what actually happened... you try to..., and when I woke up, you tried to get a 3 inches needle in my head! What was it that you wanted?” Izz sudah tidak tahan untuk kekal menggunakan nada yang rendah apabila mengingatkan perkara lalu.

Daripada apa yang dikatakan oleh Izz, ada dua perkara yang Nina lakukan terhadapnya, cubaan pertama itu tidak jelas kerana Izz tidak sanggup menyebut perkataan itu, dan yang keduanya adalah Nina cuba membunuhnya!

~~

Sid yang menunggang hanya menurut sahaja jalan mana yang dipandu Izz. Deru angin malam yang berhembus ke tubuhnya terasa dingin walaupun dia memakai pakaian yang agak berlapis-lapis. Sejuknya masih terasa. Dalam fokus, Sid masih mampu melihat daripada belakang kepada dua manusia di hadapannya. Mujur juga kereta perempuan yang bernama Nina itu adalah daripada jenis convertible. Senang sedikit untuk mengintai apa yang terjadi. Kelihatannya Izz sedang berborak dengan perempuan itu. Apalah yang mereka bualkan, Sid tidak penasaran untuk tahu. Dalam fikirannya hanya ada imej Arisa Nur Adalia sahaja.

~~

“Do you want to know what happened?!” tanya Nina membentak.

“Oh? Selepas bertahun-tahun benda dah jadi, sekarang baru awak nak buka mulut. It’s okay, Nina! Saya dah ada isteri sekarang, apa yang penting adalah selamatkan isteri saya. Bukan hendak mendengar penjelasan awak lagi dah!” tempelak Izz menidakkan Nina.

“Kenapa? Takut? Nak lari daripada kenyataan? Nak lupakan apa yang kita pernah ‘buat’?” balas Nina seakan-akan memerli apa yang Izz kata.

“Saya tak kisah bunuh awak dekat sini kalau awak masih nak cakap benda-benda macam ini. Kan saya dah kata, saya dah ada isteri... dan perkara yang paling penting sekarang adalah menyelamatkannya. Tapi jangan ingat hanya kerana saya dah ada keluarga dan hidup bahagia sekarang, saya bukan lagi Zack yang awak kenal dulu! Ini amaran saya buat kali terakhirnya, Nina Frost. Jangan buat saya naik angin!” suara Izz sudah mengendur bunyinya namun biasalah, kalau lelaki itu sudah serius dan tidak bermain-main kata, suaranya jadi dalam dan menyeramkan. Nina juga merasa bagaimana keseraman Izz itu membuatkan bulu roma pada tengkuknya berdiri seumpama berhadapan dengan hantu puaka.

“Hmm, do you remember Sheffield?” tingkah Nina kedengarannya mengubah topik. Namun Izz sedar apa yang datang dengan pertanyaan itu. Tiba-tiba sahaja amarah berapinya tadi bagaikan tersimbah dengan salji.

“Always... and forever,” balas Izz Karami dengan nada yang menenangkan. Fikirannya tumpah pada wajah kesayangannya. Mindanya memutar satu kenangan yang Adni tidak pernah tahu. Sesuatu yang dia rasa tidak perlu dikenang lagi.

Nina memandang Izz dengan rasa yang berlapis-lapis. Sejujurnya tadi dia rasa cukup gerun jika lelaki itu mengingatinya. Dia takut juga kalau-kalau Izz bertindak gila mahu menamatkan riwayatnya. Walauapapun yang dia lakukan terhadap Izz dahulu, dia tidak sanggup menebus dosanya dengan menggunakan nyawanya sendiri sebagai ganti. Dia bukannya insan yang mulia untuk sanggup melakukan itu. Hatinya bukanlah seikhlas begitu. Walaupun dia cukup menyayangi Alia, tetapi kes itu lain. Bukannya sama dengan kes Izz Karami ini. Seperti katanya, Alia exceptionally different, dia tidak akan menyamakan orang lain dengan Alia. Jadi, dia cukup lega apabila Izz mahu melepaskannya. Izz kalih pandang ke wajah Nina. Hanya pandangan sisi yang dia nampak. Ada senyum yang nipis pada bibir Izz. Dia sebenarnya gembira bertemu dengan perempuan yang pernah mengisi kehidupannya dahulu. Nina juga membalas pandangan, dia menunduk malu ditilik sebegitu. Ada tawa kecil sesudahnya. Apa sebenarnya hubungan mereka?

Act 78 – 2 Jeritan Sama


Alek disekap di sebalik bilik bergerigi besi di tempat yang kelihatannya seperti sebuah rumah tinggal yang terletak jauh di dalam hutan ini. Mukanya sudah nampak bengkak dibelasah oleh lelaki misteri itu tadi. Darah yang keluar daripada hidung sudah kering dan mengeras. Pun begitu, dia masih dibalut ketidaksedaran diri lagi. Mungkin pukulan yang diterimanya terlampau hebat.

Entah bagaimanalah mereka boleh menjumpai tempat sebegini, dan lebih pelik lagi, macam mana boleh ada lokap pula dalam rumah tinggal ini? Adni memeluk tubuh sahaja memandang sekeliling. Ari pula sedang sedap menghirup kuah maggi cup berperisa kari yang disediakan oleh lelaki misteri yang menyelamatkan mereka tadi. Mata Adni cuma memandang sahaja tingkah laku Ari itu. Adalah dalam dua hari juga dia tidak menjamah makanan yang sempurna. Dalam tahanan beberapa puluh jam lepas dia hanya diberikan air mineral dan makanan ringan sahaja. Nasi jauh sekalilah hendak bertemu. Ini pun dah kira oklah juga. Sejenak Adni memandang lelaki yang menyelamatkan dia dan Ari tadi. Dia masih berasa curiga dengan motif lelaki bertubuh tegap itu.

“Macam mana awak boleh tahu kami dikurung dekat situ?” tanya Adni memecah kesunyian bahasa di situ. Bunyi cengkerik dan unggas yang sedari tadi mendominasi suasana akhirnya dipecah juga dengan komunikasi manusia.

“Ada orang beritahu saya,” jawab lelaki itu selamba. Dia masih memandang hadapan rumah seakan menunggu-nunggu seseorang.

“Awak tunggu siapa tu?” tanya Adni lagi.

“Tak ada sesiapa,” dalihnya pendek sambil kepala menggeleng. Namun Adni mengesan suatu kelainan dalam diri lelaki yang rasanya dia kenal itu. Dia kelihatan dalam kebimbangan yang sengaja disorok-sorokkan. Ari mungkin tidak dapat mengesan tetapi tidak bagi Adni. Menjadi isteri kepada seorang penyiasat persendirian, dia jadi terbiasa untuk mengkaji gerak-geri seseorang dan dapat menelah sama ada mereka menyembunyikan sesuatu ataupun tidak. Daripada bahasa tubuh lelaki ini, Adni tahu, lelaki ini ada sesuatu yang dia simpan. Walaubagaimanapun, Adni tidak berminat untuk tahu sebab apa, dia lebih berminat untuk tahu kenapa dan bagaimana lelaki ini menyelamatkan dia dan Ari. Motifnya mungkin tidak detrimental tetapi Adni masih berasa curiga.

Adni jadi malas hendak bercakap lagi. Dia melabuhkan duduknya berdekatan dengan Ari dan bersandar pada dinding usang rumah tinggal ini. Wajah Ari ditatap seketika, tidak lama sebelum wanita itu membalas pandangan.

“Kenapa, kak?” tanya Ari tidak menyimpan.

Adni sekadar menggeleng sahaja, gembira dia melihat Ari yang kelihatannya cukup berselera menikmati maggi kari itu. Bunyi tapak kaki lelaki itu datang menghampiri kedua-dua mereka. Adni dan Ari mengalih pandangan kepadanya. Dia mencangkung di hadapan mereka berdua dan memandang tajam tetapi tidaklah ada riak marah atau apa-apa. Cuma serius sahaja.

“Maaflah, ini sahaja yang ada,” katanya meminta maaf sekadar hanya mampu memberikan Ari makan mi segera sahaja.

Ari pantas menggeleng kepala sebelum berkata, “it’s okay, ini pun dah cukup, terima kasih belanja!” ucapnya berterima kasih.

Lelaki itu bangun semula dan kembali ke posisi sebelumnya. Nampaknya dia memang sedang menunggu seseorang. Siapalah agaknya itu?

“Jimmy sihat?” tanya Adni tiba-tiba.

Lelaki itu terkejut serta-merta setelah mendengar pertanyaan Adni. Dia menoleh pandang ke arah wanita berwajah cantik itu.

~~

“Hachuu, ahhh... Alhamdulillah!” Jimmy tertunduk bersin tiba-tiba. Kuat pula bunyinya. Macam ada orang yang sedang mengatanya. Hafriz memandang lelaki itu dengan pandangan yang statik.

“Sorry,” ucap Jimmy. Entah kenapa dia terasa seperti dia perlu meminta maaf sedangkan dia tidak berbuat salah.

Lebih kurang 15 minit tadi mereka sampai ke kebun getah ini selepas menjumpai Toyota Hilux milik agensi penyiasatan milik Izz tersadai di gigi jalan. Selain itu, Rex juga gagal menghubungi Rahim merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bukan hanya Rahim, Daim dan Ken juga tidak dapat dihubungi mengukuhkan lagi ketidaksenangan dalam hati. Rex bukannya seorang yang paranoia tetapi gerak hatinya selalu betul. Dia dapat merasakan seperti ada perkara yang tidak baik yang telah terjadi. Sudahnya, selepas mereka sampai ke sini, dia mengarahkan mereka berpecah kepada dua kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Dia dan Fauzan, Alpha One serta Hafriz dan Jimmy, Alpha Two yang disertai oleh Suri bergerak berasingan untuk mencari Daim, Ken dan Rahim.

Dan sekarang, Alpha Two sudah berada jauh daripada Alpha One. Hafriz mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Jimmy. Dia tidak mahu menahan rasa lagi, dia tidak tahan memikirkan Jimmy yang ada sesuatu yang dirahsiakannya. Hafriz memalingkan muka setelah beberapa lama mengepalai kumpulan ini tadi berjalan di dalam kebun getah yang semaknya sudah menjadi hutan belukar. Suri dan Jimmy berhenti tiba-tiba apabila Hafriz berbuat demikian.

“Kau dah kenapa, Hafriz?” tanya Suri tidak mengira apa.

“Apa sebenarnya yang kau nak?” tanya Hafriz tegas. Matanya memandang terus kepada Jimmy.

Tetapi lain pula orang yang terasa, Suri pula yang pantas menjawab, “eh, kita yang tanya dulu dia tanya kita balik?”

“Suri, bukan awak...,” balas Hafriz serius seraya memandang ke wajah Suri. Daripada pandangan mata Hafriz, Suri tahu Hafriz menyuruhnya diam. Suri walaupun seorang yang kuat memberontak tetapi ada kalanya dia jadi takut dengan Hafriz. Contohnya apabila lelaki itu berlagak serius dengan mata memandangnya bagai hendak ditelannya dia. Suri terdiam terus. Dia kalih pandang ke batang tubuh Jimmy yang hanya beberapa inci sahaja di belakangnya.

“Apa maksud kau? Aku tak faham,” dalih Jimmy cuba menenangkan keadaan. Dia tidak menyangka yang Hafriz akan mahu bersemuka seawal ini. Dia belum mencari akal untuk mengelentong Hafriz lagi tetapi lelaki itu sudah awal-awal lagi menyoalnya.

“Jangan buat-buat tak faham pula, masa dekat KLCC tadi, kau call siapa? Kau nak aku retrieve balik phone call tu ke baru kau nak mengaku?!” suara Hafriz sudah naik setingkat ke atas.

“Hanya disebabkan satu phone call kau dah nak tuduh aku macam-macam ke Hafriz? Kau tak pasti pun lagi tapi kau dah nak kata aku ni ada niat jahat?” Jimmy membela diri sendiri walaupun dia sebenarnya memang merahsiakan sesuatu daripada kesemua yang ada di sini. Ah, Hafriz pun satu hal... cakap macam aku ada niat jahat pula!

“Aku tak akan curiga kalau kau tak rahsiakan sesuatu!” tempelak Hafriz kasar.

Suri hanya memandang sahaja dan tersepit di tengah-tengah. Dia jadi tidak selesa sebenarnya tetapi dalam keadaan begini dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan, seingatnya tadi dia menunggu bersama Jimmy semasa Hafriz berjumpa dengan Blade. Dan Jimmy juga ada membuat satu panggilan telefon dan mengangkat satu panggilan juga. Cuma yang dia tidak tahu adalah dengan siapa kerana Jimmy meminta diri untuk bercakap jauh sedikit daripadanya. Dia pun tidaklah curiga sangat kerana memang biasa orang akan berbuat demikian apabila menganggap panggilan itu mungkin bersifat peribadi.

“Apa yang aku nak rahsiakan daripada kau? I made a personal phone call, itu ke yang kau curigakan? Give me a break, Hafriz!” balas Jimmy malas mengalah.

Kedua-dua mereka hanya merenung mata antara mereka kerana ketegangan sudah melarat menjadi perang dingin. Suri semakin tidak tahan dengan perangai kedua-dua lelaki berbadan sasa ini. Siang tadi bukan main baik lagi, puji-memuji siap bagai, alih-alih sekarang dah macam anjing dengan kucing pula.

“Guys, knock it off! Apa kena dengan korang berdua ni haa? Tadi abah, sekarang awak pulak, Hafriz! Cubalah kawal sikit temper tu, aku shoot jugak karang,” marah Suri tidak bergurau. Hafriz hanya memandang Suri dengan pandangan yang sama seperti tadi namun Suri enggan melayan, dia mengalihkan mata kepada Jimmy.

“Jimmy, bak sini handphone awak,” minta Suri.

“Ke... kenapa pulak?” jawabnya gabra.

“Awak nak clearkan benda ni ke tidak? Saya nak tengok daftar panggilan awak,” balas Suri menerangkan.

Jimmy tidak tahu bagaimana hendak mengelak lagi, kalau dia tidak memberikannya Suri telefon bimbitnya untuk digeledah, ia hanya akan membuka ruang curiga yang lebih besar namun membenarkan mereka melihatnya juga mungkin akan membuatkan dia terkantoi di sini sia-sia.

“Jimmy...,” pinta Suri lembut tetapi serius. Hafriz pula masih memandang dengan wajah yang sangat tegang.

Mati pun matilah...

~~

“Nama saya Helmi,” katanya perlahan.

Adni tersenyum melihat lelaki itu mengenalkan dirinya. Helmi tahu yang perempuan-perempuan berdua ini kenal siapa dirinya. Sementelah dia pernah menghadiri kenduri di rumah Sid dan Ari beberapa bulan lepas selepas Jimmy dan pasangan-pasangan itu pulang daripada mengerjakan ibadah umrah. Walaupun hanya sekali berjumpa, nampaknya mereka tidak lupa.

“So, Helmi, kalau pihak tentera sudah campur tangan maknanya hal sekarang ini bukan sekadar kes cikai-cikai sahaja, kan? What actually happen? What was in the luggage?” tanya Adni tidak menahan diri.

“Sorry, that info is HIGHLY classified,” jawab Helmi jujur dengan menekankan perkataan ‘highly’ itu. Dia tidak boleh memberitahu Adni dan Ari tentang apa yang ditanyakan.

“Baiklah, saya dah agak pun, sebenarnya,” jawab Adni tak boleh memaksa Helmi memberitahu apa yang dia mahu tahu, cuma buat sekali dia masih mahu mencuba, “tetapi awak tahu, kan... informasi yang awak tahu ini adalah sebab kenapa kami jadi macam ini? Awak masih rasa kami tak boleh tahu ke?”

“Minta maaf banyak-banyak... top secret. I have to kill you if I told you,” balas Helmi masih mahu menyimpan rahsia.

“Okay, fine,” gesaan Adni tidak dilayan langsung oleh Helmi.

Adni jadi tidak puas hati tetapi tidaklah sampai ke tahap dia hendak memberontak. Duduk yang tidak selesa itu membuatkan Adni bangun dan mundar-mandir di hadapan kedua-dua Helmi dan Ari. Lagaknya seperti Detektif Conan sahaja sedang memikirkan kes pembunuhan. Helmi hanya memandang sedikit sambil bibir tersenyum nakal kerana mengingatkan Adni marah dengannya kerana tidak memberitahunya apa-apa.

“Helmi, sekurang-kurangnya beritahulah kami apa kena dengan mamat itu,” kata Ari tiba-tiba. Selepas menghabiskan baki mi segera yang ada dalam bekas, barulah dia bercakap. Ari merujuk kepada Alek yang kelihatannya seperti sudah tidak betul itu.

“Ha’ah, kenapa dengan dia ni?” tanya Adni pula.

“Err... macam mana nak kata, ya? Hmm, itu pun rahsia,” gurau Helmi tetapi berkata benar. Semua informasi tentang apa yang terjadi adalah betul-betul bersifat rahsia. Jadi dia memang tidak boleh membuka mulut. Tidak dengan kebenaran atau arahan Luqman selaku ketua operasi.

“Aduh, susahlah macam ini!” bentak Adni. Lelaki ini lebih teruk daripada Izz apabila sudah berahsia rupanya. Dia ingatkan suaminya itu sudah cukup susah untuk dia mencungkil rahsia, rupanya ada lagi yang lebih payah. Sudahnya, Adni sekali lagi mundar-mandir di ruang yang sederhana besar itu. Dia mendekati ‘sangkar’ dimana Alek dikurung. Lelaki itu masih belum sedarkan diri.

“Kuat betul awak pukul dia tadi, tengoklah, sampai sekarang pun masih belum sedarkan diri,” kata Adni sambil kepalanya menghadap Helmi membelakangkan Alek. Helmi sekadar tersengih sahaja. Dia tidak melihat kerana masih memandang hadapan menunggu pasukan bantuan untuk datang ke sini.

Arisa mengesan sesuatu, bagaikan ada yang tidak kena apabila tubuh lelaki yang dia periksa daripada jauh itu bergerak sedikit. Dia mendengar dengus nafas Alek berbunyi kuat, seperti tersesak nafas. Namun apa yang terjadi sebenarnya bukan begitu. Lelaki gila itu membuka mata. Ari melihat pada wajah itu dan berasa terkejut yang bukan sejemput. Dia menjerit, “Kak Adni, lari!”

Namun semuanya sudah terlambat, kaki dan tangan Alek lebih pantas menerpa ke hadapan sambil lengan kekar lelaki itu merentap kasar bahu Adni dan wanita itu ditarik sehingga kepala terhentak di palang besi penghadang.

“Arghhh!” jerit Adni tidak tertahan. Lehernya seakan mahu dicarik-carik oleh Alek. Lelaki itu berderam seumpama seekor binatang buas... yang lapar!

~~

“Arghhh!” suara jeritan Surihana menggegar ruang belukar apabila dia melihat beberapa meter ke hadapan. Telefon bimbit yang baru bertukar tangan terhempas ke tanah, berderai alat telekomunikasi itu menjadi kepingan yang berselerakan.

Hafriz mendapatkan Suri untuk menenangkan gadis itu, dia melihat juga apa yang dilihat Suri. Mayat seseorang bergelimpangan kira-kira lima meter di hadapannya. Daripada pakaiannya, dia kenal siapa lelaki itu. Mungkin sebab itulah Suri menjerit terkejut. Mata Jimmy juga menghala ke arah yang sama, dia berasa sedikit kaget dengan apa yang dilihatnya, namun tidaklah ke tahap terkejut. Dalam hati dia mengucapkan takziah kepada mangsa. Pantas, dia memeriksa mayat yang sudah kira-kira setengah jam kaku tidak bernyawa di situ. Hafriz datang sambil memimpin Suri yang masih lagi kelihatan trauma. Jimmy merenung Hafriz dengan pandangan yang statik, sebelum menggelengkan kepala. Hafriz faham, lelaki yang ditugaskan oleh Rex dan Izz ini sudah meninggal dunia. Darah yang sudah berhenti mengalir membuatkan udara berbau sedikit hanyir. Suri sudah menutup mulut dengan tangan sendiri. Terasa loya melihat dan menghidu bau darah.

Hafriz segera menghubungi Rex, walau apa pun yang telah berlaku, setidak-tidaknya dia perlu melaporkan juga apa yang berlaku ini kepada ketua operasi.

“Rex, there’s a casualty. It’s Ken,” katanya dalam nada tenang penuh professional.

Agak lama juga dia mendengar kata-kata daripada orang dari talian sebelah sana. Segala apa yang dikatakan kepadanya dihadam pantas. Hafriz hanya menjawab, “baik,” sahaja beberapa kali sebelum panggilan ditamatkan.

Jimmy memerhati sahaja sewaktu Hafriz bercakap dengan kepala operasi. Sepanjang masa itu, Hafriz kelihatannya sudah tidak berminat lagi dengan apa yang mereka kelahikan tadi. Selepas telefon diletakkan, Hafriz mencangkung di hadapan Jimmy. Tanpa payah dia mengangkat tubuh kaku Ken ke bahu sebelum menjeling kepada Jimmy seraya bertingkah, “I’m not finished with you,” dengan selamba sebelum meninggalkan mereka berdua. Jimmy hanya melepaskan hela sedikit. Dia memandang Suri selepas itu. Tajam dan dalam sahaja renungan matanya itu.

“What?” balas gadis itu dengan pertanyaan seakan-akan dia tidak berbuat apa-apa salah.

“I just bought that,” katanya merujuk kepada telefonnya yang sudah binasa. Suaranya sedikit kecewa.

“I buy you another one,” balas Suri dengan nada separa berbisik sambil mengejar Hafriz yang sudah terkehadapan beberapa langkah.

Jimmy tersenyum pahit sendirian. Nampaknya, telefon itu boleh diibaratkan sebagai collateral damage. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu berhadapan dengan Hafriz kalau dia memeriksa daftar panggilan yang ada nama Luqman di situ.

Act 79 – Interrogation Session


Lokasi rahsia di Kuala Lumpur...

Tiger membuka matanya. Cahaya yang tiba-tiba terang itu membuatkan retinanya terasa sakit seperti tercucuk jarum sahaja bola matanya. Sejurus selepas dirinya dapat membiasakan diri dengan cahaya yang terang itu, barulah dia dapat melihat wajah seseorang. Bukan... berdua, seorang lagi berdiri betul-betul di belakangnya. Rasanya, dia berada di dalam sebuah bilik soal siasat. Lampu fluorosent 40 watt yang tergantung berhayun ke kiri dan kanan mencipta bayang-bayang yang bergerak-gerak. Walaupun dia sudah sedarkan diri, dia masih belum ditanya apa-apa. Dia menyumpah dalam hati. Siapakah mereka ini? Orang-orang Raphaelkah? Atau orang-orang lain?

“Tiger, nama yang cukup garang,” sapa satu suara yang datangnya daripada arah belakang Tiger. Wajahnya tidak ditelek Tiger kerana berasakan tidak perlu dia berbuat begitu.

“Siapa korang? Siapa upah korang?” tanya Tiger tenang.

“Siapa yang upah kami? Soalan kau sepatutnya adalah, ‘siapa yang menggaji kami?’, tapi yang kami buat ni adalah ikhlas... tak mengharapkan ganjaran,” balas lelaki yang ada di hadapannya ini. Wajah lelaki yang lagi satu ini tidak Tiger kenali langsung, siapa sebenarnya mereka? Daripada kata-katanya, rasanya bukan orang-orang Raphael. Tiger berderam perlahan, otaknya ligat memikirkan di mana dia, dengan siapa dia berada dan untuk apa dia di sini tetapi apabila melihat penampilan lelaki berambut pendek ini, dia mula sedar akan sesuatu.

“Kau macam tentera sahaja, berambut pendek... rantai disk... apa yang tentera mahu daripada orang macam aku?” sindir Tiger.

“Believe me, kalau aku cakap apa yang kami nak daripada kau, kau tak akan berani angkat muka pandang kami, Tiger. Jangan nak bercakap macam kau besar sangat. Orang macam kau ni tak layak nak injak kaki dekat tanah bertuah ni, tahu,” balas lelaki yang berada di belakangnya. Daripada gayanya, lelaki ini sememangnya seorang patriot yang tegar.

Tiger jadi tidak menahan untuk menoleh mencari suara yang padanya biadap itu. Sekali wajah itu dia jamah tahulah dia, lelaki itulah yang menyamar sebagai pengawal peribadinya tadi. Dialah yang bertanggungjawab membuatkannya berada di sini, digari seperti penjenayah yang kalah. Ah, sememangnya dia adalah penjenayah… dan lebih teruk lagi dia juga sudah kalah.

“Rif, aku rasa cukuplah itu,” balas Eddie malas berlama-lama di sini.

Haiyan Rifqi membalas pandangan Eddie Sufian sebelum merentap rambut Tiger dengan kasar. Kepala lelaki itu dihentakkan ke meja kayu di hadapannya. Mujur sahaja Rif tidak berkasar sangat, kalau tidak memang berdarahlah dahi Tiger. Tiger menyumpah kuat, mencemuh Rifqi dengan panggilan mencarut yang membabitkan ibunya yang telah lama tiada.

“You son of a bitch! I’ll make you pay for...,” belum sempat ayat itu dinoktahkan, Rif terlebih dahulu menoktahkan tindakannya dengan satu tumbukan padu ke pipi kiri Tiger. Bukan, bukan noktah, cuma koma sahaja tadi. Kali ini, Rif tidak menahan diri lagi. Dia menghentak kasar muka lelaki itu, malas hendak memberi muka lagi. Lagipun orang macam Tiger tidak layak mendapat belas kasihan.

“Rif, jangan sampai mati!” halang Eddie sebelum rakannya itu bertindak lebih gasar daripada apa yang telah dia lakukan.

Eddie tahu dalam kumpulan mereka, Combat Mode Haiyan Rifqilah yang paling extreme sekali. Mereka berempat pun tidak pernah mencabar Rif bertarung satu lawan satu. Bukannya takut atau apa-apa, mereka cuma tidak mahu berbuat sesuatu yang mereka tahu mereka tidak mampu lakukan. Pernahlah sekali Jimmy mencabarnya dan pertarungan itu memang sengit tetapi keputusan akhir nyata membuatkan Jimmy malu hendak berdepan dengan semua orang keesokan harinya, termasuk Afi. Itu menunjukkan betapa ganasnya lelaki yang sudah bergelar bapa kepada Khadijah Nasuha dan Aishah Humaira ini.

“Apa yang kau tahu tentang orang yang bernama Raphael?” pertanyaan Rif membuatkan Tiger mendongak memandangnya dengan pandangan yang kelihatan agak pelik. Perlahan-lahan, bibir Tiger mengukir senyum yang tidak disorok-sorok. Ya, di pernah berkata kalau dia tertangkap, dia akan heret Raphael sekali, dia tidak akan membiarkan lelaki jahanam itu terlepas dan bebas!

~~

Act 80 – Resident Evil!


“Argh!” jeritan Adni sudah bertukar menjadi pekikan teriak yang membawa pergertian kesakitan yang amat mendera. Lehernya terasa pedih dicekik dengan tangan yang berkuku tidak diketip Alek itu. Bukan itu sahaja Alek yang semakin tidak terkawal itu menggigit leher wanita itu dengan pantas seakan seekor zombie. Darah keluar melencunkan baju yang dipakainya. Dapat dilihat betapa deritanya Adni sekarang. Ari cuba mendapatkan Adni tetapi dengan pantas dia ditegah oleh Helmi.

“Ari, stay back!” keras bunyinya amaran Helmi. Ari tidak dapat tiak terundur juga mendengar arahan lelaki komando itu.

Tanpa menunggu, Helmi meluru laju ke arah Adni dan dengan tidak membuang masa, satu penumbuk keras dihentakkan ke kepala lelaki jahanam itu. Namun Alek kelihatannya masih berdegil mahu melepaskan diri.

“Argh!” aduhan Adni tidak berbunyi dengan bahasa namun wajahnya nampak seperti tidak mampu menahan sakit lagi. Darah merah makin pekat memerahkan baju putihnya.

Helmi menumbuk lagi kepala lelaki itu berkali-kali sehingga Alek tidak dapat menahan lagi. Namun Helmi belum lagi mahu melepaskan lelaki itu.

“Ari, pegang Adni. Sekat pendarahannya sekejap,” arahnya tidak mengira siapa Arisa Nur Adalia. Dia memberi arahan seperti wanita itu seorang Pranita. Dia lupa agaknya... Ari itu cumalah seorang civilian! Namun, Ari menurut juga, kalau tidak disuruh pun dia tetap akan merawat Adni semana mampunya. Hatinya luluh melihat Adni menahan kesakitan yang tidak boleh ditahan lagi. Keadaan Adni tidak ubah seperti mangsa vampire sahaja perinya.

Berbalik kepada Helmi, dia menarik tangan lelaki jahat bernama Alek itu. Dia mencekik leher Alek dan tanpa berasa belas langsung, dia menumbuk muka Alek sehingga darah merah keluar daripada hidung, mulut, mata dan pecah kulit mukanya. Namun tidak nampak lagi yang Helmi puas berbuat demikian. Helmi bukannya marahkan apa-apa sangat dan bukannya dia tidak dapat memaafkan lelaki itu berbuat demikian terhadap Adni tetapi jikalau dia tidak berbuat demikian, mungkin Alek akan cuba berbuat sesuatu yang lebih teruk lagi jika dia sedar. Walaupun sudah menyekapnya dalam ‘lokap’ ini, dia tidak mahu mengambil risiko. Besi-besi gerigi ini pun sudah nampak berkarat. Jadi, biarlah dia memengsankan Alek sekali lagi.

Helmi menarik kedua-dua belah tangan Alek sehingga tersentap lelaki itu tersembam ke hadapan namun tidak jatuh ke bawah dek kerana terhalang oleh besi gerigi di hadapannya. Ada aduhan yang kuat dengan suara tanpa bahasa daripada mulut Alek. Helmi rasa, akal waras lelaki itu sudah sirna. Dia sudah jadi ‘kosong’ sekarang. Dia hanyalah manusia yang tidak dapat berfikir apa-apa. Pendek kata, Alek sudah menjadi ‘raksasa’. Itulah kesimpulannya.

Masih memegang kemas tangan raksasa di hadapannya, Helmi menghayunkan penyepaknya ke celah besi gerigi, tepat mengenai dada Alek. Termuntah darah lelaki itu menandakan dia memang sudah tidak larat lagi. Dengan tubuh yang longlai itu, dia tersungkur ke belakang. Terlentang entahkan bernyawa, entahkan tidak. Ah, arahannya ada menyatakan yang dia perlu membawa lelaki itu hidup-hidup tetapi jika sudah membahayakan nyawa, bunuh sahaja. Jadi, Helmi tidak punya pilihan lagi.

Segera, Helmi pergi mendapatkan Adni yang bernafas dengan sukar. Sakitnya tidak berkurangan. Ari memang tidak tahu bagaimana hendak mengawal keadaan. Dia tidak menyalahkan wanita itu, memang Ari tidak tahu bagaimana hendak bertindak balas dalam keadaan sebegini.

“Ari, tolong pegang kaki Adni. Kuat-kuat, dia akan meronta selepas ini. Saya kena hentikan pendarahan dia dan keluarkan ‘benda’ tu dari badannya,” katanya laju tetapi masih lancar pada pendengaran Ari.

“Benda? Benda apa?” tanya Ari panik. Dia memandang tubuh Alek yang sudah tidak bergerak itu. Adakah Adni akan jadi seperti itu juga? Tidak!

“Ari, Ari. Jangan panik! Apa-apa pun yang jadi, jangan panik!” tegah Helmi tegas.

“O... ok,” balas Ari cuba bertenang.

Helmi bingkas mencari beg kecil yang di bawa tadi. Di dalam itu ada beberapa alatan minor surgery. Dia perlu mengeluarkan bendasing itu daripada badan Adni. Setidak-tidaknya sebelum pasukan medik sampai untuk memberikan bantuan yang lebih lanjut, dia boleh mencuba mengurangkan kesan dadah yang sudah serasanya memasuki sistem badan Adni. ‘Benda’ yang dikatakan oleh Helmi adalah sejenis bakteria yang terdapat di dalam dadah itu yang akan bertindak balas dengan sel darah putih mangsa.

Ari masih cuba memegang wanita itu sekuat mungkin namun tenaga wanita tidaklah sekuat mana. Adni meronta-ronta semakin kuat. Sehingga Ari terasa dirinya sudah tidak mampu untuk menahan Adni lagi, Helmi datang semula untuk membantunya. Kalau hendak diikutkan, perginya Helmi tidak sampai pun 10 saat tetapi kuatnya tenaga Adni menggelepar-gelepar itu bagaikan ombak yang menghempas pantai. Bukan ombak biasa, pada Ari ia sudah berubah tsunami.

Ari melihat lelaki itu sedang menekup leher Adni untuk menghentikan pendarahannya. Namun dia kelihatan takut-takut sedikit. Luka ditangan walaupun sudah dia balut tetapi seboleh mungkin Helmi cuba menjauh-jauhkannya daripada luka besar di tengkuk Adni. Ari membayangkan sesuatu yang tidak elok.

“‘Benda’ yang awak maksudkan itu apa, Helmi?!” tanya Arisa mahu tahu. Penasarannya jadi bertingkat-tingkat tiba-tiba.

“Tu,” tunjuk Helmi kepada Alek.

“Ya Allah! Adni, Adni akan jadi macam itu ke?” sambungnya bertanya kepanik-panikan.

“Kalau kita gagal, dia akan jadi macam zombie tu,” sambung Helmi lagi.

“Apa?! Zombie?!”

“Ya, zombie...,” balas Helmi pendek, sependek soalan Arisa juga.

Ari tidak dapat menahan diri daripada membayangkan satu babak dalam filem Resident Evil Retribution lakonan Mila Jovovich yang dia dan Sid tonton di pawagam IMAX Sunway Pyramid lewat beberapa bulan lalu. Dia ingat lagi bagaimana dia asyik menyorok di belakang bahu suaminya setiap kali zombie dan raksasa muncul pada skrin layar perak. Sid pula tidak sudah-sudah asyik menyakatnya selepas itu. Takut betul dia dengan zombie. Zombie... zombie yang macam itukah? Ya Allah, janganlah sampai jadi macam itu! Wajah Ari tidak menyorokkan kebimbangannya. Jelas terpancar sehinggakan Helmi bagai tersedar apa yang dibayangkan.

“Tak adalah jadi macam zombie kampung pisang itu, tu buruk sangat! Tahu tak kes Rudy Eugene dekat Miami tu. Ha, macam itu... macam mamat gila itu juga,” balas Helmi tersalah tafsir zombie yang seperti mana yang dibayangkan oleh Ari. Ari menelan air liur sendiri. Lega dia mendengar kata-kata Helmi walaupun tidaklah gembira. Keadaan Adni tetap tidak berapa baik juga. Walaupun tidak sanggup Adni menjadi seperti mayat hidup tetapi worse case scenario, Ari pasrah juga kalau Adni jadi zombie yang asyik bercakap “Otak, otak,” daripada zombie gila ganas yang keluar binatang daripada mulut. Zombie hasil T-virus yang terlepas daripada Umbrella Corp.! Takutnya dia!

“Rudy Eugene tu yang makan muka orang tu, kan?” tanya Ari masih separa panik.

“Mamat itu pun tadi makan leher Adni, apa?” jawab Helmi merujuk kepada Alek.

Ari terketar-ketar takut. Adakah Adni akan berubah menjadi kanibal gila selepas ini? Janganlah!

Helmi mengeluarkan sebilah pisau bedah yang tajam, beberapa batang besi tahan karat yang banyak digunakan dalam pembedahan. Ari tidak tahu apa kegunaannya tetapi apabila melihatkan apa yang dilakukan oleh Helmi, Ari rasa Helmi bukannya seorang yang tidak ada ilmu yang banyak dalam hal-hal sebegini. Kemungkinan besar dia adalah seorang pakar medik.

“Damn it!” sumpah Helmi apabila Adni makin kuat meronta. Bukannya dia marahkan Adni tetapi dia tidak ada sedatif untuknya gunakan kepada Adni. Dia kasihan melihat wanita itu.

“Aduh, tak ada cara lain. Adni, maafkan saya. Ari, tepi sikit,” arah Helmi sambil mata memandang terus ke dalam mata Arisa.

“Helmi, awak nak buat apa?!” takut Ari melihat wajah serius di hadapannya itu. Entah mengapa dia merasakan yang Helmi adalah manusia paling merbahaya dalam dunia ini. Lebih bahaya daripada Angel!

“Ari, kita dah tak ada pilihan lain!” balas Helmi seakan tahu pergolakan dalam hati Ari. Dan kali ini dia meneka dengan tepat sekali.

“Tapi, tapi...” dalih Ari tidak terjawab.

“Ari, calm down! Tenang! Ini sahaja yang boleh kita buat untuk Adni sekarang, tak kesian dengan dia?” balasnya laju.

Ari membelakangkan diri dalam beberapa engsot. Dia hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh Helmi. Walaupun tidak sanggup, dia terpaksa mempercayai lelaki yang baru dia kenal ini. Walaupun takut dia rasa tidak ada apa yang boleh dia lakukan selain menyerahkan seluruh kepercayaannya terhadap lelaki itu.

“Bismilahirrahmanirahim!” baca Helmi kuat sebelum tengkuk Adni dipusing dengan kasar sehingga mengeluarkan bunyi tulang dipatahkan.

“Argh!!!” jerit Adni kali terakhir sebelum dia tidak memeberi respon ke atas apa-apa lagi. Matikah dia? Tak guna betul Helmi, tergamak dia membaca kalimah suci itu sebelum melakukan dosa besar! Mata Arisa panas dengan air mata yang tidak jatuh.

“Adni!” teriak Arisa. Dia memandang wajah Helmi yang langsung tidak menunjukkan secebis rasa bersalah pun dengan pandangan yang berbalam. Ari menggenggam penumbuknya. Dia mahu memberikan sedas ke muka Helmi tetapi lelaki itu lebih cepat menahan tindakannya dengan cepat. Lengannya menahan tumbukan ayu wanita itu.

“Saya tak bunuh dialah, takkanlah saya baca Bismillah sebelum bunuh orang!” bela Helmi terhadap tindakannya sendiri. Ya, Adni bukannya sudah mati. Dia cuma tidak sedarkan diri.

Ari terkelip-kelip mata melihat Helmi dan Adni bergilir-gilir. Dengan pantas dia menghalakan tangannya yang sudah menunjukkan jari telunjuk ke hidung Adni yang sudah tidak bergerak itu. Ada nafas lagi. Alhamdulillah! Syukur!

“Apalah awak ni, Ari,” kata Helmi mengejek Arisa yang panik dan gelabah tidak semena-mena. Dia menyambung lagi, “lambatnya team medic ni!”

Sementara menunggu kumpulan bantuan perubatan yang datang tidak lama selepas itu, Helmi berjaya mengeluarkan sebahagian daripada bendasing yang makin merebak dalam darah Adni. Tetapi hanya yang terdapat berdekatan dengan luka di leher sahaja. Selebihnya, mereka perlu membawa Adni ke hospital yang berdekatan secepat mungkin. Di situ kumpulan medikal tentera akan melakukan major surgical procedure yang seterusnya. Keadaan Adni tidak sama dengan Alek kerana Adni mendapat bakteria itu daripada air liur Alek. Dadah yang ‘tidak lengkap’ itu telah berasimilasi dengan sel darah putih dan bakteria lain dalam tubuh Alek lalu mencipta bakteria itu. Tetapi Adni menerima bakteria itu terus daripada Alek. Keadaan Alek menunjukkan yang bendasing itu sudah merebak dalam sistem tubuhnya. Oleh sebab itulah keadaan Adni jadi begitu serta-merta. Apa yang boleh mereka lakukan adalah berdoa pembedahan itu akan dapat dilakukan dengan cepat dan berjaya. Jika tidak, mati bukanlah satu-satunya yang perlu Adni risaukan. Dia mungkin akan jadi cukup berbahaya kepada orang lain!



Tamat bahagian 16.

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS