novela the curious case of whatever 24



Part 24

Act 116 – The Clash of the Heroes 11 – A Sudden Strength


“ARGHHHHHHHHH!!!” kuat sekali jeritannya menggegar suasana. Bingit rasanya telinga Blade dan Rock. Tangan Rock yang memegang Pisau itu ditangkap oleh Cougar. Terhenti tikaman itu buat seketika.
Dengan kuasa yang cukup gagah itu, Cougar meronta memusingkan diri. Seakan seekor binatang buas yang cuba melepaskan diri daripada belitan ular sawa anaconda. Begitulah keadaannya Cougar cuba melepaskan diri daripada pautan ‘Deadlock’ Rock dan Blade.
Blade yang berada di bahagian bawah dekat dengan kakinya menjadi mangsa yang pertama, pautannya terlepas tidak mampu bertanding dengan keampuhan tenaga jantan luarbiasa Cougar. Dalam usaha Cougar melepaskan dirinya, bahagian depan kasut boot yang dipakainya tepat mengenai pipi Blade. Aduh! Sakitnya! Gerutunya dalam hati cuma. Terkena sepakan itu membuatkan Blade turut sama terpelanting ke belakang berguling-guling. Nafasnya cuba diatur semula.
Sekarang giliran Rock pula. Berjayanya Cougar melepaskan diri daripada pegangan kuat Blade membuatkan Rock turut sama goyah dengan pertahanannya untuk mengekalkan kunci ‘Deadlock’ kepada Cougar. Apatah lagi tangannya sudah direntap lelaki itu. Pisau Rambo ditangan terjatuh ke tepi. Namun itu belum cukup selamat lagi. Bila-bila masa sahaja Rock boleh mendapatkannya semula dan membenamkan ia ke dada Cougar kalau dia kekal dalam posisi ini. Sekali lagi dia meronta-ronta mahu melepaskan diri daripada cengkaman Rock. Usahanya berhasil apabila lelaki yang walaupun berbadan sasa mengalahkan Randy Orton itu melepaskan jerutan lengannya disekeliling lehernya. Barulah Cougar boleh bernafas dengan senang sekarang. Dengan pantas dia menolak tubuh besar Rock, sebelum tapak kasutnya tepat menghentak muka hensem lelaki itu.
“Argh!” keras sahaja ucapan sakit itu keluar daripada mulut Rock. Berguling-guling Rock tertujah ke belakang. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Rock rasa bengkek yang teramat sangat. Ah, dia tidak kisah lagi! Misi ini untuk bunuh Tengku Azhar atau sesiapa sekalipun, biar Cougar pun mati sama! Pistol dikeluarkan setelah beberapa lama tersemat di belakang seluar. Bidikan dilaraskan supaya tepat mengenai dahi Cougar namun apa yang diharapkannya tidak berlaku. Cougar lebih pantas menyepak pistol itu ke tepi. Sekarang, kedua-dua senjata Rock jauh daripada capaiannya. Dia teringatkan Mindanao, serupa. Memang serupa. Adakah kali ini nasibnya masih sama atau dia akan mati?
Cougar mencapai pistol yang terdampar dekat dengan capaiannya. Ada yang harus mati malam ini! Dan orang itu adalah Rock! Picu ditarik dan peluru pun terlepas daripada muncung senjata. Rock memejam mata sahaja kala ini. Hanya itu sahaja kemampuan yang ada pada dirinya. Menyesal sudah tiada guna namun dalam masa split second itulah juga bayangan Surihana menjengah dengan kata-kata yang boleh memberikan dia semangat untuk terus berjuang.
“Kau janji tak akan buat aku menangis lagi? Boleh kau janji?”

Dia belum menjawab lagi soalan gadis comel itu. Hafriz ada jawapan untuk soalan Surihana itu dan dia perlu hidup untuk memberitahu Suri akan kata duanya. Dia harus mengelak peluru itu. Dengan sepantas kilat dia mengelak tetapi tidak cukup, ruang yang terlalu sempit membuatkan dia tetap parah terkena natijah tembakan itu.
“Arghhhhhhhhh!!!”
Rock mengerang kesakitan yang bukan sedikit. Walaupun dia selamat daripada tembakan tepat ke dadanya namun bahunya tetap menjadi mangsa. Bekas luka tembakan itu dia kepal kuat, tidak mahu darah berterusan keluar. Air matanya menitik menahan sakit. Rock memang sebegini walaupun berbadan bagak tetapi kalau sakit memang akan menangis. Pernah sekali dia demam, menangisnya, Ya Rabbi! Macam budak kecil tetapi keadaannya sekarang lainlah, sudah berlubang bahunya memanglah sakit. Tak salah dia menangis.
Blade tidak melihat sahaja. Hatinya jadi nanar melihat kesakitan dan mendengar penderitaan ‘adiknya’ itu.
“NO!!!” jeritnya tidak menahan perasaan lagi. Matanya menjadi ganas serta-merta.
Cougar menoleh pandang kepada lelaki yang satu lagi ini. Blade mengeluarkan satu set pisau buatkan khas yang tersemat di dalam jaketnya. Ada kira-kira sepuluh bilah semuanya dengan saiz yang tidaklah besar mana, dan tidak juga kecil sangat. Adalah sepanjang 5 inci bilah-bilah pipih dan tajam itu.
Ibarat orang gila, Blade menghayunkan tangan membalingkan pisau-pisau kecil itu. Cougar akhirnya faham kenapa dia terasa gentar sebentar melihat lelaki ini memegang pisau tadi. Rupanya dialah Pembunuh Panah Pisau yang disebut-sebut itu. Dan akibat daripada serangan Blade, Cougar juga terkena tempias walaupun sedaya upaya dia mengelak pisau-pisau itu daripada menikam tubuhnya. Namun, beberapa bilah sudah sedia tercacak pada lengan dan pahanya.
Melihatkan keadaan Cougar yang sudah mula goyah, Blade tidak menunggu lama untuk  menyerang lagi. Kali ini, dia menumbuk muka lelaki itu walaupun tumbukannya ditepis. Satu penumbuk bagaimanapun terlepas ke perut kempis lelaki singa gunung itu. Dia tersungkur jatuh ke belakang. Ikutkan hati yang marah memang Blade mahu menamatkan riwayat singa gunung ini malam ini juga tetapi dia mendengar suara riuh rendah beberapa orang yang sudah dalam perjalanan ke sini. Dengan keadaan Rock pula yang parah menahan sakit. Dia rasa berada di sini lebih lama hanya akan memburukkan keadaan.
“Blade, take Rock out of there! Now! There’s about 10 people coming your way. GET OUT NOW!” kata Elena tidak mahu Blade membuang masa lagi.
Dalam keadaan ini, Blade terpaksa membatalkan misi ini seperti ini sahaja. Dia tidak mahu membahayakan nyawa sesiapa, tidak dirinya dan tidak mungkin Rock. Tidak sama sekali!
Blade pantas merangkul tubuh besar dan sasa Rock. Walaupun dia lebih kecil saiznya berbanding Rock namun dia cukup gagah sekali mengangkat tubuh Rock untuk bangun. Rock dipapah keluar daripada gudang ini.
Di luar beberapa puluh meter ke dalam hutan, Elena sudah sedia menunggu dalam gelap. Nasib baik jugalah tidak ada orang-orang Tengku Azhar yang berada di sini. Semuanya mungkin sibuk dengan urusan masing-masing. Elena melihat kelibat Blade yang masih memapah Rock yang makin hilang kesedarannya.
Dengan laju, Elena turun daripada kenderaan itu dan meluru mendapatkan Blade. Ada beberapa orang lelaki yang mengejar. Ah, sudah! Elena mengeluarkan pistol yang tersemat dalam sarung di sisi pahanya. Tanpa menunggu, dia membidik tepat ke arah sasaran. 6 peluru digunakan cukup untuk membunuh 6 orang yang mengejar mereka itu. Rupanya, Elena Park bukannya sekadar seorang hacker, dia juga seorang sharp-shooter!
“Get in! I’ll drive!” kata Elena tegas.
Sepanjang perjalanan keluar sehingga mereka bertemu dengan jalan besar, Blade tidak henti-henti merayu Rock supaya jangan menutup matanya. Jangan tidur, jangan tutup mata! Itulah yang diulang-ulangkannya. Dia risau. Walaupun sepatutnya Rock berehat selepas dia melakukan minor surgery untuk mengeluarkan peluru dalam bahu Rock dan dia telah memberikan ubat kepada lelaki itu, dia masih belum hilang rasa risau. Dia takut apa yang dia risau-risaukan sangat itu berlaku.
Dia teringatkan Mindanao lagi, apa yang terjadi hari itu samalah dengan apa yang terjadi malam ini. Bezanya hanya kali ini, Elena ada bersama mereka. Jadi dia tidaklah terlalu terbeban dengan segala-galanya.
“Rock... aku minta maaf, maafkan aku! Jangan tutup mata kau, stay with me!” ujarnya penuh rasa bimbang. Ada air mata seorang abang yang ikhlas merembes keluar. Takjub Rock melihat Blade menangis.
“Blade, Blade... it’s okay. I’m okay, I’m here... don’t worry, okay!” balas Rock lemah tetapi mahu menenangkan Blade. Ahh, dia memang mengantuk sangat sekarang. Tetapi apabila Blade tidak membenarkannya menutupkan mata dia rasa dia kena dengar arahan abangnya itu. Tak apalah, dia berkata dalam hati. Ngilu di bahu masih dia rasa tetapi tidaklah seteruk mana.
Dalam hati Rock mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan peluang buatnya terus bernafas atas dunia ini. Dia terfikir sendiri. Ini adalah kali kedua buatnya, kenapa dia masih enggan mahu bertaubat? Sampai bila dia hendak terus-menerus hidup dengan gaya ini. Sepanjang perjalanan pulang dia tidak dapat melupakan fikiran itu. Tetapi dia teringatkan sesuatu selepas itu.
“Wait, where’s Nina?” tanya Rock tiba-tiba.

Act 117 – The Clash of the Heroes 12 – The Clash Ends

Nina selamat sampai ke tempat di mana sebuah pasukan sedang menunggunya. Dengan wajah yang mencuka masamnya, dia menaiki 4x4 daripada jenis Toyota Hilux itu. Di sebelahnya seorang lelaki sedang duduk tenang membaca majalah hiburan. Ada masa lagi baca majalah sedangkan aku macam nak mampus dekat dalam itu tadi. Ya, sepanjang masa Nina hendak keluar daripada situ tadi adalah lebih kurang dua belas orang yang telah dia bunuh. Nasib baik dia sudah mengaturkan supaya Cougar yang akan bertembung dengan Rock dan Blade. Kalau tidak memang nahaslah dia. Ah, tak kisahlah, sekarang dia sudah selamat. Melihat lelaki ini yang datang dia rasa pelik pula.
“Why are you here? Where’s Edwin?” tanya Nina ringkas.
Lelaki itu masih membelek-belek majalah hiburan terbitan sebulan sekali itu. Ada gambar perempuan seksi rupanya. Dan... Fasha Deanda di kolam renang, patutlah!
“Edwin got some meeting with Tiger and the boss,” kata lelaki yang bernama Odin itu. Mendengar kata Odin, ‘the boss’ di sini sudah semestinya Datuk Jamaluddin.
“Shall we go, then?” tanya Odin lagi.
Tidak ada jawapan daripada mulut Nina melainkan sedikit anggukan. Dia benar-benar kepinginkan mandian bath tab dengan wangian aromatik passion fruit. Hah, lama sungguh dia berada di dalam hutan belantara ini, naik melekit tubuhnya.
Sejenak, dia teringatkan Blade. Matanya itu tadi. Memang mirip mata Zack. Sekali lagi, angannya melayang membawa dia jauh ke dalam fantasi lubuk hati.
Mungkin aku belum mampu lupakan dia lagi... bilakah rindu itu akan berhenti?

The Clash of the Heroes – Tamat

Act 118 – He is Rex the Bullet

2009. Solaris Dutamas
Lelaki itu duduk bersendirian. Sejak kembali semula ke negara ini dia jarang menghabiskan masanya bersendirian kerana di sini dia ada seseorang yang dia tidak pernah sangka dia akan miliki. Anak. Seumur hidupnya dia tidak pernah menyangka dia akan menjadi seorang ayah. Namun kenyataannya itulah yang terjadi. Lapan belas tahun lalu, keterlanjurannya dengan Raihana melahirkan seorang insan yang amat bermakna buatnya. Tetapi mengenangkan anaknya itu lahir daripada sebuah hubungan yang terlarang, dia jadi sedih. Selama dia tidak ada bagaimana Suri menempuhi semua itu? Sudah tentu bukan mudah untuknya. Mengetahui dirinya adalah anak tanpa bapa. Dan ibu yang juga telah meninggal dunia. Rex rasa bersalah kerana disebabkan dirinya, Surihana yang mendapat bahana. Namun kekesalan tidak akan membawa keadaan ke mana-mana. Dia perlu redha dan menginsafi nasib dan ketentuan takdir.
Teh tarik di hadapan yang hanya menjadi santapan sebulan sekali itu dia hirup. Mak aih, nikmat sungguh! Dulu di Amerika, dia hanya minum cappuccino, mocha dan setaranya sahaja. Dapat balik ke Malaysia barulah dia menikmati semula teh tarik. Minuman ikon rakyat Malaysia yang sebenarnya penyumbang terbesar kepada obesiti dan penyakit-penyakit lain. Tapi tidak mengapa... Rex hanya mengambilnya sebulan sekali. Kerana Surihana, yang baru tahun pertama jurusan perubatan di sebuah universiti tempatan itu sudah berlagak macam doktor melarangnya meminum minuman tersebut banyak-banyak. Mengenangkan budak bertuah itu, dia tersenyum. Alahai anak bapak!
“Mengelamun apa, abah?!” tegur Surihana yang lebih bernada sergah.
Menggigau juga Rex dibuatnya. Hampir melatah lelaki berusia awal 30-an itu namun sudah ada anak berusia belasan tahun. Kadang-kadang apabila keluar bersama, kawan-kawan Suri salah faham abahnya itu teman lelaki. Dan apabila nampak dia bertemankan Hafriz pula muncullah satu lagi gosip mengatakan Surihana playgirl. Malas melayan, Surihana hanya senyumkan sahaja. Dia tahu apa yang betul. Kalau tidak buat salah, buat apa nak menggelabah. Yang mengutuknya itu dah sah-sahlah perempuan ‘desa’ yang tak hot. Tahu mengumpat sahaja.
“Suri jangan buat macam itu lagi,” kata Rex dengan mata tertutup. Dengan bunyi keinggeris-inggerisan lagi.
“Okay, okay... sorry!” cakap anak gadis itu. Dengan senyum sumbing yang kekal lama. Dia memandang abahnya yang baru dia kenal kira-kira beberapa bulan itu.
Suri terpandang air yang diminum oleh bapanya itu.
“Abah, kan Suri dah kata jangan minum teh tarik selalu. Tak elok!” tukas Suri laju. Tidak memikir apa-apa. Dahlah suara kuat.
“This is first time this month,” Rex membela diri.
“Yelah tu!” balas Surihana tidak mahu mengalah lagi.
“Betul,” Rex meyakinkan Suri lagi. Kalau dulu, dia tidak kisah apa orang hendak fikir dan buat dengan kelakuannya tetapi selepas mengenali Surihana, dia berubah. Dia lebih menjaga perasaan anak gadis ini.
Surihana sudah mengendurkan wajah kelatnya. Dia melihat ke sekeliling. Entah apalah yang ditinjaunya sebelum pertanyaan terlantun ke telinga Rex.
“Remind me of what we are doing here?” tanya Suri.
“I’m expecting a visit from an old friend.”
“Siapa?”
“Ian.”
“Uncle Ian? Yang abah panggil ‘Silver’ tu?” tanya Surihana dengan gaya cuba mengingati sesuatu. Hal-hal lalu.
Rex sekadar mengangguk sahaja. Menandakan tekaan Suri itu benar. Sejujurnya setelah hampir setahun, baru hari ini dia hendak bertemu dengan kawannya itu. Entah mengapa dia rasa dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Ian atau nama kodnya, Silver. Mungkin kerana dia yakin mereka tidak akan berjumpa lagi selepas ini. Walauapapun, mereka pernah menjadi kawan baik.  
Dalam tidak sedar dua beranak itu bergurau-gurau, orang yang ditunggu tiba menghulur tangan mahu bersalam.
“Hello, Rex,” sapa Ian. Ramah, seperti selalu. Walaupun sudah agak lama sudah mereka berpisah namun keramahan Ian tidak sedikit pun berkurang.
“Hello, Ian.” Rex membalas dengan cara sama.
“Hi, uncle Ian.” Suri masih memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘uncle’, Ian tersenyum mendengarnya. Dahulu, dia bermati-matian mahu Rex membiarkan sahaja Suri kerana yakin kehidupan ‘apple pie’ langsung tidak sesuai dengan Rex. Tetapi sekarang, dia rasa dia memang tersilap. Rex nampak lebih bahagia. Jauh lebih bahagia berbanding dahulu. Gila apa, Rex langsung tak menunjukkan sebarang perasaan sebelum adanya Surihana dalam hidupnya.
“Ian. Please have a seat.” Pelawa Rex. Ian tidak menunggu lebih lama untuk menarik kerusi kayu dan duduk. Tidak lama juga sebelum pelayan mamak itu datang bertanyakan apa yang hendak diminum.
“Teh tarik,” jawab Ian dengan bunyian telo American. Jawapan Ian itu membuatkan Suri mencebik sekali lagi. Orang putih pun suka teh tarik, inikan pula orang Melayu macam abahnya itu. Dia akur akhirnya.
Lama mereka berbual berkenaan perkara-perkara yang remeh. Perkara-perkara yang tidak penting. Ya tak ya juga, Rex dan Ian bertemu hanyalah untuk kali terakhir. Bukannya ada perkara penting. Sementelah Rex sudah meletakkan jawatan dalam Code X, dia memang tidak ada apa-apa urusan dengan Ian lagi. Jadi, hendak berbincang apa lagi?
“I’ll be back to The States. God knows when I’ll be seeing you again, maybe I don’t.”
“Dude,” seru Rex mendengar kesah berbaur elegi.
“I’ve something for you,” sambung Ian. Dia mengeluarkan sebuah sampul surat. Berwarna putih. Dengan nama ‘Rex’ di atasnya, jadi sampul itu adalah ditujukan kepadanya. Daripada siapa? Rex tdia yakin ianya datang daripada Ian.
“What is this?”
“A favour.” Rex mendiamkan diri. Dia tidak menjawab apa-apa. Suri juga mendengar sambil kepala dipangku penuh minat. Pertolongan daripada segi apa?
“Ian, if you came just to ask me this, I’m sorry. I quit didn’t I?.” Jawab Rex selamba saat sampul itu bertukar tangan. Dia dapat meneka apa yang ada dalam sampul tersebut. Semestinya maklumat sulit tentang sesebuah kes yang Ian tidak mampu selesaikan. Yang Catalina juga tidak boleh bantu. Jadi, jalan terakhir adalah dia. Dia kenal Ian bagaimana tetapi datang semata-mata untuk meminta tolong sesuatu yang Ian sendiri tahu Rex tidak boleh tunaikan membuatkan Rex sebal.
“I’m not on any case, don’t worry. I’m telling you I’ll be going back to America, didn’t I? And besides, it’s nota favour for me, it’s a favour for you. So... ahh, just open the envelope,” ujar Ian menahan sekejap sebelum menukar tajuk.
Rex tidak dapat tidak terpaksalah membuka sampul itu. Terasa bagai malas sahaja lagaknya. Memang pun. Rex dapat merasakan apa sahaja yang ada dalam sampul itu bukanlah suatu perkara yang elok. Jadi, kalau diikutkan rasa hati memang dia tidak mahu melihat kandungannya. Tetapi rasa ingin tahu juga berbalam dan berlapis dekat hati. Kesimpulannya, Rex mengambil keputusan untuk meneliti makna sampul itu diberikan kepadanya.
“Graymoore?” desah Rex terus apabila perkataan pertama dia tatap. “Are you serious, man?” sambung Rex lagi.
“They’re establishing a regional operation here. I don’t think they’re just competing with us,” balas Ian terhadap pertanyaan Rex tadi. Rex memandang ke mata Ian, lalu lelaki itu menyambung, “‘us’ means me and the team, not including you.” Rex sambung senyum sejurus selepas itu.
“So, what’s does this concern me, then? I don’t see it benefits me anywhere possible,” tanya Rex tidak berdolak-dalih. Apa-apa pun masalah yang The Code hadapi langsung tidak ada kena-mengena dengannya lagi. Dia sudah meletakkan jawatan. Ia patut tahu itu.
Ian tidak memberi sebarang reaksi barang sesaat dua. Namun selepas itu ada seleret senyum yang entah apalah maksudnya. Dia mengeluarkan sekeping gambar bersaiz poskad daripada poket baju kemejanya. Diletakkannya gambar itu di atas meja dan ditolak kepada Rex. Suri yang sedari tadi diam memberi perhatian, memerhati sahaja wajah dalam gambar itu.
“Dude, in the ‘business’, the pay is the only benefit, so... what I’m telling you now is of no benefit at all, just an alarm.”
“Nina...,” desah Rex perlahan hampir tidak kedengaran.
“I don’t know what she’s doing here, maybe you might wanna find out... and ahh, you do realize that you have some ‘unfinished business’ with Graymoore, right?,” balas Ian walaupun tidak mendengar apa-apa daripada mulut Rex tadi.
Rex mendongak membaca wajah Ian. Kalau sudah diingatkan tentang perkara itu kepadanya, maknanya Ian cuba hendak berkata seperti ini, ‘kau hati-hatilah, Graymoore mesti tahu kau di sini. Mereka tak akan lepaskan kau semudah itu.’ Namun Rex tidak gentar. Tidak pernah. Taruklah sesiapa sekalipun sebagai seteru, semuanya dia mampu hadap. Tetapi saat Suri berdengus kecil tidak faham apa-apa yang dikatakan oleh Ian kepada bapanya, Rex terkesima. Sekarang dia sudah ada liabiliti. Dia risau. Dalam hati Rex bersumpah sekali lagi, ‘I’m not gonna let anybody hurt you!’


Act 119 – The Original Plan


2009. Pejabat Urusan Datuk Jamaluddin...
Tiger menyuruh setiausaha Datuk Jamaluddin itu meminta Edwin dan Nina menunggu di dalam bilik mesyuarat sebentar kerana Datuk mempunyai hal lain sebentar. Edwin dan Nina tidak berkata apa selain daripada menurut. Sementara menunggu Datuk itu datang, Nina bertanya.
So, this is the so-called so-hard first assignment?”
“It is the first and complicated. That’s why Graymoore sent you here. We couldn’t do it on our own.”
“This is just a third-world-country’s case, how hard can it be?” tanya Nina semula.
“You’ll know soon enough.” Suara Edwin menyembunyikan sesuatu yang tidak dapat Nina telah apa bendanya.
“At least give me some hint,” sambung Nina.
Edwin cuma memandang, dia tahu maklumat yang diklasifikasikan sebagai amat sulit itu boleh diberitahu kepada Nina kerana Nina bakal jadi orang penting dalam rancangan ini.
“The States planned to have a base here.”
“In this region? But why Malaysia?”
“It’s not time yet for you to know and by the way, they’re on their way here,” beritahu Edwin merujuk kepada Tiger dan Datuk Jamaluddin. Sebesar mana pun mereka itu, Edwin tahu ada yang lebih perlu dia patuhi.
~~
Datuk Jamaluddin masuk keluar daripada kereta Lexus CS 250 yang dipandu pemandunya. Dengan wajah megah dia keluar dengan ditemani oleh seorang setiausaha perempuan yang berwajah muda. Mata Datuk tersebut bagaimana pun tidak menilik ke arah perempuan itu. Mungkin sudah puas berbuat demikian dalam kereta tadi. Tiger yang ada di hadapan pintu kaca bukaan automatik wisma milik Datuk Jamaluddin itu menunggu dengan riak wajah biasa. Professional.
“Datuk,” serunya sambil menurut jalan disebelah lelaki tua itu.
“Mereka dah sampai?” tanya Datuk Jamaluddin.
“Sudah, datuk.” Ringkas sahaja jawapan Tiger terhadap soalan mudah Datuk itu.
Datuk Jamaluddin sekadar mengangguk. Tidak sabar dia hendak tahu apa yang sebenarnya yang sudah orang-orang tersebut kumpulkan daripada Tengku Azhar. Apa sebenarnya yang mahu sangat dirahsiakan daripadanya.
Punat pada lif ditekan dekat nombor 13. Tingkat tiga belas menempatkan pejabat urusan korporat Datuk Jamaluddin. Di situ semualah tempat di mana urusan perniagaan halal Datuk Jamaluddin dilakukan. Namun apa yang tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa, bukti-bukti perniagaan haram Datuk Jamaluddin ada juga disimpan di situ. Datuk Jamaluddin memang sangat bijak mengatur perjalanan bisnesnya. Berpuluh-puluh tahun dia kenyang dengan hasil duit haramnya itu tanpa ditangkap polis. Manakan tidak, dengan imej hartawan budiman yang sering bersedekah dan berbuat amal jariah, dengan mudah orang dapat dibutakan mata.
Tidak lama sebelum jentera mobiliti menegak itu sampai aras yang ditujui. Tiger menunggu sehingga Datuk Jamaluddin keluar sebelum menuruti langkah lelaki itu. Bayang-bayang wanita muda yang menemani Datuk tadi sudah hilang ke stesen kerjanya, mungkin. Tiger tidak mengambil kisah sangat kerana urusan wanita itu tidak ada kena-mengena dengannya. Dengan langkah yang sederhana laju, Tiger membawa Datuk Jamaluddin ke bilik mensyuarat di mana Edwin dan Nina menunggu. Sudah hampir setengah jam selepas kedua mereka sampai. Ah, tidak kisahlah, dia dan Datuk adalah klien. Customer is always right. Desahnya.
~~
Pintu dikuak daripada luar. Nina mengalihkan pandangan ke arah bunyi tombol pintu yang dibuka itu. Dia mengesan wajah Tiger sebelum wajah seorang lelaki tua yang sudah beruban. Inikah klien mereka yang hebat sangat kes yang mereka bawa itu? Nampak macam biasa-biasa sahaja. Komennya dalam hati.
“Sorry to keep you waiting,” kata Datuk Jamaluddin meminta maaf yang sudah tentunya tidak ikhlas itu.
Edwin hanya tersenyum sahaja. Dia memandang tepat ke arah wajah Datuk tanpa sedikit pun perasaan takut. Sejujurnya dia berasa sakit hati juga tetapi mengenangkan bayaran yang dia terima daripada lelaki ini cukup tinggi, dia cubalah bersabar. Nina pula sudah tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia malas hendak melayan basa-basi si tua yang sudah pun mengunci pandangan ke arahnya tua. Dasar kelapa tua, makin tua makin banyak minyaknya.
“Shall we get down to business?” tanya Tiger membawa suasana kepada agenda utama perjumpaan ini.
“Sure,” balas Edwin sambil mengeluarkan sebuah planholder yang menyimpan blueprint yang Nina dapatkan daripada Tengku Azhar.
Datuk Jamaluddin meneliti pelan tersebut selepas Tiger mengambilnya daripada Edwin. Banyak yang dia tidak faham tetapi tidak susah untuknya mendapatkan informasi tentang bagaimana untuk dia membaca pelan tersebut. Sementelah ini bukannya pelan bangunan melainkan sebuah formula kimia tentang sesuatu yang belum dapat dia pastikan.
“Hantar pelan ini ke Bangkok, aku nak mereka crack benda ni secepat mungkin,” arah Datuk Jamaluddin. Bangkok menempatkan unit kajian dadah mereka yang terbesar. Kesemua dadah yang mereka pasarkan ke pasaran gelap semuanya daripada sana.
“Baik, Datuk.” Tiger keluar dengan membawa blueprint itu. Dia meninggalkan ketiga-tiga yang lain di dalam bilik itu untuk Datuk memberitahu rancangan seterusnya. Dia tidak kisah tidak mendengarnya kerana dia yang telah merancang apa yang perlu Datuk lakukan selepas ini. Dalam diam, Tiger meleret senyum. Datuk, kau pun buah catur aku. Kau bukannya ‘King’, kau cuma ‘Pawn’ sahaja pada aku!
~~
“Infiltrate Tseng’s gang. Dia ada separuh lagi daripada blueprint tu,” kata Datuk Jamaluddin.
“To cover-up into Tseng again after what happen, I really can’t do that. I’ve betrayed Tengku so bad, my kepala kena kerat nanti if he ever finds out but I guess I have the right person for the job, Datuk.” Mata Edwin mengerlang tepat ke wajah Nina. Apa? Desah Nina dalam hati?
Datuk Jamaluddin hanya memandang kosong. Namun separuh dirinya menahan rasa berahi memandang Nina dengan rambutnya yang lepas panjang separah bahu itu. Nina pula buat-buat tidak nampak sahaja. Dia bukannya jalang walaupun jahat. Setidak-tidaknya dia rasa dia bukan perempuan jalang. Itu sudah cukup.


Act 120 – A Fighter Himself


Di sebuah gim di Kuala Lumpur
Raphael menumbuk punching bag sehingga alat itu berhayun-hayun. Tidak ramai yang tahu lelaki ini seorang jaguh tinju yang hebat sebelum menjadi orang kanan terpercaya Tseng. Namun bukanlah jaguh tinju arus perdana yang muncul dalam USA Boxing yang disiarkan dalam ESPN ataupun StarSport. Dia bertanding di illegal fightclub di luar negara sebelum Tseng menyelamatkannya. Menyelamatkannya daripada apa? Biarlah ia kekal menjadi rahsia antara mereka berdua. Perkara itu cukup pahit untuk Raphael kenangkan lagi.
Lelaki itu hanya berseluar pendek. Peluh hangat menitik-nitik daripada badannya hasil daripada latihan angkat berat yang disambung terus dengan sesi menumbuk punching bag itu. Ianya menyerlahkan susuk tubuh Raphael yang agak sasa berotot dengan ketinggian 6 kaki 4 inci itu. Wajahnya tidak kurang kacak jika hendak dibandingkan dengan Gerard Butler. Kalau sudah berbanding-bandingkan dengan bintang Hollywood itu maknanya Raphael ini semestinya seorang yang punya rupa.
Tseng yang diiringi dua orang bodyguard tiba ke dalam ruang gim yang lebih eksklusif itu. Memang Raphael sudah menempah tempat ini seluruhnya untuk dia workout tanpa gangguan tetapi jika yang mengganggunya itu orang ini, hendak tidak hendak, dia harus melayan juga.
“Tseng, apahal kau ke sini?” tanyanya kedengaran selamba sahaja bercakap dengan bos memanggil nama. Seorang daripada bodyguard Tseng yang bernama Joe itu menangkat muka melihat wajah Raphael yang padanya tidak beradap. Namun mengenangkan Raphael lebih tinggi pangkat daripada dirinya, Joe berdiam diri sahaja.
“Kita terima barang daripada Pom. Tengku mahu kita uruskan.”
“Kita? Uruskan kerja dia? Sejak bila pula?” tanya Raphael bertingkat-tingkat. Hairan betul dia, sejak bila pula dia berkhidmat bawah tengku durjana itu? Tseng pula, sejak bila pula jadi barua lelaki anak raja itu? Ah, mati hidup semula aku tak nak tunduk pada Tengku Azhar itu. Rengus Raphael dalam hati.
“Apa yang bengap sangat ni? Dia dah hand over business sebelah sini pada kitalah, itupun susah sangat kau nak fikir?” balas Tseng mengutuk Raphael yang memang terkenal dengan perangai perengusnya itu. Kalau hati itu tidak suka, macam-macamlah jawapan yang keluar daripada mulut longkang itu.
“Tengku? Hand over dekat kita?!” jawab Raphael sangat tidak percaya. Buat apa si tengku itu mahu berkongsi kuasa dengan mereka?
“Itu kau tak perlu tahu, yang penting. Malam ini pukul 11.30 pm, Kuala Selangor. Ingat, jangan hampakan aku, Troy akan ikut kau,” balas Tseng malas berlama-lama melayan si Raphael itu. Kalau lama-lama sangat nanti, ada sahajalah yang menjadi hal nanti. Lelaki itu banyak sahaja pertanyaannya, kadang-kala boleh buat sakit hati.
Sebelum Raphael ditinggalkan terpinga-pinga keseorangan di situ, matanya sempat menangkap wajah Troy yang tersengih sinis membalas pandangan matanya itu. Jujur cakap, dia memang tidak suka dengan Troy itu. Nampak hipokrit dan opportunis. Raphael melihat sahaja Tseng hilang daripada pandangannya bernama Troy dan seorang lagi, Joe. Dia juga perasan sesuatu tadi, jelingan Joe yang nampak tidak puas hati dengannya. Ah, sejak hari pertama dia masuk ke dalam kumpulan ini, dia sudah perasan. Joe memang tidak sukakannya. Dia dapat merasakan sesuatu yang dipendam oleh lelaki Melayu itu. Namun apa yang lebih menghairankannya, dia mengesan ada sesuatu yang cukup lain daripada raut Troy pula. Seakan ada niat lain. Ada udang di sebalik batu. Dia tidak dapat meneka apa kerana yang dikhuatirinya sekarang bukan Joe, tetapi Troy. Orang berkata, kadang-kala apa yang kita nampak tak semestinya betul, dan apa yang betul, tak semestinya kita nampak. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Itulah yang menjadi kerisauannya.
~~
“Graymoore yang suruh?” tanya Nina.
“Yup,” balas Edwin laju.
“Peliklah, bukan Graymoore dengan Tengku ada arrangement ke? Bringing in military expertise; they’ve been doing that for years at Thailand, right? Kenapa sekarang lain pula?”
“Selain tawaran Datuk J yang lebih masyuk, aku tak tahu apa-apa lagi. Arrangement dibuat oleh Datuk J sendiri dengan wakil dari Graymoore USA. Sebab itu aku dihantar ke sini, terus daripada Thailand. Walaupun Graymoore masih melatih pengikut-pengikut Tengku di sana, aku disuruh jaga Datuk J pula.”
“Double agent?” duga Nina.
“Mungkin, buat masa ini aku memang boleh tembus kumpulan mana-mana sahaja tapi aku tak yakin untuk teruskan benda ini. Aku perlukan kau. Kalau aku gagal maknanya Graymoore akan pancung aku, Tengku pun sure-sure akan habiskan aku. Inikan pula Graymoore.”
“Bahaya kerja ni!” kata Nina. Akhirnya dia mengakui job yang mereka terima ini cukup complicated. Banyak betul peribahasa yang boleh digunapakai dalam operasi ini. Operasi gunting dalam lipatan, operasi musuh dalam selimut, operasi api dalam sekam. Operasi harapkan pagar, pagar makan padi, dan macam-macam lagilah. Melihatkan ada wajah tertanya-tanya pada raut Nina, Edwin mencelah gurau sejenak.
“Well, nobody said it would be easy. By the way, Datuk tu nampak macam berkenan dengan kau saja. Tak nak try?”
“Orang tua tu? Tak naklah aku! Geli, okay!”
“At least he’s dead rich,” jawab Edwin sambil kepala menyandar ke kerusi pemandu.
Nina memandang lelaki yang berbangsa Melayu Siam itu yang menumpukan perhatian dengan pemanduannya.
“I’m no universal bitch, Edwin. Remember that, at least!” balasnya dengan senyuman yang tidak nampak bermaksud double entendre atau berkias seleweng.
Nina mengalih pandang ke luar cermin. Pandanganya tertancap ke bangunan Menara Berkembar Petronas atau lebih senang dipanggil KLCC. Sekejap sahaja, matanya terkatup menutup semua cahaya daripada masuk. Ah, banyak betul kerja!

Tamat bahagian 24.

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS