novela the curious case of whatever 6

Part 6
Act 26
“Tak sangka sebab nak buat surprise dekat abang, benda lain pula yang jadi… Afi tak takut ke?” tanya Rif kepada Afi yang masih diam di dalam pelukannya. Cahaya malap itu memeriahkan lagi suasana romantik yang tiba-tiba muncul antara mereka selepas pertengkaran yang berlaku tadi. Nasib baiklah Rif tidak terlalu marah dengan Afi. Sebenarnya Rif sendiri rindu kepada Afi, maklumlah, tiap-tiap bulan dia berulang-alik dari rumah ke kem dan kalau ada misi lain, makin lamalah dia terpaksa berjauhan daripada Afi dan anak-anak.
“Afi, betul ke Afi selalu sunyi bila abang tak ada?”
Tiba-tiba pertanyaan itu ditanya dan nada yang diutarakan Rif ada rona kesal. Alamak, adakah Rif masih berasa hati dengan aku? Fikir Afi dalam hati tak diluah. Afi tidak betah menjawab sebaliknya dia mengemaskan pelukannya. Rif yang perasan tubuhnya makin kuat dirangkul, tersenyum malu seketika. Apalah Rif ni, isteri peluk pun nak malu-malu kucing pula.
“Afi…” perlahan sahaja suara Afi.
“Afi nak selalu dengan abang, tapi Afi hormat kerjaya abang… Afi tak banyak complaint tentang itu. Memang Afi sunyi kadang-kadang, tapi abang janganlah ambil serius dengan apa yang Afi tulis dalam nota tu. Afi… Afi sayangkan abang… itu sahaja yang Afi nak abang tahu.”
Pelukan Afi kembali dibalas dengan kemas pelukan Rif. Buat seketika, mereka kekal begitu. Walaupun tidak berbuat apa-apa, mereka berasa hangatnya denyut cinta. Sentuhan demi sentuhan memarakkan api cinta mereka. TV yang dibiar terpasang sebenarnya tidak lagi menjadi perhatian mereka berdua kerana masing-masing hanyut dalam sungai rindu yang melimbah banjir. Empangan ego yang menahan ombak rindu Rif tidak daya menahan sayu cinta Afi. Akhirnya, jiwa yang kontang dibanjiri juga limpahan cinta.
Mata Afi menukar arah pandangan. Saat matanya menangkap wajah Rif, rupanya Rif juga sudah lama merenungnya. Dengan wajah sayu penuh cinta, Afi menitiskan air mata. Segera jemari kasar Rif menyapu air jernih yang keluar dari kelopak mata Afi. Afi menutup mata, esakan kecil kedengaran.
Dengan ibu jarinya, Rif menongkat dagu Afi memandangnya. Perlahan-lahan wajahnya mendekat wajah Afi. Bibir Afi ditatap sebelum mata kedua-dua mereka tertutup sendiri tanpa disuruh, tanpa dipaksa. Rangkulan Afi makin kemas sambil lengan kekar lelaki bernama Haiyan Rifqi itu memeluk pinggangnya. Bibir mereka makin dekat dan bila-bila masa sahaja akan bertaut.
“ARGHHH!!! Serabut! Serabut macam ni!” sebaik daun pintu ditolak, Jimmy bagai diserang histeria menjerit tak tentu hala.
Afi dan Rif yang sudah berada dalam mood ‘tersebut’ terkejut bukan sedikit. Masing-masing memandang ke arah Jimmy yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Jimmy memerhati dengan muka yang tiada signifikan. Matanya berkelip-kelip barang sekali dua. Barulah dia perasan apa yang berlaku di sini.
Oh my god… I’m sorry, both of you!
Rif bangun dan membetulkan kain pelekatnya. Sama juga dengan Afi yang turut membetulkan rambutnya. Masing-masing menunjukkan wajah masamnya terhadap Jimmy. Namun dengan wajah yang selamba, Jimmy senyum menyakat adik dan adik iparnya itu. Kalau tidak dihentikan oleh Afi rasanya sudah sebiji dua Jimmy makan penumbuk Rif sekarang. Rif melepaskan hela nafas yang agak kasar sebelum tangan Afi dipimpin ke bilik. Sepanjang masa menuju ke kamar, tawa Jimmy tidak berhenti mengejek kedua-dua mereka.
Jimmy hampir terlupa dengan permasalahan yang ditimpanya sekarang. Sisa tawanya berhenti dan kepala yang serabut tadi muncul kembali. Sejenak dia teringat kata-kata lelaki bernama Rex itu tadi.
There’s no use to prove your innocent, they meant to kill you, and they will not rest till they did that. It’s either to go hunting… or to be hunted.
Act 27
Alek mengerang kesakitan. Lelaki yang berada di sebelahnya ini, yang memandu Lancer Evo ini, cuma berdiam sahaja sedari tadi. Lagipun memang dia tidak begitu ramah dengan sesiapa. Selama memandu ke tempat yang akan tiba lebih kurang 10 minit lagi ni, pemandu jentera lumba ini kelihatannya tidak memandang Alek langsung. Apa masalahnya?
“Kenapa kau selamatkan aku? Heh… let me guess, Raphael suruh kau bunuh aku, kan? Dengan keadaan aku yang tak boleh melawan macam ni bolehlah kau nak tunjuk lagak kau?” tanya dan provok Alek kepada lelaki ini.
Lelaki tersebut tidak melayan. Sesekali terlihat dia menguap dan memisat-misat matanya. Nampaknya, apa-apa pun yang dikatakan Alek sedikitpun tidak diendahkannya. Padanya, Alek ini hanyalah ikan kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengannya. Jika Alek seekor ikan bilis, dia… setidak-tidaknya ikan pari… dan Raphael pula jerung. Analogi tersebut dapat menerangkan perbezaan taraf antara mereka.
“Aku tanya kau ni jawablah!” bentak Alek kasar apabila pertanyaannya tidak diberi respon.
“Sekali lagi kau tinggi suara dengan aku, kau makan tayar kereta aku kejap lagi.”
Alek diam menurut cakap lelaki yang pelik perangainya ini. Dia terpaksa diam kalau dia hendak selamat. Lelaki ini bukannya boleh dibuat main. Sedikit sebanyak dia kenal kemampuan pemandu Lancer Evo ini. Nampak sahaja muka baby face, dalam hati… tak berani dia nak cabar lebih-lebih.
At least bagitahulah aku, kau nak bawak aku jumpa Raphael buat apa?”
“Kau bodoh ke apa? Kau ingat apa yang kau buat tadi Raphael boleh lupa ke?”
Alek sedikit sebanyak terasa gerun juga dengan amaran lelaki ini. Selain daripada mati ditangan Raphael atau dia dibunuh oleh sesiapa sahaja, kesudahannya tetap sama. Dia tetap akan hilang nyawa juga. Kadang-kadang terasa menyesal juga dengan nasib yang dia terima ini. Dia sendiri yang cari pasal. Dia sendiri yang merancang sesuatu yang dia tidak mampu lakukan.
“Kau menyesal? Buat perkara yang bodoh dan akhirnya tetap juga akan mampus.”
“Gelaklah kalau kau nak gelak.”
“Hahahahaha, aku tak pernah jumpa binatang macam kau ni. Bodoh nak mampus!”
“Kau cakap baik sikit! Kau tu binatang!”
Lelaki itu naik berang serta-merta. Serasanya dia sudah memberi amaran yang dia akan melanyak Alek dengan tayar keretanya kalau dia meninggikan suara dengannya. Kenderaan mahal itu dihentikan. Decit tayar bercampur bau hangit memenuhi ruang. Dia membuka pintu kereta dan berjalan menuju ke pintu tempat duduk Alek. Dengan kasar pintu dibuka dan tubuh Alek direntap keras. Kolar baju Alek hampir koyak direntap lelaki ini. Alek rebah ditolak ke dinding. Ada erangan aduh yang sedikit keluar daripada mulut Alek. Kepala Alek yang sedia cedera dipukul oleh Jad Imran dengan kayu tadi makin berdarah terhentak ke dinding konkrit.
Damn you!!!
Kata sumpahan itu dibalas dengan tapak kasut yang dihenyak terus ke muka, sekaligus kepala Alek terhantuk sekali lagi. Malam ini memang malang buat Alek. Dia tak henti-henti menjadi bahan belasah.
“Aku dah cakap, aku tak mampu melawan… bolehlah kau tunjuk lagak dengan aku,” walau dalam lemah bersuara, Alek masih tidak ingin berhenti daripada bercakap besar. Kalaupun dia sihat walafiat, belum tentu lagi dia boleh menjatuhkan lelaki ini. Dia hanya ikan bilis manakala lelaki ini ikan pari. Dan perlu diingat, Steve Irvigne mati dek kerana terkena libasan ekor ikan pari. Ikan itu walaupun sedap dibuat asam pedas tetapi di laut, ia tetap haiwan yang berbahaya. Sedangkan ikan bilis? Ianya paling rendah dalam rantai makanan di laut.
“Banyak pulak bunyinya binatang haram ni!!!”
“Blade!”
Blade, nama lelaki yang membawa Alek ke sini diseru oleh orang yang baru sahaja turun daripada tingkat atas pejabat di gudang ini. Blade yang sudah siap-siap mencekak kolar baju Alek melupakan hasratnya untuk menghentak lelaki tersebut apabila wanita berambut panjang ini tiba. Bersama-samanya ada 2 orang lelaki yang berwajah ganas.
“I thought kau kata nak bawak Alek ke sini, in one piece?
“Sorry Nina, kau tahulah budak ni… kurang ajar,” balas Blade dengan suara yang kembali kendur. Masakan tidak, Nina seorang awek yang sangat cantik. Takkanlah dia hendak bercakap dengan cara dia bercakap dengan Alek.
I take him from here… you have an appointment with Tiger dan orang-orang dia, ingat? Raphael depends on you on this.
Sure babe, send my regards to him.
Nina hanya senyum sahaja melihat Blade, lelaki yang berketinggian hanya 5 kaki 7 inci itu bagaimanapun agak kacak juga. Kadang-kadang naik ghairah juga dia melihatnya. Kalau bukan kerana dia ini pembantu merangkap perempuan simpanan Raphael, rasanya Blade adalah orang yang paling layak berteman dengannya. Lamunannya terhenti apabila mendengarkan erangan Alek yang dalam kesakitan.
“Korang bawak dia masuk… bagitahu Raphael pengkhianat ni dah ada dekat sini.”
Act 28
Pagi itu seperti biasa sejuk namun digagahkan diri melawan hawa dingin dan malas diri bangun untuk solat Subuh. Sarah yang masih lagi terdengar dengkuran halus itu dikejutkan perlahan-lahan. Taufik mengejutkan Alia pula selepas itu.
“Lia, bangun Subuh Lia,” kejut Taufik lembut.
Tidak susah untuk Alia bangun dari pembaringan. Dia membetulkan rambutnya yang sedikit masai. Taufik mendukung Sarah kembali ke biliknya. Sekejap daripada itu, dia kembali semula ke kamar dan mengambil tuala putih yang tersedia berlipat di dalam almari.
“Abang mandi sekejap. Kita jemaah kejap lagi, ya.”
Alia mengangguk. Taufik pula masuk ke bilik air. Dalam saki baki mamai yang masih ada, Alia bangun dan menyisir rambutnya dan menghadap cermin. Wajahnya yang mengantuk masih lagi kelihatan. Dia memejam-celik mata beberapa kali. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malas, dia mengambil telefon itu dan mengangkat panggilannya.
“Hello.”
“…,” tidak ada suara yang kedengaran. Alia mula berasa tidak sedap hati. Pastinya pengacau yang saban hari mengganggunya yang menelefon. Tetapi ini adalah kali pertama nombor telefon bimbitnya dipanggil.
Hello, kalau ada apa-apa nak cakap, cakap! Kalau sekadar nak ganggu orang, tolonglah fikir balik. Baik ke apa yang awak buat ni?”
Talian dimatikan oleh pemanggil. Alia semakin terganggu dengan apa yang dilakukan oleh pemanggil misteri tersebut. Bukan sahaja dia diganggu dengan panggilan yang diterima dengan telefon rumah, sekarang nombor telefon bimbitnya juga sudah tidak selamat.
Taufik keluar daripada bilik air dengan tubuh yang sedikit basah tidak berlap. Sehelai lagi tuala dia ambil dan digunakan untuk mengelap sisa air yang masih lagi membasahinya. Dalam pada masa yang sama matanya menangkap kelainan di wajah Alia.
“Kenapa ni, Lia?” tanyanya dengan suara yang sedikit terketar.
“Entah, Lia dah naik fed-up with these calls yang datang entah dari siapa.”
Melihatkan Alia sedang memegang telefon bimbitnya, Taufik tahu yang kali ini bukan sekadar dengan telefon rumah sahaja yang diganggu, malahan mereka turut mengacau privasi nombor telefon bimbit Alia. Maksudnya, kemungkinan besar yang mereka sudah lama mengintip Alia. Taufik segera jadi marah namun dia teringat tujuan asalnya bangun seawal pagi-pagi begini. Biarlah solat wajib dua rakaat ini menenangkan hatinya yang panas ketika ini.
“Lia, abang tak ke pejabat hari ini, kita buat laporan polis.”
Act 29
Usai solat subuh, Izz masih lagi tidak berganjak daripada tikar sembahyang. Dalam keadaan sebegini, tiada lain yang mampu dia lakukan selain daripada memohon petunjuk daripada Yang Maha Esa. Dinie tidak bangun untuk solat bersama kerana hal perempuan. Namun itu tidak bermakna dia lena diselimuti dingin pagi. Sedari tadi, sewaktu Izz bangun mandi, dia turut sama terjaga. Sengaja dia berbuat diam seperti tidak lagi tersedar. Pun begitu, Izz Karami ini memiliki gerak hati yang lain daripada orang lain.
“Dah lama buat perangai macam ni? Tahu nak skodeng orang je.” Sakat Izz dengan senyum yang tidak dibuat-buat.
Dinie yang masih lagi kelihatan cantik walaupun baru bangun tidur itu ketawa sedikit. Entah kenapa setiap apa yang dilakukannya selalu dapat ditelah Izz. Tidak satupun dia mampu sembunyi daripada pengetahuan lelaki bertubuh tinggi ini.
Izz bangun dan melipat sejadah sekadarnya sahaja. Dengan berkain pelekat dan T-shirt, dia merebahkan diri di sebelah Dinie. Dia memandang wajah Dinie. Hai, isteri… tahukah engkau aku amat cinta kepadamu. Kadang-kadang Izz ini agak corny juga, jiwangnya bukan main. Namun selalunya, selalu dia cuba cover. Dia mengelamun mengingati masa-masa yang telah lama berlalu. Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang suka, ada juga yang duka. Namun apabila mengingati masa-masa mereka bertarung dengan manusia-manusia yang dengki serta khianat, yang itu memang kalau boleh tidak ingin dia ingat lagi. Dan apabila keadaan membawa mereka sekali lagi ke arah perkara sebegini, Izz jadi takut. Terus Izz teringat kata-kata Rex malam semalam.
“Aku tahu kau dah buat keputusan, tapi cuba fikirkan semula. Can you stand a chance if you do this alone? I’m not telling you my help is such a big deal here, but I have practically enough info about them more than you did. If we are to win this war, we need to do this as a team. Believe me it will be hard, but it’s harder if you lift that burden on your own.
“Abang… kenapa ni?” tanya Dinie mengusir lamunannya tadi.
Nothing… hmm,” jawab Izz.
Dinie memandang dengan pandangan yang sinis. Dia tahu yang Izz cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.
You see that, that first word ‘nothing’ and the later, ‘hmm’… you’re thinking about something. Why aren’t you sharing? Abang, Dinie dah lama hidup dengan abang, Dinie tahu bila abang fikirkan sesuatu dan bila abang ada something nak cakap tapi tak terluah… Dinie tahu semua tu.”
“Apa yang Dinie tahu?” tanya Izz dalam nada bergurau. Sengaja dia cuba untuk menyembunyikan lagi perkara itu daripada Adni. Dia tidak ingin Dinie rasa takut. Tidak untuk kali ini.
“Apa yang Taufik kena… apa yang jadi dekat Jad dan Amie dan Ari… abang dapat rasa kita pun akan terima nasib yang sama, kan?” luah Adni tidak menahan. Sudah lama dia ingin katakan perkara itu.
Izz tidak kelihatan terkejut namun dia tidak menyangka yang Dinie sudah menelah tentang hal ini. Dia jadi semakin bimbang, dia memang tidak ingin Dinie tahu namun isterinya ini juga sama juga dengannya. Berfikir jauh ke depan.
“Abang takkan benarkan sesiapa sentuh Dinie macam yang Pot buat. Abang takkan biarkan ada yang layan Dinie macam mana Khairy layan Dinie dulu. Dan paling penting, abang takkan biarkan ada orang yang cuba nak kenakan Dinie macam mana Murni buat dekat Dinie dulu. Itu janji abang, kan?”
“Dinie percaya semua tu, Dinie tak pernah ragu. Apa yang Dinie nak abang tahu, Dinie kuat dengan semangat abang. Dinie dah tak lemah lagi. Dinie sanggup lalui apa sahaja asalkan Dinie ada abang.”
Kata-kata Dinie berakhir dengan pelukan kemas Izz. Mendengar kata-kata Dinie itu membuatkan Izz menjumpai semula kekuatan untuk melawan. Dan dia ada kawan-kawan yang pasti tidak akan mengecewakannya.
Dinie, it’ll be a very rough ride… do you think you’re ready for this?
Dinie tidak menjawab. Hanya senyuman sahaja yang menemani tekadnya tanpa perkataan ‘ya’ yang dilafaskan.
Act 30
Sid jadi berang, marahnya membuak-buak apabila mendengar keterangan yang diberikan oleh Amie.
“Jahanam!!!” jeritnya sambil dinding pejabatnya ditumbuk berkali-kali. Fauzan yang ada disebelahnya menggelengkan kepala.
Pandangan mata Sid kembali menatap wajah Amie yang tertera banyak kesan lebam. Bukan setakat muka sahaja, anggota polis wanita yang menjalankan pemeriksaan turut menjumpai kesan-kesan lebam di bahagian-bahagian lain pada tubuh wanita bertubuh kecil itu. Melihatkan keadaan Amie, Sid sedikit sebanyak tidak dapat menyangkal yang keadaan Ari turut akan sama sahaja kalau tidak lebih teruk. Apatah lagi selepas mendengar keterangan Amie. Ari juga memang menerima penderaan fizikal oleh lelaki bernama Alek itu.
“Sid, Amie risaukan sesuatu.” Kata Amie selepas melihat Sid yang sedikit tenang.
“Amie risaukan apa, Amie?” tanya Sid dengan laju.
“Begini, semalam waktu lelaki tu pukul Jad dan Amie, dia ada cakap tentang ‘Incubus’.”
Mata Sid dan Fauzan membuntang serentak. Mereka berpandangan sesame sendiri sebelum Sid sekali lagi meracau. Fauzan terpaksa menenangkannya.
Sid, Sid! Relax! Relax! Kenapa dengan kau ni?”
We’re talking about INCUBUS dekat sini, Jan! Kau faham ke tidak?!” teriak Sid tidak mampu menahan perasaannya. Kalau nama tersebut tidak keluar dalam perbualan mereka dengan Amie, mungkin jugalah keadaan Sid tidak akan segila ini.
“Aku faham! Aku faham, Sid! Tapi kita tak boleh macam ni, kita polis, Sid. Ingat sikit, Sid. Ingat!” nasihat Fauzan yang terdengar juga nada menengking. Tetapi dengan Sid dia terpaksa bercakap dengan nada sebegitu. Kalau tidak, Sid tidak akan dengar. Amie yang berada di hadapan mereka terkejut dengan perubahan Sid yang mendadak ini. Sid memandang Amie, bengkak pada muka wanita itu membuatkan dia terbayangkan Ari, dengan kesan lebam yang sama. Tidak! Tolonglah jangan ada apa-apa yang berlaku kepada Ari. Ya Allah, tolonglah!
Sid meraup mukanya dan melepaskan hela yang kasar sehingga kedengaran kuat ke seluruh bilik pejabatnya. Dia keluar daripada ruang itu dan hentakkan pintu yang dihempas kedengaran sebagai kesinambungan bengkaknya hati Sid.
 Fauzan ditinggalkan bersama Amie. Telefon bimbit Amie berbunyi. Amie melihat ke skrin, SMS daripada Izz.
“Izz Karami, Inspektor Fauzan. Dia ada di tempat kejadian semalam, jadi rasanya dia boleh beri keterangan lanjut.”
“Tak apa, Amie. Panggil sahaja saya Fauzan. Tak perlulah formal sangat. Lagipun saya tak nak bercakap sebagai seorang pegawai polis sekarang. Saya nak tahu lebih lanjut tentang apa yang Amie lalui bersama Ari. Saya tak nak Amie rasa tension macam waktu Sid ada tadi. Amie boleh let out everything, I’m listening. And please tell more about ‘Incubus’. We really need info on that.
Sekali lagi Amie menceritakan apa yang berlaku, tetapi kali ini ianya lebih terperinci kerana Fauzan tidak langsung mengganggu cerita Amie. Dia hanya mendengar dan jika dia tidak faham sahaja dia meminta Amie memperjelaskan keadaan. Dia jadi lebih selesa untuk menceritakan pengalaman perit itu kepada Fauzan berbanding Sid. Namun Amie faham kenapa Sid jadi begitu agresif dan emosional apabila nama Ari yang menjadi taruhan.
“Sekejap, jadi dia hanya kata yang… sama ada Amie tahu tentang ‘Incubus’ sahajalah. Dia tidak mengaku yang dia adalah ‘Incubus’?”
“Ya, memang dia cakap macam itu tapi dalam keadaan yang macam itu, saya tak fikir perempuan lain pun akan fikir macam yang Encik Fauzan fikir. Kalau Encik Fauzan berada di tempat saya, encik akan fikir benda yang sama, kan.”
Fauzan kelihatan berfikir. Benarlah kalau hendak diikutkan secara logiknya, Alek adalah ‘Incubus’ kerana takkanlah dia sekadar memberi amaran kepada Amie yang dia adalah ‘Incubus’ pada saat dia sudah siap sedia untuk memperkosa wanita itu. Secara logiknya juga, mana-mana perempuan pun akan kata Alek adalah Incubus juga. Buat masa ini, Fauzan tidak boleh menidakkan yang kebarangkalian identiti Incubus sudah dikenalpasti namun pada masa yang sama juga, perkara itu tidak boleh 100% diiyakan. Apa yang perlu sekarang adalah siasatan lanjut, lakaran muka suspek dan operasi mencari.

Sid keluar sehingga ke perkarangan tempat letak kerta di pejabat polis tersebut. Kepala otaknya memang berserabut sekarang. Makin berserabut dan bila-bila masa sahaja dia boleh jadi gila memikirkannya. Namun apabila mendengarkan kata-kata Fauzan tadi, dia jadi menyesal juga, dia ini polis. Tugas seorang polis adalah membuat orang awam berasa selamat namun kelakuannya tadi menakutkan Amie pula, dia patut meminta maaf kepada Amie selepas ini.
Sebuah sedan BMW 750i diparkir di suatu sudut di tempat letak kereta di balai polis ini. Sid seperti kenal sahaja dengan pemilik kenderaan tersebut. Mana tidaknya, pasangan tersebut turut menunaikan umrah dengannya beberapa bulan lepas.
Adnan Taufik dan Alia berjalan menujunya yang berada betul betul di hadapan pintu masuk utama balai polis tersebut. Sid berasa ingin tahu tentang kedatangan pasangan tersebut ke sini. Taufik dan Alia berhenti di hadapannya. Lafas salam diberikan kepada Sid oleh Taufik. Alia kelihatannya tersenyum sahaja.
“Assalamualaikum, Tuan Haji Inspektor Ziyad Sidqi,” gurau Taufik menegur Sid. Sid tertawa sedikit mendengarkan gelaran besar tersebut. Dia belum lagi bersedia untuk menjadi Tuan Haji. Tidak seperti lelaki yang berdiri di hadapannya ini. Ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal. CEO Berjaya Holdings, pangkat mereka jauh berbeza.
“Sid, saya datang nak buat laporan polis,” kata Taufik tidak berselindung. Ada riak terkejut pada wajah Sid. Seperti ada yang tidak kena dengan semua mereka ini.

bersambung...

Comments

slm..wow!hebat. cerita makin menarik utk diteruskn sesi pembacaan akn dtg..

pdan muka alex..;p..jahn,kalo bleh matikn trus wtk alex ni..penkhianat thap dewa dia ni!

still ad unsur humor..bgus2.tahniah!
Mohamadjahn said…
cepat sangat mati pun tak best pulak... hehehe... mmglah org jahat akan kalah in the end tetapi kena buat yang baik menderita dulu... hehehe

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS