sepetang menonton sinetron, selepas itu...

Assalamulaikum semua,

Jahn di sini, masih sihat bernyawa belum nak mati lagi, kan... korang camner? sihat? harap-harap tidak menghidap sebarang kecacatanlah ye... sama ada keilatan kekal mahupun sengal-sengal badan... hahhaha, mengarut sudeyyyyy!!

tadi tengok citer indon kat TV3... pasal santet... a.k.a santau lah dalam bahasa melayu kita... walaupun Jahn sceptic sikit dengan ceciter indon ni, kan... Jahn layankan jelah sebab Aki Mustafa...

ya..ini Aki Mustafa...

Aki Mustafa suka tengok citer Indon, so Jahn terpaksalah tengok sekali... selepas citer "Ada Apa Dengan Cinta" lakonan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo dah takde dah citer Indon yang Jahn suka... semuanya macam so-so je, especially dia punya sinetron-sinetron tu... menyampah okey kalau ada effect zoom and slow motion ke muka orang... demet, kan...

tapi bukannya nak komen pasal citer santet tu...

Jahn nak bercerita tentang santau tu... hmm, korang percaya dengan benda-benda macam ni...

Jahn percaya sebab Jahn tahu ada je ramai orang yang dengki dengan kejayaan, kesenangan orang lain sampai nak dorang hidup menderita... masyaAllah... sungguh jahat orang itu...

ada dua kategori santet a.k.a santau ni, korang... iaitu:-

1. Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata- mata, tanpa melibatkan iblis dan syaitan.

2. Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.
mana satu lebih bahaya?

hmm, pada Jahn lah, kan kedua-duanya bahaya sebab ia memudaratkan si terkena... sakitnya mereka boleh bawa mati... nauzubillah... simpangggg... janganlah kita jadi sesat sebegini, ya...jangan sort to santau... berdosa besar!! menaganiaya orang dan menyekutukan Allah...

Jahn sebenarnya telah blogwalk dan google perkataan santau ini tadi, then terjumpa entry ini dari Encik Azrin Abdul Karim pemilik belog  RAWATAN ISLAM & URUT TRADISIONAL... tajuk entry adalah Sihir Santau...

so korang cekidaut le kalau ada sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan gangguan atau nak berurut, kan... manalah tahu encik ustaz ni bleh tolong-tolong...

selamat berbelog!!!




Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS