novela benarkah cinta 8

Seminggu berganti, sebulan… sebulan lagi… sebulan dan sebulan lagi… bayangmu entah ke mana tak langsung ingin berjumpa ~ Jiya

Wajah yang sugul menunggu teksi itu tetap begitu, rasanya sudah berbulan-bulan tiada seri pada muka comel Jiya. Ahh, teksi ni pun satu, bukan main lama lagi. Dah hampir setengah jam dia tunggu tetapi sebuah teksi pun tak singgah. Kalau bukan kerana keretanya yang rosak kelmarin dia tidak ingin nak naik teksi.

Kereta rosak… Jiya teringat saat pertama dirinya mengenali Rik dengan lebih dekat. Beberapa bulan sebelum hari ini, keretanya pernah rosak.

“Ken, I stuck at Federal Highway… I takutlah malam-malam macam ni, peliknya tow truck satu pun takde,” rungut Jiya dalam ada sedikit takut kepada Ken melalui panggilan telefon.

Kenderaan yang lalu di sini juga tidak ingin langsung berhenti walaupun dia memarkir kereta Honda CR-Znya… kereta baru beli dah tersadai macam ini, memang sah yang Jiya ni main bawak saja.

“Haa? Aku dekat Melakalah… outstation… kejap-kejap… aku suruh si Rik datang boleh?”

“Eh, Rik pulak… kesianlah dekat dia.”

“Kau nak tidur situ?”

“Eh, janganlah macam tu Ken… mana aku nak tidur tengah-tengah highway ni?”

“Haa… tahu pun, so… diam… aku call Rik kejap, pak cik tu kejap je boleh sampai, sabar ek…”

Tidak lama sebelum Rik tiba. Dia berseorangan. Jiya sebenarnya segan dengan lelaki ini, walaupun kawan tetapi dia memang jarang berbual dengan Rik. Dia juga pernah dengar cerita yang tidak berapa elok mengenai lelaki yang sudi hendak menolongnya malam-malam buta sebegini.

Ah, teruknya perangai kau ni, Jiya! Orang tu dah nak tolong kira elok dah. Kau pulak yang fikir macam-macam.

“Ni apa problemnya ni? kereta beli mahal-mahal pun tersadai camni? Hehe…” Rik cuba bergurau. Jiya hanya senyumkan sahaja, segan sebenarnya.

Jiya tidak banyak cakap sangat pun semasa Rik menggeledah dan meyelongkar enjin keretanya. Bukanlah, memeriksa sikit-sikit sahaja. Bukannya ada kerosakkan teruk pun.

“Cuba start enjin?” tanya Rik sopan, tangan yang sudah sedikit kotor ditunjukkan kepada Jiya.

Jiya terkocoh-kocoh ke dalam kereta dan menghidupkan enjinnya. Vroom, bunyinya.. tak rosak pun rupanya. Jiya keluar dan berterima kasih kepada Rik.

“Thanks Rik, kalau takde you I rasa memang I dah tidur sini, dah!”

“Hahah, takde masalah. Sikit je ni… erm, I balik dululah…” pamit Rik hendak pulang.

“Eh, wait, at least let me buy you drinks? Please, I insist, I can not just let you go rewarded-less!”

Rik berkira-kira, dia menggaru kepala ynag entahkan gatal entahkan tidak. Tidak lama selepas itu dia berkata, “okay, then… Starbucks!”

Lamunannya tentang ingatan tersebut terhenti apabila dia mengesan seseorang di hadapannya. Jiya jadi terkesima dan jadi diam. Teksi berhenti dia hadapannya tidak dipedulikannya, sudahnya orang lain pula yang merampas teksi itu daripadanya.

Bukannya dia buta atau tidka nampak tetapi dia lupa terus yang selama tadi dia menunggu kenderaan awam itu untuk sampai. Semuanya gaga-gara manusia-manusia di hadapannya.


“So, what do you wanna eat?”

“entah, tak kisah, apa-apa je…” jawab Erra lemah. Dia masih berasa hati, tidak banyak, tetap masih ada ralat dlam hatinya untuk berbual biasa dengan Rik. Walaupun rasa sayang tidak hilang tetapi hati yang dia sakiti bukannya mudah sembuh kembali.

“…Rik bawak Erra ke tempat selalu tu okay?”

“Okay,” jawab Erra tidak berbahasa basi. Direct dan ringkas sahaja.

Rik meneruskan pemanduan yang sedikit terganggu semata-mata ingin bertanyakan di mana Erra hendak makan. Sudah mendapat jawapan yang Erra tidak kisah pun di mana-mana, tidak disangka yang dia lebih-lebih lagi terganggu. Erra, aku dah minta maaf, kan… aku terus-terang dan tak nak tipu kau… tapi kenapa buat au macam ini lagi? Tanya Rik dalam hati. Luahan yang tidak terkata itu menyimpulkan betapa dia tergores dengan kedinginan Erra. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah, dia teringat, dia juga pernah buat yang lebih teruk pada Erra. Berbulan-bulan dia langsung menghilang tanpa satu berita pun.

Sampai di tempat yang dituju, The Garden, Rik memarkir keretanya dan membawa di tempat letak kereta. Maklum sahaja kalau yang dipandu itu Chevrolet Camaro Coupe bewarna kuning itu, senang sahaja hendak mendapat parking VIP. Ramai mata yang memandang saat Rik keluar daripada ‘Bumblebee’ tersebut. Rasa bangga yang selalu menemaninya saat-saat begini bagai hilang entah ke man kerana Erra bersikap dingin dengannya. Namun, dia tetap cuba menyenangkan hati Erra lebih-lebih lagi dia baru sahaja hendak sembuh.

Jiya yang ada di hadapan mereka memandang dengan perasaan yang berbalam, sangat tergores dengan pemandangan yang amat menyakitkan. Kenapa sekarang? Kenapa di depan matanya dia perlu melihat semua ini? dia cemburu yang teramat sangat tetapi kenapa pula dia harus berasa demikian? Bukannya Erra merampas Rik? Dia perampas yang sebenar, dan jika Rik sudah kembali kepada Erra kenapa dia perlu rasa begini?

Tanpa sedar, Rik tersebut nama Jiya saat terpandang Jiya di hentian teksi. Erra yang ada disebelahnya turut sama memandang wanita yang duduk seorang itu. Rik tidak perasan pandangan Erra berubah arah kepada Jiya.

Ini ke perempuan itu? Ini ke… Jiya? Dalam hati hanya Erra yang tahu perasaannya. Marahkah dia? Rasa bencikah dia? Rasa meluat, jijik, menyampahkah dia kepada Jiya?

Perlahan-lahan Erra berjalan ke arah wanita itu. Jiya bangun secara tidak sengaja. Rik pula terkejut kerana tidak sangka yang Erra pergi kepada Jiya. Walaupun perlahan hayunan kaki Erra, Rik tidak mampu mengejar. Pada kakinya seperti ada ramatai besi yang diikat dengan pemberat 1 tan. Tidak, janganlah berlaku apa-apa!

Erra berhenti betul-betul di hadapan Jiya. Dengan mata yang lemah dia memandang Jiya yang juga turut berani menentang renungan itu.

“So, you’re Jiya?” tanya Erra.

Tamat bahagian lapan.

Comments

nice~~~
cool = pqahcool (~~,)
http://pqahcool.blogspot.com/2011/05/hidup-sendiri-vs-kahwin.html

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS