novela the curious case of whatever 9

Assalamualaikum semua,

Duka cita Jahn nak katakan di sini yang Jahn tidak dapat connect to the internet buat masa yanga gak panjang, hampir dua minggu... camtu, anggaran, kan... mana tahu lebih, Jahn tak sure... so, kepada yang menunggu novelas Jahn... Jahn tak dapat upload dalam masa dua minggu ni... dapat gaklah Jahn kejar dateline, kan... Alhamdulilah...

Tapi, apa-apa pun, Jahn upload one last time TCCOW sebelum Jahn akan jadi very unresponsive terhadap internet... ya, Jahn harap anda akan tunggu sambungannya nanti, have  a great day ahead...


Part 9
Act 41
Nina berjalan menggoda ke arah Raphael. Dia tahu lelaki itu sedar serabut memikirkan masalah yang dialaminya. Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh Tiger lagi. Nina tahu yang Tiger itu seorang yang tak boleh dipercayai sedikit tetapi disebabkan mereka sudah lama berurusan dengannya, mereka terpaksa meneruskan urusan haram itu juga dengan Tiger.
Raphael duduk menghenyakkan diri di atas sofa yang empuk. Namun tetap dia rasa tidak selesa. Nina menghulurkan satu tin Coca Cola kepada Raphael. Raphael mengeluh, bukankah tadi dia meminta satu tin beer, kenapa diberinya minuman berkarbonat pula.
You kena kurangkan addiction you tu, doktor cakap apa, hmm?” tingkah Nina terlebih dahulu sebelum Raphael bertanya. Suara manja perempuan ini menyejukkan sedikit hati Raphael yang panas membara sekarang. Namun sebenarnya masih belum cukup untuk memadamkan sakit hati dengan kerenah mengarut Tiger. Sudah lama dia bersabar dengan Tiger sebenarnya. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia menyuruh Blade membunuh lelaki itu. Dia tidak kisah membayar Blade yang diupahnya daripada sebuah organisasi lain tersebut bayaran yang lebih tinggi asalkan kehendaknya dipenuhi. Tetapi memikirkan yang dia masih perlukan bantuan Tiger, dia bersabar sehingga sekarang. Sekarang, lain pula ceritanya, perangai jahanam Tiger membuatkannya menyampah sangat-sangat.
You nak buat apa dengan Tiger?” tanya Nina seperti seorang mind reader, tahu-tahu sahaja apa yang difikirnya.
I nak habiskan dia, dia dah tak bagi apa-apa faedah dekat I lagi… menyusahkan lagi ada.”
You sure nak bunuh dia?”
I tak kata I nak bunuh dia, I just cakap nak habiskan dia.”
“Tak sama ke tu?”
Raphael hanya tersenyum sedikit, dia malas hendak menerangkan lebih lanjut. Dalam kepala sudah dapat dia bayangkan bagaimana keadaan Tiger nanti.
“Panggil Blade,” arahan ringkas itu dituruti Nina tanpa banyak soal. Kalau sudah diminta Blade datang menghadap maksudnya adalah nyawa yang akan bercerai dari badan sikit masa lagi.
Act 42
Rex mengambil kain tuala dan mengelap kering rambut dan tubuhnya yang basah bersiram tadi. Cermin singki yang berkabus oleh wap disapu dengan tangan. Wajah kacaknya diperhati dan dibelek-belek sekadarnya sahaja.  Dia keluar daripada bilik air dan terus menghenyakkan tubuhnya ke katil yang dialas tilam empuk Vono.
Suri, Hafriz dan Jimmy sudah keluar menyiasat sesuatu. Kemungkinan besar menyiasat penglibatan seorang lagi pembunuh upahan yang diupah Raphael. Lelaki bernama Blade itu bukannya asing pada mereka. Pembunuh berketurunan Melayu Singapura itu punya sejarah tersendiri dengan Hafriz. Jadi lebih baik dia menyerahkan tugas menyiasat keterlibatan lelaki itu kepada Hafriz sendiri. Mereka mungkin ada urusan yang belum selesai.
Tanpa disangka-sangka bunyi telefon bimbit berdering dengan nada yang kuat mengejut. Terkejut Rex dibuatnya dan hampir hendak melatah juga, nasib baik tidak ada sesiapa di sini. Kalau tidak malu sendiri dia, bekas pembunuh upahan boleh terkejut dengar bunyi handphone sendiri. Bukan main malu lagi! Diambilnya Nokia C7 tersebut dan nama pemanggil ditatap. Ada riak gembira pada wajah lelaki kacukan Melayu-Inggeris-China ini. Baru sahaja dia hendak berputus asa dengan Izz Karami tetapi tak semena-mena, lelaki yang diharap-harapkannya ini memanggilnya pula. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang; bagai bulan jatuh ke riba pula rasa hati Rex.
“Hello, ingatkan takkan call?” sapa Rex bergurau pada saat-saat genting sebegini.
“Tak payah banyak cakap lagilah, Rex. Aku setuju dengan strategic alliance kau tapi aku ada beberapa syarat.” Balas Izz yang turut sama tidak mengucap salam terlebih dahulu.
“Hmm, syarat?”
“Ya, syarat.”
Name it.
If we are to do this, it’s gonna my way and I wanna bring my own men, do you think you can compromise that?
Rex seakan berfikir sejenak. Dia tidak ingin terburu-buru membuat keputusan. Walaupun dalam operasi rahsia ini, dia adalah ketua tetapi sekarang dia sudah ada Hafriz dan Suri yang merengek-rengek hendak turut sama serta. Malahan Jimmy juga sudah mengesahkan persekutuannya bersama. Jadi apabila Izz mengemukakan syarat yang agak berat ini, dia harus betul-betul pasti sebelum memberi kata dua.
See, I will consider you as an authorized personnel to deal with but this is still my case. We can discuss more about planning and how you want it to be done. One more thing, I’ll only acknowledge people with direct interest with this case to be your men.
Penerangan Rex yang panjang lebar itu cukup untuk menyimpulkan bahawa dia sebenarnya bersetuju. Walaupun banyak menggunakan kata-kata seakan membidas syarat-syarat Izz tetapi Izz faham yang Rex setuju. Rex juga perlukan jaminan yang Izz tidak akan menterbalikkan operasinya 360 darjah.
Don’t worry about that, aku hanya bawa mereka yang aku percaya sahaja.”
Then, there should be no moment to lose. Bangsar Height, 4.00 pm.
Act 43
Informer saya bagitahu, ada orang intip adik awak,” kat Suri yang duduk berhadapan dengan Jimmy. Mereka singgah minum di Restoran Jejantas dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Suri dan Hafriz memandu Toyota Caldina milik Suri. Manakala, Jimmy menunggang Kawasaki Ninja milik Hafriz. Sengaja mereka bergerak berasingan kerana merasa Jimmy seakan kurang selesa duduk di tempat duduk belakang.
Kopi ‘O’ pekat di hadapannya dikacau rata dengan secamca gula. Jimmy sebenarnya risau juga tetapi dia yakin dengan Rif.
“Boleh saya tanya sikit?” Jimmy meminta izin sebelum soalan diberikan.
Suri mengangguk tetapi soalan yang bakal dia tanya bukanlah untuk Suri sebaliknya untuk Hafriz yang diam menikmati roti bakar dengan kaya dan jem blackurrant. Riak di muka Hafriz seperti menunjukkan betapa sedapnya makanan itu. Suri menyiku sedikit lengan Hafriz yang langsung tidak mempedulikan pertanyaan Jimmy.
“Haa?” Hafriz sedikit terpinga-pinga.
“Boleh saya tanya sikit?” pertanyaan diulang siaran
“Boleh,” kata Hafriz sambil kepala yang tiba-tiba sahaja gatal digaru. Rambutnya sudah panjang. Patutlah terasa gatal selalu, menyimpan kutu agaknya. Kadang-kadang Hafriz kelihatan seperti seorang lelaki yang tidak betul juga kerana dia terlampau happy go lucky, seperti tidak ada masalah dalam kepala otaknya. Namun dalam hati, hanya dia sahaja yang tahu.
“Saya rasa macam pernah jumpa awak dulu. Tapi dah tak ingat sangat.”
Hafriz membalas dengan nada selamba, “pelanduk dua serupa kot… hmm, tapi, kan… saya pun rasa macam pernah jumpa awak… tapi mungkin jugak pelanduk dua serupa. Sebabnya, the guy yang saya pernah jumpa tu muka ada iras awak tapi dia tu jauh lebih kurus. Tak macam awak yang badan berketul-ketul ni.” Balas Hafriz selamba memberi pujian terhadap bentuk badan tentera seperti Jimmy ini.
“Hahaha, awak pun apa kurangnya… you’re just 20 lebih tapi badan dah macam professional bodybuilder, apa,” ujar Jimmy merujuk kepada Hafriz yang mengenakan T-Shirt lengan pendek ketat yang menampakkan bentuk otot badan yang dimiliknya. Terutama sekali lengannya yang terdedah mempamerkan urat yang timbul.
Suri jadi sedikit terganggu dengan perbualan yang sudah melencong itu.
Why are you guys suddenly complementing each other’s bodies… this has totally changed to a gay conversation, okay!
Hafriz dan Jimmy memandang Suri serentak. Mata mereka turut sama berkelip-kelip memandang Suri dan wajah mereka juga kelihatan berfikir. Betul juga kata Suri. Masing-masing membetulkan anak tekak dengan berdehem perlahan sambil pandangan dilarikan ke arah lain. Ada jarak masa beberapa saat sebelum mereka meneruskan perbualan tadi tetapi kembali kepada topik asal.
“Saya pernah kurus dulu… waktu tu saya bukan tentera. Maksud saya, saya tak berada dalam kelompok tentera. Saya hilang ingatan. Nama saya Cougar.”
“Cougar, Cougar… ya! That rang a bell! Hey, dude… I was supposed to kill you back then… tapi gagal! Oh, not you, but Tengku Azhar, tapi awaklah that guys yang interfere waktu itu rupanya… awak ingat lagi tak saya ada nak tikam awak tapi awak lagi cepat terajang muka saya?! Whhoooo!! Sakit beb, ikut hati memang saya dah nak tembak je awak waktu tu, mana tahu saya dapat arahan tiba-tiba suruh batalkan misi tu. Entah sebab apa entah.”
Jimmy sedaya upaya menyuruh Hafriz diam sedikit. Suaranya kedengaran sehingga ke segenap sudut kopitiam di atas jejantas ini. Hafriz meminta maaf kerana jadi terlampau teruja, “sorry, sorry… betul, kan?”
“Tapi seingat saya, awak berdua dulu, kan?” pertanyaan Jimmy membuatkan Hafriz diam menunduk sebelum matanya berubah arah memandang kereta yang lalu lalang di bawah jejantas yang siap ada restoran di atasnya.
Melihatkan Hafriz yang tidak ingin menjawab soalan Jimmy, Suri membuka cerita yang pahit hendak diingat oleh Hafriz, “kita nak pergi cari lelaki yang bersama dia tulah sekarang ni.”
“Jomlah, makin lambat pulak nanti,” putus Hafriz. Dia berjalan laju ke kaunter cashier.
Suri dan Jimmy yang ditinggalkan memandang satu sama lain. Jimmy bertanya kepada Suri, “saya salah cakap apa-apa ke?” Suri hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu apa-apa.
Sepatutnya Hafriz tahu yang bukan selama-lamanya dia boleh mengelakkan diri daripada Blade. Dulu mereka pernah jadi seperti adik-beradik. Namun kerana Suri, Hafriz sanggup tinggalkan segalanya… segala kemewahan dan kesenangan hasil daripada meragut nyawa, membunuh orang. Tak kiralah yang dibunuh itu baik ataupun jahat, semuanya dia sapu habis. Sebab itulah dia faham apa sahaja yang dirasakan Izz dan Rex. Mereka bertiga sama sahaja. Mereka mencari keampunan dalam setiap khilaf yang pernah dilakukan. Mereka meminta diri yang hilang kembali semula.
Act 44
Rif menerima panggilan telefon untuknya kembali ke kem Sungai Udang. Ada perkara yang perlu dia kendali di kem tersebut. Sedangkan di sini keadaan tidak berapa selamat, ikutkan hati dia memang tidak ingin pergi tetapi kerjanya menuntut pengorbanan yang besar buat negara. Namun dalam keadaan sebegini, antara negara dan isteri, perkataan seterusnya buat kedua-dua frasa tersebut adalah tercinta. Kalau sudah kedua-duanya tercinta, bagaimana hendak dia pilih. Aduhai, besarnya dilema. Sebenarnya, Rif bukannya pening sangat hendak memilih mana satu kerana dia akan pilih kedua-duanya lagipun. Negara dan Afiqah Najwa dua entiti yang tidak langsung berkait, jadi tidak ada dilema dalam erti kata sebenar. Apa susahnya, ajak sahajalah Afi ke Sungai Udang itu. Itulah masalahnya…
“Alah, tak naklah Afi ke sana, bukannya Afi kenal sesiapa pun.”
“Afi, sehari dua je… yang degil sangat ni kenapa?”
“haa, kalau sehari dua biarlah Afi duduk sini jer.”
“Duduk sini, 2 hari? Afi, pagi tadi ada orang perhati rumah ni, on what ground do Afi thinks abang will let that happen? Cuba bagitahu abang?”
Afi betul-betul kehilangan kata. Memanglah dia tahu perkara itu tetapi untuk berada di kem tentera, memang dia tak suka sangat. Entah kenapa dia tidak senang berada dekat dengan kem sedangkan suami, abang dan kawan-kawannya adalah tentera.
“So, Afi dah tak ada pilihanlah ni?”
“Ada, ikut abang ke Sungai Udang?” gurau Rifqi dengan nada manja. Sambil tangannya meraih tangan Afi. Kedua-dua belah. Rif sengaja berbuat wajah comel seperti berharap sangat-sangat. Alahai Rif, kenapa kau ni hensem sangat? Desah Afi dalam hati, ikutkan nak saja dia gigit pipi Rif ni...
“Okay… Afi ikutlah ni…” jawab Afi sambil tersenyum.
“Yes!!!”
Suka benar dia Afi bersetuju menurutnya ke kem. Tak perlulah dia berasa bimbang lagi. Lebih-lebih lagi dia tidak meninggalkan Afi bersendirian.
“Siaplah cepat, kita gerak pukul 3 nanti,” kata Rif sambil melihat jam di dinding yang tinggal kira-kira setengah jam lagi hendak pukul 3.
Dari jauh, 2 orang lelaki memerhati Rif dan Afi keluar daripada rumah. Setiap gerak geri pasangan tersebut diperhatikan dengan teliti. Mereka sedia tahu yang lelaki yang bernama Haiyan Rifqi itu bukan calang-calang manusia. Sebab itulah mereka tidak boleh bertindak terburu-buru. Mereka telah melakukan siasatan terperinci tentang Rif. Di mana dia bekerja dan apa yang mampu dia lakukan memang sudah mereka tahu. Jadi, mereka mencari masa Rif berada pada peringkat paling lemah. Sama, kelemahan Rif pasti terletak pada Afi. Jika kedua-dua mereka dapat mereka kawal maka senanglah mereka mengugut Najmi Hariri, sasaran sebenar.
“Afi dah siap?” tanya Rif serius. Takut ada barang-barang penting yang tertinggal, dia memang malas hendak patah balik semula nanti.
“Dah, semua dah ada,” balas Afi yakin. Sudah 3 kali dia melakukan pemeriksaan, jadi tidak mungkin dia tertinggal apa-apa yang penting.
“So, kita bergerak sekaranglah, dah tiba masa ni.”
Kenderaan pacuan empat roda milik Tentera DiRaja Malaysia mengelongsor ke belakang. Afi menutup pintu pagar dan memasuki kereta. Mereka memulakan perjalanan ke Melaka. Dalam perjalanan yang panjang itu, Rif tidak henti tersenyum. Perkara itu membuatkan Afi bertanya kenapa. Dengan selamba Rif membalas.
“Sebab abang tak tinggalkan Afi sendirian lagi. Lepas ni, abang selalu nak ajak Afi balik Melaka.”
Rif menghalakan smart tag ke arah hadapan supaya dapat dibaca oleh sensornya. Dengan mudah dia memasuki lebuhraya tanpa perlu berhenti mengambil tiket tol. Menjimatkan masa dan minyak kereta. Kadang-kadang dia berasa hairan kenapa masih ramai yang masih menggunalan laluan tiket yang memenatkan itu. Buatnya kalau jam teruk, bukannya sekejap hendak menunggu. Dalam sibuk berfikir sendiri tentang masalah negara itu, dia tidak lupa mendengar jawapan Afi.
“Eh, kenapa pula? Abang ingat Afi ni tuan punya perpustakaan itu ke? Senang-senang nak cuti suka-suka hati?”
“Alah, Afi berhenti sahajalah… kita pindah Melaka.”
“Amboi, senangnya bercakap. Abang tu kerja tentera, boleh tukar ke mana-mana kem kalau diperintahkan, kan?”
“Alah kita pindahlah sama-sama. Bukannya susah sangat. Benda mudah saja Afi nak susah-susahkan buat apa?”
“Tak susah abang kata… anak-anak berdua tu macam mana? Berpindah-randah selalu tak elok untuk pembesaran kanak-kanak,” tingkah Afi tidak ingin mengikut rancangan Rif.
Rif tergelak-gelak sambil Afi memandang dengan keliru. Betullah cakapnya, dia bukannya bergurau. Selalu berpindah randah memang tidak baik untuk kanak-kanak.
“Abang bergurau ajelah…” kata Rif dengan tawa yang masih lagi bersisa.
Beberapa puluh meter di belakang kenderaan yang dinaiki Afi dan Rif, 4 orang lelaki yang menaiki Mitsubishi Pajero mengekori mereka. Mereka tidak terlampau dekat kerana menunggu masa yang sesuai untuk menyerang. Lagipula agak ramai yang melalui lebuh raya ini pada masa ini. Tunggulah keadaan reda sedikit atau sudah jauh ke tengah highway supaya sukar mangsa mereka mendapatkan bantuan.
Tanpa menyedari apa-apa, Afi dan Rif berada dalam bahaya yang senyap. Mereka tidak menyangka langsung pergerakkan mereka diekori. Mereka tidak langsung berlaku salah namun mereka menjadi mangsa kerakusan manusia yang hanya tahu menyusahkan kehidupan orang lain dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan diri dapat diselamtkan dahulu.
Act 45
Adni dan Ari mengaduh sakit apabila mereka ditolak kasar masuk ke dalam kereta. Dengan mata yang ditutupi kain hitam yang agak tebal, bukan sahaja membuatkan mereka buta sekejap malahan berasa tidak selesa dengan haba serta peluh yang membasah. Apatah lagi dengan ikatannya yang kuat itu, memang tidak selesa sangat-sangat. Namun mereka betah membahaskan hal itu kerana bukan itu yang menjadi masalahnya sekarang, mereka lebih risaukan ke mana mereka akan dibawa pergi.
Dengan sedikit keberanian yang ada, Adni bertanya, “Korang nak bawak kami ke mana?” tidak ada suara menengking, Adni benar-benar hanya ingin tahu.
“Nak bawak korang ke tempat yang lebih… ‘selamat’,” jawab lelaki yang bersuara parau itu dalam hendak tidak hendak. Nasib baiklah dia tidak turut menengking.
“Apa yang awak dapat buat semua ni, hah?” Ari pula bersuara dalam keadaan yang sedikit terganggu. Mungkin kerana telah lama memendam sahaja perasaannya di dalam bilik gelap itu membuatkan dia sudah tidak tahan lagi sekarang.
Dalam meraba-raba, Adni memegang paha Ari dengan tangan yang terikat. Mahu ditenangkannya wanita itu daripada terus melawan. Sedikit sebanyak, Adni yang merupakan isteri kepada seorang penyiasat persendirian ini tahu juga bermain dengan psikologi. Mereka-mereka ini tidak akan makan saman kalau cara yang digunakan turut sama keras. Bahkan mereka punya kuasa untuk melakukan apa sahaja ke atas mereka, atas sebab apa pula Ari perlu fikir yang mereka akan berlaku baik jika layanan yang diterima oleh mereka juga sama. Adni mahu Ari faham itu, walaupun besar kemungkinan Ari tidak akan dapat memahami apa yang di maksudkan dalam sentuhannya, cukuplah setakat Ari mahu berdiam diri dan mengawal kemarahannya.
Soalan Ari memang tidak berjawab. Dalam hati Adni rasa lega yang mereka tidak dimarahi oleh penculik-penculik ini.
Bunyi kereta yang dihidupkan menangkap telinga mereka. Masing-masing sudah mula panik. Namun  Adni dengan berpura-pura kuat bertanya, “sekurang-kurangnya bagilah tahu ke mana korang nak bawak kami, bukannya kami boleh lari lagi.”
Penjahat yang duduk di tempat duduk penumpang itu memandang ke belakang, banyak pulak cakapnya perempuan ini! Getusnya dalam hati.
“Apa masalahnya kau nak tahu?” tanya kepada Adni semula. Namun Adni yang sudah sedia tidak nampak itu buat-buat tidak nampak dan konon-kononnya pekak. Penculik yang bernama Rodi itu seakan berasa tidak sampai hati, dia pun membalas, “ boss kitorang nak jumpa korang dulu sebelum nasib korang ditentukan.”
Adni faham maksud sebelum nasib mereka ditentukan. Tidak lain dan tidak bukan apa yang bakal mereka terima nanti bukannya sesuatu yang baik. Namun dengan berhati-hati, dia menyorokkan Rasa takut dan gerun dalam hati, berlainan dengan Ari yang naik berang dan mula menjerit-jerit. Sekali lagi, kemungkinan besar kerana dia lebih lama disekap bersama lelaki-lelaki itu berbanding Adni.
“Korang ni memang lelaki dayus, tak guna!” jeritnya tidak menahan marah dan bimbang dalam hati. Terdetik di dalam hati, kenapalah nasibnya selalu malang sebegini.
Sekali lagi Adni menyentuh paha Ari menenangkannya daripada resah yang deras. Adni tahu, memang mereka dalam bahaya, tetapi mereka tidak semestinya akan mati kalau itu yang ingin dilakukan manusia-manusia durjana ini. Dia yakin yang Allah selalu bersama mereka yang benar dan setiap permintaan yang diminta kepada-Nya pasti didengari. Cuma masa di sisi Allah dan manusia tidak sama. Doa haruslah berterusan walaupun hanya mampu dilafaskan dalam otak sahaja. Adni tahu sehebat-hebat senjata tidak akan sehebat kuasa doa. Itu adalah sesuatu yang dia tidak akan dan tidak pernah ragui. Oleh kerana itu dia masih mampu membalas kata-kata Rodi tanpa rasa gerun.
“Apa yang tak tentunya tentang nasib kami ni? Konfem-konfemlah yang kami ni akan dibunuh sebab tahu sesuatu yang tak sepatutnya kami tahu, kan? Awak ni salah seorang perompak dekat airport tu, kan?” tanya Adni serkap jarang. Dia sendiri tidak pasti adakah itu benar tetapi ada sesuatu yang mengatakan yang dia patut bertanya. Masa yang diberikan untuknya mendengar jawapan lelaki bernama Rodi itu berlalu begitu sahaja. Adni sedar yang Rodi tidak dapat atau tidak mahu menjawab soalannya. Jadi telahannya pasti sudah mengena.
“Memang awak, kan? Saya pun nak jumpa boss awak kalau macam itu, sebab jangan ingat bila dia bunuh saya, dia akan dapat lepas. Hehh!” ada sedikit tawa pada akhir kata-kata berlagak Dinie yang dibuat-buat.
Ari hanya mendengar. Dia sendiri tidak pasti sama ada apa yang didengarinya itu betul-betul keluar daripada Adni atau tidak. Kenapa Adni menjadi sebegitu berani sekarang? Dia tersenyum sedikit dan menambah, “dan bukan setakat, bos awak sahaja. Awak pun sama!”
“Apa yang korang cuba cakap dekat sini, hah?!” tanya Rodi sedikit kurang sabar.
Adni tersenyum lagi. Bingo, jeratnya mengena. Walaupun belum punya apa-apa helah lagi, sekurang-kurangnya dia mungkin ada peluang berdiplomasi dengan ketua penculik ini. Dan seterusnya membongkar kejahatan mereka. Angan-angan Adni tidak kekal lama, dia malas hendak berangan lebih-lebih.
“Apa yang aku cakap? Patutnya kau tahu sebelum kau buat apa yang kau buat hari tu, kau tak patut dedahkan diri di depan orang lain sebab orang itu boleh jadi orang yang akan heret kau ke pintu lokap. Masa korang tukar luggage tu, kau ingat hanya aku sahaja yang nampak. Oh, tersilap. Kau ingat hanya 4 orang  perempuan dan seorang lelaki yang nampak? Ada korang periksa betul betul orang-orang dekat situ selepas itu selain kami. Tak, kan? Sebab apa? Sebab korang tak tahu apa yang aku tahu.” Lancar sahaja Adni mengugut Rodi.
Kawan Rodi yang memandu kereta memandang Rodi dengan pandangan yang seakan cuba memberitahu jangan main-main dengan perempuan itu. Kalau betul katanya masak mereka. Bukannya Raphael yang merompak dan mencederakan orang pada hari itu. Mereka yang melakukannya. Kalau semuanya terbongkar, memang mereka dalam bahaya juga.
Adakah Adni bercakap benar sekarang? Benarkah ada lagi yang tahu akan kejadian sebenar malam itu? Ari tertanya sendiri. Dalam keadaan tidak dapat melihat sekarang, Ari jadi cuak tiba-tiba. Kalau betul bolehlah dia berasa lega tetapi kalau tidak, alamatnya memang mati sahajalah mereka nanti.
Adni pula tidak nampak takut tetapi dia juga tidak dapat mengatakan yang dia langsung boleh berasa okay dengan cadangan Rodi. Berjumpa Raphael memang tidak dapat dielakkan, cuma yang ingin dia buat adalah melambatkan tindakkan mereka sehingga Izz Karami datang menyelamatkan mereka. Dia yakin, dia tahu dan dia pasti Izz akan datang. Izz pasti akan datang menyelamatkanya. Izz tidak akan membiarkan dirinya sebegini sendirian!

bersambung...

p/s - sambungannya, kalau korang nampak ada link baru dekat FB page DZ, okay...hehehe...tak tahu lagi bila...huhu...

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS