novela the curious case of whatever 10

Assalamualaikum semua,...

Jahn di sini sihat sahaja... nahlah, Jahn upload new chapter of TCCOW... enjoyit!!!

Part 10

Act 46

Hafriz memakai topi besbolnya menutup sedikit wajahnya. Tidak mahu lelaki itu tahu dia ada berdekatan. Tidak ada keanehannya tentang lelaki bernama Blade itu sebenarnya kerana Hafriz memang cukup kenal dengan lelaki ini. Dia menganggap Blade bagaikan abang kandungnya. Perasaan itu masih lagi ada sehingga sekarang.

Suri dan Jimmy ditinggalkannya sedikit jauh dan sengaja dia suruh mereka tidak terlampau dekat. Katanya, dia mampu uruskan hal ini sendiri. Bukannya mereka hendak bergaduh di sini. Cuma mahu bercakap sedikit.

Blade sedang asyik bercakap di telefon. Terdetik dalam hati Hafriz adakah Blade masih bersama kekasih lamanya atau tidak. Hmm, kata Blade dulu, “orang macam kita ni, mana boleh ada kehidupan yang stabil, kahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Itu semua mimpi saja buat kita.” Namun Hafriz ingin Blade tahu yang semua itu salah, segala yang ditarah dan diukir pada otaknya dahulu tidak benar. Ada cahaya yang membenarkan manusia berdosa seperti mereka hidup bahagia. Namun Blade tidak pernah percaya. Lamunan Hafriz terhenti apabila tanpa sengaja Blade terpandang ke arahnya. Tidak ada raut ganas seorang pembunuh upahan pada wajah Blade saat pandangan mereka bertaut. Hafriz sedar dia tidak boleh lari lagi lalu berjalan terus menghala kepada Blade. Blade menyelukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar jeans Levi’snya. Sama seperti Hafriz dia tidak mengelak tetapi tidak juga bermakna dia sanggup berada di situ.

Langkah kaki berhenti apabila jarak berkurangan sehingga hanya lebih kurang satu kaki memisahkan mereka. Hafriz memandang terus ke muka Blade. Dia lebih suka memanggil Blade dengan nama Melayunya, tetapi dia tahu Blade tidak suka. Nama itu bukan namanya yang sebenar kerana memang sejak kecil organisasi yang menjaga mereka memberikan nama ‘Blade’ itu kepadanya. Jadi Blade hanya akan melayan nama itu sahaja sekarang. Lebih-lebih lagi apabila kini, Hafriz sudah tidak lagi bersamanya.

“Hi, Ha… Blade,” ucap Hafriz sedikit tergagap pada awalnya.

Tidak ada jawapan dari Blade. Hafriz tidak tahu sama ada Blade bencikannya atau sengaja tidak ingin menjawab.

“Seorang je?” tanya Blade dengan nada tenang, seperti selalu. Seperti seorang abang menegur adik kesayangannya.

“Tak,” Hafriz juga sebenarnya kehilangan ucap bicara. Ada sesuatu dalam hatinya, seperti perasaan sedih.

“Dengan awek la ni, mana dia.?”

“Ada dekat sana, dia jalan-jalan,” ujar Hafriz dengan dalih yang kedengaran sedikit dungu.

“You wanna drink?” pelawa Blade sambil ibu jari dengan tanda ‘best’ diarahkan ke belakang menunjukkan arah Starbucks di belakangnya.

“Takpe,” balas Hafriz yang masih tidak banyak yang mampu dikatakan walaupun ada tujuan yang jelas dia ke mari.

“Kenapa, tak nak makan duit haram aku ni?”

“No! It’s not that!” sanggah Hafriz, walaupun dia tahu kemewahan Blade berasal daripada pekerjaan terkutuk namun dia tidak pernah mahu menghina Blade dengan perkara itu.

“You have something else to say, then?” tanya Blade lagi, kali ini ada desah menahan dalam suaranya. Bunyinya seakan tahu sahaja tujuan Hafriz.

“Blade, I know what you’re up to… now. If I’m asking you to withdraw, would you do that… for me?”

“Tak ada perkara macam itu pada aku. Once aku terima job, aku akan buat sampai habis. Kau patut faham, kan?” tegas Blade dengan serius.

Hafriz hilang daya untuk terus melawan cakap lelaki yang dia sayang seperti abang kandung ini. Namun matlamat hidup cukup untuk memisahkan mereka. Walaupun sejauh mana Hafriz dan Blade sayangkan satu sama lain, lambat laun mereka akan bertelagah juga. Mungkin juga ke tahap berbunuhan sesama sendiri. Saat-saat seperti itu sudah dapat dirasai kedua-duanya waktu dan ketika ini.

Usai menegakkan apa yang telah dikatanya, Blade melangkah pergi. Walaupun dia berkhidmat dengan orang yang tidak baik, dia tetap harus lakukan juga. Sedari kecil lagi dia diasuh supaya tidak kisah dengan apa-apa pun. Apa yang diarahkan adalah apa yang patut dibuat. Jika Hafriz mahu menidakkan arahannya, mati mungkin menjadi nasib terakhirnya.

“Aku harap aku takkan jumpa kau lagi lepas ni, Hafriz. Because if I do, I might have to kill you…”

Blade yang sudah pun melangkah 5-6 langkah memalingkan muka semata-mata untuk memberitahu amaran tersebut kepada Hafriz. Padahal, dia juga merasakan diri bagai ditembak berkali-kali mengungkapkan kata-kata itu. Sakitnya terasa sampai ke tulang hitam.

Act 47

“Pastikan korang tak bunuh perempuan tu, lelaki tu aku tak kisah. Pastikan korang dapat perempuan tu dulu, baru kita dapat abang dia. Faham?!”

“Faham, tuan.”

Mereka yang lain di dalam kereta itu hanya mendengar sahaja. Kereta yang dipandu Haiyan Rifqi diikuti semakin rapat. Kenderaan yang tidak banyak sebegini memudahkan lagi operasi mereka.

Selepas selesai bercakap denagn ketua mereka, lelaki yang ditugaskan sebagai kepala penyangak-penyangak ini memberi arahan, “langgar bumper dia.”



Rif masih terkekek-kekek ketawa. Afi pula seakan tidak faham apa yang lucu sangat. Geram dengan perangai suaminya itu, Afi mencubit tepi perut Rif. Ada aduhan yang berkali-kali diucapkan oleh tentera bertaraf komando itu.

“Eh, kenapa cubit-cubit ni. Sakit tau, abang drive ni… kang tak pasal-pasal je jatuh bawah gaung itu nanti!” seloroh Rif kasar.

Amboi, mulut! Afi menjeling kononnya marah. Adakah patut cakap benda yang bukan-bukan macam itu.

“Abang ni, mulut tak ada polisi insurans, kan… bukan main lancang lagi bercakap. Abang nak betul-betul ke jatuh ke bawah itu?” tanya Afi pula.

Alahai Afi. Dia juga sama! Kata orang bercakap yang bukan-bukan. Dia pun sama sahaja, dua kali lima. Tersedar dia juga mendoakan perkara yang tidak elok itu, Afi segera beristigfar dan menampar bahu sasa Rif yang masih belum reda geli di hatinya. Tak habis-habis ketawa.

“Tak elok gelak banyak sangat,” kata Afi sambil senyum.

Rif menurut tetapi masih tegar lagi senyum yang terlakar di bibir menahan geli hatinya mengingati gelagat Afi yang bersungguh-sungguh menegakkan supaya tidak berpindah-randah.

Tiba-tiba tangan Afi terasa panas. Segera matanya berubah hala pandangan. Dia melihat tangannya. Jemarinya sudah bertaut dengan jari-jari Rif. Sekali lagi, muka dialih supaya mata dapat menatap wajah suami yang disayanginya. Rif tidak memandang, cuma masih ada senyum lagi. Tapi kali ini bukan senyum kerana gelakkan Afi. Afi dapat rasakan senyuman Rif kerana cintakannya. Mereka diam sahaja.

“I love you…” kata Rif perlahan namun jelas di pendengaran Afi. Dia memejam mata merasai bahagia sekadar mendengar suara suaminya itu. I love you too… katanya dalam hati…



Bunyi hentakkan pada bumper belakang kereta mengejutkan kedua-dua mereka. Segera Rif melihat apa yang melanggar mereka. Sebuah Pajero berwarna hitam sekali lagi melanggar bahagian belakang kenderaan mereka. Afi sudah panik, dia merasakan ada yang tidak kena. Mungkin sekali penyerang mereka ini adalah orang-orang yang sama, yang mengekorinya hari itu.

“Abang!” seru Afi takut.

“Afi, jangan bimbang sayang… trust me!” pinta Rif dengan tegas. Dia tidak akan membenarkan apa-apa yang buruk berlaku pada hari ini.



Di hadapan sedikit daripada tempat mereka diserang, ada sebuah lori trailer yang terhujung-hayang sahaja pemanduannya. Si pemandu kelihat seperti tidak benar-benar menumpukan perhatian. Mata yang buntang disengajakan itu tidak mampu membuka kantuk yang semakin menjadi-jadi. Terlelap sedikit sahaja pasti akan menyebabkan kecelakaan. Malangnya, itulah apa yang terjadi.



“Abang, lori dekat depan!!!” jerit Afi.



“Woi! Elak! Lori terbabas tu, woi!!!” kata salah seorang daripada penyangak yang melanggar belakang kereta Rif.



Lori yang terbabas itu melanggar pembahagi jalan serta-merta meranapkannya. Jentera berat itu langsung terus menerobos ke laluan bertentangan akibat daripada perlanggaran tersebut. Bahagian depan kereta Rif dihentak lalu menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan. Bergolek-golek ia jatuh ke dalam gaung kecil di tepi jalan. Penjahat yang ingin menganiaya mereka sempat mengelak. Lori yang kemalangan itu turut menerima nasib yang sama seperti kederaan yang dipandu Rif. Terbalik mengiring ke atas bumi.

“Macam mana ni, Kong? Diorang dah mati ke?” tanya salah seorang lelaki yang ada bersama kumpulan jahat itu.

Lelaki yang dipanggil dengan nama Kong itu tidak menjawab, sebaliknya dia menggaru kepala yang tidak gatal. Arahan tuannya adalah memastikan Afi dibawa balik dahulu. Kalau perempuan itu mati maka gagallah tugasnya. Dia berfikir sedikit, tidak lama selepas itu satu letupan berbunyi. Mereka dapat dengar yang bunyi itu agak jauh ke bawah gaung. Pasti yang meletup itu adalah kenderaan mangsa.

“Sial!!! Kalau perempuan tu mati habislah, kita turun kejap check apa yang tinggal!” arah Kong kepada teman-temannya. Yang lain hanya menurut sahaja. Tidak mampu menjawab kerana apa yang disuruh Kong pasti juga adalah apa yang diarahkan oleh big boss mereka!



Letupan yang kuat itu menghancur luluhkan hati Afiqah Najwa. Dia hanya mampu melihat. Walaupun matanya tidak dapat menangkap bayang-bayang Rif dalam kereta itu, namun dia tidak dapat tidak berfikir perkara lain yang terjadi kepada Rif. Dia sendiri melihat yang posisi Rif sangat sukar untuk meloloskan diri. Rif tersepit di tempat duduknya. Lelaki itu hanya mampu menjerit menyuruh Afi untuk cuba sedaya upaya keluar dari kenderaan itu kerana keadaan sebelah Afi memang lebih senang untuk menyelamatkan diri. Afi tidak mampu meraung, tidak mampu menjerit. Hanya air mata sahaja buat beberapa saat menghujani pipi sebelum kemampuan untuk menjerit kembali semula di tekaknya.

Masih dia dengar jerit Rif memaksanya pergi jauh daripada kereta ini. Adakah Rif tahu yang kereta itu akan meletup? Dia tidak ingin Afi turut menerima kesudahan sepertinyakah? Semua itu tidak dipedulikan lagi oleh Afi. Apa yang dia tahu dia bersendirian di sini. Dengan kenyataan yang dia mungkin akan buat selama-lamanya.

Tidak! Tidak! Rif tidak mati, Rif belum mati! Rif takkan mati!!! Astagfirullah al’azim!!! Afi mengucap dalam hati, syaitan berjaya menghasutnya, mana ada manusia yang tidak akan mati… mati itu wajib bagi setiap manusia. Mati itu kawan kepada hidup… Afi beristigfar banyak-banyak supaya akidahnya dikekalkan. Kembali kepada kesedarannya, Afi kembali menitiskan air mata. Abang… jangan tinggalkan Afi sebegini…

Bau hangit tayar yang terbakar menerjah hidung. Esakkan Afi makin tidak terbendung. Luka-luka di sana sini pada batang tubuhnya langsung tidak mendatangkan rasa sakit lebih daripada membayangkan yang Rif sudah tidak ada lagi. Tanpa sedar dia menggenggam penumbuknya, meramas rumput-rumput yang menjadi pembaringannya sekarang. Teriakan semakin kuat.

“Abang!!!” raung Afi semahu-mahunya.

Act 48

Bangsar Heights, 4:00 pm.

Rex memandang sekutu-sekutunya, atau bakal teman seperjuangannya kalau hendak berbunyi lebih sedap lagi. Tiga orang lelaki di hadapannya ini memang kalau hendak diikutkan daripada segi fizikal sudah cukup mantap tetapi adakah mereka mampu menanggung apa yang mereka terpaksa lalui selepas ini. Mampukah mereka hadam setiap arahan dan kepayahan yang bakal dijalani.

Izz perasan akan renungan lelaki bernama Rex itu. Dia seperti tidak yakin dengan Sid dan Fauzan. Segera Izz mencelah mengganggu ruang dalam minda Rex tentang tanggapan terhadap Sid dan kawannya itu.

“Don’t worry, mereka ni polis… at least masih lagi seorang polislah, masing-masing.”

Sid memandang tepat ke arah Rex. Dia juga rasa kurang selesa dengan pandangan lelaki separuh Inggeris itu tadi. Rex perasan yang kawan seorang ini menyirap, jadi dia buat-buat tak tahu sahaja dan tiba-tiba berseloroh.

“Polis? Okaylah tu, boleh tangkap terus nanti.”

Sid bagaimanapun tidak langsung menunjukkan riak terhibur dengan jenaka Rex. Rex terpinga-pinga, adakah dia benar-benar membuatkan lelaki di hadapannya ini marah. Dia tidak menahan untuk berterus-terang. Mulutnya lancar berkata-kata.

“Look, I’m not saying that I doubted you two but…” Rex berhenti untuk menarik nafas dan meneruskan ucapannya, “…this will be no similar with whatever you’d faced before. I mean it, you might lose your life,” ugut Rex menduga keberanian Sid dan Fauzan. Lagipun, Rex benar-benar maksudkan apa yang dia kata. Perkara ini bukannya boleh dibawa bergurau, jadi masakan dia bersenda cakapkan benda-benda semacam ini.

“I don’t care… if it means to save my wife, I’d do anything!” balas Sid yang sedar Rex lebih selesa berbahasa Inggeris. Pada percakapan bahasa Melayu Rex juga dapat dia dengar pelat Inggeris yang masih cuba dibuang namun ternyata sukar.

Fauzan pula, walau dalam diam tidak ada tanda-tanda yang dia ingin menarik diri. Sebagai kawan karib, dia akan sentiasa menyokong Sid. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. Kawan jenis apa dia ini kalau dia meninggalkan Sid seorang diri. Semata-mata untuk Sid, dia menelefon keluarganya untuk memberitahu yang dia akan sampai lambat sedikit daripada asal untuk urusan penting yang membuatkan dia mangambil cuti panjang. Betapa pentingnya Sid padanya, namun hal tersebut tidak diberitahu kepada empunya badan. Biarlah dia simpan sahaja dahulu seorang. Tak perlu dikecoh-kecohkan sangat.

Rex dan Izz saling berpandang. Rex sebenarnya tidaklah meragui sangat Sid dan Fauzan kerana jika yang membawa mereka itu Izz jadi dia yakin yang Izz benar-benar membawa hanya yang terbaik.

“Okay, korang boleh ikut… provided! Provided yang korang boleh terima arahan dengan baik! Kalau korang melawan, usahkan nak selamatkan isteri korang, nyawa korang pun aku tak jamin,” ujar Rex tegas dan menegaskan keadaan. Dia tidak ingin ada yang bertindak di luar batasan arahnya. Hal ini bukannya hal kecil, bukannya boleh dibawa main-main dan sambil lewa. Hal ini mampu membunuh.

“Sekejap lagi aku akan brief tentang apa yang akan kita buat. Serangan hendap!”

Act 49

Adni dan Ari yang tidak tahu di mana mereka berada. Apatah lagi dengan mata yang terikat sepanjang perjalanan tadi menyusahkan mereka untuk mengecam keadaan sekeliling. Deruan kenderaan juga membuatkan telinga mereka tidak dapat menangkap apa-apa klu tentang keberadaan mereka. Kontena yang tersusun ini bagaimanapun, meyakinkan Adni yang tempat di mana mereka berada ini adalah sebuah gudang. Kemungkinan besar di perlabuhan. Fikirnya dalam hati.

“Kakak, kita dekat mana ni,” tanya Ari seakan tahu Adni mampu menjawab soalan itu.

“Akak tak pasti, tapi mesti dekat port, tengoklah, banyak kontena,” jawab Adni selamba. Seperti tidak takut.

2 orang lelaki yang ada kira-kira 10 meter daripada mereka hanya dipandang sepi sahaja. Keadaan gudang yang tertutup rapi ini memang memustahilkan mereka melepaskan diri. Lagipula, jika mereka cuba meloloskan diri, ke mana mereka hendak pergi. Tempat ini terlalu asing buat mereka. Bahkan rancangan yang sudah sedikit direncana akan gagal terus.

“Korang duduk situ diam-diam!” laung salah seorang daripada lelaki-lelaki tersebut.

Tidak ada jawapan dari pihak Adni dan Ari. Malas hendak melayan orang gila seperti mereka.

“Kak, apa yang akak cakap tadi tu, betul-betul ke?”

“Yang mana?”

“Yang akak cakap dalam kereta tadi itulah, ada orang lain selain kita yang nampak malam itu,” cerita Ari pula.

“Ada, lelaki bernama Jimmy tu…”

“Lagi?”

“Hmm, sebenarnya tak ada… akak tipu sahaja.”

“Oh my God! Habis tu macam mana kita nanti ni?”

“Relax, Ari… we just need to buy some times, so that Izz dan Sid datang selamatkan kita.”

“Apa yang buatkan akak yakin mereka akan sampai ke sini? Kita sendiri tak tahu ke mana kita dibawa pergi,” ada protes dalam kata-kata Ari, seakan tidak percaya kedua-dua lelaki itu akan menyelamatkan mereka.

“Akak tak pernah sekali pun meragui Izz, jadi akak harap… Ari pun sama, takkan sekali-kali meragui Sid,” balas Adni mesra namun ada baris-baris tegas di dalam kata-katanya.

Ari terdiam terpaku sendirian. Di hadapannya bagai sudah tidak ada Adni lagi. Dia selalu begini. Kadang-kadang dia rasa yang dia bukannya isteri yang baik. Sekejap begini, sekejap begitu. Terdetik rasa bersalah kerana berfikir yang Sid tidak akan datang mencarinya. Walaupun bayang Sid memang masih tidak ada namun dia perlu yakin. Setidak-tidaknya keadaan Sid juga bukanlah baik sangat tanpanya sekarang. Ada air mata yang jatuh sedikit tanpa sendu keluar bersama. Tanpa sedar, dia memandang Adni.

“Mereka akan datang untuk kita, betulkan… Kak Dinie?”

Adni hanya tersenyum, sekarang apa yang perlu mereka buat adalah menunggu… dan berharap yang tuan kepada penyangak-penyangak ini tidak datang terlebih dahulu.

Act 50

Raphael memandang ke hadapan, dia memang tengah tidak senang sekarang. Mengenangkan masalah yang dia sendiri cari itu dan perbuatan Tiger memang menyakitkan hatinya kala ini. Dia perlu berbuat sesuatu, kalau tidak alamatnya padahlah jawabnya. Segera Nina dipanggil menggunakan intercom.

Nina masuk dengan wajah yang tidak ada apa-apa perasaan, selamba sahaja. Dia berhenti menghadap Raphael, lelaki yang dianggapnya kekasih ini.

“You need anything?”

Raphael tidak menjawab terus. Sebaliknya dia menyuruh wanita itu duduk. Nina menuruti kehendak Raphael. Sekali lagi pertanyaan yang sama diutarakannya. Kali ini barulah lelaki itu menjawab.

“Sediakan orang-orang kita, aku nak buat perhitungan terakhir dengan binatang Tiger tu!”

“Huh, macam cerita Melayu sangat, kan… perhitungan terakhir! Lawaklah you ni, but seriously, you nekad ke?”

“Yes, I am! Kan aku dah kata buat apa aku nak simpan benda yang langsung tak bawak faedah pada aku lagi.”

“Okay. I’ll get them ready,” jawab Nina selepas itu. Dia tidak ingin banyak menjawab. Susah nanti. Dalam tidak disedari Raphael, Nina melirik memandangnya. Ada sesuatu pada wajah Nina yang agak misteri. Seperti ingin memberitahu sesuatu yang ditahan-tahan. Momen itu bagaimanapun hanya sekejap, Nina keluar daripada bilik pejabat Raphael. Senyuman sinis yang terukir sendiri tanpa perlu dipaksa, “hehh…” bunyi tersebut keluar dari bibir Nina. Namun pada matanya nampak sinar kebimbangan. Apakah yang sebenarnya dirasakan oleh wanita ini? Suka atau sedih?



Arahan Raphael sungguh jelas, tidak ada yang tidak difahaminya. Semuanya terang dan tidak memerlukannya bertanya atau mendapatkan apa-apa penerangan lebih lanjut. Itu sudah menyenangkan kerjanya. Namun itu juga yang membuatkan dia rasa serba-salah.

“Kalau ada yang cuba halang, bunuh. Tak kira siapa sekalipun, jangan bagi aku dengar benda-benda yang remeh-temeh lagi. Yang aku tahu, perempuan bernama Alia tu, ada dekat depan aku bila masa aku nak dia ada. Faham?!”

Dalam banyak-banyak perkataan, Blade lebih faham perkataan ‘bunuh’ lebih daripada yang lain. Perkataan yang terlalu dekat dengannya. Tengah hari tadi mendengarkan Hafriz tidak akan berdiam diri, dia jadi takut pula. Sejujurnya dia bukanlah manusia berhati binatang. Dia melakukan semua ini atas arahan. Hidupnya selama ini juga adalah atas arahan.

Blade menggaru-garu kepala dengan kasar. Kusut dengan keadaannya sekarang. Tiba-tiba bunyi telefon bimbitnya berdering. Dalam malas menjawab, tetap dia capai dan melihat nama pemanaggilnya. Kening sedikit terjungkit dan walaupun tidak terkejut mengetahui orang ini yang menelefonnya. Pasti ada kerja yang disuruh. Dengan tenang dia mengangkat.

“Ya? Ada apa?”

“Raphael nak bunuh Tiger.”

“What?!!!”

Pertanyaan yang dibalas itu berbunyi agak kuat menandakan dia terkejut dengan perkhabaran itu. Segera dia matikan panggilan selepas beberapa saat mendengar apa yang ingin dikatakan oleh orang yang bercakap di talian sebelah sana. Blade agak risau dengan apa yang hendak Raphael lakukan, dah gila agaknya lelaki itu.

Namun dia tidak dapat berbuat apa kalau itu yang diinginkan Raphael. Dia boss.

...bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS