novela the curious case of whatever 12

Assalamualaikum,
Salam sayang kepada para peminat TCCOW (wah kau perasan, kan Jahn... ade ke minat kat kau?!) hahahah, lantakkk!! dikesempatan ini, Jahn nak ucapkan tahniah kepada kakak Jahn yang seorang itu sebab novel beliau berjaya menduduki carta TOP 20 bestseller MPH bagi kategori Tempatan, ye... very2 big achievement, kak... bukan penulis kecil (sangat) lagi... akak dah jadi a noticeable novelist, okeh so, keep it up!
okaylah, Jahn update blog pun sebab dah kena sound tepek oleh seorang rakan FB kerana tidak meng-update ceritera TCCOW ini, bukan tak nak update tapi masa tu cam susah je nak bukak blog, kan... (cam haram, kan alasan, kan... menipu sangat, kan!) tapi itulah, ni nak update lah ni, so enjoy TCCOW 12, sambungan sila beri Jahn more time, okeh... episod ini adalah salah satu episod yang paling Jahn suka, sebab THERE ARE SO MUCH COOLNESS IN HAIYAN RIFQI y'all!!!! enjoy the piece!! do comment yah!  

Part 12 

Act 56 

Afi merangkak meredah semak samun dalam hutan belukar itu. Sampai dekat sepatang pokok dia bersandar. Dia harus bergerak keluar dari sini. Dia harus hidup untuk kedua-dua anak-anaknya, untuk Khadijah Nasuha dan untuk Aishah Humaira. 

Suara dua orang yang berjalan di dalam hutan ini didengarnya. Afi memang gerun dan takut. Akibat rasa takut itulah dia tidak sengaja terpijak sebatang ranting lalu memgeluarkan bunyi yang sangat rapuh. Pasti kedua-dua lelaki itu sedar akan kehadirannya di sini. 

“Siapa tu? Kenapa menyorok lagi? Keluar sahajalah!” 

Andai inilah ajalnya dia redha. Andai inilah penamat untuk dia, dia berharap Jimmy boleh menjaga kedua-dua kembar itu dengan kasih sayang. Dia cukup yakin dengan itu. Dia sudah tidak takut lagi, dia harus melawan. Dia tidak ingin mati sebagai perempuan cengeng dan penakut. Kalau pun dia mati malam ini, setidak-tidaknya biarlah dia berjuang dahulu. Dia nekad. Apa nak jadi, jadilah! 

Afiqah Najwa keluar sambil mencapai batang kayu mati yang masih keras berdekatan dengannya. Tanpa berlengah dan tertunggu-tunggu, dia menghayunkan batang kayu itu ke penjahat yang mendekatinya itu. Nasib tidak menyebelahinya kerana dengan tenaga perempuan dan kecederaannya dialaminya dek kemalangannya tadi, manalah dia punya kudrat sangat. Dengan mudah, lelaki itu merampas kayu yang kemas dalam pegangan Afi dan mencampaknya jauh-jauh. Afi, walaupun takut tetap cuba menentang lagi. 

“Apa kau nak dari aku?!!” 

“Tak payah ditanyalah soalan tu, kau tahu tak, kau dah susahkan aku nak cari korang dalam hutan macam ni?” 

“Salah aku ke, hah?!!” 

“Kurang ajar!!!” Lempang lelaki itu ke muka Afi. Rakannya yang datang dekat sambil menarik picu pistol dan bersedia hendak melepaskan tembakan. 

“Wowowowowow! Wait up, woi! Kau bodoh ke, hah? Bukan ke ‘dia’ nak perempuan ni hidup-hidup?!” 

“Aku dah penatlah, bodoh! Perempuan ni dengan laki dia dah susahkan kita, lagi pun kereta mereka dah rentung, kalau kita bunuh perempuan ni dekat sini dan buang dia di mana-mana, takkan ada yang jumpa dia lagi dah! Kita bunuh je,” 

“Kalau ya, pun bagilah aku se-round dua dulu!” 

“Dasar jantan sundal! Cepatlah, aku pulak lepas tu! Hahahaha!!!” 

Afi jadi geli geleman mendengar perbualan dua lelaki yang bercadang hendak merogolnya itu. Entah kenapa dia tidak berasa takut. Nak buat yang bukan-bukan pada aku, cubalah kalau berani. Entah kenapa Afi bagai ditiup rasa berani yang bukan sedikit, dia mendengar bunyi orang berjalan laju. Bunyi semak samun yang bergeser dengan kaki itu makin kuat dan dekat. Siapa? 

Kedua-dua lelaki itu turut memandang keliling. Mereka berasa pelik, ada sesiapa lagikah yang datang, bukankah masing-masing sepatutnya mencari di arah yang lain. Seorang daripada lelaki itu sudah tidak sabar dan terus mendapatkan Afi. 

“Arghhhhh!” Jerit Afi sambil meronta-ronta. 

“Hiiyyahhh!!!” Satu tendangan tepat mengena muka si penjahat yang menunggu gilirannya itu. Agak jauh lelaki itu tersungkur mencium tanah. Siapa pula yang datang ini? 

Oleh kerana suasana agak gelap, lelaki yang menyerang itu dapat menghilangkan diri ke dalam warna malam. Kegelapan itu menjadi kelebihannya sekarang. Kegelapan itu merupakan kawannya… 

“Hoi, keluarlah kalau anak jantan!!!” Pekik lelaki penjahat yang lebih dekat dengan Afi ketika ini. Dia menunggu penuh debar tetapi panggilannya langsung tidak dijawab. Cuma geseran lalang yang kedengaran sedikit-sedikit. 

Penjahat kedua yang ditendang itu tadi bangun dan mengaduh kesakitan. Ada darah pekat yang keluar dari hidung tanda patahnya tulang hidung. Pedih, sakit sekali dia hendak menghembus nafas! 

“Roy, bunuh je perempuan tu, lepas tu keluarlah si jahanam yang nak main-main dengan kita ni!” Jerkahnya kepada rakannya yang bernama Roy itu. Roy kelihatan berkira-kira. Ahhh, melepas dia. Dia mengeluarkan pisau yang terselit pada butnya. 

“Arghhh!!!” Jerit rakannya itu. Bukan main terkejut lagi Roy apabila melihat ada bayang manusia terjun menghentak kepala kawannya itu dari atas pokok sehingga terjelopok kawan itu ke tanah sekali lagi, tetapi kali ini… 

“Lim!” Roy melaung memanggil nama kawannya itu, yang sudah terbujur kaku… tengkuknya jelas sekali kelihatan patah. Ada darah pekat yang keluar dari mulut dan hidungnya. Apa-apa pun yang berlaku, lelaki yang baru sampai itu telah membunuh Lim. Roy terasa dirinya terancam, lantas dia cuba menyekap Afi sebagai tebusan. Baru sahaja dia hendak berbuat demikian tangannya seperti lumpuh dan tidak bergerak. Saat menjeling memandang pergelangan tangannya, barulah dia sedar ‘pembunuh’ Lim itu sudah merentap tangannya sehingga dia tidak mampu langsung hendak bergerak. Lelaki ini? Tenaganya cukup ampuh. Manusiakah dia? Atau raksasa? Desah Roy dalam hati yang nyata berasa gerun dengan lelaki bermata garang di hadapannya kala ini. 

Dengan sekali kilas sahaja, lelaki itu menghayun Roy 360 darjah tidak menjejak tanah. Dalam masa kurang sesaat itu juga, dia memberi satu hentakkan dengan sikunya ke dada Roy. Roy jatuh ke tanah seperti nangka busuk dan mengaduh sakit, tulang rusuknya terasa seperti mencucuk paru-paru. Belum pun sempat dia menarik nafas yang amat sakit itu, satu tikaman terbenam di paha kirinya. Kanan pula. Tangan kanannya pula menjadi mangsa. Tangan kiri seterusnya sehinggalah bilah pisau Rambo yang tajam itu menyentuh kulit lehernya. Dapat dia lihat wajah lelaki yang bakal meragut nyawanya itu. Nampak benar marahnya dia dari sinar mata dan raut muka yang sudah timbul urat merah, biru dan hijau itu. 

“Aku boleh bunuh kau, tapi kau patut mati dengan perlahan, terseksa… kalau kau tak jawab apa yang aku tanya ni…” suara perlahan itu memang terlampau menakutkan Roy. 

Roy yang menjerit melolong mengaduh kesakitan langsung tidak dipedulikan lelaki tersebut. Sebaliknya dia makin asyik bermain dengan mata pisau di leher Roy. Dalam sakit dan gerun, Roy bertanya juga, “apa yang kau nak tahu?” 

“Siapa punya kerja ni?” Jawapan didengari, cukup untuk membuatkan Roy tidak punya apa-apa nilai lagi. Roy boleh pergi mampus sekarang. Dengan pisau yang sudah terjulang ke langit, lelaki itu sudah cukup bersedia hendak meragut nyawa lelaki dayus seperti Roy ini namun… 

“Abang!!! Sudah!!!” 

Rif memandang Afi yang sedari tadi kaku melihat dia menjadi syaitan. Bukan, dia tidak pernah menjadi makhluk terkutuk itu. Lelaki jahat seperti Roy dan Lim itu memang patut mendapat balasan seumpamanya! 

“Abang… sudahlah… Afi tak apa-apa,” rintih Afi tersekat-sekat tidak lancar tetapi masih ingin dia beritahu supaya Rif berhenti. 

“Shut up, Afi! Afi ingat apa dia cuba buat dekat Afi tadi? Afi suruh abang berhenti?!!!” Tiba-tiba Rif menjerit memarahi Afi yang langsung tidak bersalah. 

Afi terkejut yang teramat, bukannya kerana serangan orang jahat tadi tetapi kerana tindak balas Rif kala ini. Kenapa marah benar lelaki ini? Wajah Afi berkerut menahan takut. Ya, dia benar-benar takut dengan Rif saat ini sampaikan dia menangis semahu-mahunya. Rif baru tersedarkan diri. Dia membuat Afi menangis. Ya Allah, dia buat Afi menangis! 

Astagfirullah al’azim! Rif mengucap panjang. Dia membenarkan Afi melihatnya bertindak sebegini. Dia membuatkan Afi takut kepadanya! Serta-merta terbit rasa bersalah dalam hatinya. Dengan pantas dia meluru mendapatkan Afi. Diraihnya wanita itu ke dalam pelukan dan bertalu-talu kata maaf dia ucap bertali arus. 

“Maafkan abang, abang tak sengaja… abang betul-betul minta maaf,” tanpa sedar Rif menitiskan air mata tanda benar-benar menyesal akan perbuatannya. Tidak patut dia bertindak seganas dan sekejam itu di hadapan Afi. 

Rif memegang kedua-dua belah pipi Afi dengan harapan Afi memandangnya. Dia ingin memastikan yang Afi tidak takut. Dia tidak ingin Afi takutkannya. 

Afi, talk to me… please… rayu Rif dalam hati. Suaranya tidak terkeluar tetapi dia ingin Afi faham apa yang ingin dia katakan. 

Afi yang dipaksa memandang Rif menutup, memejamkan mata sekuat-kuatnya. Dia takut hendak bertentang mata dengan Rif. Sungguh, dia benar-benar tidak sangka Rif boleh jadi sekasar itu. 

“Afi dah tak nak pandang muka abang ke? Afi marahkan abang ke? Afi, jangan macam ni, Afi? Abang sayangkan Afi. Abang minta maaf… sungguh, abang betul-betul minta maaf, abang tak sengaja tengking Afi tadi… abang tak sengaja…” makin lama suara Rif makin perlahan. Lelaki tertubuh sasa ini sayu selepas menyedari betapa bersalahnya dia menunjukkan sudut diri yang lagi satu itu kepada isteri sendiri. Seboleh-bolehnya, dia tidak ingin Afi membayangkan langsung apa yang dia mampu lakukan tetapi malam ini ternyata dia tersilap langkah, dia mempamerkan apa yang sepatutnya tidak langsung harus Afi tahu. 

Rif menongkat dagu kepala Afi. Dia tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Kehadiran Roy di situ langsung tidak dipedulikannya. Entahkan mati entahkan hidup. Mujur sahaja dia tidak menikam di bahagian-bahagian penting yang mampu mengancam nyawa. Nasib kaulah! 

“Abang… kita keluar dari sini…” 

Rif membuntangkan mata seluas-luasnya saat mendengar suara Afi. Alhamdulillah, Afi bercakap dengannya. Dia betul-betul bersyukur. 

“Afi, abang tak sengaja tadi… abang… abang risaukan Afi… betul-betul risau dan marahkan diorang, abang bukan sengaja suka-suka nak buat macam ini. Afi jangan marahkan abang macam ini…” 

“Afi… Afi… takut… jomlah kita pergi dari sini.” 

Rif tersenyum. Dia perlu hilangkan segala rasa gerun Afi kepadanya. Sekali lagi dia memeluk Afi. 

“Abang akan bawa Afi keluar dari sini… jangan risau… kita takkan apa-apa. InsyaALLAH… abang janji!” 

“Bagus!!! Dua-dua pun ada dekat sini! Senang kerja aku!” kata Kong sambil anak-anak buahnya berdiri dengan gaya berlagak drama gangster di TV. Sangat klise dan urghhh… 

Rif dan Afi mengalih pandangan mereka. Beberapa orang lelaki berdiri bertentang dengan mereka. Rif selamba mencubit hidung Afi. 

“Abang…,” seru Afi perlahan. 

“Afi ke belakang sikit, ya… bagi abang sikit masa, sikit je, boleh?” Tanya Rif sesopan yang boleh. 

Dengan santun, Rif menolak Afi supaya ke belakang barang selangkah dua. Rif berjalan ke depan dengan yakin. Mode: Extreme Combat! 

Act 57 

Sheri memandang Tiger yang kelihatannya berserabut memikirkan sesuatu sambil minuman keras itu diteguk dengan perlahan. Dah tahu air itu perit hendak di telan, itulah juga yang menjadi ketagihan saban hari. 

“So, Raphael nak buat sesuatu jugak akhirnya… I dah jangka dah… lelaki tu takkan selama-lamanya nak bertolak ansur, Tiger. You nak I uruskan untuk kita ke luar negara tak?” 

Tiger tidak menjawab, dia hanya mengangguk. Betul juga kata Sheri. Memang dia perlu bersembunyi. Bukannya dia takutkan Raphael itu tetapi keadaan memang sudah jadi kelam-kabut di sini. Sebaik-baiknya dia mencari jalan keluar secepat mungkin. Lebih-lebih lagi dia tahu yang dirinya diperhatikan. Dia dapat rasakan sesuatu. Dari risikan yang dia perolehi, ada yang mengintipnya. Dia tidak tahu pihak mana tetapi memang ada yang memerhatikannya. Semuanya ada kena mengena dengan harta Dato’ Jamaluddin yang dibolotnya. Dia begitu yakin yang semua harta itu dia rampas tanpa meninggalkan satu pun kesan tentang jenayahnya. Tetapi kenapa dia masih berasa bimbang. Dia memanggil seorang orang kanannya yang bernama Edwin. Edwin diiringi seorang lelaki berbadan tegap tinggi, sesedap mata memandang dengan tubuh umpama fitness model sahaja lagaknya. Berambut pendek dan berwajah statik. 

“Edwin, macam mana dengan pergerakan Raphael? Dia dah buat apa-apa?” 

“Menurut maklumat yang aku terima, lelaki yang berurusan dengan kita bagi pihak dia semalam adalah dari group CODE-K,” jawab Edwin. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Namun, Tiger tahu dan faham benar apa yang cuba diberitahu oleh Edwin apabila nama CODE-K yang disebut. Kumpulan yang mana ahlinya adalah ejen-ejen yang higly trained dan sangat berpengalaman dan berkebolehan dalam misi upahan. Tidak kiralah dari misi menyelamat, mencuri atau membunuh sekalipun, semuanya dilakukan oleh mereka-mereka yang professional. Kalau sampai resort kepada bantuan CODE-K, maksudnya Raphael memang benar-benar hendak menghabiskannya. Ini tidak boleh jadi! Tiger berdengus dalam hati. Sheri yang ada disebelah memandang kosong. 

“Look, aku tak kisah apa dia nak buat. Raphael nak cari pasal dengan aku, lets call it a war!” 

Tiger nampak benar berangnya dengan Raphael. Nekad betul dia hendak menghabiskan Raphael. Dalam marah-marah itu dia sempat mencerlang memandang kepada lelaki yang setia berdiri di belakang, sebelah Edwin. 

“Nanti, aku tak kenal siapa kau?” tanya Tiger. Rasanya memang dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki ini. Orang suruhannya mungkin. Manalah dia kenal seorang-seorang. 

“Nama dia Loki. Budak ni baru lagi tetapi aku cukup yakin dengan kebolehan dia, jadi aku jadikan dia orang kanan aku.” 

Loki hanya menunduk hormat sedikit. Pinggir bibirnya sebelah kanan terjungkit memberi senyum yang tidak tahulah apa maknanya. Tetapi sekali pandang, Loki kelihatan seperti seorang lelaki Melayu… kenapa namanya seakan nama Pagan God dari lagenda Nordic? Hah, mungkin wannabe sahaja ini, telah Tiger dalam hati. 

“Kau boleh keluar, Edwin… ingat apa aku cakap tadi.” 

Edwin hanya mengangguk. Sama seperti Edwin, Loki turut menganggukkan kepala dan meninggalkan ruang mewah kondominium Tiger. 

“So? Kita takkan terlibat dengan whatever ‘war’ that you are saying, kan?” 

“Of course tak, sayang… kita akan pergi jauh dari sini. Jangan risau.” 

Tiger memberi jaminan yang dia tidak akan membiarkan dia dan Sheri terdedah dalam bahaya. Walau sejahat mana pun dia, dia tidak ingin Sheri menjadi galang mangsa. 





Di dalam lif menuju ke ground floor bangunan apartmen itu, Edwin dan Loki menunggu sehingga lif berhenti. Loki hanya diam sahaja tanpa sebarang kata selagi Edwin tidak berkata apa. Lif berhenti pada tingkat 6 setelah dinaiki pada tingkat 13. Seorang lelaki Melayu memasuki ruang lif yang agak luas itu. Loki memandang terus ke arah lelaki yang masuk memandang ke arahnya, setelah beberapa saat barulah pandangan masing-masing bertukar arah. Oleh sebab Edwin berdiri agak ke hadapan berbanding Loki, terdapat ruang di mana lelaki itu berdiri lebih hampir dengan Loki. Lelaki itu menjeling ke arah Loki dengan senyuman sinis. Loki membalas dengan senyuman juga. Kedua-dua mereka seperti kenal antara satu sama lain. Tetapi bukankah Loki orang kanan Edwin, masakan Edwin tidak kenal lelaki yang baru masuk ini. 

Lif berhenti sekali lagi di tingkat satu. Ketiga-tiga mereka menuju ke entrance hadapan bangunan ini. 

Hmm, siapa sebenarnya Loki ini? 

Act 58 

Hafriz, Suri dan Jimmy bergegas naik ke apartmen milik Suri di Bangsar Heights ini. Di situ sedia menunggu mereka adalah Rex, Izz, Sid dan Fauzan. Sejak balik dari berjumpa Blade tadi, Hafriz mengekalkan percakapan yang minima. Suri faham Hafriz sedih sedikit. Jimmy pula tidak banyak bercakap dan asyik kelihatan resah. Aduhai, apa nak jadi sebenarnya ini? 

Lif berhenti dia aras paling atas bangunan ini. Tanpa berlengah, mereka memasuki rumah yang menjadi markas sementara mereka. 

“Hello people, I’m home!!!” laung Suri sengaja diriang-riangkan suara. Lantaklah, rumah aku, kan… 

Masing-masing yang ada dalam rumah itu memandang Suri dengan pandangan yang kurang senang. Kenapa suka sangat budak ini? 

“Sorry, my daughter… Surihana, dia ni memang kecah sikit. Since Jimmy dan Hafriz dah ada dekat sini, bolehlah kita start our briefing,” Rex membuka ruang untuk perancangan dirancang. 

Memadangkan ada beberapa kepala di sini, Rex tidak ingin ada di antara mereka yang sengaja mengambil jalan sendiri. Perlu dia ingatkan yang misi ini bukannya sekadar menyelamatkan isteri-isteri mereka sahaja. Dia ada tanggungjawab untuk memberkas Raphael dan Tiger kerana ‘orang’ itu sudah menempah kedua-dua penjahat itu hidup-hidup. Yalah, Rex adalah bounty hunter. Dia tidak berpihak kepada pihak polis mahupun orang jahat. Cuma sekarang ini, dia lebih particular dengan apa yang dia pilih sebagai assignment, selagi tidak disuruh membunuh atau melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dia akan ambil. Seperti kes kali ini, arahan yang diterima adalah ‘memberkas Raphael dan Tiger HIDUP-HIDUP’, jadi dia tidak risau untuk mengambilnya. 

“Okay, melalui risikan yang aku dapat dari orang-orang aku, kemungkinan besar Dinie dan Ari ada di sekitar Batang Kali, Selangor. The last time Amie bersama Ari, dia ada kata yang dia pernah berada di sebuah kebun pisang. Ada sebuah pondok di kebun itu. Malangnya selepas disiasat, tak ada apa-apa yang tinggal lagi dah dekat situ, tetapi aku positif yang mereka berdua, Adni dan Ari pernah dikurung di situ.” 

“Izz, kau rasa kita perlu split dulu ke? I mean, motif korang berdua sertai misi ini clearly untuk selamatkan Adni dan Ari.” 

“Aku tak kisah nak teruskan… lagipun, kemungkinan ada kaitan antara semua ni dengan Incubus, aku perlu tahu kaitan itu,” balas Sid. 

“Okay… we must have a clear prepared scheme dekat sini. We divide group into two selepas kita gempur tempat tu. Satu untuk search for Raphael dan Tiger, mean kena divide lagi dualah. Alpha one dan Alpha two, respectively. Bravo akan selamatkan Adni dan Ari.” 

“Jadi, aku dan Fauzan adalah Alpha one, Jimmy dan Hafriz, Alpha two. Bravo, Izz dan Sid. Make sure korang settlekan hal isteri-isteri korang dengan cepat. Suri akan ambil alih selepas itu. Back us up as soon as possible.” 

“Aku akan tempatkan orang-orang aku dekat sana. Some akan assist Suri larikan Adni dan Ari. Yang lebih akan tolong kita,” terang Izz. 

Mereka berpandang antara satu sama lain, apa-apa pun yang terjadi malam ini, keadaan akan jadi teruk! 

Act 59 

Eddie Sufian menerima satu mesej dari PDAnya. Dia yang baru sahaja selesai mandi. Di bilik hotel ini, hanya ada dia sahaja. Dia mencapai PDA dari jenama HTC itu. Dibacanya dalam hati setiap baris perkataan dan ayat-ayat mesej tersebut. Dia tesenyum sedikit. 

“Bingo!” ucapnya dengan nada gembira. Segera dia bersiap. Disarungnya t-shirt lengan pendek dan seluar jeans berwarna hitam lusuh. Jaket kulit lang sedia tersidai atas kerusi diambil dan dipakai. Sepucuk pistol buatan Rusia diselitkan pada bahagian belakang jaketnya itu. Dia memeriksa segenap ruang bilik. Tidak ada yang penting yang tertinggal. Baik dia keluar cepat-cepat. Tanpa menunggu lama, Eddie segera ke parking dibawah hotel. Mujur dia tidak membawa kenderaan yang besar. Kalau tidak menjadi satu hal pula jika keadaaan sesak nanti. Dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi jenama Ducati bolehlah dia merempit dengan sesuka hati sedikit. Misi kali ini boleh dianggapnya tidak berat sangat tetapi entah kenapa dia rasa ada yang tidak sedap. Seperti ada sahaja kejutannya nanti. Ahh, biarlah… pasti Helmi dan Luqman ada lebih banyak info. Agenda seterusnya, bertemu dengan Helmi. 



“Ya, tuan. Saya faham,” jawab Helmi dengan suara yang yakin dan tegas. Buah butir percakapannya tidaklah diketahui selain dia bercakap dengan seorang superior. Sudah setengah jam dia di sini, menunggu Eddie yang baru sahaja dimasukkan ke dalam misi kali ini. Kasihan pula dia akan kawannya yang seorang itu, baru lepas habis suatu misi bahaya di luar negara, kini tanpa berehat dahulu terpaksa menyertainya. Hmm, tetapi dia tidak bimbangkan sangat kalau Eddie sendiri sanggup turut serta, maknanya memang dia masih kuat lagi. Lagipun, misi kali ini bukannya berat sangat kalau hendak dibandingkan dengan apa yang mereka pernah lakukan dahulu. 

Vroom!! Deruan bunyi motorsikal menerjah pendengaran Helmi. Hmm, yang ditunggu sudah sampai. 

Eddie menongkat motorsikal yang ditunggangnya ke sini tadi. Hmm, Helmi ini… dalam banyak-banyak tempat kenapa hendak berjumpa di tempat semacam ini? Kalau orang nampak tak pasal-pasal mereka ingat aku ni orang jahat pulak. Sudahlah berjaket kulit, berseluar jeans seperti ini… dari kepala ke kaki hitam aje satu badan. Hemlet dan motorsikal pun nak warna hitam… dah macam power ranger warna hitam pulak rasanya. Hahaha!!! Gelak Eddie dalam hati. 

“Hoi cik abang sayang!!! Buat apa tercegat dekat situ?” 

“Ahh kau… kau yang panggil aku ke sini. Kaulah yang ke mari!” gurau Eddie melihat Helmi keluar entah dari mana. 

Helmi datang dekat. Dia mengeluarkan PDAnya dan kelihatan sedang memeriksa sesuatu. Eddie yang tidak tahan hendak menunggu di tempatnya, terus bergerak mendekati Helmi. Mukanya ada riak curious yang bukannya sedikit. Helmi memandang ke kiri dan kanan barang sekali dua. Sebenarnya dia memang yakin tidak ada yang mengintai di sini kerana sudah berkali-kali dia memeriksa sekitar tempat ini. Jadi memang tidak ada yang ada di sini. Cuma dia masih ingin berhati-hati. 

“Luqman dah buat undercover untuk kes ini dah lama. Bukti dah cukup untuk sumbat penjahat itu dalam penjara tetapi masih belum cukup nak bawak rakan subahat dia sama. Jadi dia terpaksa masuk jauh lagi ke dalam kumpulan itu. Makin jauh dia masuk, makin banyak benda yang dia discover. Kumpulan itu bukannya setakat buat urusniaga senjata. Mereka mengedar dadah dan human trafficking jugak. Mengikut sumber kita, bekas konco-konco Tengku Azhar pun masih banyak yang terlibat. Masih ada lagi yang meneruskan kerja kotor dia.” 

“Ya Allah, tak habis-habis lagi ke?” sahut Eddie mendengarnya. 

“Not just that… ada lagi yang kau patut tahu,” beritahu Helmi dengan muka yang tertahan-tahan. 

“Apa?” 

“Tentang Jimmy… dia…,” Helmi kedengarannya teragak-agak untuk membuka cerita. 

“Kenapa dengan Jimmy?” 

Helmi memandang terus ke mata Eddie. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Helmi dihadam Eddie dengan tekun. 

“We need to save him! Dia bukannya cukup sihat lagi nak…” tingkah Eddie risaukan Jimmy. 

“Eddie, aku tahu… aku tahu… tetapi kita kena gunakan peluang yang ada ni. Jimmy ada beritahu aku yang dia sedang ikut seorang lelaki ni… Rex namanya… a bounty hunter. We need to make use of this guy first. Dia bukannya orang biasa. Buat masa ini kita kena ikut perancangan Jimmy dan mereka. Jimmy dah kata yang kita hanya perlu ikut dari belakang. Don’t take out their spotlight yet. Bila mereka dah sampai kepada sasaran, kita ‘sabotaj’.” 

Eddie tidak jadi hendak berlawan cakap dengan Helmi lagi. Apabila tahu yang Jimmy sudah merancang semua ini terlebih dahulu, dia rasa dia patut mempercayai kawannya itu. 

“Apa status Luqman sekarang?” 

Helmi hanya tersenyum, kawan baiknya yang seorang itu baik-baik sahaja. Dia tahu Luqman juga sedang bertungkus lumus menjayakan operasi ini kerana Luqman adalah ketua bagi operasi kali ini. 

Act 60 

“Afi… Afi boleh keluar sekarang! Jangan risau, tak ada yang mati kali ni… sumpah!” laung Rif memanggil Afi yang bersembunyi sahaja di belakang pokok yang besar itu. Semasa sedang sibuk dia bertarung demi nyawanya dan nyawa Afi, isterinya yang hanya seorang itu, dan InsyaAllah… hanya seorang sahaja itu sibuk menjerit-jerit hysteria ketakutan. Lagaknya seperti masuk rumah hantu sahaja. Rif terketawa sedikit. Alahai Afi sayang ni… nasib baik jugalah dia ada di sini, kalau tidak memang Rif tidak dapat menjamin yang semua penyangak-penyangak yang mencari fasal dengan dia ini akan hidup lagi. 

Afi berjalan menuju Rif. Dia melihat beberapa orang lelaki yang bergelimpangan mengaduh sakit. Kelihatan kawasan itu memang jelas menjadi sebuah battlefield yang mengerikan tadi. Walaupun tidak ada api yang marak membakar tetapi Afi benar-benar rasa dia di medan perang sekarang ini. Yalah, Rif berperang untuk keselamatannya. 

Rif tersenyum melihat Afi yang perlahan sahaja jalannya ke arahnya. 

“Aih… jalan macam kura-kura ni kenapanya, sayang?” 

Dalam suka ada juga bencinya Afi mendengar usikkan Rif kepadanya. Nak bersayang-sayang pula dia pada keadaan macam ini. Kalau nak bermesra-mesra pun tunggulah tidak ada orang. 

“Abang ni… tak malu ke dengan orang cakap macam itu?” 

Rif gelak besar sebelum memandang lelaki-lelaki yang baru sahaja dia belasah cukup-cukup itu, “mereka ni bukannya orang pun, Afi. Tak perlu nak layan mereka macam manusia kalau ini yang mereka buat.” 

Afi diamkan sahaja. Biarlah Rif… dia masih marah lagi dengan penjahat-penjahat ini. Dalam hati, Afi juga bengang dengan mereka-mereka ini. Nasib baik gaung yang mereka jatuh tadi tidaklah terlalu tinggi. Kalau tidak dia sendiri gerun hendak memikirkan apalah nasibnya. Hah? Rif!!! Afi hampir terlupa dengan suaminya itu. Dia cukup yakin yang dia melihat Rif masih ada dalam kereta yang sudah terbalik 180 darjah, atas ke bawah, bawah ke atas itu tadi. Tidak lama sebelum kereta itu meletup. 

“Abang, macam mana abang boleh keluar dari kereta tu… Afi… Afi nampak abang memang betul-betul tersepit, pintu tu tak boleh buka, kan?” tanya Afi ingin tahu. Dalam hati syukurnya kepada Allah Yang Maha Esa tidak terhingga sewaktu melihat Rif terjun dari atas pokok menghentak kepala Lim. Namun rasa gembira itu tidak dapat disalurkan kepada Rif kerana lelaki itu seakan kerasukan, kesurupan tak ingat dunia hendak membunuh Roy pula. Daripada elok-elok sahaja gembira, Afi jadi takut… sehinggalah Rif memeluknya meminta maaf, saat itu dia tahu… Rif bukannya sengaja hendak membunuh mereka itu di hadapannya. Rif sendiri tidak sedar saka apa yang merasuknya, mungkin. 

“Abang ni komando, Afi… benda itu kecil je. Banyak lagi keadaan yang lebih teruk abang pernah tempuh,” balasnya kepada Afi. Rif mengesan ada sedikit rasa tidak selesa pada diri Afi. Sedari tadi Afi memegang lengan kirinya, pegangan itu lebih kepada genggaman. Seperti menahan sakit. Ada kesan darah sedikit pada baju yang sudah kotor dengan warna tanah. 

“Afi cedera ke?! Mari sini abang tengokkan,” bukannya Afi yang datang kepadanya tetapi dia yang mendapatkan Afi. Nampak benar risaunya Rif saat ini. Yalah, mana tidaknya, kereta jatuh berjuling-juling ke bawah gaung pula. 

“Afi okay, sikit je ni… abang tu, haa… habis calar-balar muka, badan…baju habis koyak rabak ni, kenapa?” 

“Abang pecahkan cermin depan, dan keluar dari situ… jadi terkena kaca. Itu yang luka dan koyak baju ni. Lepas keluar kereta tu nak meletup, abang terjun ke bawah bukit belakang itu sebab nak elak letupan itu. Semak samun dia ada pokok berduri-duri lagi. Itu yang calar-balar ni. Nak naik balik atas aduyai… satu hal lagi… hmmm, nasib baik abang cepat… kalau tidak abang tak tahulah sama ada abang boleh maafkan diri abang lagi atau tidak… kalau ada apa-apa jadi pada Afi.” 

“Itulah sebabnya abang marah bila Afi kata Afi tak apa-apa tadi… sedangkan abang worried sick nak cari Afi?” 

Rif mengangguk sedikit. Memang itu yang dia rasa tadi. Sepanjang masa hendak mencari Afi yang sudah jauh masuk ke dalam hutan ini dia tidak henti-henti berdoa kepada Tuhan supaya sempatkanlah dia menjumpai Afi sebelum penjahat-penjahat itu semua. Namun dia terlambat sedikit. Melihat dan mendengarkan apa yang Roy dan Lim ingin lakukan kepada Afi, bertambah-tambahlah rasa marahnya dalam hati. Sehingga dia lupa sebentar yang Afi ada di hadapan melihat setiap perlakuan ganasnya. Dia menyesal. Cukup menyesal. 

“Afi minta maaf… Afi takut tanpa sebab… Afi patut gembira abang datang tapi Afi jadi takut pula,” ucap Afi melihat Rif diam agak lama. 

“Bukan salah Afi,” Afi menepuk kepala Afi dengan tangannya beberapa kali cuba menenangkan diri Afi dan juga dirinya. Dia memandang kepada penjahat-penjahat yang belum mampu hendak bangun itu lagi. Nampaknya dia sudah ter-overdo dia punya combat mode untuk membelasah mereka semua. Susahlah nak soal siasat seorang-seorang macam ni… nak kena tunggu mereka okay sikit dulu pula. 

Walaubagaimanapun, daripada apa yang diberitahu oleh Roy, dia sudah cukup daripada yakin apa yang berlaku sekarang ada kena mengena dengan masalah yang dihadapi oleh Jimmy. Nama yang disebut oleh Roy tadi… Luqman harus tahu perkara ini! 


p/s - the rest of the TEAM COMMANDO is here lah!!! COOL!

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS