"Saya ikut arahan," katanya...

myMetro | ‘Saya ikut arahan’
LELAKI MUKA DEPAN: SHAHZ JASZLE TIDAK MAHU UNDANG KONTROVERSI ~ gagal!!!
ini adalah kenyataan balas yang diutarakan oleh Shahz Jaszle terhadap isu panas yang terjadi natijah daripada keterlibatannya dalam clip video Marilah arahan Gambit Saifullah, nyanyian Prema Yin.

Jahn dok bacalah dan at the same time jengahlah juga the fan page yang mengkehendakkan si Gambit ini meminta maaf serta menarik balik the video... tengah jengah tengok skodeng tu, Jahn jumpalah komen-komen orang ramai tentang hal minta maaf Shahz Jaszle ini...

ada yang berbunyi... "Ahh, minta maaf tak ikhlas, artis, kan!" , "perintah pengarah kau ikut, perintah Tuhan?" adalah macam itu lebih kurang tetapi takdelah sebijik sebuntak Jahn amik, mana yang Jahn ingat je... malas nak copy paste, kan...

Jahn pun terasa ala-ala... "a'ah, perintah manusia diikutkan sampai hukum hakam tolak tepi..." tetapi, kan... Jahn rasa most of the comments itu memang sedikit tidak wajarlah... orang dah minta maaf, itukan apa yang korang nak... kenapa nak dikondemnya dia lagi dengan kata-kata yang boleh buat kecik hati... bukannya nak kata Shahz Jaszle ini hati tisu sangat pun tetapi, kemonnn la, korang... dia dah buat kenyataan mintak maaf dekat media, kot... sampai bila-bila pun orang akan tahu, ingat dan perasan...

kepada yang kata dia minta maaf tak ikhlas itu, anda pasti? anda betul-betul pasti itu yang terlintas dalam fikiran dan hati dia semasa membuat kenyataan itu? sejauh mana keikhlasan dia pun, itu urusan dia dengan Tuhan... dia menipu, itu dosa dia untuk ditanggung... dia berlakon dalam mv berunsur seks dan lucah itu, itu dosa dia dengan tuhan... bukan dengan sesiapa... kalau dia tahu dan boleh jangka sebijik sebuntal benda akan jadi macam ini, korang genuinely rasa dia akan berlakon ke dalam mv itu? rasanya tak, sebab sekarang ni memang ia dah jadi publisiti yang sangat tidak elok, I mean karier dia boleh tamat dekat sini sahaja tau...

so, dia minta maaf memanglah untuk selamatkan karier dia... tapi adakah itu cukup untuk anda melabel yang dia tidak ikhlas? akan puaskah hati korang jika mentarbiahkan dia tentang agama sedangkan dia pun orang Islam yang rasanya bukannya jahil untuk faham dosa pahala? dia melakonkan babak-babak panas itu atas kerelaan diri dia sendiri dan it stop to that extent sahaja, dosa itu stop dekat dia dan sesiapa sahaja yang terlibat (believe me, saya cukup yakin dia tahu hal dosa pahala, he knew the risks all along, tapi kalau dia still nak buat, maknanya dia yang nak tanggung semua itu, so pleaselah korang... stop marahkan dia macam dia tak pernah fikir semua benda itu) memaki hamun beliau adalah satu tindakan yang pada saya, hanya menambah dosa anda juga... sebab cara anda itu bukannya menegur... tetapi melampiaskan rasa tak puas hati dengan cara seakan-akan ingin terus menjatuhkan beliau...

sorry, mungkin ada yang akan kata saya nak defend Shahz Jaszle... saya bukan berniat begitu 100%. jujur saya akui saya meminati lakonan dia semasa Bio-Nik dan Tari Tirana lagi, inikan pula selepas Asmara... tetapi selepas MARILAH, saya jadi tidak berapa berkenan pula... pun begitu, saya tidaklah nak menyalahkan dia lagi dan lagi selepas dia sudah memohon maaf secara terbuka... terbukalah kiranya kalau dah keluar dalam tabloid, kan...

okaylah, itu sahaja yang hendak saya share di sini... harap kepada yang masih marah-marah itu, muhasabah diri...

p/s - menunggu Gambit Saifullah pula yang rasanya paling kena keluar memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dia atas segala kekalutan yang dia timbulkan itu...

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS