Emil bertanya tentang peluang kedua...

Assalamualaikum semua,

Emil di sini.. kenapa? pelik? hairan? takjub? terkesima?.. hahaha, Jahn is feeling unwell today, so he asks me to run the town, oh no.. the blog.. so, today, it's all mine!! Muahahahahahhahgahahahahah!! ~yes, call me evil, baby!!

hmm, Jahn was being very busy lately.. selepas pulang dari Melaka, dia jadi tidak keruan.. wah Bahasa Melayuku.. letih sangat kot, tulah cam tak larat nak tulis entry.. padahal Emil yang rampas blog ni hari ni.. haha!!

Hmm, Emil ada benda nak dikongsi sebenarnya.. cuba korang fikirkan satu hal ni.. peluang kedua...

Peluang kedua? peluang untuk apa?



hmm, tak kisahlah untuk apa sekalipun.. peluang kedua akan wujud apabila kesempatan pertama tak menjadi kenyataan, I mean, peluang pertama mungkin disia-siakan.. peluang pertama mungkin terlepas dari  genggaman macam itu sahaja dalam tak sengaja (atau sengaja).. peluang pertama tak disedari.. hmm, basically banyak sebenarnya sebab wujud peluang kedua.. tapi pada korang adaka wajar peluang kedua diberi.. berdasarkan situasi-situasi ini..

SITUASI SATU
Fikry dan Arianna
(gambar hiasan sahajalah)
Fikry seorang yang setia pada cinta tetapi agak mudah mesra dan boleh membawa kepada sayang yang akhirnya boleh berubah cinta, tetapi dalam hati dia selalu ada Arianna.. Arianna selalu merasa Fikry tak boleh kekalkan perasaan cinta itu hanya padanya, lalu nekad selingkuh (wah, selingkuh, kan.. curang sudey!!), ya.. Arianna curang dibelakang Fikry.. lama.. sampailah Fikry dapat tahu segalanya.. tetapi seperti yang aku cakap tadi, dalam hati Fikry, walau berapa ramai perempuan yang datang, yang ramai dia menggatal pun.. ada sudut yang eksklusif dalam hati Fikry  buat Arianna takkan tersentuh oleh mana-mana perempuan, and yes.. Fikry tahan selagi boleh untuk jauhkan diri daripada perempuan lain (itu sangat perit untuk seorang pencinta wanita, okay!!) hanya untuk kekalkan kesetiaannya terhadap Arianna.. Fikry, terlalu sayangkan Arianna telah merembat jantan durjana itu dan katakan pada Arianna..

"saya.. tak dapat lupakan awak, saya tak sanggup, tak boleh!! please stay with me.. jangan buat macam ini lagi," ujar Fikry.

Arianna tunduk terdiam, memang Fikry yang dia cinta pada mula.. cuma dia keliru sampaikan terlanjur melukakan hati lelaki milik Fikry.

"..thanks for the second chance.." kata Arianna dalam tangisan yang berat...

THE END untuk situasi pertama... pendapat please!!

SITUASI DUA
Elise dan Khairy
(gambar hiasan)
Elise ialah kawan baik Khairy, Khairy seorang lelaki yang baik luar dalam.. sedikit nerd tetapi kacak.. ulat buku dan geek lah lebih kurang.. kedua-dua mereka kena buat proposal untuk satu aktiviti universiti.. oh lagi satu, Elise ni lembab sikit tetapi lawa (bimbolah lebih kurang), so.. what happen was Elise curi proposal Khairy, edit a little bit dan apabila Khairy hantar his proposal, pihak universiti kata idea dia sama dengan Elise, so kena reject on the spot.. Elise rasa bersalah tetapi takut nak beritahu Khairy, Khairy tahu sebab mereka kawan baik.. dia tahu bila masanya Elise rasa bersalah dan bila tidak.. tetapi dia rasa sedih sangat kenapa kawan baik dia boleh tikam dia dari belakang macam itu.. sebab itulah dia diamkan diri.. lama kelamaan dia dan Elise tak bertegur langsung..

THE END untuk situasi kedua, adakah patut Khairy diamkan diri kerana terlalu kecewa?


SITUASI TIGA
Yuna dan Hazimi

(gambar2 sekadar hiasan)
Waktu sekolah dulu, Yuna adalah seorang perempuan yang paling popular dan diminati ramai, sangat-sangat!! dia seperti dewi pujaan ramailah kiranya.. one day, dia jumpa dengan this geek dan ulat buku guy yang teramat-amatlah nerdnya... Hazimi, tetapi kalau ditilik dari beberapa sudut dan celah, Hazimi berwajah Chad Micheal Murray juga sebenarnya, tetapi yelah... siapa jelah yang suka a keding guys with glasses dan buku setebal ketebalan batu bata, ye dak? lagipun, balak dia sekarang ini adalah seorang pemain bola sepak sekolah yang hensem jugalah walaupun berperangai separa binatang yang harus disamak kulitnya kalau nak dibuat beg (buaya).

okay back to the day, Yuna jumpa Hazimi, hujan manja-manjalara ni.. (wah, gitu!!) dekat bus stop.. tunggu bas la nak balik sekolah..Yuna cam lari-lari babylah nak ke bus stand yang ada bumbung sikit tu, Hazimi berada di situ.. Bammmbarabammbamm, jatuh basah kuyupan Yuna di situ.. Hazimi pun larilah nak tolong.. bosan time ni... fast forward sikit..

"Awak okay?" tanya Hazimi prihatin.

"Thanks, I'm okay.. aduh," jawab Yuna perlahan, dia tersedar lututnya luka. tetiba hujan lebat pulak..

"Come, hujanlah awak," tarik Hazimi.

Hazimi mengeluarkan plaster bercorak Doraemon dan melekatkannya ke luka pada lutut Yuna. dari situ mereka kenal dan Yuna nampak the side of Hazimi yang tak pernah dia tahu.. selama ini dia hanya tahu yang Hazimi wakil debate, wakil kuiz sains, bla bla bla bosan.. itu je tapi sepanjang petang menunggu bas yang kononnya nak bagi mood romantik berdua tu tak datang-datang sampai petang melarut senja..

Tetapi kemesraan itu sampai hanya di situ.. keesokkanya Hazimi ke sekolah dan sedikit pun Yuna tidak menegurnya walaupun dia memandang atau mencuri pandang.. dia sedar siapa diri dia, tersenyum sendiri.. dia diamkan sahaja rasa malunya beranagn hendak mendekati gadis paling cantik di sekolah itu.. melihat kemesraan Yuna dan teman lelakinya dia jadi rendah diri dan dari situ dia mula ubah dirinya sedikit demi sedikit..

sekarang selepas 5 tahun.. Yuna dan Hakimi bertemu semula, dari luar, fizikal Hazimi jauh lebih hebat dari mana-mana lelaki yang pernah date Yuna.. dari dalam, Hazimi masih tidak berubah, masih lagi Hazimi yang dikenalinya 5 tahun lalu..

ini dialog mereka (untuk menyenangkan cerita..)

"saya tak tahu kenapa awak biarkan saya tertanya-tanya kenapa awak buat saya macam itu dulu.. apa yang saya tahu.. sekarang pun awak tak boleh saya lupa.. jadi maknanya awak bukan kecil dalam hati saya.." kata Hazimi.

"saya tak layak untuk peluang kali kedua ni.." balas Yuna.

"bukan awak yang tentukan peluang itu untuk diberi atau tidak.. Yang Di Atas itu masih kekalkan perasaan saya selama ni.. awak layak untuk peluang ni, kalau awak terima.. kalau awak sanggup kata wak cintakan saya.."

Yuna diam, dan sedar ketakutannya untuk melepaskan diri dari bekas teman lelakinya telah membuatkan 2 jiwa ini lama menderita..

THE END, apa pendapat korang tentang peluang kedua dari Hazimi kepada Yuna.

haaa... itulah dia... korang boleh biarkan apa sahaja yang korang rasa itu di situ, dalam hati korang atau berkongsi diruangan komen...

p/s -  situasi-situasi tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.. sebarang kebetulan adalah tidak disengajakan.. harap maklum, haha!!

Love,
Emil.

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS