novela benarkah cinta 3

Dom termenung menghadap model-model yang sedang disiapkan oleh krew-krew penggambaran. Dia sebenarnya malas hendak bekerja sekarang tetapi mengenangkan photoshoot kali ini penting untuk perjalanan kariernya, dia paksakan juga.


Telefon bimbit yang diletakkan pada mod vibrate bergetar. Hmm, dia jadi bingung untuk mengangkat atau tidak. Selang sejam pasti Erra akan telefon. Tetapi apabila beberapa kali dia tidak mengangkat panggilan, Erra jadi semakin kerap pula menghubunginya. Semak! Semuanya sebab Rik!!


Untuk mengelakkan rasa keliru, terkilan dan serba salah, Dom off-kan sahaja telefon bimbitnya. Biar langsung tidak dapat dicari. Puas hati.








Dia kembali kepada kerjanya dengan tenang. Ketenangan yang dibuat-buat. Hmm, jadilah daripada terus diganggu seperti itu. Kasihan juga dia kepada Erra. Kawan itu cuma bimbang. Dia juga berhak berasa resah kalau teman lelaki sendiri cuba mengelak. Nak diberitahu sahaja kepada Erra tentang pe’el si Rik itu nanti lebih banyak masalah daripada menolong apa-apa. Kalau tidak diberitahu macam inilah jadinya, menyusahkan dia sahaja.


Masa berlalu seperti air yang mengalir, sekejap sahaja sudah entah ke mana perginya. Begitu jugalah dengan masa Dom. Pejam celik sudah malam. Maknanya sudah semalaman dia tidak balik rumah. Bukannya dia merajuk pun, dia cuma malas hendak bertembung mata dengan Rik. Kawan yang seorang itu bukannya boleh dibawa berbincang. Tahu angin dia sahaja, angin orang lain?


Dia on-kan semula telefon bimbit yang di-off-kan tadi. Diseluknya semula ke dalam poket. Belum pun sempat selangkah dia berjalan, telefon bimbitnya berdering. Dengan cermat dia meneliti siapa pemanggilnya… hmmm… sahutnya dalam hati…






Jiya dan Rik duduk sebelah bersebelahan di atas bangku di hadapan tasik buatan manusia ini. Mereka berpegangan tangan dan kepala Jiya melentok atas bahu Rik.


“I hope this moment last,” gumam Jiya perlahan namun jelas pada pendengaran Rik.


“Kenapa? Tak nak buat benda lain lagi dah?” tanya Rik bergurau.


Tidak ada jawapan balas dari Jiya, hanya genggaman tangan makin erat. Jiya tertunduk malu mengingatkan apa yang terjadi malam semalam sebelum dia pulang ke rumah. Sewaktu Rik memeluknya di dalam kereta. Hmm, kalau hendak diikutkan, Jiya juga mahu saat itu beku juga. Asalkan dengan Rik, dia rela masa tidak bergerak agaknya. Semuanya berbunya indah, berlagu mekar. Bahasa bagai gempa pun boleh dia faham kalau Rik ada di sisinya.






Jay menaip sesuatu dekat ruangan status FBnya…


Getting a little bit physical is the 1st step to get to her room!!


Ken yang turut sama online terkejut membaca status terbaru Jay itu.


“Dude, kau tujukan dekat siapa ni?”


“Dah tahu tanya lagi, hahaha!!”


“Itulah maksud aku, kau nak peril dia sangat ke?”


“Takdelah macam itu, benda ni general, kan… wei, aku lapar ni… seafood, jom!”


“Ajak Dom sekali.”


“Kejap aku call. Tapi, kan… Ken, kau rasa Rik terasa ke kalau baca pun benda ni?”


“Hmm, tak kot… tahu pula mamat tu kisah benda-benda lain.”


Jay menunjukkan isyarat tangan supaya berhenti sekejap, dia berjaya menembusi talian Dom.


“Hello, Dom! Ken ajak makan steambot, jom! Dia belanja!!”


“Damn it, bayarlah sendiri!” tingkah Ken laju.


“Okay, aku dah nak balik ni, korang pergi dulu, aku sampai kejap lagi.” kata Dom di talian sebelah sana.


“Okay!” balas Jay suka.






Dom menyimpan semula telefon bimbit Samsung Galaxy 5nya kedalam poket. Sekali lagi, belum sempat dia hendak melangkah selangkah dua, telefon bimbitnya berdering.


“Apa lagi?!!” marahnya entah sebab apa.


‘I’m going to Putrajaya’ dari Erra.


“Ahh… great!!”


Tamat bahagian tiga.

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS