Puasa Isnin dan Khamis...ko puasa ke? mampu?

Assalamualaikum semua (mode merasa diri tu alim)...


wah..mode alim terus imam muda asyraf, kan...ngehhh!!!

apa khabar, salam 1 Malaysia di ucapkan kepada semua yang menjengah, stalker ke, apa-apa lagilah..hak anda nak view page ini kan...silakanlah, apa yang ada inilah yang saya mampu tulis...

okaylah, kali ini saya hendak berkongsi sedikit tentang puasa sunat isnin, khamis..kenapa kena hari isnin dan khamis? kenapa tak rabu dan ahad?kenpa bukan selasa dan sabtu...haaa...kalau anda tak tahu...eloklah ambil tahu...pada saya (wah, saya..eh, mode alim, kan...) puasa hari apa-apa pun sama jer kalau nak diikutkan dari segi kesihatan. pandangan orang saya tak ambil peduli sangat tetapi yelah, saya pun bukannya pandai sangat nak bercerita hal-hal agama, cuma dah alang-alang google2, copy paste...baik lah kita google2, copy paste benda yang boleh dibawak berkongsi untuk santapan minda dan informasi yang berguna, tak gitu?

baiklah, berbalik kepada puasa sunat isnin khamis ini, sejujurnya, saya bukanlah selalu sangat mengamalkannya, biasalah. typical person yang hanya puasa pada bulan ramadhan (tapi jangan risau, sekali pun tak pernah ponteng yer...)

PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS

Puasa hari Isnin dan Khamis ialah puasa yang disunatkan pada hari-hari tersebut di setiap minggu. Adapun hikmat disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis itu ialah ada hubungkait dengan amal perbuatan manusia di dalam satu minggu. Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam (melakukan) puasa pada hari Isnin dan Khamis, dan ditanya (Baginda) akan (sebab) sedemikian itu, baginda bersabda: "Sesungguhnya amalan manusia itu ditunjukkan (dibentangkan) pada hari Isnin dan Khamis."
(Hadits riwayat Abu Daud)

Dalam hadits yang lain pula, diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Ditunjukkan amalan (anak adam) itu pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka supaya ditunjukkan amalanku itu pada hal aku sedang berpuasa."
(Hadits riwayat Tirmidzi)

Tersebut di dalam Kitab I‘anah Ath-Thalibin bahawa berpuasa pada hari Isnin adalah lebih afdhal daripada berpuasa pada hari Khamis kerana keistimewaan yang berlaku pada hari tersebut. Di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) akan perihal berpuasa pada hari Isnin, Baginda bersabda: "Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutus atau diturunkan ke atasku (perutusan) pada hari itu."
(Hadits riwayat Muslim)


haa..itulah dia...petikan itu diambil dari laman web, argh susah pulak nak cari website apa, nak url 

alang2 bercerita, kan...kita cerita lah lagi...


meh sini, ustaz nak ceramah sket!

kalau ye pun nak tunjuk alim (eh, bukan...mana bleh puasa sekadar untuk alasan ini, kan...kalau yer pun nak beribadat, kena jugalah tahu hal-hal berkait dengan ibadah puasa itu sendiri...seperti syarat sah, bila boleh puasa atau tak boleh..and stuff like that lah...


PUASA HARAM
  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri

  • Puasa pada hari raya pertama Haji

  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.


  • (so, kalau hari isnin dan jumaat sekali pun, tak payahlah puasa!)


    SYARAT WAJIB PUASA


  • Berakal


  • Akhir Baligh (Cukup umur)


  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

  • (be really sure about this!!!)

    SYARAT SAH PUASA


  • Islam


  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)


  • Suci daripada haid dan nifas


  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

  • (be sure about this too!)

    RUKUN PUASA


  • Berniat (yang paling penting)


  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari. (tunggulah yer...)

  • PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


  • Makan dan minum dengan sengaja (general rules...)


  • Muntah dengan sengaja (yang ni memang mengada...)


  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan (still apply untuk puasa sunat, tolonglah, tolonglah...fikir lagi ke nak buat benda-benda camni kalau tengah puasa?)


  • Keluar darah haid atau nifas. (ni perempuan la...kemain menipulah kalau lelaki yang bagi alasan ni...)


  • Gila (gila puasa? ada ke?)


  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa. (ada beza tau, jangan main sebat jer!)

  • ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA


  • Orang yang sakit (kalau dah sakit tu, seeloknya jagalah kesihatan, lain kali boleh puasa lagi, kan...)


  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km. (kalau akau, aku tahankan jer...naik bas, kereta lagipun...tupun kalau tak drive la...)


  • Orang tua yang sudah lemah (tak tau nak kata apa..tak pernah merasai lagi)


  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.(hmm, tak tau gak...)

  • walaupun perkara-perkara di atas itu adalah general rules yang (sepatutnya!!!) semua orang tahu...tetapi kalau nak berkongsi, kita kongsi betul-betul, kan...

    so, to top it all...puasa memang bagus untuk kesihatan dan untuk top-up pahala (provided on what basis of your niat lah) dan berpuasa mengajar kita tentang banyak hal, mengahargai makanan, kenal erti lapar dan penderitaan orang yang tidak bernasib baik dan banyak lagilah...

    jadi, puasa itu tak tertumpu hanya pada bulan ramadhan...sebab Allah bagi banyak cara untuk kita beribadat, ikut keselesaan lagi. so, saya nsihatkan anda dan diri saya sendiri supaya kalau ada kesempatan, kelaratan dan kesedaran (insyaALLAH, akan datang ni..hehe!) marilah kita berpuasa sunat isnin dan khamis...

    p/s - apa yang penting kalau nak puasa, jangan lupa untuk bersahur tau...keeps you full all day long...

    Comments

    nadya said…
    artikel ne mcm nak marah n mcm tak pasti je bile org bce,,,
    tak setuju sgt...tulis bkaitan ne & cara penyampaian cemne.. tp ape2 pun gud kalau tak bace yg tulisan biru tu..huhu
    maaf taw
    mane janji ckp nak follow back..

    Popular posts from this blog

    BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

    Hantu Kak Limah Balik Rumah

    KEBAIKKAN COMPLEX CARBS