Posts

Showing posts from December, 2012

TCCOW TALK 6

POST: REVERSE TCCOW THE CHRONICLES OF IZZ KARAMI 
REVERSE TCCOW THE CHRONICLES OF IZZ KARAMI sudahpun melabuhkan tirainya (chewah!) dan sambungan legenda seterusnya adalah CONSPIRE ROYALE telah pun menyambung siri REVERSE TCCOW (macam mana dengan REVERSE TCCOW THE CHRONICLES OF IZZ KARAMI? Sila tinggalkan komen di ruang komen... kalau sudi. Would appreciate that very much!)

Kalau REVERSE TCCOW THE CHRONICLES OF IZZ KARAMI tu ikut tajuk Narnia, REVERSE TCCOW CONSPIRE ROYALE pulak feeling-feeling Casino Royale sebenarnya, walaupun takde kaitan pun. Saja-saja nak ikut tajuk filem. Baru dengar cam gempak sikit walaupun sebenarnya... ado! Haha...

Okaylah, REVERSE TCCOW CONSPIRE ROYALE ini berkisar pasal apa pulak?

Banyak theme dalam REVERSE TCCOW CONSPIRE ROYALE ni sebenarnya. Dekat dalam ni, Jahn ada cerita tentang beberapa watak baru, flashback cameos (I like this! Nak tahu siapa, sila tunggu!) dan yes, konspirasi jahat Tengku Azhar Shariff. Dengan beberapa watak lain. Sedikit sebanyak TH…

novela the curious case of whatever 20

Part 20
Act 96 – The Chronicles of Izz Karami 11 – Just Coke
2001. Kuala Lumpur...

“Drinking again?” tegurnya sambil kerusi di pub itu dia tarik. Oleh kerana ketinggian kerusi itu agak tinggi, dia terpaksa berusaha sedikit hendak naik tetapi tidaklah susah.

“Oh, just coke?” balasnya melihat gelas Zack. Daripada isinya dia tahu bukannya wiski atau martini seperti yang suka lelaki itu minum dahulu.

“Why are you here?” pertanyaan tanpa mukadimah itu dia lantunkan tanda malas berbasa-basi. Wajah Nina pun tidak dia tenung. Memang dia tidak ada sebarang mood untuk melayan sesiapa kala ini.

“Can’t we be friend?” tanya Nina berbunyi tulus.

“Margarita, please...” pinta Nina kepada bartender berbangsa Melayu itu. Nampak muda lagi, studentlah ni... nak cari duit lebih sedikit tetapi tidak mengendahkan halal haram asalkan mendapat upah yang banyak.

“You used to like martini, now you’re just a plain cola,” balas Nina cuba berperibahasa. Dalam bahasa Inggeris. Walaupun tidak ada pun peribahasa begit…

novela the curious case of whatever 19

Part 19

Act 91 – The Chronicles of Izz Karami 6 – Khairy Hashimi
2001. Shah Alam, Malaysia. Malam pertunangan Adni Zuhayra dan Khairy Hashimi...

Puan Nazariah memandang anak saudara yang cukup disayanginya itu. Wajah yang sedia jelita itu semakin cantik dengan olesan solekan nan tipis. Namun serinya tidak ada di situ. Seri bakal tunangan orang tidak menyerlah pada wajah jelita seorang Adni Zuhayra. Kenapa? Ibu saudara itu merapati Adni.

“Adni, betul ini apa yang Adni mahukan? Belum terlambat lagi, nak. Kalau ini yang Adni mahukan, mak ngah restu. Pak ngah pun tak pernah menghalang. Tepi betulkah ini yang Adni mahukan, nak?” sayu pertanyaan ibu tua itu.

Tidak ada jawapan yang Adni berikan. Entah, jawapan apa lagi yang boleh dia berikan. Puan Nazariah memegang tangan anak saudaranya itu. Pandangan Adni bertaut dengan wajah Puan Nazariah. Satu senyuman palsu dilakarkan pada wajahnya. Mahu memberitahu yang dia pasti dengan keputusannya. Izz sudah tiada tetapi Khairy masih di sini. Itu sudah…

TCCOW TALK 5

Gila syok sendiri! 
Wow, Jahn rasa Jahn dah buat sesuatu yang cukup daredevil yang syok sendiri... teruk nih!

Tetapi it’s a part of the story telling, I feel bad also buat Izz jadi begitu. Tetapi nak tunjuk betapa berdosanya dia pada waktu silamnya, Jahn kena buat macam itu.

It was some sort of bila dia jumpa seseorang yang baru nak buat jahat, atau jadi jahat... Izz boleh kata macam, “jangan kata kau jahatlah, kalau kau tak boleh hadam apa makna ‘jahat’ tu. Aku dulu 1000 kali lagi jahat daripada kau, dan percayalah, kau tak akan suka bila sekali kau dah buat jahat. Penyesalannya, lebih daripada apa yang kau boleh terima, 1000 tahun bertaubat pun rasa berdosa itu tetap akan hantui hidup kau, menghambat diri kau. Jadi, fikir dua kali kalau kau fikir syaitan tu boleh tolong kau. Fikir banyak-banyak kali pun tak apa.”

Haa... macam itu. Well, dalam hal ini it’s not like Jahn suka sangat untuk portray Izz adalah seorang penzina or whatever, tetapi tak cukup jahat seseorang itu kalau dia ta…

BOYCE AVENUE

Image
Assalamulaikum,

I have a new obsession now... Boyce Avenue... I come across this band in Youtube just a week ago, and starting to love it...

and my favourite song of the album/ band is... Change Your Mind, because I find the lyrics was so close to me... kerana aku adalah sebuah organisma yang kuat perasan dan tidak boleh menerima kenyataan dengan mudah, sebab itu aku rasa lyrics dia kena ke batang hidung aku...
got lyrics also, senang, kan!
and the acoustic version which i really like, and personally like more than the original...
go to their channel in Youtube... http://www.youtube.com/user/boyceavenue

So, that's it from me now... I have becoming a little less KPOP and more to English Acoustic Cover now...

novela the curious case of whatever 18

REVERSE TCCOW – Swing the Pendulum Backward
Pendulum. Pendulum ialah buah jam. Tidak, ia bukan sejenis buah-buahan. Buah jam adalah alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan jam. Kebiasaannya dalam jam antik, pendulum ialah alat yang berhayun itu. Setiap kali ia berhayun ke kiri dan ke kanan, satu saat akan berlalu. Masa akan meninggalkan kita. Dan kepada sesiapa yang tidak dapat melihat sesuatu yang berlaku pada waktu itu, ia akan menjadi rahsia buat selama-lamanya. Ya, terma dan syaratnya adalah tidak ada sebarang catatan atau rakaman terhadap perkara tersebut jadi ia akan kekal menjadi rahsia. 
Kenapa perlunya semua karangan mengarut ini? 
Tidak ada apa-apa yang mengarutnya dalam kisah ini. Kisah ini masih kekal misteri jadi perkara yang dilihat sebagai mengarut mungkin adalah sesuatu yang penting. 
The Curious Case of Whatever akan memasuki fasa di mana ia perlu pulang kepada sebuah rangka masa yang tidak langsung dapat menyelesaikan masalah masa kini atau hari ini. Adni dan Ari t…