novela benarkah cinta 9
Assalamualaikum, it has been awhile since I posted anything about this novela, okay... this is the 9th chapter of the story... enjoy it... “Are you sure you’re going like this?” tanya Ken kepada Jiya. Dia yang memandu kereta jadi tidak senang duduk pula. Bukannya sebab gatal atau apa-apa pun, dia cuma rasa terkejut dengan keputusan Jiya untuk berpindah ke US secara mengejut. Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja dia diberitahu oleh Jiya akan perkara tersebut. “Apa yang tinggal dekat sini untuk aku, Ken?” “Takkan sampai macam itu sekali… kau nak bawa diri hanya sebab kecewa dengan Rik? Come on lah,Jiya. You’re better than that!” “Ken, boleh tak jangan sebut lagi nama tu? Please!” Ken menunduk tidak memandang jalan. Walaupun tahu dia sedang memandu kereta tetapi mendengar kata-kata Jiya membuatkannya tidak mempedulikan keselamatan mereka kerana terlalu marah dengan tindakkan gadis itu. Tetapi itu tidak lama, sebentar sahaja dia sedar, takkanlah dia hendak mati kera...