Posts

Showing posts from April, 2011

novela the curious case of whatever 6

Part 6
Act 26 “Tak sangka sebab nak buat surprise dekat abang, benda lain pula yang jadi… Afi tak takut ke?” tanya Rif kepada Afi yang masih diam di dalam pelukannya. Cahaya malap itu memeriahkan lagi suasana romantik yang tiba-tiba muncul antara mereka selepas pertengkaran yang berlaku tadi. Nasib baiklah Rif tidak terlalu marah dengan Afi. Sebenarnya Rif sendiri rindu kepada Afi, maklumlah, tiap-tiap bulan dia berulang-alik dari rumah ke kem dan kalau ada misi lain, makin lamalah dia terpaksa berjauhan daripada Afi dan anak-anak. “Afi, betul ke Afi selalu sunyi bila abang tak ada?” Tiba-tiba pertanyaan itu ditanya dan nada yang diutarakan Rif ada rona kesal. Alamak, adakah Rif masih berasa hati dengan aku? Fikir Afi dalam hati tak diluah. Afi tidak betah menjawab sebaliknya dia mengemaskan pelukannya. Rif yang perasan tubuhnya makin kuat dirangkul, tersenyum malu seketika. Apalah Rif ni, isteri peluk pun nak malu-malu kucing pula. “Afi…” perlahan sahaja suara Afi. “Afi nak selalu dengan a…

the curious case of whatever: recap 4

Assalamulaikum semua,

Hai semua... berjumpa lagi, kan dekat sini... selepas Jahn dimaki hamun kerana bergurau-gurau kuajaqqq katakan yang TCCOW ni nak dimansuhkan, Jahn rasa sangat gembira... tak sangka ada yang sampai nak gugur jantungnya... anyway kepada Kak Dhiya... jangan risau, this novela stays!! kepada Kak Intan... jaga kesihatan akak, jangan sebab saya akak sakit, bersalah pulak rasanya saya, kepada Eera... sorry jugak sebab terkena gurauan tersebut...hehehe, dan kepada yang lain-lain jugalah, Kak Izan semua...hehehe...

okaylah, jom kita recap apa yang susah terjadi pada bahagian 5 ahad lalu...

hmm, ramai yang sukakan scene di mana Rif dan Afi berdua-duaan di meja makan itu... Rif marah, sebenarnya, Jahn tak tahu manalah Jahn dapat idea nak buat Rif tanya,

“Maaf, maaf! Ada perkataan lain lagi?”

serius, Jahn tiba-tiba terasa nak tulis macam itu... ahahahaha... Afi pula siap berbahasa antarabangsa, kan... orang panas-panas dia main-main pulak... hehehe...

hmm, so, sekarang rasa…

no more The Curious Case of Whatever...

"haaaaaaahhhh? adakah? kau gila, Jahn! mana, boleh!! aku dah berpenat lelah siapkan episod demi episod, kau nak call it quit?!! langkah mayat aku dulu!!" bentak Emil kebenagangan.

Jahn berlalu ke dapur, sebentar selepas itu, dia kembali membawa sebilah pisau pemotong buah. disuanya bilah tajam itu ke arah Emil," nah... bunuh diri, kejap lagi aku langkah..."

Emil jadi tidak keruan. kalau ikut hati yang marah memang dia ambil sahaja pisau itu, ditikam-tikamnya dia ke perut Jahn tetapi takkanlah dia sanggup berbuat demikian. seteruk mana pun Jahn, lelaki ini sudah dianggap sebagai saudara sendiri...

"but, why Jahn? kau kata kau suka TCCOW, kau kata nak jadikan TCCOW ikon blog ni? kenapa pula nak buang dari belog ni? kenapa? aku tak faham kenapa?!"

Jahn berpaling membelakangi Emil. dia melihat ke luar jendela...

"aku perlukan masa..." jawabnya perlahan...

"masa apa? kenapa? pembaca nak kau post banyak-banyak kau dah nak give up ke? kamonlah Jah…

novela the curious case of whatever 5

Part 5 Act 21 Panggilan telefon yang diterima daripada Afi tadi membuatkan Rif duduk terdiam sendiri. Nasib baik dia belum sempat melakukan apa-apa lagi untuk mencari Afi, kalau tidak dia mungkin sudah menyusahkan banyak pihak. Nasib baik jugalah. Sudahnya dia dan Jimmy kembali semula ke rumah dan menunggu sahaja kepulangan Afi. “Tok, tok jaga budak-budak berdua tu dulu ya, nanti saya datang ambil mereka,” Jimmy menekan punat off untuk mematikan talian. Mujurlah tidak ada apa-apa yangberlaku kepada anak-anak buahnya itu. Mereka selamat berada di Kedah. Jimmy melihat Rif yang duduk berteleku di sofa. Pandangan matanya nampak tidak keruan, macam marah ada, macam sedih pun ada. Namun hanya Haiyan Rifqi sahaja yang tahu apa rasa hatinya saat ini. Jimmy datang dekat dan duduk di sebelah. “Rif, kita tunggu dia balik dulu. Then, baru kita tanya. Aku faham perasaan kau sekarang. Aku pun naik marah dengan perangai dia ni.” Rif tidak menjawab. Dia hanya diam. Jimmy tahu sangat kalau Rif berdiam sebeg…