Episod satu - Apa salahnya kau jujur?

Jangan dikesal yang telah berlaku
Begitulah cara ku memujuk diriku
Namun kenyataan sakitnya terasa
Bila kau dusta perlakuan dan kata

Kenapa harus aku jatuh
Mengharap kasih darimu
Mengapa hati ini meminta
Disakiti sedangku tahu kau bagaimana

Kenapa mesti engkau bohongi
Meminta ku lepaskan dengan alasan yang lain
Katakan sahaja kau tak cinta
Itu lebih mudah untukku terima

Dan sudahnya bertahun cerita ini
Ku kubur namun nisannya masih utuh lagi
Memberi ingatan pada diri ini
Supaya lebihkan mencintai diriku sendiri
Sebelum menyerahkan hati untuk disakiti...


Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA