Hantu Kak Limah Balik Rumah





Assalamualaikum semua, 
Wah, kemain lama aku tidak berblog... sangat rindu untuk mengarut... wahahahau!!Nak mengarut apa ya? movie? movie... movie...okaylah, nak cerita pasal movie...

Aku ni, kan... bukannya seorang yang suka sangat nak pergi layan movie... tambah-tambah kalau duit takde...wahahhay... tapi kalau ada duit pun memang takkan tengok juga kalau mood tu kurang... tapi satu movie ni lain sikt... dah tengok berkali-kali pun aku rasa enjoy je tengok... biasanya orang paling banyak pun layan movie yang sama kat panggung is like 2 kali je kan (biasanya!) and kalau nak tengok lagi beli CD/DVD cetakan NON-HALAL... tapi lainlak yang terjadi kepada aku ni... sampai 3 kali tengok dekat panggung, gilo.

Tapi harus ditekankan dekat sini yang movie ini adalah movie berbaloi untuk tengok. Walaupun dah macam nak basi isu ni tapi rasanya belum lambat untu aku bercerita tentang Hantu Kak Limah Balik Rumah!!!




2010's best Malay Comedy Movie, I think...


Alkisahnya movie ini adalah sambungan movie Zombi Kampung Pisang. Aku tak tengok Zombi Kampung Pisang but I find Kak Limah is a very good movie dan tidak ada masalah untuk difahami eventhough I never seen the previous installment. So, that's a good thing done by the director, script writer... making movie which is easily understandable.

One of the most creative director in Malaysia.

Bercerita tentang the director, Mamat Khalid memng terkenal dengan award-winning quality director. most of his movies are like Anugerah Skrin and Festivel Filem material la, kan,... like Kala Malam Bulan Mengambang. But he is also a very close to viewers in term of doing movies... hasilnya, Zombi Kampung Pisang and now... Kak Limah.

Apa yang best sangat dengan Kak Limah ni? Let me tell you why (according to me, so... don't bother if korang tak setuju!)

Lawak kampung yang tak buat orang menyampah... and kalau pun dibuat-buat tapi still tak buat sakit hati...
Apa masalahnya dengan lawak kampung, korang ada masalah? Memang kena ada bezakan lawak kampung and lawak bandar ke? Rasanya tak... sebab kalau lawak... it meant to make people laugh... kalau lawak tapi tak boleh buat orang gelak, then... rasanya the movie is not a comedy/lawak movie la kot...

Lakonan para pelakon yang sangat berkesan...

Awie sebagai Hussin

Kita kenal Awie sebagai seorang rockers yang...well... rock. And despite some controversial issue about him pun, siapa sangka dia boleh berlakon... KOMEDI!  As Hussin, he is a normal kampung guy yang berhijrah ke bandar untuk berjaya.
ceciter, ceciter!!!

Abi Hurairah

susah betul nak cari gambar abi hurairah sorang...dem

Johan Raja Lawak, I always like Johan more than Zizan although kadang-kadang lawak Johan can be rather kurang ajar...hahaha... but seriously, he has the good comedian quality... memang tak salah Mamat Khalid ambik Johan sebagai Abi Hurairah. Abi Hurairah? At first I'm like, what a name!?!!! but gradually feels okay with it.
bekas penari kebudayaan yang lumpuh...lumpuh ke?

hepi bday to me...

tangan tu yang mahal...dari mula movie sampai habis, tak kira apa situasi akan terus 


Syed Mohamad Asri atau Shy8 sebagai Usop. I have to admit yang mamat ini adalah salah satu sebab kenapa movie kak limah ini sangat best... tak tau nak komen apa sangat... but his acting on usop is outstanding.


bukan main seram lagi mekap! tapinya, gile je rupanya...dem!


Delimawati, kalau takde mak cik ni... takdelah movie ni, kan... dah nama pun Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dialog mak cik ini hanyalah "Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas" itu pun monolog okay...


pelakon2 lain...



mamat ni suka cakap "sabo jela..." and yang sorang lagi tu adlah pada awal movie...kononya nampak UFO...

Ummi Nazeera, awek ni walaupun ada teakwando tapi tak digunakan dalam movie in i...hahaha, seorang hantu yang sangat chantet!
Bomoh Indonesia yang kononya hebat sangat tapi sekali kena lempang tu dia.... lagi satu, tengok movie ni lepas Piala Suzuki yang Malaysia menang tu, kan... memang menaganjing gila kat Indon kot!

The second bomoh..."pelawok" mean tipu actually.... so, the whole time panggila hantu tu dia cakap  "Tipi, tipu, tipu " je...hahaha...aksi wrestling ngan kak limah tu yang takleh bla!

pak jabit...

mamat khalid in location...
So, sekarang aku tinggalkan korang dengan petikan berita yang dicopy paste je... the next installment of Kak Limah, maybe something about Ayu... enjoy!!!


Hantu Kak Limah bersambung
KESIHATAN Kak Limah kini sudah pulih seperti sedia kala. Dia tidak lagi mengalami gangguan mental dan mengganggu penduduk kampung.

Kak Limah berniat untuk membawa rombongan penduduk kampung Pisang Ke Singapura.
Dengan menaiki bas, rombongan itu bukan saja dipenuhi dengan penduduk kampung tetapi turut ditumpangi oleh ‘hantu-hantu’.

Itulah antara jalan cerita yang sedang difikirkan oleh Mamat Khalid daripada kesinambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Ia sekali gus tidak menafikan bahawa filem Hantu Kak Limah Rumah memang ada sambungannya. Bagaimanapun, judulnya tidak dikekalkan. Sebaliknya, buat sementara ini Mamat bercadang menggunakan judul Usop, Abi, Jin Pakai Toncet.

Begitu juga dengan senarai pelakon yang bakal membintanginya, lokasi dan tarikh sebenar penggambaran filem ini hendak dimulakan juga masih belum ditentukan lagi.

“Sebelum ini, saya banyak buat filem dengan mempelbagaikan genre. Ia bertujuan untuk mengenali selera penonton dan mengumpul pengalaman sebanyak yang boleh.

“Alhamdulillah, saya baru saja selesai menyudahkan skrip berjudul Usop, Abi, Jin Pakai Toncet. Ceritanya mengambil kesinambungan daripada filem Kak Limah yang dibuat memang untuk hiburan,” katanya sambil menjelaskan sambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dibuat selepas mendapat maklum balas daripada sebahagian besar penonton yang menonton filem itu.

Mamat berkata, selepas mencuba pelbagai genre filem, beliau berasakan sudah mula ‘mengenali hati penonton’.

“Saya menemui rahsia ini menerusi sambutan menggalakkan daripada penonton yang tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah,” katanya.
4 comments

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA