Lonely Soldier Boy

Lonely Soldier Boy
Pulang Di Malam Hari
Datang Dengan Anginnya Yang Dingin
Ku Tetap Kan Teruskan Apa Yang Di Juangkan

Untuk Mencapai Semua Impian
Usah Kau Gentar Dengan Cabaran
Kerna Itulah Takdir Kita

Do You Remember That Old Lullaby
Ingatan Yang Lama Ku Kan Lupa
Telah Ku Tinggalkan
Akan Ku Tuliskan Memori Buatmu

Semua Lelaki
Lonely Soldier Boy
Katakan Pada Dunia
Lonely Soldier Boy
Cahaya Mentari
Kan Datang Kembali

Bila Hati Curiga
Jantung Berdegup Dengan Lajunya
Pejamkan Saja Mata Tenang Buat Seketika

Harus Kau Ingati Bila
Bila Semua Sudah Tiada
Hargai Masa Silam Kita

Bosan-bosan hari tu, aku godek-godek baliklah lappy aku ni… pastu aku jumpa lagu ni. Dah lama tak dengar Hujan. So, aku bukaklah satu lagu. Tak perasan lagi perkataan ‘soldier’ kat situ. Nak dengar jelah,kan… pastu… eh… ehh… ehhh!!!

Macam kena jer, kan dengan novel terbaru Dhiya Zafira, Jauh Kau Pergi (JKP) ni… hahaha!!!
Aku layan jer lah lagu ni sepanjang menulis entry ini. Rasanya kak Dhiya bukannya somekind of a person yang dengar lagu genre camni since beliau suka menggunakan lagu-lagu Inggeris dulu-dulu sebagai inspirasi dalam novel-novel beliau.

Lagu-lagu yang beliau suka guna ada kat dalam player kat blog beliau seperti Lady dendangan Kenny Rogers, Wild World dari Mr. Big dan How Can I Tell Her nyanyian LOBO. Selain itu ada jugalah lagu-lagu lain seperti nyanyian Conway Twitty dan Jonie Lee, Don’t Cry Joni; dan untuk JKP, kita dapat dengar lagu The Color of The Night nyanyian Lauren Christy menjadi kegilaan di page Facebook Dhiya Zafira bila adalah beberapa orang yang bagaikan histeria  mendengarnya (termasuklah saya..hahaha!).

Dan sekarang ini pula, Dhiya Zafira mendedahkan awal-awal lagu yang diguna sebagai ilham kisah cinta terbaharunya, Natural Born Fighter (NBF) (tajuk sementara sehingga disahkan pihak ALAF 21, hahaha…memandai jer aku!), lagu daripada alunan suara merdu diva terkemuka antarabangsa, Celine Dion; Just Walk Away… sesungguhnya lagu tersebut memang sedap didengar. Sangat menyentuh perasaan. Dah dapat dah feeling sengsara untuk Mr. S dan Miss A… Aduh!

Hahaha, apa-apa pun, saya selaku salah seorang daripada ramai-ramai peminat dan penyokong Dhiya Zafira akan tetap kukuh berdiri di belakang beliau supaya beliau dapat menyiapkan manuskrip terbaharu ini supaya cepat-cepat dapat diprint dan dapat dibaca sebab selepas itu, Mr. Jimmy aka Kapten Najmi Hariri aka Cougar sudah tidak sabar lagi untuk beraksi!!!!!

“Alright, team… breach, bang and clear… ready on my go!!! Go, go, go!!!”

P/s - Hahahaha… feeling2 tentera/ komando sekejap! Dang!!! (bunyi kepala kena hempuk. Wait, apa significant lagu Lonely Soldier Boy tu tadi, ek? Aku dah lupa…arrr…)

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS