Akta Cinta

Assalamualaikum semua, 

Saya, Mohamad Fauzan bin Abas a.k.a Jahn Abas dengan ini, dengan bangganya ingin membuat pengumuman yang saya akan menambah satu lagi slot kategori dalam blog ini iaitu kategori 'puisi perasan', hahaha!!!

Apakah slot 'puisi perasan ini'? Ianya adalah puisi-puisi cinta karangan saya sendiri, yang feeling-feeling jiwang berkarat-karat dan meleleh-leleh. Saja-saja jer nak menunjukkan bakat menulis kata-kata puitis perasan, mana tahu ada komposer nak ambil buat lirik lagu, kan... mana tau!!!

So, untuk puisi yang pertama, ianya dinamakan 'Akta Cinta'. Sedikit tentang 'Akta Cinta', puisi ini berkenaan seorang lelaki atau perempuan (tak kisahlah mana-mana, tapi semasa menulis, saya ilhamkan ianya disampaikan oleh seorang lelaki kepada seorang perempuan) yang ingin meminta maaf terhadap counterpart-nya kerana melukakan hati dan perasaan orang tersebut. Dia tahu yang semua orang menyalahkannya kerana bertindak sedemikian tetapi padanya, biarlah hanya kekasihnya itu yang menghakiminya. Dia tidak ingin pendapat orang lain mempengaruhi judgement si kekasih itu. Jadi, walaupun apa yang bakal dia terima dia akan redhai asalkan itu yang keluar daripada kekasihnya... namun dalam hati sebenarnya dia ingin tetap bersama lagi...

Wahhhhh!!!, perasan giler, kan!!! 
Apa-apapun, silalah...


Akta Cinta

Pada mereka aku penjenayah
Dimata mereka aku yang berdosa dan bersalah
Namun hakikatnya, aku manusia biasa
Juga tersilap perhitungan dalam cinta

Biar mereka terburu untuk menghakimiku
Asalkan prima facie itu tak langsung terus meragukanmu
Biarkan terdengar semua hujahan itu dulu
Sebelum aku pertahan diri dari tuduhan menyakitimu

Bukan mahkamah ini yang bisa mengadiliku
Walau salah apapun yang pernah aku laku padamu
Biarlah hatimu menjadi peguam cara
Untuk menentu hukuman apa yang bakal aku terima

Kuterus-terang aku mengaku salah
Salah sendiri menurut kata hati hingga melukakan dirimu
Dan kutahu pasti ada hukumannya
Dalam Akta Cinta yang pernah aku baca pada wajahmu

Kau putuskanlah adakahkau ingin
Memenjaraku dalam kekesalan hati
Atau masih ada harapan awal untuk dibebaskan
Jika aku janji berkelakuan baik

Andai bersamamu lagi...


jangan layukan perasaanmu untukku kerna cintaku tak pernah lekang buatmu...

Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA