novela the curious case of whatever 21


Part 21

Act 101 - Conspire Royale 3 – The Grand Meeting 1


2008. Kediaman Tengku Azhar, Kuala Lumpur...
Tengku Azhar Shariff masih berada di dalam kamarnya, di bilik persalinan yang menempatkan pakaian-pakaiannya. Bilik sederhana besar itu merupakan sebuah bilik khas di mana semua kelengkapan persalinannya ditempatkan. Seumpama sebuah closet yang luas. Di situ, dia ditemani oleh seorang perempuan yang bertindak sebagai pembantu peribadinya. Perempuan yang bernama Lenne, gadis berbangsa cina. Tengku sukakan perempuan itu sebenarnya dan tidak susah untuknya menjadikan Lenne prempuan simpanannya. Lenne juga tidak kisah. Sementelah tahu ada ratusan perempuan yang menginginkan tengku muda itu menjadi teman lelaki, dia boleh mengkategorikan dirinya sebagai cukup bertuah. Biarpun hubungan itu hanya terjalin untuk khidmat kepuasan nafsu tengku itu sahaja, Lenne sedikit pun tidak kisah. Bersama Tengku Azhar, dia menjadi senang. Tubuhnya dibaluti dengan kemewahan. Dress mininya daripada jenama Tommy Hilfiger. Kasut tumit tinggi 6 incinya daripada Jimmy Choo. Rantai berlian yang menghiasi leher jinjangnya bermutu 24 karat. Kalau tidak kerana menjadi pembantu peribadi merangkap mistress tengku itu, manakan dia mampu memiliki semua itu.
“Tengku, mereka sudah tiba. Tengku mahu ke sana sekarang?” tanya Lenne dengan nada professional. Walaupun perempuan simpanan dia tidak suka bersayang-sayang, berbaby-baby dengan majikannya itu. Lagipula, Tengku itu orang kerabat. Sedikit sebanyak dia perlu menghormati keturunan anak raja.
“Biarkan mereka sebentar,” balas tengku itu dengan nada gatal. Ah, ada-ada sahaja Tengku Azhar ini. Lenne tersenyum melihat wajah kemaruk seks tengku itu. Lenne mendekati tengku itu dengan lirikan dan langkah yang menggoda. Rambut panjang separas separuh belakangnya itu beralun seperti model iklan shampoo.
“Apa kata, saya urut tengku seperti selalu, selepas meeting ni, boleh lama sikit.” Tengku Azhar hanya tersenyum penuh makna. Wajah kacaknya terserlah dengan persona badboy yang amat tegar. Lenne cuba berpaling tetapi dengan pantas pergelangan tangannya direntap kecil Tengku Azhar. Dengan cepat satu layangan cium tercuit ke bibir gadis muda dalam usia awal 20-an itu.
“Sure, sayang. You jangan lupa janji you ni nanti.”
“Takkanlah I nak lupa, tengku. I kan, PA you.”
Gurauan mereka tamat di situ dan akan bersambung selepas meeting tergempar itu nanti.
~~
Robert mencangkup kacang Ngan Yin ke dalam mulut. Dia sebenarnya cukup bosan berada di luar ini, kalau diberi pilihan memang dia mahu berada di dalam sana mengikuti perbincangan sulit yang diketuai oleh Tengku Azhar. Entah apalah yang dirancang oleh tengku itu kali ini. Di sebelahnya, Micheal tidak berbuat apa-apa.
“Kau rasa apa yang Tengku Azhar nak bincangkan dengan Datuk Jamaluddin dan Zahim? Apa yang penting sangat tu?” tanya Robert menunjukkan dirinya sedikit berminat dengan informasi di dalam bilik tersebut.
“Entah, Jay kata sesuatu yang gila. Tapi kau tahu sahajalah Tengku Azhar. Dia seorang visionary. Tahulah dia apa yang dia hendak lakukan,” balas Micheal seakan tahu sesuatu. Adakah Jay memberitahu kepadanya tentang apa yang hendak Tengku Azhar bincangkan dengan Datuk Jamaluddin?
Rumah agam Tengku Azhar itu menerima beberapa orang tetamu lagi. Mereka diiringi oleh pengawal-pengawal keselamatan yang diupah Tengku Azhar ke bilik mesyuarat dia mana Robert dan Micheal sedang berkawal. Mereka bukannya bodyguard tengku itu pun tetapi Tengku Azhar tidak mahu mereka campur dalam urusan kali ini. Nampaknya mungkin perkara yang bakal dibincangkan ini sangat sensitif dan berprofil. Micheal tidak kisah namun Robert masih penasaran. Dia melihat sahaja pengawal-pengawal itu mengiringi dua orang lelaki yang tidak dia kenali.
~~
“Tseng, kau pasti ke dengan semua ini?” tanya salah seorang lelaki yang diiringi itu.
“The smell of fear running through my nose, it stinks Ralph,” balas Tseng malas banyak bercakap dengan orang kanannya itu.
Raphael memang pelik sedikit berbanding dengan orang-orang bawahannya yang lain. Dia tidak suka memanggil Tseng dengan gelaran bos, tuan atau taiko. Dia lebih suka dan selesa menggelar ‘kau’ sebagai kata ganti namanya. Tseng tidak berasa hati langsung dengan itu kerana kalau hendak diikutkan umurnya dengan Raphael sama sahaja, malah Raphael tua beberapa bulan daripadanya. Jadi untuk itu, dia membenarkan Raphael memanggilnya dengan cara itu. Bagi Raphael pula, hormatnya kepada ketuanya itu tidak perlu diandaikan dengan cara dia bercakap dengannya. Respeknya kepada Tseng tidak berkurangan hanya dengan perbendaharaan kata nama ibarat orang setaraf. Dia masih tahu di mana dia berdiri dan siapa dirinya. Kalau bukan Tseng yang telah banyak membantu dan menyelamatkan dia dahulu, belum tentu lagi dia boleh bernafas seperti apa yang dia lakukan saban hari.
“Tapi Tseng, kau tahu kan siapa Tengku Azhar? Kau nak bersubahat dengan dia?”
“It’s business, Ralph. Business. If an affiliate has a good proposal, we run through it, see its practicality and invest. By then, money comes in,” balas Tseng.
Seperti yang dijangka. Semuanya sebab duit. Semuanya disebabkan oleh kekayaan yang tidak akan pernah puas dimiliki. Semuanya ibarat sumpahan Raja Midas. Kalau boleh semuanya hendak dijadikan sebagai emas. Namun, itu jugalah sebab dia berada di sini. Tseng mampu memberikan dia kemewahan seperti yang dia kecapi sekarang.
“But, we’re talking about the single most dangerous terrorist in the country. Yes, memang tak ada yang tahu siapa ‘dia’ tu tapi kebenarannya, ‘dia’ memang pengganas. Seteruk-teruk kita, belum sampai lagi ke tahap mampu buat semua ni, Tseng!” tingkahnya cepat apabila mengesan ada dua orang lelaki yang menunggu di hadapan pintu ruang mesyuarat. Robert dan Micheal. Raphael tidak kenal siapa mereka berdua itu. Namun jelingan tajam Robert membuatkan pandangannya dibalas dengan riak serupa. Mahu mencabar keberanian lelaki itu.
“Just watch your tongue, Ralph? Aku tak boleh selamatkan kau daripada Tengku Azhar kalau kau buat dia piss off.”
Entah daripada mana tibanya, Jay datang dan memberi salam selamat kepada Tseng.
“Mr. Tseng, Tengku would be please to see you,” katanya.
Tseng hanya tersengih dengan pinggir bibir terjungkit sedikit.
“The feeling’s mutual, my friend. Well, is the meeting started?”
“Not yet, Tengku is still getting ready. But Datuk J is inside.”
“Datuk J!” ujar Tseng sedikit teruja. Ah, lelaki tua itu juga ada di sini. Nampaknya tidak salahlah kedatangannya ke sini. Jika VIP yang berselindung dengan imej seorang dermawan itu pun mahu mendengar proposal daripada seorang tengku penyangak, apa salahnya dia? Raphael tidak boleh berkata apa-apa lagi.
Tseng mengalih pandangan memandang orang kanannya itu. Raphael hanya berdengus kecil. Dia tidak ada upaya lagi hendak melarang. Lebih-lebih lagi dengan adanya Datuk Jamaluddin yang dikenali dengan nama Datuk J dalam dunia mafia di dalam bilik tersebut, Tseng pasti tidak akan membiarkan dirinya mempengaruhi pertimbangannya lagi.
“Please,” ujar Jay menjemput Tseng dan lelaki ini masuk ke dalam. Di dalam bilik itu, dapat Raphael lihat Datuk J duduk bersebelahan dengan anaknya, Zahim. Dan dibelakangnya berdiri seorang lelaki yang memakai sepasang sut bewarna hitam penuh. Dengan kaca mata dan rambut yang rapi disikat ke belakang. Lelaki yang bernama Tiger itu langsung tidak memandang sesiapa dalam bilik itu. Riak wajahnya nampak angkuh walaupun cumalah sekadar orang suruhan Datuk J.
“Well, well... if it’s not the generous Datuk Jamaluddin. The noble politician and entrepreneur. Good to see you, Datuk,” ujar Tseng tidak ikhlas sementelah dia hanya mahu memerli Datuk J yang baru-baru ini dipalit dengan kontroversi rasuah. Walaupun berjaya dalam kes mahkamah tersebut, Tseng tahu bagaimana Datuk J membeli keadilan. Bagaimana senangnya Datuk itu memenangi lawsuit itu. Semuanya dengan kuasa wang dan gangsterisme.
“You’re too kind, Tseng.” Mudah sahaja balasan Datuk Jamaluddin. Dia tahu lelaki itu sekadar mahu menganjingnya. Macamlah dia tidak kenal siapa Tseng. Walaupun ramai orang tidak pernah tahu siapa sebenarnya Tseng, Datuk J tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Dia tahu reputasi Tseng dan kerap kali berasa terancam dengannya.
“For a kind person like you, that’s the right thing I should say,” balas Tseng menambah-nambah lagi.
Tseng mengambil tempat duduk bertentangan dengan Datuk Jamaluddin. Raphael duduk di sebelahnya dapat melihat wajah orang suruhan Datuk Jamaluddin yang cukup angkuh itu. Naik menyampah dia melihatnya. Dahlah pakai spek hitam dalam bangunan. Ingat cool sangat ke? Macam sial adalah! Kutuknya dalam hati tetapi terkeluar pada wajah. Dasar wannabe...
Dalam pada masih menunggu tengku itu, tetamu-tetamu kehormat itu dihidangkan dengan wain bermutu tinggi yang diimport khas daripada Eropah. Kegemaran tengku. Dan boleh dilihat juga, ia turut menjadi kegemaran Zahim yang sudah hampir mabuk meneguk entah berapa gelas. Datuk Jamaluddin yang ada di sebelahnya menjadi malu dengan kelakuan anak bertuah itu.
Tseng sekadar tersenyum sahaja melihat gelagat kedua-dua beranak itu. Melayu moden. Bukan Melayu tradisional yang berpegang teguh kepada adat dan agama. Bukankah arak itu haram di dalam agama Islam. Apa makna agama kepada kedua-dua manusia yang berada di hadapan itu agaknya? Betullah kata orang, umat Islam akhir zaman ini cumalah beragama atas kertas sahaja. Agama itu adalah warisan temurun, bukannya pegangan hidup. Sejenak dia rasa ironis sekali dengan lakonan Datuk Jamaluddin yang sering kelihatan melakukan amal jariah di rumah-rumah kebajikan. Derma yang ditayangkan di televisyen serta surat-surat khabar itu nyata datangnya daripada sumber kotor yang telah disucikan dengan cara money laundry. Dia kenal sangat dengan bapak gangster itu. Pandai berlakon untuk publisiti dan kenamaan namun hakikatnya, syaitan bertopengkan manusia.
“Dengar cerita Datuk dah close deal dengan pemaju dari Australia tu? Untuk projek bandar pintar dekat Bangsar itu, kan? Wah, lepas ni makin berkembanglah business Datuk. Ada can ni nak dapat Tan Sri sikit masa lagi. Tahniah, Datuk!” puji Tseng semata-mata mahu melihat Datuk J beriak-riak dengannya. Sangkaannya tidak meleset langsung apabila dengan bangganya orang tua itu membalas.
“Well, kalau dah rezeki itu saya punya. Buat macam mana pun tetap akan dapat kepada saya juga, kan?” jawab Datuk Jamaluddin angkuh dan penuh berlagak. Tseng tidak sedikit pun berasa hati kerana memang ini yang hendak dia lihat. Keakuan Datuk J memang sudah dia jangkakan. Dia terasa terhibur sebenarnya melihat perilaku Datuk J itu.
“Betul, saya setuju dengan cakap Datuk itu. Ehem, ehem, lepas ni kalau saya nak buat projek skala besar macam apa yang Datuk buat tu, kira-kiranya bolehlah beri tunjuk ajar, ya?” soalnya memancing jawapan Datuk J.
“Kalau proposal bagus, apa salahnya.” Datuk J membalas dengan berlagak. Kalau ikutkan hati Raphael mahu dia hempuk sahaja kepala orang tua tidak sedar diri itu. Tetapi dia tahu Tseng tidak akan membenarkannya. Sudahnya dia hanya berdiam sahaja. Tetapi kalau diizinkan oleh Tseng memang dia hendak pelangkung sahaja kepala si tua kutuk itu. Dengan anaknya yang alkoholik itu. Penguasaan Datuk J bukanlah sebesar mana kalau hendak dibandingkan dengan Tseng. Tseng yang juga sebenarnya cukup akrab dengan Tengku Azhar mempunyai pelbagai perniagaan di dalam dan luar negara. Tak kiralah daripada segi yang halal atau haram. Yang dibenarkan atau tidak, bersepah di merata dunia ini. Semuanya atas kesetiaannya dengan Tengku.
Lama menunggu membuatkan mereka jadi bosan pula. Kata Jay tadi tengku baru hendak ke bersiap atau sudah bersiap dan hendak ke sini sebenarnya. Ah, memang janji melayu tengku ini. Tidak pandai menepati masa.
Salah, Tengku Azhar akan membalas mengatakan yang dia adalah Tengku Muda kerajaan ********, jadi tidak salah bagi orang kebanyakan untuk menunggunya.
~~
Di luar bilik Tengku Azhar, seorang lelaki berbangsa cina sedang menunggu. Lama. Tetapi dia tidak kisah kerana Tengku Azhar ingin dia pergi ke mesyuarat itu bersamanya sekali. Sebenarnya dia rasa bangga kerana tengku itu memandang tinggi terhadapnya. Ya, semuanya kerana hasil ujikajinya di USA itu. Sesuatu yang boleh mengubah sistem dalam negara ini. Pemerintahan ayahanda Tengku Azhar yang lebih mempercayai adiknya juga boleh dia ubah. Lelaki yang setia menanti di luar pintu bilik Tengku Azhar itu tahu, tengku itu mahu merebut kuasa yang bila-bila masa sahaja akan dimiliki Tengku Arshad. Tengku Azhar lebih rela berputih tulang, asalkan tidak putih mata. Dia tidak rela adiknya itu yang mendapat kuasa sedangkan dia anak sulung tidak merasa apa-apa!
Penantiannya berakhir apabila Tengku Azhar keluar selepas pintu dibuka daripada dalam oleh Lenne. Ada senyum saat melihat ketuanya itu melangkah keluar.
“Tengku,” serunya.
“Ya, Alan. Lama tunggu?” tanya Tengku Azhar tidak langsung menunjukkan rasa bersalah. Salah apa, dia raja, budak ini hanya orang biasa. Manakan dia hendak rasa bersalah membiarkan orang biasa tertunggu-tunggu.
Tidak ada jawapan terus daripada mulut lelaki yang bernama Alan Chan itu. Yang ada cumalah selakar senyum yang masih belum mati. Dia menunduk sedikit tanda hormat, sebelum menjawab.
“Shall we go, tengku?” tanyanya sopan.
Mereka bertiga diiringi oleh beberapa orang pengawal keselamatan yang berpakaian sebiji seperti ejen-ejen Men in Black. Hitam satu badan, kecuali baju kemeja putih. Jay sedia menunggu dekat dengan pintu bilik mesyuarat. Sesampainya mereka di situ, Jay menegur.
“Tengku. Semua dah ada di dalam.” Hanya ada anggukan sedikit daripada tengku itu. Mereka masuk ke dalam, kesemua Tengku, Alan, Jay dan Lenne.

Act 102 - Conspire Royale 4 – The Grand Meeting 2

Tengku Azhar Shariff duduk di tempat duduk paling depan di meja mesyuarat yang besar itu. Walaupun cuma ada dia, Tseng, Raphael, Datuk J, Zahim, Tiger, Alan, Lenne dan Jay, meja yang ada di dalam bilik ini mampu menempatkan hampir 50 orang dalam satu-satu masa.
Tengku Azhar menyapa sekesemua sekutu kegiatan jenayahnya itu. Tengku memandang lama sedikit apabila matanya menangkap wajah tua Datuk Jamaluddin itu. Ada sesuatu yang tidak disukainya dengan lelaki tua itu tetapi entah sebab apalah juga dia memanggil lelaki tua itu datang ke sini untuk menberitahu rancangannya. Apa-apa pun yang berlaku, pasti rancangan yang sedia dirancang itu bukannya sesuatu yang baik kerana semua yang ada di dalam bilik ini memang penyangak.
Mana tidaknya, Datuk Jamaluddin... bapak segala permberi rasuah dalam negara ini, gangster besar yang berselindung dengan imej VIP dermawan. Anaknya, Zahim... lelaki gila seks yang cukup gemar merogol mangsa dan mengambil gambar-gambar mereka dan menjadikan mereka pelacur kemudiannya. Dengan pengaruh Datuk Jamaluddin, dia kini menjadi taikun pelacuran aka sex tourism di Malaysia, cuba bersaing dengan Thailand. Bukan itu sahaja, Zahim atas nama bapanya juga telah mengembangkan ‘servis’ mereka dengan melakukan pemerdagangan orang, kebanyakkannya adalah dengan menculik kanak-kanak terbiar dan gelandangan. Tiger, orang kanan yang menjadi perancang untuk kebanyakan operasi haram Datuk Jamaluddin. Tseng pula, salah seorang kenalan Tengku Azhar sendiri yang sudah lama berada di dalam industri haram itu atas galakan dan sokongan daripada tengku itu sendiri. Raphael, orang kanan Tseng yang menguruskan urusan penyeludupan dadah dan senjata api. Alan Chan pula hanyalah seorang usahawan dalam industri sains farmaseutikal yang termakan budi Tengku Azhar sekaligus membuatkan dirinya terjebak dalam kancah ini. Lenne, cuma gadis biasa yang mahu hidup dengan luar biasa. Tengku Azhar pula, seorang anak raja yang dinafikan haknya kerana dia anak hasil daripada hubungan yang tidak sah. Walaupun dia anak sulung dalam keluarga diraja itu, dia tidak pernah merasakan haknya disamaratakan. Dia sering rasa tersisih. Dia sering dikurang-kurangkan daripada adiknya, Tengku Arshad. Dia benci akan kenyataan itu. Dia benci hidupnya menjadi anak yang ibarat dibuang. Oleh itu, dia merancang. Untuk memusnahkan ayahandanya dan adindanya. Dia mahu membolot segala-galanya.
“Let’s get down to business, shall we gentlemen?” tanya Tengku Azhar cuba meringankan suasana.
Semua menyambut baik cadangan Tengku Azhar itu.  Lenne menekan satu punat pada alat kawalan jauh, serta-merta satu tirai putih untuk slide presentation dibentangkan turun daripada satu bahagian dinding bilik mesyuarat. Tengku Azhar mengarahkan Alan Chan meneruskan dengan pembentangannya.
“Selamat petang, tuan-tuan semua.” Ucap lelaki cina itu langsung tidak ada pelat pada kata-katanya. Kedengaran seperti seorang melayu jati apabila berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan itu. Semua hanya menunduk sedikit dan memberikan perhatian penuh, yang tidak pun mungkin Zahim sahaja, kerana dia sudah hampir separuh mabuk meminum wain itu tadi. Banyak pula diteguknya, manakan tidak mabuk.
“Kami telah berjaya dalam mereka sejenis lagi dadah sintetik baru untuk pasaran domestik. Hasil ujikaji kami di US telah membawa kami kepada terhasilnya sejenis dadah dari jenis ‘Euphoric’. Target market adalah kepada kelas atas dan pertengahan.”
“Euphoric tu bukan ke stimulant type yang lebih kurang macam ecstacy atau cocaine?” tanya Zahim separuh jalan mendengar penerangan Alan. Dia rasa dia tahu dadah jenis apa yang diterangkan oleh lelaki ini. Tidak ada apa yang barunya tentang Euphoric ini padanya. Sama sahaja macam Viagra yang sudah lapuk itu.
“Yes, correct.”
“So, this one attracts for sexual pleasure only. I’m out of here. I’m not interested!” balas Zahim laju. Mungkin kerana pengaruh alkohol dalam darahnya membuatkan otaknya jadi mereng. Mungkin juga disebabkan dia seorang kaki seks, dia tahu apa yang dikatakan oleh Alan itu lebih kurang sama sahaja dengan dadah yang pernah dia cuba. Kesannya sama sahaja. Tidak lama. Malah, buat apa hendak jual benda yang sama, sudah ada di pasaran? Memang membuang masanya sahaja.
“Maaf, Tengku. Aku pun rasa benda ini bukannya satu yang bagus. Kalau budget yang Tengku gusarkan, you can always call for a loan from me. I’d gladly consider for a friendly funding, I guess I had to take my leave now.” Komen Datuk Jamaluddin berkias menyatakan dirinya tidak berminat.
“Well, aku tak boleh nak paksalah kalau kau tak berminat, kan, Datuk?” balas Tengku Azhar.
“Maaf, tengku. But nice having you for business so far,” balas Datuk J.
Mereka diam sahaja sehingga kelibat Datuk Jamaluddin hilang daripada pandangan. Biarlah, Tengku Azhar memang tidak mengharap sangat dengan Datuk tua itu. Tanpa si tua kerepot itu pun, dia mampu melunaskan dendamnya.
“Shall we take a break for 5 minutes?” cadang Tengku Azhar.
Raphael hanya memandang dengan teliti perlakuan Tengku Azhar. Saat melihat Datuk Jamaluddin dan Zahim keluar, Raphael mengesan tidak ada rasa kecewa langsung pada raut tengku itu. Rasanya memang dia mahu orang tua dan budak terencat itu keluar daripada meeting itu. Lagipun, dia kenal dengan Tengku Azhar ini, Tseng lagilah kenal. Mengikut apa yang dia dan Tseng tahu, Tengku Azhar ada banyak idea yang bernas. Jadi masakan dia akan keluarkan idea lapuk yang bukan dirinya sendiri merekainya. Apatah lagi apabila melihatkan ada senyum sinis pada wajah tengku mendengar kata-kata angkuh Datuk Jamaluddin tadi. Rasanya, tengku itu memang ada sesuatu yang dia belum beritahu.
Mereka menghabiskan masa lima minit itu dengan meminum kopi yang dibuat khas oleh barista di kediaman Tengku Azhar ini. Tseng memandang Tengku Azhar malas menunggu lama. Lalu dia bertanya.

Act 103 - Conspire Royale 5 – The Loyal Ally

“Kenapa tengku ajak Datuk Jamaluddin sekali dalam rancangan ini?” tanya Tseng tidak menyorok-nyorok. Dia tahu betapa liciknya lelaki yang berdarjah Datuk itu. Dalam banyak-banyak orang di dalam Malaysia ini, memang dia paling tidak percaya dengan Datuk Jamaluddin itu. Bukannya dia tidak kenal siapa si tua kutuk itu dan dia juga yakin Tengku Azhar juga kenal bagaimana sifatnya Datuk Jamaluddin. Bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai adalah kualiti paling besar dalam diri seorang Datuk Jamaluddin.
“Relaks, Tseng. Aku tahu apa yang aku buat. Kau pula bagaimana, nak ikut jejak Jamaluddin itu?” tanya Tengku Azhar dengan nada yang yakin. Walaupun Datuk Jamaluddin tidak mahu meneruskan rancangan ini, tidak bermakna sekutunya yang seorang ini juga sama, Tengku Azhar cukup yakin bahawa Tseng tahu mengenang budi.
“Macam mana Tengku boleh tanya soalan macam itu? Sudah semestinya saya akan sepakat dengan tengku. How many years have we known each other? Takkanlah selama ini tengku belum yakin dengan kesetiaan saya, lebih-lebih lagi dengan rancangan yang bawa untung macam ini,” balas Tseng menerangkan yang dia tidak pernah  meragui diri tengku itu apatah lagi kalau soal yang bersangkut paut dengan duit. Selama ini, Tseng memang yakin dengan cara tengku itu. Walaupun desas-desus tersebar menyatakan tengku itu ada hubungan dengan pengganas, namun setelah lebih 5 tahun spekulasi itu merebak, tengku masih berada di sini. Tidak ada yang mengambil tindakan terhadapnya. Tidak ada bukti yang menunjukkan keadaan berlaku seperti kontroversi itu. Jadi, dia masih akan setia dengan Tengku Azhar kerana yakin, sekutu yang bagus sukar dicari dan diganti.
“Kalau macam itu, aku ada hal lain yang nak aku bincangkan dengan kau, Tseng.” Kata-kata tengku itu membuatkan Tseng mengangkat sedikit keningnya. Rupanya bukan itu sahaja rancangan Tengku Azhar.
Tengku Azhar kalih pandang kepada Alan Chan. Segera lelaki itu tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia bangun dan mula menerangkan bagaimana dadah sintetik yang dia reka itu akan berkesan.
“Sebenarnya dadah sintetik yang saya terangkan tadi bukannya atas tujuan mass production. Lagipun, kita tak mahu ambil risiko untuk produksi dalam negara sebab mata-mata polis dah berleluasa. Hendak senyapkan polis pun makin susah sekarang. Keadaan dulu dan sekarang dah tak sama. Dah banyak polis yang lebih setia sekarang. Pun begitu, orang-orang Tengku Azhar masih banyak dan masih boleh di harapkan dalam polis. Mereka boleh assist kita dengan penyeludupan sebab pengeluaran dadah itu semua akan kita serahkan kepada pengendali di Thailand.”
“Kita ada orang di Thailand, jadi tak ada masalah untuk itu. Apa yang kau cakap ni tak bawa kita ke mana-mana, Alan. Semua itu aku tahu,” balas Raphael setelah lama berdiam diri. Tseng juga berasakan perkara yang sama tetapi dia masih berdiam kerana dia yakin ada lagi yang hendak dikatakan oleh Alan.
“Tengku?” seru Alan mahu memastikan sama ada benar-benarkah mahu berkongsi dengan mereka berdua ini atau tidak.
“Ya, Alan... teruskan,” balas Tengku Azhar ringkas memberi keizinan. Lelaki itu mengangguk sebelum membuka satu fail di dalam thumbdrivenya.
Fail dengan nama ‘Superhuman Effect’ menarik minat Tseng. Dan Raphael? Dan apa yang mereka fikirkan mungkin meleret tetapi adakah Tengku Azhar hendak mencipta Captain America?
“Seperti yang anda semua boleh lihat, hasil ujikaji dan selidikan saya dengan beberapa orang saintis daripada Amerika telah menghasilkan dadah ini, atau enhancer untuk meningkat keupayaan manusia biasa kepada tahap optimum, kalau bukan maksimum...”
Tseng masih menunggu penerangan lanjut daripada Alan. Lelaki itu bagaimana membiarkan Tseng berteka-teki sebelum dia menyambung hujahnya. “...and they’re completely obedient. Salah satu bahan aktif dalam dadah ini adalah mephedrone, much similar to cocaine.”
“Are we building an army here, Tengku?” tanya Tseng terus-terang.
“You can say that as well, we do have our own army, aren’t we?” balas Tengku Azhar jujur. Kalau hendak mencipta segerombolan pejuang, bukannya sesuatu yang pelik. Tengku Azhar memang sudah ada askar gerilanya sendiri. Cuma mereka akan dimodofikasikan menjadi seakan tentera bionik.
“Well, I must say that this is indeed a nice plan. You wanted to wage a war against your own kingdom or, the whole country?”
“Now you’re talking, Tseng!” kata Tengku Azhar lebih bersemangat. Melihatkan Tengku Azhar yang tiba-tiba menjadi bersemangat, Tseng mengangkat keningnya sendiri secara refleks. Betul telahannya. Tengku memang merancang sebegitu.
“Why settle for Tuna, if you can have Shark’s fin.” Ujar tengku itu secara analogi, tahu yang kegemaran Tseng adalah sup sirip yu yang semakin hari semakin sukar didapati. Namun apa yang hendak tengku itu katakan adalah, kenapa kisah hendak memusnahkan hanya sebuah kerajaan, jika mereka boleh menakluk seluruh negara.
“You are without a doubt a visionary, Tengku!” puji Tseng.
Kedengaran ketawa yang berhilai panjang selepas itu. Kedua-dua Tengku Azhar dan Tseng memang sudah bersepakat untuk meneruskan program gila ini. Dan yang lebih teruk lagi, apa yang ingin ditanya oleh Raphael sebentar lagi.
“Wait, what’s with the other file there?” tanya Raphael apabila meneliti nama fail yang satu lagi itu. Yang belum dibuka oleh Alan.
Alan memandang Tengku Azhar. Tengku Azhar mengangguk sekali lagi. Anggukan itu bermaksud Alan boleh memberitahu apa yang ada di dalam fail tersebut. Sesuatu yang lebih menakutkan lagi.
“This... is Zombie Effect.”

Act 104 - Conspire Royale 6 – The Sly Ally

Di dalam limosin miliknya, Datuk Jamaluddin tersenyum sinis. Perlakuannya itu diperhati oleh anaknya yang seorang itu. Puas dia tilik sama ada apa yang dilihatnya itu betul atau tidak. Maklum sahajalah, otaknya masih lagi belum sober daripada pengaruh alkohol mahal milik Tengku Azhar. Apabila yakin ayahnya benar-benar meleret senyum jahat barulah dia berani bertanya.
“Ayah ni kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk!” kutuknya berani hanya kerana dia mabuk, kalau tidak menikus dia takutkan bapanya itu.
Datuk Jamaluddin hanya mendiamkan diri, malas menjawab soalan anak tak guna itu. Lagipun, Zahim tidak tahu apa-apa yang dia rancang. Budak itu, bukannya ada otak yang boleh diharap pun kalau dia berkongsi komplot dengannya.
“Tiger, macam mana?”
“Saya dah letakkan alat itu dekat bawah meja. Orang-orang Graymoore akan uruskan hal seterusnya,” jawab Tiger jelas.
Zahim mendengarnya tidak memahami apa yang dikatakan oleh bapanya dan orang suruhannya itu. Dia memicit-micit matanya yang terasa mengantuk. Pipinya dia tampar perlahan untuk menyegarkan diri. Dengan serius dia memandang bapanya semula.
“Apa yang ayah cakapkan ni? Apa yang kau letak dekat bawah meja tu tadi, Tiger? Siapa orang-orang Graymoore?” tanya Zahim banyak.
“Kalau aku beritahu kau pun, apa yang kau boleh buat?”
“Ayah! Sekurang-kurangnya beritahulah saya apa yang ayah dah rancang?”
“Kau fikir Tengku Azhar itu cuma nak buat ubat kuat sahaja ke, hah? Kau bodoh ke?” tanya Datuk Jamaluddin hanya mahu menunjukkan anaknya itu memang tidak pandai berfikir.
“Lah, ingat Zahim tak tahu ke apa Euphoric tu?”
“Itulah kau, sebabkan benda itu aje yang kau tahu, itu ajelah yang kau boleh fikir!” kutuk Datuk Jamaluddin. Anaknya itu hanya tahu merogol perempuan sahaja. Tak ada benda lain yang dia tahu. Sebab itulah lembab!
“Okay, okay... habis tu apa yang tengku tu nak buat sebenarnya?”
“Itu kau akan tahu tak lama lagi,” balas Datuk Jamaluddin.
“Graymoore?”
“Pekerja baru ayah.”
Datuk Jamaluddin hanya tersenyum. Dia berbisik sendiri dalam hati. Dia tahu yang Tengku itu bukannya hendak berkongsi apa-apa dengannya, dia tahu kalau dia tidak keluar daripada bilik mesyuarat itu, dia tidak akan dapat tahu apa yang hendak diberitahu tengku bangsat itu. Dia juga tahu, tengku itu cuma memancing sahaja supaya dia datang untuk membuatkan dia tidak mengesyaki apa yang dirancang. Tengku Azhar hanya memberitahu pelan bodoh supaya mereka keluar daripada mesyuarat itu. Dan selepas itu barulah dia akan membincangkan perkara sebenar.
Tengku, tengku... kau ingat aku tak akan duga gerak-geri kau? Kau tahu yang Tseng cukup benci dengan aku, kau masih nak aku bekerjasama dengan dia? Mustahillah, kan!

Act 105 - Conspire Royale 7 – Adli Azeem

Imbas kembali
Akhir 2007. Upacara Penganugerahan Beret Hijau
Auni Sofina memandang abangnya itu dengan perasaan yang amat bangga. Siapa sangka budak lelaki yang sering ponteng sekolah dengannya itu boleh berdiri megah di situ pada hari penganugerahannya. Jeffri secara rasminya menjadi rekrut baru komando. Dia bangga, cukup bangga. Selepas ini, semua orang yang pernah melemparkan hinaan ibarat meludah ke tanah apabila bercakap mengenai Jeffri pasti akan terasa segan yang teramat. Ibarat terpaksa menjilat semula ludah mereka itu. Paling-paling Cikgu Rahim, si Babuk itu!
Mak, ayah... Jeff dah jadi orang yang berguna. Dia dah berubah. Dia dah berjaya... dia betul-betul dah berjaya.
~~
2007. MINDEF HQ...
Leftenan Kolonel Rozman melihat sahaja kedua-dua Jimmy dan Saif keluar daripada bilik itu. Jiwanya berasakan suatu perasaan yang berat. Seakan menanggung suatu rasa gusar yang agam. Namun, perasaan kurang enak itu segera dia tepis ke tepi dengan tegas. Apapun yang berlaku, Jimmy dan Saif seharusnya tahu, negara tanah tumpah darah mereka ini cukup mulia untuk mereka mati memperjuangkannya. Tidak ada yang kalahnya dengan mengorbankan diri demi negara tercinta. Sejenak, itu yang difikirkan oleh Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia itu. Dalam dia meladeni perkara itu, seorang pegawai yang berpangkat lebih atas daripadanya memasuki ruang pejabat itu.
Leftenan Kolonel Rozman memberi tabik hormat kepada lelaki itu. Brigedier Jeneral Abu Zaki Ismail.
“Tuan!” katanya.
“Duduk, Leftenan Kolonel,” arah lelaki yang memiliki satu insignia berbentuk bintang di tengah-tengah dua lagi insignia berlainan bentuk pada bahunya itu. Brigedier Jeneral berpangkat dua takah lagi berbanding Leftenan Kolonel. Bermakna selepas Leftenan Kolonel, akan ada pangkat Kolonel dahulu sebelum pangkat yang dipegang Pegawai Kanan Abu Zaki Ismail itu.
“Saya selesa berdiri, tuan!” jawab Leftenan Kolonel Rozman.
Brigedier Jeneral Abu Zaki Ismail sekadar mengangguk sahaja. Dia menarik kerusi dekat meja yang ada disitu. Sebuah fail yang ada berdekatan dengannya dia buka.
Tanpa berlengah, dia bertanya kepada Leftenan Kolonel Rozman. “Bagaimana dengan reaksi mereka?”
“Tuan, mereka menerima baik arahan tersebut. Kalau semuanya tidak ada apa-apa. Minggu depan mereka akan mulakan ops.” Jawab Leftenan Kolonel tegas dan yakin.
“Bagus. Awak tahu yang rancangan ini melibatkan kesemua komando terbaik kita, bukan. Kapten Haiyan Rifqi, Kapten Eddie Sufian, Kapten Adam Luqman dan Kapten Helmi juga akan menyertai operasi ini bila masanya tiba.”
“Saya maklum, tuan.”
“Saya ada sesuatu yang hendak saya beritahu lagi, Leftenan Kolonel,” tingkah Brigedier Jeneral Abu Zaki Ismail.
“Ya, tuan?”
Brigadier Jeneral Abu Zaki Ismail mengeluarkan satu lagi gambar yang ada di dalam poket bajunya. Gambar seorang lelaki botak yang kelihatannya seorang tentera juga.
Leftenan Kolonel Rozman meneliti gambar itu. Dia seakan kenal sahaja siapa lelaki yang ada dalam gambar itu. Dia pelatih terbaik tahun 2007. Sekarang dia bes di kem Mersing.
“Leftenan Adli Azeem bin Rashid.”
“Tuan, dia akan diletakkan sebagai?”
“Sama dengan Kapten Saif, kita perlukan lebih banyak maklumat mengenai Tseng.”

Imbas kembali tamat

Awal 2008. Cempaka Homestay, Langkawi...
Jeffri memandang langit malam yang gelap tidak berbintang. Nampak macam hendak hujan sahaja gayanya. Namun untuk masuk ke dalam rumah dia masih berasa malas. Dia suka berada di sini. Duduk di atas pangkin ini dan merenung benda yang jauh. Oleh kerana tidak ada bintang di udara dia sekarang melihat sahaja kepulan awan yang gelap itu. Dalam sedar dia buat tidak tahu sahaja adiknya yang hanya seorang itu meniti perlahan hendak membuatkannya terkejut. Lantas dia terfikir satu idea untuk mengenakan Auni. 
Langkah kaki Auni yang tidak berbunyi itu dia kesan semakin dekat. Semakin sampai ke belakangnya. Dengan perlahan Auni mengangkat tangannya mahu menepuk bahu abangnya yang tidak pernah sekali dia panggil abang itu.
“Haa!!” kasar sahaja bunyi sergahan Jeffri. Sebaik sahaja Auni mahu menyergahnya, dia terlebih dahulu memalingkan tubuh dan menyergah gadis muda itu sehingga jatuh terlentang Auni dibuatnya.
Jeffri ketawa berdekah-dekah melihat Auni yang sudah tertonggeng itu. Hendak kenakan orang tapi dia yang terkena. Padan muka. Itulah, main-main dengan aku lagi! Kutuk manjanya dalam hati.
“Ah, jahatlah kau ni, Jeff! Sakit tau!” sungut Auni mengibas-ngibaskan rambutnya yang dipenuhi debu tanah dan pasir. Kalau ada tahi kucing memang nasiblah kau Auni! Wajah Auni tegang dengan perasaan marah yang bukanlah betul-betul serius.
“Aku jahat? Kau tu nak main sergah-sergah tu apa benda pulak?” tanya Jeff nyata tidak hilang lagi tawa dalam perbendaharaan katanya.
Auni sekadar diam merajuk dengan tubuh yang sudah dipeluk diri sendiri. Jeffri hanya memandang adiknya itu penuh kasih. Auni, kaulah satu-satunya saudara yang aku ada. Sampai bila nak marahkan aku? Aku dah tak ada sesiapa selain kau. Sekejap, desahnya dalam hati.
“Marahkan abang?” tanya Jeffri sambil tangan menyentuh ubun-ubun adiknya. Entah kenapa selepas seminggu dia pulang daripada kem sebelum dia perlu melapor diri di Mersing, dia kerap membahasakan dirinya abang, walaupun tidak sekali dilayan oleh Auni. 
Auni terdiam mendengar suara Jeffri yang belum pernah dia dengari sebelum ini. Jeffri tidak pernah bertanya dengan suara yang penuh kasih-sayang. Ya, memang Jeffri sangat menyayanginya tetapi gaya lelaki itu kasar. Dan menunjukkan bahawa dia sayang, tidak pernah dengan cara ini. Bukan dengan cara menyentuh ubun-ubunnya dan dan membelai pipinya.
“Kau dah buang tabiat ke, Jeff? Kenapa nak berabang-abang dengan aku ni?”
“Auni... kenapa kau tak panggil aku abang? Aku ni lebih tua daripada kau, tahu?” kata Jeff masih belum menginjak posisinya. Masih berada begitu. Tangan kiri memegang ubun-ubun Auni. Tangan kanan bermain dengan pipi adiknya itu. Senyumnya masih ada di situ, memandang wajah kesayangannya.
Auni yang melihat abangnya itu naik segan. Macam diperlakukan oleh boyfriend sahaja gayanya. Malu, tak suka, segan... geli!
“Gelilah, Jeff! Kau ni, buang tebiat ke? Dah nak mati sangatlah tu!” tepis Auni kasar tetapi manja. Bibirnya tidak larat untuk menyorokkan seukir senyum yang bermakna. Malu ditilik abang sendiri, Auni mengalihkan wajah dan berpaling sebelum menjauhi Jeffri. Langkahnya makin jauh daripada abangnya yang masih kekal di situ. Masih bersisa senyumnya. Masih gembira hatinya.
“Auni, aku mungkin susah nak balik lagi selepas ini, aku ada kerja penting. Kau doakan aku selamat, ya.”
Serta-merta Auni menoleh mencari wajah Jeffri. Doakan dia selamat? Apa maknanya itu? Bahayakah kerjanya? Kalau bahaya, sebahaya mana sampaikan hendak dia yang mendoakan keselamatannya?
“Kerja apa kau nak buat, Jeff?” tanya Auni serius.
“Kerja yang seorang komando buatlah,” balas Jeffri tidak berdalih. Tetapi tidak juga memberitahu hal sebenar. Dia tahu confidentiality. Dia tahu maklumat sulit tidak boleh didedahkan sesuka hati. Dia tahu rahsia apa yang tidak boleh dikongsi.
“Promise me, promise me you’ll come back safe,” ringkas sahaja jawapan Auni berbaur arahan sebelum dia masuk ke dalam rumah. Malam semakin menginjak ke tengah. Sehinggakan langit tak berbintang tadi sudah bertaburan cerahnya dengan kelipan sang kejora.
Jeffri memandang belakang tubuh Auni sebelum dinding rumah mengehadkan penglihatannya. Dalam hati dia berasa sayu tentang satu perkara.
“Auni, sebelum aku mati... aku nak sangat dengar kau panggil aku abang.”

Tamat bahagian 21.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS