novela the curious case of whatever 24
Part 24
Act 116 – The Clash of the Heroes 11 – A Sudden Strength
“ARGHHHHHHHHH!!!”
kuat sekali jeritannya menggegar suasana. Bingit rasanya telinga Blade dan
Rock. Tangan Rock yang memegang Pisau itu ditangkap oleh Cougar. Terhenti
tikaman itu buat seketika.
Dengan
kuasa yang cukup gagah itu, Cougar meronta memusingkan diri. Seakan seekor
binatang buas yang cuba melepaskan diri daripada belitan ular sawa anaconda.
Begitulah keadaannya Cougar cuba melepaskan diri daripada pautan ‘Deadlock’ Rock dan Blade.
Blade yang
berada di bahagian bawah dekat dengan kakinya menjadi mangsa yang pertama,
pautannya terlepas tidak mampu bertanding dengan keampuhan tenaga jantan
luarbiasa Cougar. Dalam usaha Cougar melepaskan dirinya, bahagian depan kasut
boot yang dipakainya tepat mengenai pipi Blade. Aduh! Sakitnya! Gerutunya dalam
hati cuma. Terkena sepakan itu membuatkan Blade turut sama terpelanting ke
belakang berguling-guling. Nafasnya cuba diatur semula.
Sekarang
giliran Rock pula. Berjayanya Cougar melepaskan diri daripada pegangan kuat
Blade membuatkan Rock turut sama goyah dengan pertahanannya untuk mengekalkan
kunci ‘Deadlock’ kepada Cougar.
Apatah lagi tangannya sudah direntap lelaki itu. Pisau Rambo ditangan terjatuh
ke tepi. Namun itu belum cukup selamat lagi. Bila-bila masa sahaja Rock boleh
mendapatkannya semula dan membenamkan ia ke dada Cougar kalau dia kekal dalam
posisi ini. Sekali lagi dia meronta-ronta mahu melepaskan diri daripada
cengkaman Rock. Usahanya berhasil apabila lelaki yang walaupun berbadan sasa
mengalahkan Randy Orton itu melepaskan jerutan lengannya disekeliling lehernya.
Barulah Cougar boleh bernafas dengan senang sekarang. Dengan pantas dia menolak
tubuh besar Rock, sebelum tapak kasutnya tepat menghentak muka hensem lelaki
itu.
“Argh!”
keras sahaja ucapan sakit itu keluar daripada mulut Rock. Berguling-guling Rock
tertujah ke belakang. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Rock rasa
bengkek yang teramat sangat. Ah, dia tidak kisah lagi! Misi ini untuk bunuh
Tengku Azhar atau sesiapa sekalipun, biar Cougar pun mati sama! Pistol
dikeluarkan setelah beberapa lama tersemat di belakang seluar. Bidikan
dilaraskan supaya tepat mengenai dahi Cougar namun apa yang diharapkannya tidak
berlaku. Cougar lebih pantas menyepak pistol itu ke tepi. Sekarang, kedua-dua
senjata Rock jauh daripada capaiannya. Dia teringatkan Mindanao, serupa. Memang
serupa. Adakah kali ini nasibnya masih sama atau dia akan mati?
Cougar
mencapai pistol yang terdampar dekat dengan capaiannya. Ada yang harus mati
malam ini! Dan orang itu adalah Rock! Picu ditarik dan peluru pun terlepas
daripada muncung senjata. Rock memejam mata sahaja kala ini. Hanya itu sahaja
kemampuan yang ada pada dirinya. Menyesal sudah tiada guna namun dalam masa split second itulah juga bayangan Surihana
menjengah dengan kata-kata yang boleh memberikan dia semangat untuk terus
berjuang.
“Kau janji
tak akan buat aku menangis lagi? Boleh kau janji?”
Dia belum menjawab lagi soalan gadis comel itu. Hafriz ada jawapan untuk soalan Surihana itu dan dia perlu hidup untuk memberitahu Suri akan kata duanya. Dia harus mengelak peluru itu. Dengan sepantas kilat dia mengelak tetapi tidak cukup, ruang yang terlalu sempit membuatkan dia tetap parah terkena natijah tembakan itu.
“Arghhhhhhhhh!!!”
Rock
mengerang kesakitan yang bukan sedikit. Walaupun dia selamat daripada tembakan
tepat ke dadanya namun bahunya tetap menjadi mangsa. Bekas luka tembakan itu
dia kepal kuat, tidak mahu darah berterusan keluar. Air matanya menitik menahan
sakit. Rock memang sebegini walaupun berbadan bagak tetapi kalau sakit memang
akan menangis. Pernah sekali dia demam, menangisnya, Ya Rabbi! Macam budak
kecil tetapi keadaannya sekarang lainlah, sudah berlubang bahunya memanglah
sakit. Tak salah dia menangis.
Blade tidak
melihat sahaja. Hatinya jadi nanar melihat kesakitan dan mendengar penderitaan
‘adiknya’ itu.
“NO!!!” jeritnya tidak menahan perasaan
lagi. Matanya menjadi ganas serta-merta.
Cougar
menoleh pandang kepada lelaki yang satu lagi ini. Blade mengeluarkan satu set
pisau buatkan khas yang tersemat di dalam jaketnya. Ada kira-kira sepuluh bilah
semuanya dengan saiz yang tidaklah besar mana, dan tidak juga kecil sangat.
Adalah sepanjang 5 inci bilah-bilah pipih dan tajam itu.
Ibarat
orang gila, Blade menghayunkan tangan membalingkan pisau-pisau kecil itu.
Cougar akhirnya faham kenapa dia terasa gentar sebentar melihat lelaki ini
memegang pisau tadi. Rupanya dialah Pembunuh Panah Pisau yang disebut-sebut
itu. Dan akibat daripada serangan Blade, Cougar juga terkena tempias walaupun sedaya
upaya dia mengelak pisau-pisau itu daripada menikam tubuhnya. Namun, beberapa
bilah sudah sedia tercacak pada lengan dan pahanya.
Melihatkan
keadaan Cougar yang sudah mula goyah, Blade tidak menunggu lama untuk menyerang lagi. Kali ini, dia menumbuk muka
lelaki itu walaupun tumbukannya ditepis. Satu penumbuk bagaimanapun terlepas ke
perut kempis lelaki singa gunung itu. Dia tersungkur jatuh ke belakang. Ikutkan
hati yang marah memang Blade mahu menamatkan riwayat singa gunung ini malam ini
juga tetapi dia mendengar suara riuh rendah beberapa orang yang sudah dalam
perjalanan ke sini. Dengan keadaan Rock pula yang parah menahan sakit. Dia rasa
berada di sini lebih lama hanya akan memburukkan keadaan.
“Blade, take Rock out of there! Now! There’s about 10 people
coming your way. GET OUT NOW!” kata Elena tidak mahu Blade
membuang masa lagi.
Dalam
keadaan ini, Blade terpaksa membatalkan misi ini seperti ini sahaja. Dia tidak
mahu membahayakan nyawa sesiapa, tidak dirinya dan tidak mungkin Rock. Tidak
sama sekali!
Blade
pantas merangkul tubuh besar dan sasa Rock. Walaupun dia lebih kecil saiznya
berbanding Rock namun dia cukup gagah sekali mengangkat tubuh Rock untuk
bangun. Rock dipapah keluar daripada gudang ini.
Di luar
beberapa puluh meter ke dalam hutan, Elena sudah sedia menunggu dalam gelap.
Nasib baik jugalah tidak ada orang-orang Tengku Azhar yang berada di sini.
Semuanya mungkin sibuk dengan urusan masing-masing. Elena melihat kelibat Blade
yang masih memapah Rock yang makin hilang kesedarannya.
Dengan
laju, Elena turun daripada kenderaan itu dan meluru mendapatkan Blade. Ada
beberapa orang lelaki yang mengejar. Ah, sudah! Elena mengeluarkan pistol yang
tersemat dalam sarung di sisi pahanya. Tanpa menunggu, dia membidik tepat ke
arah sasaran. 6 peluru digunakan cukup untuk membunuh 6 orang yang mengejar
mereka itu. Rupanya, Elena Park bukannya sekadar seorang hacker, dia juga seorang sharp-shooter!
“Get in! I’ll drive!” kata Elena
tegas.
Sepanjang
perjalanan keluar sehingga mereka bertemu dengan jalan besar, Blade tidak
henti-henti merayu Rock supaya jangan menutup matanya. Jangan tidur, jangan
tutup mata! Itulah yang diulang-ulangkannya. Dia risau. Walaupun sepatutnya
Rock berehat selepas dia melakukan minor
surgery untuk mengeluarkan peluru dalam bahu Rock dan dia telah memberikan
ubat kepada lelaki itu, dia masih belum hilang rasa risau. Dia takut apa yang
dia risau-risaukan sangat itu berlaku.
Dia
teringatkan Mindanao lagi, apa yang terjadi hari itu samalah dengan apa yang
terjadi malam ini. Bezanya hanya kali ini, Elena ada bersama mereka. Jadi dia
tidaklah terlalu terbeban dengan segala-galanya.
“Rock...
aku minta maaf, maafkan aku! Jangan tutup mata kau, stay with me!” ujarnya penuh rasa bimbang. Ada air mata seorang
abang yang ikhlas merembes keluar. Takjub Rock melihat Blade menangis.
“Blade, Blade... it’s okay. I’m okay, I’m here... don’t worry,
okay!” balas Rock lemah tetapi mahu menenangkan Blade.
Ahh, dia memang mengantuk sangat sekarang. Tetapi apabila Blade tidak
membenarkannya menutupkan mata dia rasa dia kena dengar arahan abangnya itu.
Tak apalah, dia berkata dalam hati. Ngilu di bahu masih dia rasa tetapi
tidaklah seteruk mana.
Dalam hati
Rock mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan peluang buatnya terus
bernafas atas dunia ini. Dia terfikir sendiri. Ini adalah kali kedua buatnya,
kenapa dia masih enggan mahu bertaubat? Sampai bila dia hendak terus-menerus
hidup dengan gaya ini. Sepanjang perjalanan pulang dia tidak dapat melupakan
fikiran itu. Tetapi dia teringatkan sesuatu selepas itu.
“Wait, where’s Nina?” tanya Rock
tiba-tiba.
Act 117 – The Clash of the Heroes 12 – The Clash Ends
Nina
selamat sampai ke tempat di mana sebuah pasukan sedang menunggunya. Dengan
wajah yang mencuka masamnya, dia menaiki 4x4 daripada jenis Toyota Hilux itu.
Di sebelahnya seorang lelaki sedang duduk tenang membaca majalah hiburan. Ada
masa lagi baca majalah sedangkan aku macam nak mampus dekat dalam itu tadi. Ya,
sepanjang masa Nina hendak keluar daripada situ tadi adalah lebih kurang dua
belas orang yang telah dia bunuh. Nasib baik dia sudah mengaturkan supaya
Cougar yang akan bertembung dengan Rock dan Blade. Kalau tidak memang nahaslah
dia. Ah, tak kisahlah, sekarang dia sudah selamat. Melihat lelaki ini yang
datang dia rasa pelik pula.
“Why are you here? Where’s Edwin?” tanya Nina
ringkas.
Lelaki itu
masih membelek-belek majalah hiburan terbitan sebulan sekali itu. Ada gambar
perempuan seksi rupanya. Dan... Fasha Deanda di kolam renang, patutlah!
“Edwin got some meeting with Tiger and the boss,”
kata lelaki yang bernama Odin itu. Mendengar kata Odin, ‘the boss’ di sini sudah semestinya Datuk Jamaluddin.
“Shall we go, then?” tanya Odin
lagi.
Tidak ada
jawapan daripada mulut Nina melainkan sedikit anggukan. Dia benar-benar
kepinginkan mandian bath tab dengan
wangian aromatik passion fruit. Hah,
lama sungguh dia berada di dalam hutan belantara ini, naik melekit tubuhnya.
Sejenak,
dia teringatkan Blade. Matanya itu tadi. Memang mirip mata Zack. Sekali lagi,
angannya melayang membawa dia jauh ke dalam fantasi lubuk hati.
Mungkin aku
belum mampu lupakan dia lagi... bilakah rindu itu akan berhenti?
The Clash of the
Heroes – Tamat
Act 118 – He is Rex the Bullet
2009. Solaris
Dutamas
Lelaki itu
duduk bersendirian. Sejak kembali semula ke negara ini dia jarang menghabiskan
masanya bersendirian kerana di sini dia ada seseorang yang dia tidak pernah
sangka dia akan miliki. Anak. Seumur hidupnya dia tidak pernah menyangka dia
akan menjadi seorang ayah. Namun kenyataannya itulah yang terjadi. Lapan belas
tahun lalu, keterlanjurannya dengan Raihana melahirkan seorang insan yang amat
bermakna buatnya. Tetapi mengenangkan anaknya itu lahir daripada sebuah
hubungan yang terlarang, dia jadi sedih. Selama dia tidak ada bagaimana Suri
menempuhi semua itu? Sudah tentu bukan mudah untuknya. Mengetahui dirinya
adalah anak tanpa bapa. Dan ibu yang juga telah meninggal dunia. Rex rasa
bersalah kerana disebabkan dirinya, Surihana yang mendapat bahana. Namun
kekesalan tidak akan membawa keadaan ke mana-mana. Dia perlu redha dan
menginsafi nasib dan ketentuan takdir.
Teh tarik
di hadapan yang hanya menjadi santapan sebulan sekali itu dia hirup. Mak aih,
nikmat sungguh! Dulu di Amerika, dia hanya minum cappuccino, mocha dan setaranya
sahaja. Dapat balik ke Malaysia barulah dia menikmati semula teh tarik. Minuman
ikon rakyat Malaysia yang sebenarnya penyumbang terbesar kepada obesiti dan
penyakit-penyakit lain. Tapi tidak mengapa... Rex hanya mengambilnya sebulan
sekali. Kerana Surihana, yang baru tahun pertama jurusan perubatan di sebuah
universiti tempatan itu sudah berlagak macam doktor melarangnya meminum minuman
tersebut banyak-banyak. Mengenangkan budak bertuah itu, dia tersenyum. Alahai
anak bapak!
“Mengelamun
apa, abah?!” tegur Surihana yang lebih bernada sergah.
Menggigau
juga Rex dibuatnya. Hampir melatah lelaki berusia awal 30-an itu namun sudah
ada anak berusia belasan tahun. Kadang-kadang apabila keluar bersama,
kawan-kawan Suri salah faham abahnya itu teman lelaki. Dan apabila nampak dia
bertemankan Hafriz pula muncullah satu lagi gosip mengatakan Surihana playgirl. Malas melayan, Surihana hanya
senyumkan sahaja. Dia tahu apa yang betul. Kalau tidak buat salah, buat apa nak
menggelabah. Yang mengutuknya itu dah sah-sahlah perempuan ‘desa’ yang tak hot.
Tahu mengumpat sahaja.
“Suri
jangan buat macam itu lagi,” kata Rex dengan mata tertutup. Dengan bunyi
keinggeris-inggerisan lagi.
“Okay, okay... sorry!” cakap anak
gadis itu. Dengan senyum sumbing yang kekal lama. Dia memandang abahnya yang
baru dia kenal kira-kira beberapa bulan itu.
Suri
terpandang air yang diminum oleh bapanya itu.
“Abah, kan
Suri dah kata jangan minum teh tarik selalu. Tak elok!” tukas Suri laju. Tidak
memikir apa-apa. Dahlah suara kuat.
“This is first time this month,” Rex
membela diri.
“Yelah tu!”
balas Surihana tidak mahu mengalah lagi.
“Betul,”
Rex meyakinkan Suri lagi. Kalau dulu, dia tidak kisah apa orang hendak fikir
dan buat dengan kelakuannya tetapi selepas mengenali Surihana, dia berubah. Dia
lebih menjaga perasaan anak gadis ini.
Surihana
sudah mengendurkan wajah kelatnya. Dia melihat ke sekeliling. Entah apalah yang
ditinjaunya sebelum pertanyaan terlantun ke telinga Rex.
“Remind me of what we are doing here?”
tanya Suri.
“I’m expecting a visit from an old friend.”
“Siapa?”
“Ian.”
“Uncle Ian? Yang abah panggil ‘Silver’ tu?” tanya Surihana dengan gaya
cuba mengingati sesuatu. Hal-hal lalu.
Rex sekadar
mengangguk sahaja. Menandakan tekaan Suri itu benar. Sejujurnya setelah hampir
setahun, baru hari ini dia hendak bertemu dengan kawannya itu. Entah mengapa
dia rasa dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Ian atau nama kodnya,
Silver. Mungkin kerana dia yakin mereka tidak akan berjumpa lagi selepas ini.
Walauapapun, mereka pernah menjadi kawan baik.
Dalam tidak
sedar dua beranak itu bergurau-gurau, orang yang ditunggu tiba menghulur tangan
mahu bersalam.
“Hello, Rex,” sapa Ian. Ramah, seperti selalu.
Walaupun sudah agak lama sudah mereka berpisah namun keramahan Ian tidak
sedikit pun berkurang.
“Hello, Ian.” Rex membalas dengan cara sama.
“Hi, uncle
Ian.” Suri masih memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘uncle’, Ian tersenyum
mendengarnya. Dahulu, dia bermati-matian mahu Rex membiarkan sahaja Suri kerana
yakin kehidupan ‘apple pie’ langsung tidak
sesuai dengan Rex. Tetapi sekarang, dia rasa dia memang tersilap. Rex nampak
lebih bahagia. Jauh lebih bahagia berbanding dahulu. Gila apa, Rex langsung tak
menunjukkan sebarang perasaan sebelum adanya Surihana dalam hidupnya.
“Ian. Please have a seat.” Pelawa
Rex. Ian tidak menunggu lebih lama untuk menarik kerusi kayu dan duduk. Tidak
lama juga sebelum pelayan mamak itu datang bertanyakan apa yang hendak diminum.
“Teh
tarik,” jawab Ian dengan bunyian telo American. Jawapan Ian itu membuatkan Suri
mencebik sekali lagi. Orang putih pun suka teh tarik, inikan pula orang Melayu
macam abahnya itu. Dia akur akhirnya.
Lama mereka
berbual berkenaan perkara-perkara yang remeh. Perkara-perkara yang tidak
penting. Ya tak ya juga, Rex dan Ian bertemu hanyalah untuk kali terakhir.
Bukannya ada perkara penting. Sementelah Rex sudah meletakkan jawatan dalam
Code X, dia memang tidak ada apa-apa urusan dengan Ian lagi. Jadi, hendak
berbincang apa lagi?
“I’ll be back to The States. God knows when I’ll be seeing you
again, maybe I don’t.”
“Dude,” seru Rex mendengar kesah berbaur
elegi.
“I’ve something for you,” sambung
Ian. Dia mengeluarkan sebuah sampul surat. Berwarna putih. Dengan nama ‘Rex’ di
atasnya, jadi sampul itu adalah ditujukan kepadanya. Daripada siapa? Rex tdia
yakin ianya datang daripada Ian.
“What is this?”
“A favour.” Rex mendiamkan diri. Dia tidak
menjawab apa-apa. Suri juga mendengar sambil kepala dipangku penuh minat. Pertolongan
daripada segi apa?
“Ian, if you came just to ask me this, I’m sorry. I quit didn’t
I?.” Jawab Rex selamba saat sampul itu bertukar tangan.
Dia dapat meneka apa yang ada dalam sampul tersebut. Semestinya maklumat sulit
tentang sesebuah kes yang Ian tidak mampu selesaikan. Yang Catalina juga tidak
boleh bantu. Jadi, jalan terakhir adalah dia. Dia kenal Ian bagaimana tetapi
datang semata-mata untuk meminta tolong sesuatu yang Ian sendiri tahu Rex tidak
boleh tunaikan membuatkan Rex sebal.
“I’m not on any case, don’t worry. I’m telling you I’ll be going
back to America, didn’t I? And besides, it’s nota favour for me, it’s a favour
for you. So... ahh, just open the envelope,” ujar Ian
menahan sekejap sebelum menukar tajuk.
Rex tidak
dapat tidak terpaksalah membuka sampul itu. Terasa bagai malas sahaja lagaknya.
Memang pun. Rex dapat merasakan apa sahaja yang ada dalam sampul itu bukanlah
suatu perkara yang elok. Jadi, kalau diikutkan rasa hati memang dia tidak mahu
melihat kandungannya. Tetapi rasa ingin tahu juga berbalam dan berlapis dekat
hati. Kesimpulannya, Rex mengambil keputusan untuk meneliti makna sampul itu
diberikan kepadanya.
“Graymoore?” desah Rex terus apabila perkataan
pertama dia tatap. “Are you serious,
man?” sambung Rex lagi.
“They’re establishing a regional operation here. I don’t think
they’re just competing with us,” balas Ian terhadap
pertanyaan Rex tadi. Rex memandang ke mata Ian, lalu lelaki itu menyambung, “‘us’ means me and the team, not including
you.” Rex sambung senyum sejurus selepas itu.
“So, what’s does this concern me, then? I don’t see it benefits
me anywhere possible,” tanya Rex tidak berdolak-dalih.
Apa-apa pun masalah yang The Code hadapi langsung tidak ada kena-mengena
dengannya lagi. Dia sudah meletakkan jawatan. Ia patut tahu itu.
Ian tidak
memberi sebarang reaksi barang sesaat dua. Namun selepas itu ada seleret senyum
yang entah apalah maksudnya. Dia mengeluarkan sekeping gambar bersaiz poskad
daripada poket baju kemejanya. Diletakkannya gambar itu di atas meja dan
ditolak kepada Rex. Suri yang sedari tadi diam memberi perhatian, memerhati
sahaja wajah dalam gambar itu.
“Dude, in the ‘business’, the pay is the only benefit, so...
what I’m telling you now is of no benefit at all, just an alarm.”
“Nina...,” desah Rex perlahan hampir tidak
kedengaran.
“I don’t know what she’s doing here, maybe you might wanna find
out... and ahh, you do realize that you have some ‘unfinished business’ with
Graymoore, right?,” balas Ian walaupun tidak mendengar
apa-apa daripada mulut Rex tadi.
Rex
mendongak membaca wajah Ian. Kalau sudah diingatkan tentang perkara itu
kepadanya, maknanya Ian cuba hendak berkata seperti ini, ‘kau hati-hatilah,
Graymoore mesti tahu kau di sini. Mereka tak akan lepaskan kau semudah itu.’
Namun Rex tidak gentar. Tidak pernah. Taruklah sesiapa sekalipun sebagai
seteru, semuanya dia mampu hadap. Tetapi saat Suri berdengus kecil tidak faham
apa-apa yang dikatakan oleh Ian kepada bapanya, Rex terkesima. Sekarang dia
sudah ada liabiliti. Dia risau. Dalam hati Rex bersumpah sekali lagi, ‘I’m not
gonna let anybody hurt you!’
Act 119 – The Original Plan
2009. Pejabat
Urusan Datuk Jamaluddin...
Tiger
menyuruh setiausaha Datuk Jamaluddin itu meminta Edwin dan Nina menunggu di
dalam bilik mesyuarat sebentar kerana Datuk mempunyai hal lain sebentar. Edwin
dan Nina tidak berkata apa selain daripada menurut. Sementara menunggu Datuk
itu datang, Nina bertanya.
“So, this is the so-called so-hard first
assignment?”
“It is the first and complicated. That’s why Graymoore sent you
here. We couldn’t do it on our own.”
“This is just a third-world-country’s case, how hard can it be?”
tanya Nina semula.
“You’ll know soon enough.” Suara
Edwin menyembunyikan sesuatu yang tidak dapat Nina telah apa bendanya.
“At least give me some hint,” sambung
Nina.
Edwin cuma
memandang, dia tahu maklumat yang diklasifikasikan sebagai amat sulit itu boleh
diberitahu kepada Nina kerana Nina bakal jadi orang penting dalam rancangan
ini.
“The States planned to have a base here.”
“In this region? But why Malaysia?”
“It’s not time yet for you to know and by the way, they’re on
their way here,” beritahu Edwin merujuk kepada Tiger dan Datuk
Jamaluddin. Sebesar mana pun mereka itu, Edwin tahu ada yang lebih perlu dia
patuhi.
~~
Datuk
Jamaluddin masuk keluar daripada kereta Lexus CS 250 yang dipandu pemandunya.
Dengan wajah megah dia keluar dengan ditemani oleh seorang setiausaha perempuan
yang berwajah muda. Mata Datuk tersebut bagaimana pun tidak menilik ke arah
perempuan itu. Mungkin sudah puas berbuat demikian dalam kereta tadi. Tiger
yang ada di hadapan pintu kaca bukaan automatik wisma milik Datuk Jamaluddin
itu menunggu dengan riak wajah biasa. Professional.
“Datuk,”
serunya sambil menurut jalan disebelah lelaki tua itu.
“Mereka dah
sampai?” tanya Datuk Jamaluddin.
“Sudah,
datuk.” Ringkas sahaja jawapan Tiger terhadap soalan mudah Datuk itu.
Datuk
Jamaluddin sekadar mengangguk. Tidak sabar dia hendak tahu apa yang sebenarnya
yang sudah orang-orang tersebut kumpulkan daripada Tengku Azhar. Apa sebenarnya
yang mahu sangat dirahsiakan daripadanya.
Punat pada
lif ditekan dekat nombor 13. Tingkat tiga belas menempatkan pejabat urusan
korporat Datuk Jamaluddin. Di situ semualah tempat di mana urusan perniagaan
halal Datuk Jamaluddin dilakukan. Namun apa yang tidak dapat dihidu oleh pihak
berkuasa, bukti-bukti perniagaan haram Datuk Jamaluddin ada juga disimpan di
situ. Datuk Jamaluddin memang sangat bijak mengatur perjalanan bisnesnya.
Berpuluh-puluh tahun dia kenyang dengan hasil duit haramnya itu tanpa ditangkap
polis. Manakan tidak, dengan imej hartawan budiman yang sering bersedekah dan
berbuat amal jariah, dengan mudah orang dapat dibutakan mata.
Tidak lama
sebelum jentera mobiliti menegak itu sampai aras yang ditujui. Tiger menunggu
sehingga Datuk Jamaluddin keluar sebelum menuruti langkah lelaki itu.
Bayang-bayang wanita muda yang menemani Datuk tadi sudah hilang ke stesen
kerjanya, mungkin. Tiger tidak mengambil kisah sangat kerana urusan wanita itu
tidak ada kena-mengena dengannya. Dengan langkah yang sederhana laju, Tiger
membawa Datuk Jamaluddin ke bilik mensyuarat di mana Edwin dan Nina menunggu.
Sudah hampir setengah jam selepas kedua mereka sampai. Ah, tidak kisahlah, dia
dan Datuk adalah klien. Customer is
always right. Desahnya.
~~
Pintu
dikuak daripada luar. Nina mengalihkan pandangan ke arah bunyi tombol pintu
yang dibuka itu. Dia mengesan wajah Tiger sebelum wajah seorang lelaki tua yang
sudah beruban. Inikah klien mereka yang hebat sangat kes yang mereka bawa itu?
Nampak macam biasa-biasa sahaja. Komennya dalam hati.
“Sorry to keep you waiting,” kata Datuk
Jamaluddin meminta maaf yang sudah tentunya tidak ikhlas itu.
Edwin hanya
tersenyum sahaja. Dia memandang tepat ke arah wajah Datuk tanpa sedikit pun
perasaan takut. Sejujurnya dia berasa sakit hati juga tetapi mengenangkan
bayaran yang dia terima daripada lelaki ini cukup tinggi, dia cubalah bersabar.
Nina pula sudah tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia malas hendak melayan
basa-basi si tua yang sudah pun mengunci pandangan ke arahnya tua. Dasar kelapa
tua, makin tua makin banyak minyaknya.
“Shall we get down to business?” tanya
Tiger membawa suasana kepada agenda utama perjumpaan ini.
“Sure,” balas Edwin sambil mengeluarkan
sebuah planholder yang menyimpan blueprint yang Nina dapatkan daripada Tengku
Azhar.
Datuk
Jamaluddin meneliti pelan tersebut selepas Tiger mengambilnya daripada Edwin.
Banyak yang dia tidak faham tetapi tidak susah untuknya mendapatkan informasi
tentang bagaimana untuk dia membaca pelan tersebut. Sementelah ini bukannya
pelan bangunan melainkan sebuah formula kimia tentang sesuatu yang belum dapat
dia pastikan.
“Hantar
pelan ini ke Bangkok, aku nak mereka crack
benda ni secepat mungkin,” arah Datuk Jamaluddin. Bangkok menempatkan unit
kajian dadah mereka yang terbesar. Kesemua dadah yang mereka pasarkan ke
pasaran gelap semuanya daripada sana.
“Baik,
Datuk.” Tiger keluar dengan membawa blueprint
itu. Dia meninggalkan ketiga-tiga yang lain di dalam bilik itu untuk Datuk
memberitahu rancangan seterusnya. Dia tidak kisah tidak mendengarnya kerana dia
yang telah merancang apa yang perlu Datuk lakukan selepas ini. Dalam diam,
Tiger meleret senyum. Datuk, kau pun buah catur aku. Kau bukannya ‘King’, kau
cuma ‘Pawn’ sahaja pada aku!
~~
“Infiltrate Tseng’s gang. Dia ada
separuh lagi daripada blueprint tu,”
kata Datuk Jamaluddin.
“To cover-up into Tseng again after what happen, I really can’t
do that. I’ve betrayed Tengku so bad, my kepala kena kerat nanti if he ever
finds out but I guess I have the right person for the job, Datuk.”
Mata Edwin mengerlang tepat ke wajah Nina. Apa? Desah Nina dalam hati?
Datuk
Jamaluddin hanya memandang kosong. Namun separuh dirinya menahan rasa berahi
memandang Nina dengan rambutnya yang lepas panjang separah bahu itu. Nina pula
buat-buat tidak nampak sahaja. Dia bukannya jalang walaupun jahat. Setidak-tidaknya
dia rasa dia bukan perempuan jalang. Itu sudah cukup.
Act 120 – A Fighter Himself
Di sebuah
gim di Kuala Lumpur
Raphael menumbuk
punching bag sehingga alat itu
berhayun-hayun. Tidak ramai yang tahu lelaki ini seorang jaguh tinju yang hebat
sebelum menjadi orang kanan terpercaya Tseng. Namun bukanlah jaguh tinju arus
perdana yang muncul dalam USA Boxing yang disiarkan dalam ESPN ataupun
StarSport. Dia bertanding di illegal fightclub di luar negara sebelum Tseng
menyelamatkannya. Menyelamatkannya daripada apa? Biarlah ia kekal menjadi
rahsia antara mereka berdua. Perkara itu cukup pahit untuk Raphael kenangkan
lagi.
Lelaki itu
hanya berseluar pendek. Peluh hangat menitik-nitik daripada badannya hasil
daripada latihan angkat berat yang disambung terus dengan sesi menumbuk punching bag itu. Ianya menyerlahkan
susuk tubuh Raphael yang agak sasa berotot dengan ketinggian 6 kaki 4 inci itu.
Wajahnya tidak kurang kacak jika hendak dibandingkan dengan Gerard Butler.
Kalau sudah berbanding-bandingkan dengan bintang Hollywood itu maknanya Raphael
ini semestinya seorang yang punya rupa.
Tseng yang
diiringi dua orang bodyguard tiba ke
dalam ruang gim yang lebih eksklusif itu. Memang Raphael sudah menempah tempat
ini seluruhnya untuk dia workout
tanpa gangguan tetapi jika yang mengganggunya itu orang ini, hendak tidak
hendak, dia harus melayan juga.
“Tseng,
apahal kau ke sini?” tanyanya kedengaran selamba sahaja bercakap dengan bos
memanggil nama. Seorang daripada bodyguard
Tseng yang bernama Joe itu menangkat muka melihat wajah Raphael yang padanya
tidak beradap. Namun mengenangkan Raphael lebih tinggi pangkat daripada
dirinya, Joe berdiam diri sahaja.
“Kita
terima barang daripada Pom. Tengku mahu kita uruskan.”
“Kita?
Uruskan kerja dia? Sejak bila pula?” tanya Raphael bertingkat-tingkat. Hairan
betul dia, sejak bila pula dia berkhidmat bawah tengku durjana itu? Tseng pula,
sejak bila pula jadi barua lelaki anak raja itu? Ah, mati hidup semula aku tak
nak tunduk pada Tengku Azhar itu. Rengus Raphael dalam hati.
“Apa yang
bengap sangat ni? Dia dah hand over
business sebelah sini pada kitalah, itupun susah sangat kau nak fikir?”
balas Tseng mengutuk Raphael yang memang terkenal dengan perangai perengusnya
itu. Kalau hati itu tidak suka, macam-macamlah jawapan yang keluar daripada
mulut longkang itu.
“Tengku? Hand over dekat kita?!” jawab Raphael
sangat tidak percaya. Buat apa si tengku itu mahu berkongsi kuasa dengan
mereka?
“Itu kau
tak perlu tahu, yang penting. Malam ini pukul 11.30 pm, Kuala Selangor. Ingat,
jangan hampakan aku, Troy akan ikut kau,” balas Tseng malas berlama-lama
melayan si Raphael itu. Kalau lama-lama sangat nanti, ada sahajalah yang
menjadi hal nanti. Lelaki itu banyak sahaja pertanyaannya, kadang-kala boleh
buat sakit hati.
Sebelum Raphael
ditinggalkan terpinga-pinga keseorangan di situ, matanya sempat menangkap wajah
Troy yang tersengih sinis membalas pandangan matanya itu. Jujur cakap, dia
memang tidak suka dengan Troy itu. Nampak hipokrit dan opportunis. Raphael melihat
sahaja Tseng hilang daripada pandangannya bernama Troy dan seorang lagi, Joe.
Dia juga perasan sesuatu tadi, jelingan Joe yang nampak tidak puas hati
dengannya. Ah, sejak hari pertama dia masuk ke dalam kumpulan ini, dia sudah
perasan. Joe memang tidak sukakannya. Dia dapat merasakan sesuatu yang dipendam
oleh lelaki Melayu itu. Namun apa yang lebih menghairankannya, dia mengesan ada
sesuatu yang cukup lain daripada raut Troy pula. Seakan ada niat lain. Ada
udang di sebalik batu. Dia tidak dapat meneka apa kerana yang dikhuatirinya
sekarang bukan Joe, tetapi Troy. Orang berkata, kadang-kala apa yang kita
nampak tak semestinya betul, dan apa yang betul, tak semestinya kita nampak. Air
yang tenang jangan disangka tiada buaya. Itulah yang menjadi kerisauannya.
~~
“Graymoore
yang suruh?” tanya Nina.
“Yup,”
balas Edwin laju.
“Peliklah,
bukan Graymoore dengan Tengku ada arrangement
ke? Bringing in military expertise; they’ve
been doing that for years at Thailand, right? Kenapa sekarang lain pula?”
“Selain tawaran
Datuk J yang lebih masyuk, aku tak tahu apa-apa lagi. Arrangement dibuat oleh Datuk J sendiri dengan wakil dari Graymoore
USA. Sebab itu aku dihantar ke sini, terus daripada Thailand. Walaupun
Graymoore masih melatih pengikut-pengikut Tengku di sana, aku disuruh jaga
Datuk J pula.”
“Double agent?” duga Nina.
“Mungkin,
buat masa ini aku memang boleh tembus kumpulan mana-mana sahaja tapi aku tak
yakin untuk teruskan benda ini. Aku perlukan kau. Kalau aku gagal maknanya
Graymoore akan pancung aku, Tengku pun sure-sure
akan habiskan aku. Inikan pula Graymoore.”
“Bahaya
kerja ni!” kata Nina. Akhirnya dia mengakui job yang mereka terima ini cukup complicated. Banyak betul peribahasa
yang boleh digunapakai dalam operasi ini. Operasi gunting dalam lipatan, operasi
musuh dalam selimut, operasi api dalam sekam. Operasi harapkan pagar, pagar
makan padi, dan macam-macam lagilah. Melihatkan ada wajah tertanya-tanya pada
raut Nina, Edwin mencelah gurau sejenak.
“Well, nobody said it would be easy. By the way,
Datuk tu nampak macam berkenan dengan kau saja. Tak nak try?”
“Orang tua
tu? Tak naklah aku! Geli, okay!”
“At least he’s dead rich,” jawab
Edwin sambil kepala menyandar ke kerusi pemandu.
Nina
memandang lelaki yang berbangsa Melayu Siam itu yang menumpukan perhatian
dengan pemanduannya.
“I’m no universal bitch, Edwin. Remember that, at least!”
balasnya dengan senyuman yang tidak nampak bermaksud double entendre atau berkias seleweng.
Nina
mengalih pandang ke luar cermin. Pandanganya tertancap ke bangunan Menara
Berkembar Petronas atau lebih senang dipanggil KLCC. Sekejap sahaja, matanya
terkatup menutup semua cahaya daripada masuk. Ah, banyak betul kerja!
Tamat
bahagian 24.