TCCOW Special Episode 5 – Kak Intan
Dia membelek-belek novel lama keluaran tahun 2007 itu. Rindu Belum Berhenti. Dia cukup suka dengan novel itu. Sukakan heroinnya. Sukakan ceritanya. Dan yang paling penting sukakan heronya yang macho itu. Izz Karami. Bahan-bahan untuk membuat Pajeri Nenas sudah ada di dalam peti. Suami hendak makan. Jadi, nak tak nak, kenalah juga dia turutkan. Ah, sebenarnya dia tidak kisah langsung mahu memasak apa yang dipinta suami tersayang. Teringatkan Pajeri Nenas, Puan Intan teringatkan budak lelaki itu. Dia suka makan Pajeri Nenas. Terutamanya pada bulan Ramadhan. Mengenangkan Pajeri Nenas dan Jahn, dia terfikir. Jahn masak ke tidak masakan itu selepas diberikan resepi itu kepadanya. Ah, macam-macam sahaja budak itu.