TCCOW Special Episode 5 – Kak Intan
Dia membelek-belek novel lama keluaran tahun 2007 itu. Rindu Belum Berhenti. Dia cukup suka dengan novel itu. Sukakan heroinnya. Sukakan ceritanya. Dan yang paling penting sukakan heronya yang macho itu. Izz Karami.
Bahan-bahan untuk membuat Pajeri Nenas sudah ada di dalam peti. Suami hendak makan. Jadi, nak tak nak, kenalah juga dia turutkan. Ah, sebenarnya dia tidak kisah langsung mahu memasak apa yang dipinta suami tersayang.
Teringatkan Pajeri Nenas, Puan Intan teringatkan budak lelaki itu. Dia suka makan Pajeri Nenas. Terutamanya pada bulan Ramadhan. Mengenangkan Pajeri Nenas dan Jahn, dia terfikir. Jahn masak ke tidak masakan itu selepas diberikan resepi itu kepadanya. Ah, macam-macam sahaja budak itu.
Buku itu diletakkan di atas meja sebelum Puan Intan ke dapur mahu menyediakan juadah makan malam. Tidak lama sebelum beberapa jenis juadah tersedia di atas meja. Salah satu adalah Pajeri Nenas.
Suami dan anak-anak dipanggil ke meja makan setelah semuanya sudah sedia. Puan Intan mencedok nasi dan mereka mula makan.
“Abang, hujung minggu ni, kita keluarlah, nak?” tanya Puan Intan.
“Keluar ke mana?” tanya suaminya selamba.
“KL,” jawab salah seorang anak Puan Intan.
“Ish, sampai nak ke KL pula,” tingkah Puan Intan. Dia cuma hendak berjalan-jalan sahaja. Bukannya sampai nak pergi jauh-jauh sangat.
“KL, okay juga tu, dah lama tak ke sana, apa kata kita bercuti ke sana. Shopping sikit, nak?” tanya suami kepada Puan Intan. Tetapi bab bershopping itu dia tujukan kepada anak-anaknyalah. Tahu benar kesukaan anak-anak mereka itu.
“Yay, shopping. Jomlah, ibu!” ajak si anak.
Puan Intan tidak daya berbuat apa selain tersenyum. Ya, kadang-kala berjalan-jalan ke sana seronok juga.
Perancangan awal hendak ke Kuala Lumpur tiba-tiba ditukar pada saat akhir, sebaliknya mereka menukar destinasi ke Putrajaya. Mahu mengunjung ke pusat pentadbiran negara itu. Dah macam rombongan sekolah pula jadinya. Tak ada maknanya nak melawat. Nak shopping sahaja.
Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki yang berusia dalam lingkugan lewat 30-an sedang mendukung anak kecil dalam lingkungan usia 2 tahun begitu. Nampak sweet sangat. Puan Intan melihat sahaja. Terpesona dia seketika melihat si ayah itu menepuk belakang tubuh bayi kecil itu. Nampak benar sayangnya dia kepada anak itu. Ah, sudah namanya pun anak sendiri. Mestilah sayang.
Lelaki itu ditemani oleh seorang wanita yang kelihatan seperti isterinya. Puan Intan sekadar menelah sahaja. Kebiasaannya begitulah. Langkah yang bertentangan membuatkan mereka semakin mendekati antara satu sama lain.
“Abang nak ke tandas sekejap, ya,” beritahu suami Puan Intan. Dia tidak mahu isterinya itu sampai harus mengikutnya, menunggu di hadapan tandas yang sudah tentunya ramai orang itu. Dia hanya menyuruh Puan Intan menunggu di sini sahaja. Dekat bangku yang cuma ada satu sahaja yang tinggal itu.
“Abang tunggu dekat sini ajelah, ramailah orang dekat tandas tu, tu ada bangku. Duduklah dulu, kejap je, okay?” kata wanita itu kepada suaminya. Benarlah tekaan Puan Intan. Wanita itu isteri lelaki tersebut.
“Okay, abang tunggu sini. Cepat sikit,” pintanya tersenyum. Si isteri hanya meleretkan senyuman juga.
Sedang dia mahu duduk di situ, seorang wanita yang kelihatan sedikit berusia berbandingnya mengambil dahulu bangku itu. Pun begitu, dia sedar lelaki itu mendukung anak, jadi dia mengengsotkan diri ke hujung bangku kerana masih ada banyak lagi ruang. Dia bukannya busuk hati hendak duduk seorang. Sudah nama pun bangku awam di kompleks membeli belah, janganlah buat macam bangku rumah sendiri. Nak duduk seorang sahaja. Apatah lagi kalau orang itu sedang mendukung budak dalam pelukan.
“Duduklah, dik. Ada ruang lagi tu,” lelaki itu berkira-kira hendak duduk. Bukannya dia tidak mahu tetapi segan sedikit. Tetapi mengenangkan isterinya itu mungkin lama lagi hendak sampai, dia turutkan juga lenguh kakinya. Duduk jugalah dia.
“Anak?” tanya Puan Intan mesra.
“Ya,” balas lelaki itu pendek. Bukannya tidak beradab tetapi segan. Segan lagi!
“Berapa umurnya?”
“Baru nak masuk 2 tahun.”
“Comel budaknya, macam emaknya juga,” balas Puan Intan.
Lelaki itu nampak hairan sedikit. Pandangan Puan Intan dibalasnya dengan sedikit sinar mata seakan tertanya-tanya.
“Tadi, dengan adik tu, emaknya, kan?” tanya Puan Intan mahu memastikan.
“Oh, ya!” jawab lelaki itu. Wah, tajam betul penglihatan kakak ini. Dari jauh boleh nampak.
“Nama akak, Intan. Nama adik?”
“Izz Karami, ini anak saya. Iman namanya,” balas lelaki yang rupanya Izz Karami itu.
Puan Intan hanya tersenyum. Namanya sama dengan watak hero pujaannya.
Izz menjeling sebuah paper bag yang ada disebelah Puan Intan. Sebuah novel yang belum dibuka balutan plastiknya dia tatap sekejap. Mencari tajuknya.
Tertulis Buat Kita. Dhiya Zafira.
Sejenak, kening Izz terjungkit sediit tinggi. Izz tersenyum. Peminat Dhiya ke?
Mereka berbual tentang beberapa perkara. Namun nama Dhiya Zafira tidak sekalipun terkeluar daripada bibir kedua mereka. Izz mungkin mahu menyembunyikan yang hero lelaki dalam Rindu Belum Berhenti itu adalah dirinya. Namun bagi Puan Intan pula, dia tahu dengan siapa dia bercakap sekarang. Dia cuma berpura-pura tidak kenal.
Tamat.

Alamanda, Putrajaya. Seminggu kemudian...