novel the curious case of whatever 25


Part 25
Act 121 – An Unlikely Gathering

2009. Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

Jad Imran membetulkan duduknya yang tidak selesa. Sepanjang masa seminar yang memakan belanja ribuan ringgit ini berlansung, dia mendengar dengan kusyuk sekali. Bukannya senang untuk dia mendapat peluang seperti ini. Lebih-lebih lagi dalam negara. Penceramah yang datang merupakan seorang professor yang sangat prolifik di dalam bidangnya. Farmaseutikal dan farmakologi moden. Jad bukanlah seorang pensyarah dalam bidang tersebut tetapi tesis terbarunya berkait-rapat dengan bidang itu. Dia ingin mengkaji kos transaksi dalam industri famaseutikal.  Jadi, dia perlu mendapatkan informasi first-hand yang cukup berharga ini. Selain itu, dia ke sini selepas terjadi sedikit perselisihan antaranya dan Suraya. Untuk menenangkan diri sendiri rasanya biarlah dia menjauh. Dan alang-alang ada alasan untuk menyiapkan tesis, Jad rasa tidaklah melampau untuknya berbuat demikian. Dia hanya mengharap semua orang faham. Dia mengharap semua orang tahu kenapa dia berbuat demikian. Dalam hatinya, hanya ada seorang wanita. Walaupun wanita itu telah mendustai janji cinta mereka, Jad tidak akan mampu menepis rasa buat Amie Najla’. Rindu itu sentiasa ada untuk dia.
Dalam kusyuk yang terganggu oleh khayal, Jad tidak sedar announcer seminar telah memberikan pengumuman yang seminar ini sudah tamat sesi pertama. Seminar mengambil masa rehat selama sejam sebelum bersambung dengan sesi seterusnya, yang bakal mengambil masa 3 jam lagi. Di dalam tentatif program, walaupun rehat, sekarang peserta akan dijamu dengan hidangan berkonsep buffet di dewan makan hotel mewah ini. Jad mencuba untuk menyesuaikan dirinya dengan ramai-ramai orang di sini tetapi haram... nampak gayanya hanya dia seorang sahaja. Yang lain-lain di sini adalah doktor, ahli farmasi, pengamal perubatan mahupun ahli akademik perubatan. Tidak ada seorang pun yang datang daripada latar belakang lain selainnya. Jad yang merupakan seorang pensyarah dan penganalisis ekonomi itu betul-betul terasa cukup canggung dan janggal berada dalam kelompok manusia-manusia medik ini.
“Ah...,” keluhnya sedikit tetapi jelas ke pendengaran seseorang yang berada tidak jauh daripadanya.
“Tak makan?” tanya satu suara.
Jad menoleh mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Sekali kilas sahaja dia berjaya menangkap seroman wajah lelaki berusia lebih kurang sebaya dengannya. Jad rasa lelaki ini familiar, macam pernah nampak sahaja di mana-mana. Di surat khabar mungkin, ruangan bisnes. Tetapi sakit jugalah kepala otaknya cuba mengingat. Bukanlah sakit sebenarnya, cuma susah dan tidak berjaya. Sudahnya, Jad hanya memandang dengan senyuman sambil kening terangkat sedikit tanda bertanya, ‘awak ni siapa?’
Soalan secara psikik itu difahami oleh lelaki tersebut, dia lantas memohon maaf dan memberi salam serta memperkenalkan diri sebelum mengulang pertanyaannya tadi.
“Maafkan saya tegur macam itu sahaja, Assalamualaikum. Saya Adnan Taufik. Encik tak makan ke?” tanya Taufik.
“Waalaikumusalam, sekejap lagi kot. Oh, saya Jad Imran. Panggil sahaja Jad,” balas Jad ramah sebelum menyambung tanya, “rasanya macam pernah lihat Encik Adnan Taufik dalam majalah Business Weekly, kan? Encik Adnan Taufik. CEO Berjaya Holdings, kan?” Nama Adnan Taufik akhirnya mengingatkan dia siapalah gerangannya lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
“Haha, panggil Taufik sahaja dah cukup, tak payah nak berencik-encik bagai,” balas Taufik merendah dirinya.
Pertemuan di antara mereka berlanjutan selama beberapa puluh minit kemudian. Dengan mengetahui siapa Adnan Taufik, Jad akhirnya sudah tidak menjadi janggal sangat lagi kerana Taufik sendiri bukannya seorang yang berasal daripada bidang perubatan, dia ke sini atas dasar mahu mengetahui isu-isu semasa mengenai bidang tersebut. Apalagi dengan halatuju Berjaya Holdings yang kemungkinan besar akan joint venture dalam bidang farmasi dan perubatan tidak lama lagi, sedikit sebanyak, Taufik perlu tahu serba sedikit tentang isu semasa juga.
~~


Seminar yang berehat selama sejam itu disambung semula selepas hadirin dan panel selesai berehat dan menjamu selera. Jad menukar tempat duduk ke sebelah tempat duduk Taufik. Sekurang-kurangnya dia ada ‘gu’ atau teman. Daripada berdiam sahaja dikelilingi segerombolan doktor-doktor yang kelihatan cukup nerd dan psiko mendengar sebiji sebuntal penerangan penceramah yang berasal daripada Amerika Syarikat itu. Jad bukannya tidak mampu memahami apa yang dikatakan walaupun ada banyak terma medik dalam ceramah ini tetapi mukanya tidaklah sampai serius sangat seperti yang lain-lain. Dia masih boleh relaks lagi. Samalah juga dengan Adnan Taufik cuma lelaki itu kelihatannya tersengut-sengut juga seakan mengantuk. Apalah Fik ini, buat malu saja! Jad hanya tersenyum sedikit melihat perilaku kawan yang baru dia kenali itu. Siapa sangka CEO Berjaya Holdings itu cukup sempoi orangnya. Siap boleh hendak tidur lagi sewaktu mendengar talk!
Sengutan Taufik mati saat dia terasa seperti terhantuk dinding walaupun tidak ada apa-apa di hadapannya sebetulnya. Dia melihat Jad yang hanya tersenyum, segan dia dengan apa yang dilihat Jad. Malunya dia hanya Allah sahaja tahu tetapi mujur Tuhan yang Maha Esa itu meniupkan keyakinan dalam diri supaya dia membuat selamba badak sahaja dan memberi reaksi ‘ada aku kisah!’ Akhirnya episod kantoi tidur itu tamat sebegitu sahaja. Mujur.
Di sebelah Taufik seorang lelaki bercermin mata tanpa bingkai kelihatan cukup berminat mendengar ceramah Dr. Albert Helsing itu. Ceramah yang menyentuh bab mutasi gen dan agen perubatan itu kedengaran cukup membangkitkan keghairahan buatnya. Namun entah bagaimana, Dr. Helsing boleh menyelitkan persoalan mengenai pergolakan politik di Timur Tengah kepada ceramahnya yang sudah terang-teranglah bercerita tentang topik medikal.
“Eh, boleh pulak tukar topik?” sampuk Taufik mendengar kata-kata Dr. Helsing. Lelaki cina yang berada di sebelah kiri Taufik menoleh pandang.
“Topik mungkin tersasar tetapi pengisiannya tetap relevan. Di sesetengah bahagian dunia ni, ada region yang dikawal oleh peperangan. Ubat dan tenaga medik pakar sangat sukar didapati. Jadi, permintaan akan melebihi penawaran. Orang bisnes macam awak juga akan untung, Encik Adnan Taufik, kalau tahu macam mana nak make use and benefit daripada keadaan tersebut. Apa dia peribahasa melayu tu, menangguk di air keruh, betul tak?” penerangan dan soalan yang kedengaran provokatif tetapi dilantunkan dengan suara mesra dan ramah itu tidak berjaya membuatkan Taufik diam sahaja. Dia membalas dengan tegas.
“Tak semua ahli perniagaan berfikir daripada kotak konvensional seorang Kapitalis. Sesetengah pengamal perniagaan tahu etika dan jika mereka incorporate nilai-nilai moraliti dan agama, mereka tahu... mengaut keuntungan secara membabi-buta tak akan menyumbang secara holistik terhadap pembangunan perniagaan mereka. Dan paling penting pembangunan masyarakat. Sepatutnya, setiap ahli perniagaan kena hargai nilai tanggungjawab sosial yang ada dalam visi dan misi syarikat, supaya bisnes yang dijalankan dan sumbangan kepada masyarakat tidak sia-sia, kedua-duanya kena buat dengan betul, beretika dan ikhlas. Barulah kena dengan peribahasa, ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserakan,” balas Taufik yang memang terkenal dengan kebijaksanaannya itu. Siap membalas dengan peribahasa lagi melawan provokasi lelaki di sebelahnya itu. Yang entahkan siapalah gerangannya. Dan bagaimana dia kenal Taufik? Fik memeriksa bajunya, kotnya itu tidak ada tag nama, jadi lelaki ini memang kenal dengannya.
“Macam mana awak kenal saya?” sambung Fik tertanya.
“Siapa yang tidak kenal dengan CEO Berjaya Holdings,” balas lelaki itu dengan senyuman.
~~
Beberapa jam kemudian di lobi Hotel Shangri-La
“Cuba bayangkan kalau kita boleh hasilkan sesuatu yang membolehkan manusia tahan segala jenis alahan, patogen, bakteria mahupun virus. It’s a total revolutionary findings to the history of science! Human can even defy death. People can live for years more than average,” terang Chan Jun Kiat penuh semangat. Jad mendengar hanya mengangkat kening sahaja. Dia seorang ahli ekonomi, bukannya seorang pakar dalam medik. Jadi, mendengar apa yang dikatakan oleh penceramah tadi dan yang diterangkan semula oleh lelaki cina itu tidaklah terlampau mengghairahkannya. Apatah lagi kata apa yang dikatakan oleh mereka itu hanyalah sekadar teori sahaja. Belum ada bukti sahih yang teknologi sebegitu adalah sesuatu yang munasabah.
“Isn’t that just beyond what man can do? I can see your point about being able to withstand those all. But defying death, don’t you think that’s just like ‘playing god’?” tanya Taufik.
“What wrong about that? With science, everything is possible. There’s always a logical explanation about everything, even god,” balas Chan.
Lelaki bernama Chan Jun Kiat ini ateis. Kalau dia ada agama, maknanya dia akan percaya kepada Tuhan. Kalau sudah memberitahu yang dia percaya sains boleh menerangkan perihal ketuhanan, maknanya dia memang tidak percaya Tuhan itu berkuasa terhadap segala sesuatu. Adnan taufik tidak mahu membalas lebih lanjut, lelaki ini tidak akan faham. Dia mengingati ayat 6 hingga 7, Surah Al-Baqarah:
‘Sesungguhnya orang-orang kafir (ingkar) sama sahaja bagi mereka, engkau beri peringatan kepada mereka atau tiada engkau beri peringatan, nescaya tiada juga mereka beriman. (6);
Allah telah menutup hati dan pendengaran mereka; dan atas penglihatan mereka ada tutup (hijab); dan untuk mereka itu seksa yang besar. (7)’
Sesungguhnya Allah telah menutup pintu hati dan minda orang kafir untuk menetap di jalan Allah. Katalah apa sahaja, mereka tidak akan mendengar. Jadi, untuk menegakkan apa yang dia percaya mungkin akan mencetuskan konfrontasi sahaja. Lagipun, Chan tidak menyerang agama Islam cuma dia hanya menyatakan ketidaksalahan pada pemikiran liberalnya yang manusia boleh berlagak seperti tuhan. Asalkan dalam hati Taufik tahu perkara itu cukup kufur, dia tidak perlu berkeras-keras untuk menegakkan kebenaran. Taufik juga yakin andai Allah berkehendak, maka lelaki yang seakan tidak percaya tuhan di hadapannya ini pasti akan bertaubat suatu hari nanti.
Jad sudah berada sedikit jauh daripada mereka kerana sebentar tadi dia terpaksa mengangkat panggilan telefon yang agak penting. Jadi, mahu tidak mahu memang dia harus mengangkatnya walaupun natijah yang dia terima adalah bebelan ibunya yang tahu dia tidak pulang ke rumah sudah hampir setengah bulan. Meninggalkan Suraya sendirian. Sukarkah untuk semua orang faham? Dia tidak boleh bersama Suraya, perkahwinannya dengan Suraya cuma berdasarkan tanggungjawab sesama Muslim. Selebihnya, tidak ada cinta. Namun begitu, dia tidak pernah mengabaikan nafkah zahir terhadap wanita bergelar isteri kepadanya, suami tanpa rela.
“Lama bergayut, Jad? Ada yang rindu ke?” sakat Adnan Taufik yang sudah mula mesra dengan Jad. Jad mendengar sekadar tersenyum sedikit pahit. Tahu yang sakatan itu tidak boleh dibalas dengan rasa suka, gembira atau sesuatu lain yang positif. Pertanyaan Taufik, ‘ada yang rindu ke?’ kedengaran seakan terlalu mengguris. Dia tidak pasti jika ada yang merinduinya, tetapi baginya, ada. Rindu untuk dia, rindu untuk Amie Najla’. Rindu itu sentiasa ada. Sedetik tak pernah berhenti. Fikiran yang melayan kepada Amie segera dia tepis kerana mengingati wanita itu, hanya menyakitkan jiwanya. Seakan menghiris hati sahaja kesudahannya. Jadi, Jad kembali kepada perbualan dengan Taufik dan Chan.
Sedang mereka bertiga masih berkenal-kenalan dengan hadirin yang lain pada sesi beramah mesra selepas seminar itu, Jad, Taufik dan Chan terdengar beberapa orang lelaki berbincang atau dalam erti kata yang lebih betul, bergosip mengenai Tengku Arshad yang sah ditabalkan menjadi Pemangku Raja. Dalam berbincang tentang perkara itu, nama Tengku Azhar Shariff tidak ketinggalan dalam perbualan mereka. Rasanya, satu Malaysia sudah tahu yang anakanda sulung sultan tersebut tidak ditabalkan kerana sebab yang tidak pernah dibincangkan secara umum itu. Oleh kerana darah diRaja yang dimilikinya, kebanyakan orang tidak berani untuk mengatakan apa-apa tentang latar belakang Tengku Azhar yang agak taboo itu.
“Saya agak kurang setuju dengan pertabalan Tengku Arshad. Sepatutnya, Tengku Azhar yang lebih layak,” Chan tiba-tiba memberikan pendapat yang tidak disangka-sangka oleh Jad dan Taufik. Ingatkan Chan yang seorang berbangsa cina ini tidak mengambil kisah langsung tentang isu kemelayu-melayuan ini tetapi pandangan mereka ternyata meleset sekali. Mana mereka tahu Chan rupanya berminat dan pastinya ada sebab kenapa dia berkata begitu.
Tengku Azhar adalah seorang yang bervisi dan ada matlamat yang hendak dia capai. Dia berfikir jauh ke depan, tidak sama dengan adiknya itu yang semua orang tahu cukup merendah diri. Pandangannya itu dikongsikan bersama Jad dan Taufik namun dengan laju Jad mencelah, dia mengatakan Tengku Arshad tidak sama dengan abangnya. Tengku Arshad lebih bersikap lembut dan penuh santun. Hanya kerana wajahnya tidak banyak kelihatan di kaca TV merasmikan program itu dan program ini, tidak bermakna dia tidak bervisi. Cuma Tengku Arshad lebih mementingkan aktiviti kemanusiaan, kemasyarakatan dan pembangunan ummah. Jadi, program-program begini kurang mendapat tajaan yang mencukupi untuk disiarkan di dalam berita TV. Lagipun, jika menggunakan dana daripadanya sendiri, Tengku Arshad cukup pantang perkara itu diheboh-hebohkan. Dermanya ikhlas dan dia tidak mahu terpalit dengan perasaan riak mahupun membuatkan orang lain mendapat dosa kering mengatakan dirinya sekadar mahu berlagak. Dia tahu, penyokong abangnya masih ramai yang tidak menerima pertabalannya. Bukannya dia takut cuma dia tidak mahu pergaduhan antara saudara berlanjutan sementelah hubungannya dengan abang sulungnya itu tidaklah berada dalam kondisi yang baik, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini.
“Ya, sepatutnya tidak perlu ada yang mempersoalkan pilihan baginda Sultan. Semestinya baginda tahu siapa yang terbaik untuk mewarisi tampuk pemerintahan negeri,” sambung Taufik menyokong hujah Jad.
Chan hanya tersenyum penuh sinis. Dia tetap dengan pendiriannya yang sukar digoyah. Padanya, Tengku Azhar seribu kali lebih baik berbanding Tengku Arshad.

Act 122 – The Grudge

Zahim mendongak memandang ke langit malam daripada sun roof kereta Lexus GS 250 tersebut. Langit gelap sahaja dengan cahaya bulan yang terlindung oleh awan tebal. Gelapnya menandakan hujan boleh turun bila-bila masa. Namun ada sesuatu di langit yang berjaya membuatkan dirinya masih ingin mendongak pandang.
Di sebelahnya, memandu, Tiger kelihatan terganggu dengan anak majikannya itu. Dia sebenarnya tidak suka menunjukkan emosi tetapi tidak boleh tidak dia juga manusia biasa yang bisa berasa jengkel dengan perangai keanak-anakan Zahim. Sudah mabuk hanya tahu memanggilnya sahaja kalau hendak balik. Ingat dia apa? Balaci? Kuli batak? Ah, bukankah dia? Tetapi masih Tiger tidak rasa suka untuk melakukan kerja bangang seperti ini.
Wajah Zahim kelihatan kemerah-merahan dek kerana paras alkohol yang sudah meninggi dalam pembuluh darahnya. Kepalanya sudah tidak berapa selesa. Senang kata dalam bahasa pasarnya kepala otak si Zahim itu sudah ting tong. Tetapi walaupun begitu sedikit daripada dirinya masih mampu memberi respon terhadap persekitaran. Dia melihat ke arah Tiger yang cukup fokus dengan pemanduan. Tidak melayan langsung Tiger terhadapnya.
“Rancangan papa masih jadi, kan?” tanya Zahim kedengaran sedikit meraban dengan suara mabuk.
Tiger tersengih dalam perasan jengkel. Rancangan papanya? Ah, Zahim tidak punya sebarang idea tentang apa yang dia rancangkan, kalau Datuk Jamaluddin pun dia mampu perangkap demi kepentingannya, si Zahim yang berotak udang ini apatah lagi. Namun semua itu hanya dia dalam benak penuh muslihat Tiger. Tiger tidak menjawab.
“Eh, aku tanya kau dengar ke tidak?” tanya Zahim dengan suara sedikit meninggi apabila pertanyaan dia tidak dilayan.
Kalau diikutkan hendak sahaja Tiger sepak sahaja kepala mamat alkoholik itu. Tetapi dia tidak memilih berbuat demikian. Dia masih memerlukan Zahim dan Datuk Jamaluddin buat masa sekarang. Jadi biarlah dia bersabar dengan kerenah Zahim yang sangat menjengkelkan itu.
“Tuan Zahim, kita balik dahulu. You need to sober yourself first. We’ll discuss again later,” jawabnya.
“Aku nak tahu sekarang!” pekik Zahim hilang kawalan.
Just be patient, Zahim!” balas Tiger sudah mula hidalng sabar dengan Zahim. Sedikit lagi budak lelaki itu menjawab memang penamparlah makan dia. Apa yang terjadi selepas itu adalah seperti yang tidak diduga Tiger. Elok sahaja Zahim lena dengan kepala hampir mencecah bahunya. Air haram itu sudah membuatkan dia terlena akhirnya. Ah, eloklah daripada dia hendak melayan lebih lanjut kerenah Zahim. Dia menolak kepala Zahim sedikit menunjal. Kepala lelaki itu terdorong ke arah bertentangan dan berlanggar dengan cermin pintu. Tiger meneruskan pemanduannya dengan mengimbas sedikit apa yang telah dibincangkan oleh dia, Datuk dan Edwin bersama Nina.

Imbas kembali
Bilik mesyuarat, wisma milik Datuk Jamaluddin
“But Edwin, I was just coming back from their lair, what if someone recognized me?” tanya Nina sedikit terkejut dengan cadangan Edwin. Ah, takut dia sahaja yang dia fikirkan! Tak guna betul si Edwin ini.
“Come on, Nina. You’re barely getting there and what’s the problem. It’s not direct with Tengku’s, you just have to sneak into Tseng’s.” Jawapan Edwin membuatkan Nina kembali memikirkan kemungkinan. Walaubagaimana pun Nina tahu yang segala rakaman CCTV di markas Tengku Azhar malam itu sudah pasti telah dipadamkan oleh Code K. Mereka tidak akan sesekali mahu menempah masalah, apatah lagi dengan Tengku Azhar. Jadi, besar kemungkinan tidak akan ada yang sedar bahawa dia adalah mastermind di sebalik serangan malam itu.
“I’ve a suggestion.”
Semua orang memandang ke arah Tiger. Namun dia mengambil masa untuk membuka mulut semula. Datuk Jamaluddin menunggu dengan wajah yang masih sabar. Edwin pula tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang signifikan. Nina pula berminat untuk dengar.
“Hmm,” desah Tiger sekejap, sedar apa yang hendak dikatakan olehnya itu boleh jadi tidak membawa apa-apa makna tetapi mengenangkan pertemuan sejenak mereka di kediaman Tengku Azhar, dia sedar lelaki itu agak penting juga orangnya. Dan dia juga sedar, ada peluang untuk mereka mempergunakan dirinya.
“We get to Tseng by Raphael.” Senang sahaja cakap Tiger. Namun ideanya diterima baik. Edwin cuba menyelongkar apa yang dimaksudkan oleh Tiger dengan cara menyuruh mereka mempergunakan Raphael. Mengikut perkiraan dan siasatannya, Raphael tidak lebih daripada orang kanan aka suruhan Tseng sahaja. Namun pasti ada sesuatu yang Tiger fikirkan. Edwin tidak mahu Tiger tahu yang dia tahu sesuatu yang sebenarnya, dia tidak tahu dan mahu tahu. Jadi dia mendiamkan diri tetapi gerak-geri Tiger dirasanya, perlu diawasi.
Imbas kembali tamat.

Tiger memandang wajah Zahim daripada sisi. Sejenak dia berfikirkan tentang banyak perkara yang cukup memualkan kepala otaknya. Lelaki ini bukan sahaja kaki minum, kaki perempuan malah seorang perogol bersiri. Mengenangkan itu, ingatannya tertumpah kepada Sheri. Sheri sanggup menggadaikan dirinya untuk membantunya. Namun akhirnya, seperti mana-mana perempuan dia tidak dapat menyelamatkan diri daripada Zahim. Namun keadaannya tidak sama dengan perempuan-perempuan lain. Dia merelakan dirinya menjadi galang ganti kerana Sheri cinta kepadanya. Sama seperti cintanya dia terhadap wanita itu. Dia ingat lagi pada hari di mana Sheri menangisi apa yang terjadi kepada dirinya. Dia memeluk perempuan itu, walaupun dia sendiri tahu apa yang bakal berlaku menyerahkan Sheri untuk menjadi pengintip Zahim, pasti ada cagarannya. Dan itulah apa yang dia sangka dia boleh terima pada mulanya. Tetapi saat melihat Sheri dalam keadaan begitu, dengan air mata berhambur tidak henti-henti, Tiger hampir-hampir hendak menghancurkan rancangan yang lama dia rancang. Kalau bukan Sheri yang memujuknya untuk kekal bersabar demi masa depan mereka, rasanya dia tidak perlu memandu pulang Zahim malam ini. Sebaliknya, sama ada hidupnya di balik palang besi penjara ataupun sudah mereput tidak berkubur. Dia lega yang dia tidak memilih pilihan pertama.
Sekarang, dia bukannya sekadar mahu memperangkap Datuk Jamaluddin dan Zahim kerana tamakkan harta sahaja. Dia mahu melakukan semua itu kerana sekarang di hujung lubang hatinya, dia bencikan kedua-dua anak beranak itu. Bukan hanya kerana segala pengorbanan dan khidmatnya yang dirasakan tidak berbaloi, dia bertekad untuk menjerat Zahim kepada keadaan seteruk-teruk manusia. Dan dia mahu lihat, sejauh mana lelaki itu mampu berlagak dengannya lagi.
Tanpa memandang ke arah Zahim, Tiger berdengus. Hatinya yang panas mendidih sudah menyuam dan menjadi surut. Lambat laun, hasratnya akan menjadi kenyataan.
“You don’t know what hit you, Zahim. So as your father!” Dendam itu akan membuatkan dia terus bertahan di sini. Dia sanggup menghambakan diri sedikit masa lagi kerana selepas ini dia dapat melihat kedua-dua manusia hina itu tersungkur dan tidak mampu bangun lagi. Dengan suara perlahan, Tiger menyambung monolognya, “...aku akan buat kau kenal makna penyesalan.”

Act 123 – Those Who Vow to the Code

Ibu pejabat Code K, Singapura

Elena berjalan dengan laju menuju ke lif. Ada beberapa kertas laporan yang perlu dia siapkan. Pengerusi hendak meneliti, seperti biasa selepas mana-mana tugasan yang mereka lakukan. Dialah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan laporan. Hendak harapkan si Blade. Haram. Dan mengenangkan Rock yang sebenarnya dua kali lima sahaja dengan abangnya itu, Elena mengeluh perlahan. Ah, sekurang-kurangnya, Rock ada alasan. Bahunya berlubang. Sakit hendak menaip. Padahal elok sahaja dia berfacebook dengannya semalam. Mengenangkan tugasan terakhir mereka sebelum ini, hati Elena menyirap serta-merta. Tak guna punya perempuan! Sekarang, dia memang sudah ada isu berbangkit dengan Nina. Dalam hati, Elena menyumpah kuat, ‘jangan bagi aku nampak engkau sekali lagi, kalau tidak kaki makan kau!’ rengusnya dalam hati tetapi naik ke muka. Masam sahaja, semua yang memandangnya terasa takjub sebentar. Muka lawa tetapi ganas semacam. Orang Korea, muka mereka macam satu pattern sahaja. Jadi ramai yang menyatakan dia ini mirip dengan pelakon wanita Park Shin Hye, pelakon He is Beautiful itu. Lif berhenti pada tingkat di mana pejabat urusan Code K yang berselindung di sebalik nama sebuah syarikat penyedia sekuriti Full Defence Pte Ltd. Full Defence menyediakan servis seperti sekuriti peribadi dan bisnes-bisnes yang sah manakala Code K terjerumus kepada pekerjaan yang lebih ekstrem dan tidak mengutamakan moral. Namun, permintaan terhadap servis-servis sebegitu amatlah menguntungkan. Manusia kalau sudah hendak, bayar berapa banyak pun tidak kisah. Jadi atas dasar itulah, Code K ditubuhkan. Pengawasan daripada pihak berkuasa bukannya tidak ketat tetapi bagi organisasi-organisasi rahsia seperti ini, mengekalkan rahsia bukanlah sesuatu yang sukar. Mereka mempunyai cara dan metod tersendiri dalam merencana agenda.
Elena menepekkan kad aksesnya ke scanner. Sebenarnya dia tidak perlu berkasar sangat dengan alat elektronik itu tetapi sebal hatinya masih berbaki lagi. Jadi perbuatannya sudah semestinya merefleksikan apa yang dia rasa. Marahnya kepada Blade sudah berkurang. Ah, memang dia sudah memaafkan lelaki Melayu itu malam itu juga selepas Blade menyuruhnya meninggalkan mereka untuk menyelamatkan diri. Dia rasa itulah perkara yang paling mengharukan Blade pernah lakukan terhadapnya. Risaukan keselamatannya. Sebal hatinya, hilang terus mengenangkan itu. Elena memang sukakan lelaki itu. Tetapi Blade selalu berlagak seperti tidak ada apa-apa. Ah, dia tidak perlu berbuat seperti dia terdesak sangat. Walaupun kenyataannya, dia memang sangat menyukai Blade, tidaklah sampai ke tahap sampai dia hendak merangkak menagih perhatian lelaki dingin itu.
Pintu terbuka, Elena menolak dan memasuki ruang pejabat yang hanya ada beberapa orang sahaja itu. Kira-kira 4 orang staf yang ada pada masa ini. Pejabat memang selalu begini. Tidak ramai.
Keadaannya kelihatan seperti sebuah ruang besar dengan dinding tidak bertingkap. Semua dinding dilengkapi oleh peranti yang akan menghalang sebarang cara pencerobohan terutamanya dari segi teknikal dan elektronik. Jadi apa-apa informasi yang ada di dalam pejabat ini tidak akan terlepas ke luar, sekiranya tidak ada orang dalam yang membocorkan rahsia. Jadi atas sebab itulah, Elena berkeras dengan Blade pada malam itu mengatakan misi mereka tidak mungkin telah ‘dijual’ kepada mana-mana pihak. Selain mereka dan Nina. Tidak mungkin ada lagi yang tahu.
Seorang staf di situ yang bernama Shera memberitahu Elena mereka akan menerima seorang lagi staf petang ini. Direct daripada Code V yang ditukarkan ke sini atas arahan pejabat pusat Code X di USA. Code V adalah cawangan mereka di Western Europe.  V mungkin bermakna Vicious atau dalam bahasa perancis Vucieux. Namun nama sebenar Code V bukanlah apa yang penting di sini. Yang menjadi pertanyaan kepada Elena adalah siapa? Sepatutnya dia tahu akan perkara ini lebih awal lagi sementelah dia banyak berurusan dengan pengerusi. Jika berlaku keadaan sebegini maknanya kehadiran staf baru itu adalah atas alasan yang sulit dan penting dari segi masa. Sebab itulah dia tidak tahu. Soalan di kepala tidak lama menunggu lahir ke dunia.
“Why so suddenly? Siapa?” tanya Elena sambil menanggalkan kot hujannya dan menyangkutkan ia pada penyangkut yang ada berdekatan. Dia menyisir rambut ke sisi.
“I’m not really sure about that but I’ve checked his profile. Emil Balthier. Codename, Jester. He’s supervised under Sir Leonard. One and a half years based in X, then he went missing for over a year, and redirected to V, last year and now, here. Secret agent- and assassination-qualified, and he’s cute!” balas Shera panjang lebar menerangkan profil Emil, staf baru yang bakal menyertai mereka nanti.
“Impressive.”
Satu perkataan sahaja yang dikomen Elena. Tidak melayan sangat Shera yang rasanya berminat dengan Emil itu. Dia mengeluarkan thumbdrive yang terselit dalam dalam tas tangannya. Berjenama Kingston. 16 GB. Dicucuknya pada port USB yang tersedia dekat Sony Vaionya itu. Dengan prosessor yang hebat. Laju sahaja peranti gajet itu memproses data yang ada. Sekali klik tak tertunggu langsung. File diakses dengan mudah dengan RAM 4GB, DDR3. Melihat rakannya itu sudah masuk kepada mode serius bekerja, Shera malas mengacau lagi. Dia juga ada tugasan yang perlu disudahkan. Report sahaja sebenarnya. Kaki melangkah meninggalkan Elena tanpa berpamit.
Elena melayang pandang sekilas melihat Shera. Sekejap, sebelum fokusnya kembali terarah kepada skrin komputer riba. Dia membuka fail Word dan mula menulis.
~~
Blade dan Rock tidak masuk kerja hari ini. Biasanya kalau tidak ada apa-apa tugasan sekalipun mereka akan ke markas rahsia menjalani latihan intensif yang diwajibkan terhadap semua staf. Kebiasaannya adalah latihan simulasi yang bertujuan untuk menajamkan skil staf-staf mereka. Kalau tidak berbuat demikian sekalipun, mereka akan mengangkat berat di gim dan melakukan aktiviti-aktiviti lain, asalkan tidak berdiam tanpa tujuan. Seperti hari ini. Keadaan Rock yang masih belum pulih betul menagih perhatian sepenuhnya daripada Blade. Ah, bukannya Rock betul-betul memerlukan sangat tetapi Blade yang tidak mahu berganjak daripada menjaga adiknya.
“Daripada membazir waktu jaga aku, eloklah kau tolong Elena siapkan report. Nanti kalau chairmen tanya, senang sikit nak menjawab. Misi ni kantoi tau, mesti mereka akan banyak bunyi,” ujar Rock dengan suara selamba macam orang tidak sakit tetapi tuhan sahaja yang tahu betapa mengilukan tidurnya malam semalam. Hendak berbaring menyendeng sangatlah seksa. Sudahnya dia tertiarap sahaja sepanjang malam. Dan itu cukup susah untuk dilakukan oleh seorang yang tidur ganas lagi buas seperti Rock.
“Tak apa. Pandailah dia buat sendiri. Macam tak pernah. Kita kan ada dia dalam kumpulan kita untuk dia buat semua laporan, kan. Dah lupa?” jawab dan tanya Blade sambil menyerahkan protein-shake kepada Rock. Walaupun mereka tidak bersenam angkat besi hari ini tetapi meminum minuman protein berperisa coklat itu sudah jadi seakan rutin. Macam ketagih pun ada, ibarat meminum Milo sahaja lagaknya. Rock mengambil bekas shaker yang diletakkan oleh Blade di hadapannya dan meneguk satu hirup.
“Kesian dia! Kau ni tahu nak pekena dia je. Dia dahlah suka kat kau,” balas Rock cuba bergurau sedikit.
“Salah dialah, nak sangat dekat aku buat apa?” ada ketawa pada penghujung tanya Blade. Rock yang mulanya hendak bergurau terus terkedu mendengarnya. Ah, Blade memang tak ada hati perut bila bercakap tentang perempuan. Padanya perempuan semua sama sahaja. Asal boleh digunakan, gunakan sepenuh-penuhnya. Jangan teragak-agak. Tetapi baginya, dia lain. Semakin mengenali Surihana, semakin itulah dia jadi lebih berperikemanusian. Tetapi akhirnya dia sedar, dia hanya mahu menjaga Suri sahaja. Dia tidak mahu ada orang yang sekadar mempergunakannya sahaja demi kepentingan mereka. Pernah sekali ada seorang senior yang cuba mempermainkan perasaan Suri. Rock yang Suri kenali sebagai Hafriz tidak menunggu lama untuk memberi senior itu satu pengajaran yang dia tidak akan lupakan. Dengan itu, seminggu jugalah dia bermastautin di dalam bilik wad kerana teruk dibelasah seorang lelaki bertopeng yang tidak lain dan tidak bukan adalah Rock.
“Diam kenapa?” tanya Blade.
“Tak, tak ada apa-apa. Hmm, misi tu dah gagal, so kau rasa, Tengku Azhar akan ambil tindakan tak?” tanya Rock cepat-cepat menukar topik sebelum Blade dapat menelah.
“Entah, aku pun tak tahu,” balas Blade tanpa memakai perasaan risau di wajahnya. Selamba sahaja seperti kalau ada orang-orang Tengku Azhar yang menyerang di muka pintu pun, dia mampu hadapi. “...tapi aku sure, kalau dia tahu siapa yang buat. Memang free-free je kita kena.”
Rock telan air liur mendengar komen Blade yang masih kedengaran selamba. Biar betul Blade ni, perkara ini serius. Macam mana kalau Tengku Azhar betul-betul buat gila. Tak ke masak mereka nanti. Namun hanya sekelumit keluhan yang terlepas daripada mulut Rock. Blade sudah tidak peduli lagi.
~~
Petang itu
“Hi, nice meeting you.” Sapaan ramah Emil mendapat jawapan yang mesra daripada Shera, Becky dan Lois. Tetapi tidak Elena. Perempuan itu tidak berganjak daripada kubikalnya. Kerjanya sangat penting, mungkin. Namun itu tidak membuatkan Emil berhenti berusaha untuk menyapa. Dia berjalan ke arah Elena. Dan sapaan sama dia lontarkan.
“HI, NICE MEETING YOU.” Kali ini intonansi dan enusiasinya lebih jelas dan kuat. Elena pangku kepala memandang lelaki bertubuh tegap tinggi di hadapannya ini. Lelaki ini lengkap dengan kemeja putih berjenama SUB Zero, lagaknya seperti hendak berclubbing sahaja rupanya. Dengan seluar panjang hitam berfabrik demin daripada jenama sama, dia mengenakan kasut boot daripada jenama Camel. Nampak chic dan smart tetapi Elena faham benar lelaki jenis ini, nampak bergaya dan semestinya buaya darat. Malas dia hendak melayan. Namun mengenangkan banyak mata memandang dengan salah seorang pegawai atasan berada di sini, Elena meringankanlah sedikit tubuhnya untuk bangun. Dan bersalam.
“Hi, it’s nice to have you here, Pester.”
“What? Pardon me?”
“Pester. Your codename?”
“Ahh... you mean... Jester?”
“Did I say...? Pester?”
Emil tidak menjawab dengan bahasa Inggeris mahupun apa-apa bahasa lingual dalam dunia ini tetapi sedikit body language dan bahasa muka yang berniat mengatakan, ‘ya!’
“I’m sorry,” balas Elena Park Soo Young saja-saja. Sebenarnya dia memang tahu siapa nama kod si Emil itu tetapi sengaja sahaja dia hendak bermacam-macam.
Walaupun begitu, Emil masih menghulur tangannya untuk bersalam. Dia merasakan sesuatu yang lain daripada wajah Elena. Seperti ingin mengatakan sesuatu terhadap dirinya. Dia suka aku ke? Desah Emil dalam hati. Sudah, perasan sangat dah mamat ini rupanya!

Act 124 – Royal Brethren

Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Baginda Tengku Arshad bukanlah seorang yang gemar bermain golf tetapi dia patuh kepada formaliti. Apatah lagi dengan tertabalnya dia sebagai pewaris takhta kerajaan negeri. Dia tidak ada banyak dalih lagi untuk tidak menerima pelawaan bermain golf jika ada yang mengajak. Terutamanya Tengku Mahkota daripada kerajaan lain. Sebagai tanda dia akan menjadi pengganti ayahandanya, Tengku Arshad tidak boleh menolak. Namun hari ini lain ceritanya. Hari ini, dia sendiri yang mengajak seseorang yang penting buat dirinya tetapi dia tidak sepasti mana penerimaan orang tersebut. Kekandanya, Tengku Azhar.
“I still remember, golf isn’t your forte, brother.” Daripada belakang, Tengku Azhar menyapa adindanya. Yang berdiri tegak di lapangan padang golf itu bersendirian. “...and let me remind you of something, dear brother. Adinda sekarang Tengku Mahkota kerajaan kita. Tiada elok untuk adinda bersendirian di sini menunggu kekanda. Kalau bukan kekanda yang datang bagaimana? Kalau ada yang mahu berbuat onar pada adinda bagaimana? Padah jawabnya.”
“Adinda terharu kekanda ambil berat dengan keselamatan adinda... tetapi jangan risau. Pengawal diraja ada di merata-rata.” Tengku Arshad sekadar tersenyum tawar menjawab pertanyaan kekandanya yang berbaur provokatif itu. “...and I was just wanted to relive the good ol’ days where we used to play together, alone. Just the two of us. We usually ended up playing what you like but I never whined.”
Tengku Azhar tergelak sedikit mendengar kata-kata adiknya itu. Buat masa sebentar, dia terlupa betapa jahatnya diri sendiri.
Dia dan Tengku Arshad cukup akrab pada suatu masa lalu. Dia masih ingat lagi semasa mereka kecil. Tengku Arshad memang jenis yang tidak pernah melawan. Apa yang dia katakan, selalunya menjadi apa yang mereka lakukan. Memang benar seperti apa yang diberitahu Tengku Arshad, dia tidak pernah merungut dan membantah. Dia gembira mempunyai adinda sebaik itu. Namun mengenangkan sekarang, Tengku Arshad tidak menolak amanat ayanhanda mereka, Tengku Azhar mengalih pandang. Raut bencinya tidak mahu dia perlihatkan kepada penglihatan Tengku Arshad. Setidak-tidak belum lagi. Perasaannya tadi tidak kekal lama. Niat dalam hati tidak pernah terpadam walau apa pun yang terjadi. Tengku Arshad, takhta itu milikku. Aku yang sewajarnya jadi raja, bukan kau!
“Kekanda?” tegur Tengku Arshad perlahan, sedar abangnya itu lama memalingkan muka tidak menghadapnya. Dia rasa gusar dan hairan sedikit.
“Ya, let’s golf together.” Suara Tengku Azhar kedengaran mendatar. Apa yang ada dalam kepala dan hatinya tidak terpancar melalui tona suaranya. Sama ada dia berlakon ataupun memang begitu caranya dia bercakap dengan adiknya itu, tidaklah diketahui.

Act 125 – Dear Jeff 1: Not Always Bad

2010. Thailand, Markas Rahsia Gerila Tengku Azhar

Saif meneliti pergerakan mereka yang baru datang itu. Dia tahu, duduknya dia di sini bagai menggadaikan nyawa. Kalau dia tertangkap, rasanya di tidak boleh melarikan diri lagi tetapi dia yakin tidak ada yang tahu apa yang berlaku. Tidak ada seorang pun yang tahu siapa dirinya. Namun bekerja sendirian memang cukup sukar. Tiba-tiba dia teringatkan bekas rakan sejawatnya itu. Bukanlah sejawat sepangkat tetapi orang yang rasanya sudah banyak membantunya. Walaupun hubungan mereka sebelum dia dilucutkan jawatannya tidaklah begitu baik, Saif tidak dapat menidakkan jasa yang telah lelaki itu curahkan untuk misi yang entah bila akan habis ini. Segera mindanya melayang mengingati peristiwa itu.

Imbas kembali
2008, kira-kira setahun setengah yang lalu. Di sebuah lokasi rahsia sekitar Kuala Selangor
Motorsikal berkuasa tinggi Kawasaki Ninja yang ditunggangi Adli Azeem berhenti di tepi jalan. Berdekatan dengan sebuah ladang kelapa sawit yang besar. Dalam banyak-banyak tempat, di sini lelaki itu mengajaknya berjumpa. Memang betul-betul rendezvous nampaknya. Siapalah yang dia risaukan akan mengintip mereka sehinggakan ke sini tempat berjumpa.
Dia mencari batang tubuh lelaki yang sepatutnya dia jumpa itu tetapi tidak dijumpai. Belum sampai atau bukan di sini. Kalau mengikutkan apa yang telah mereka rancangkan, dan meneliti koordinat yang diberi, memang di sini tetapi bayang-bayang Saif tidak kelihatan di mana-mana. Nampaknya satu lagi kes janji melayulah ini. Adli berdengus dalam hati. Dia paling pantang sekali berdepan dengan situasi sebegini. Selepas memasuki tentera barulah dia tahu betapa berdisiplinnya dia jika hendak dibandingkan dengan zaman sekolahnya dahulu. Dan apabila ada yang tidak menepati masa seperti sekarang ini, dia jadi marah. Namun, dia mengingatkan dirinya, mungkin Saif berada dalam situasi yang lain sekarang. Sebab itulah dia tidak boleh ke sini tepat pada waktu.
Namun apa yang difikirkannya nyata meleset apabila sesusuk tubuh keluar daripada belukar berdekatan dengannya tanpa memberi isyarat.
“Oi, mak kau!” “Omak den katonyo!” laung kedua-dua mereka serentak terkejut. Tetapi latahnya si Saif lebih sedikitlah daripada segi tona dan volume suara serta reaksi wajahnya. Kantoi sahaja melatah dua ekor beruk tentera ini.
“Hoi, buat apa dalam tu keluar tak bagi signal?!” marah Adli serta-merta.
Tidak ada apa-apa jawapan daripada Saif melainkan satu muka ‘troll’ yang masih melekat pada wajah. Adli yang melihat berasa macam hendak sepak sahaja tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia masih waras. Takkanlah dia hendak memukul orang atasannya. Dia leftenan manakala Saif pula seorang kapten. Jauh pangkatnya. Jadi, dia masih perlu menghormati lelaki itu. Walaupun perangai si Saif itu seakan membolehkan dia mengambil mudah sahaja pangkat yang ada pada lelaki itu, Adli tidak berani. Biasanya diam-diam ubi berisi.
“Err... orang kencinglah. Bukan main lama aku tunggu, sampai naik terkucil,” balas Saif apabila rasa kagetnya surut.
Adli hanya mengangkat kening sahaja apabila lelaki di hadapannya ini memberitahu perkara tersebut. Dia menilik jam di tangan, kira-kira lima minit selepas pukul 11 malam. Jadi dia tidak lewat. Apa pasal pula Saif datang terlalu awal? Itu bukan salahnya kalau lelaki itu terpaksa menunggu.
“Kau datang awal sangat kenapa?” tanya Adli selamba.
“Aku mengamalkan janji jepun,” selamba jugalah jawapan Saif.
“Minta maaf, aku mengamalkan janji Amerika. Tepat pada masanya tidak lebih dan tidak kurang,” Adli menyambung bicara tentang janji mengikut budaya dunia itu. Ya, kalau hendak diikutkan orang-orang barat memang akan datang tepat pada masa yang dijanjikan manakala orang disebelah timur jauh akan datang lebih awal mengikut kebiasaan. Itu adalah apa yang diberitahu dalam kelas International Economics Geography. Tetapi praktikalitinya benar atau tidak, wallahualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu.
“I thought you’d be early, kau lagi dekat,” balas Saif dengan nada perlahan. Menandakan dia sudah tidak mahu berlawan cakap lagi walaupun intipati apa yang dikatakannya pasti akan membuatkan Adli membalas.
“Aku akan pegang pada janji.” Benar telahannya.
“Okay, okay. Aku datang awal sangat. Puas hati?”
Tidak ada balasan daripada mulut Adli, sebaliknya dia tersengih sedikit sebelum membuka buah bicara.
“So, what’s the status up right now?”
“Aku dah selamat masuk dalam geng tersebut. But a little different from what I expected. Aku dah ke Thailand. Memang ada gerakan gerila dekat sana tetapi tak ada bukti nak sabitkan Tengku Azhar lagipun, misi ini bukannya untuk berkas Tengku, kita perlukan maklumat tentang Tseng. But good news is that I figure out something much more important. Which might also be a bad news.”
“Apa?” pendek sahaja pertanyaan Adli.
“Aku sekarang berada dalam kumpulan askar upahan yang sedang berkhidmat dengan Datuk Jamaluddin.”
“Apa? Siapa dia tu?” tanya Adli kurang arif dengan nama datuk tersebut.
“Ah, kayulah kau ni! Takkan Datuk Jamaluddin pun kau tak kenal. Baca akhbar tak kebelakangan ni? Dia baru lepas menang kes mahkamah tentang skandal rasuah tu.”
“Oh, that one. Aku tahu. Dia pun terlibat. Apa nak jadi ni? Orang jahat macam itupun boleh terlepas hukuman, tak guna betul.”
“Tak kisahlah, itu bukan halnya sekarang ini. Apa yang aku nak kau sampaikan kepada Tuan adalah, rancangan akan bertukar. Aku tak boleh keluar daripada kumpulan itu sekarang. Tapi aku masih boleh siasat tentang Tseng. Orang-orang dalam tempat aku tu tahu banyak tentang Tseng. Aku rasa kita boleh gunakan mereka untuk dapatkan Tseng.”
“Okay, apa-apa hal, kau keep in touch dengan aku. Jangan risau, aku pun dah masuk dalam sindiket Tseng tapi betullah seperti yang mereka kata, nak jumpa Tseng secara berdepan rasa macam nak menghadap sultan. Belum boleh lagi tapi jangan risau, aku dah sampai kepada orang kanan dia, Raphael. Mungkin dari dia kita boleh ambush dan berkas Tseng.”
“Adli, jangan blew up dulu. Kita perlukan bukti, kau faham, kan? Jangan bertindak melulu. Padah nanti!”
“Aku tahu, aku akan tunggu cue daripada engkau. Jangan risau.”
“I’ll keep you informed from here on. You do the same, okay” kata Saif menamatkan perjumpaan sulit mereka.
Saif menepuk bahu lelaki itu sebelum berlari jauh ke dalam ladang kelapa sawit tersebut, kenderaannya berada di dalam sana. Adli hanya memandang daripada jauh dengan roman wajah yang tidak dapat ditelah niat dalam hati. Dia menginjak langkah ke tempat dia memberhentikan motorsikalnya tadi. Masih banyak yang perlu dia lakukan. Namun, dalam hati ada sedikit gusar yang berbuai-buai pada tangkai jantungnya. Dia tidak menjawab panggilan daripada Auni. Dia perlu fokus tetapi Auni mungkin tidak faham dengan pekerjaannya. Jadi dia memilih untuk berdiam diri buat sebentar. Apa yang sebenarnya terjadi?


Tamat bahagian 25

Tafsir dipetik daripada Tafsir Quran Karim, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, 1973. Tidak pasti buku cetak keberapa dan bila tahunnya (tidak tercatat).

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS