Posts

Showing posts from March, 2013

REVIEW CINTA UNTUK DISEWA - LYNN DAYANA

Image
ASSALAMUALAIKUM SEMUA, Sudah berapa kurunkah saya tidak menulis di sini, adakah saya sudah stop menjadi penulis belog yang anggun dan chantek? motip...! hahaha, salah, adakah saya sudah stop menjadi penulis belog yang perasan awesome? TIDAK uolls! I'm still alive and kickin'! (walaupun hakikat sebenarnya sekadar penulis yang meminta kena tendang, kan!) Okaylah, asal menulis je... mengarut... asal menulis je, mencerca... asal menulis je... buat dosa... apalah nak jadi dengan hidup kau ni, Jahn? (sambil menunduk... sedar, insaf dan terkesima). Daripada makin 'panjang' meleretnya... adalah elok kita start je... baca bismillah! Bismillahirahmanirahim... Okay... camner nak start? Okaylah... semua sedia maklum, kan... Jahn ni penyokong setia kak Dhiya Zafira (klik nama untuk ke belog beliau), so sebagai peminat tegar, Jahn adalah jumpa beliau a couple of time... as a sign of support for her, kan. cam mulia tak I ni? mulia, murni, kan! haaa...! so, semasa bertembung ...

TCCOW TALK 7

AUNI SOFINA’S CAMEO Haa, macam mana dengan REVERSE TCCOW CONSPIRE ROYALE? Ok ke tidak? Bangang ke tidak? Kan... I would say, dalam banyak-banyak tu, Jahn paling suka sekali sewaktu menulis my own interpretation about Jeffri and Auni. Jahn buat macam itu sebab dalam TERTULIS BUAT KITA (TBK), apa yang kita tahu tentang Jeffri aka Adli Azeem adalah dia jahat, dia nak bunuh Jimmy, dia tak kisah apa nak jadi dekat Auni dah selepas dia masuk geng Paul. Apa yang baiknya yang kita tahu tentang dia cuma dia abang kandung Auni dan dia sangat sayangkan Auni sebelum dia kecewa dengan hidup. So, di sini Jahn macam nak picture bagaimana dia sebelum dia tersasar. Bagaimana perasaan dia sebagai seorang abang yang hanya ada seorang adik sahaja dalam dunia ni. So, deliberately... Jahn forgets all of his bad qualities dan letakkan dirinya dalam keadaan Jimmy dengan Afi. Macam mana Jimmy sayangkan Afi, macam itulah sayangnya Jeffri pada Auni. TCCOW VS TBK? Jahn tahu dengan meletakkan Auni dalam cer...

novela the curious case of whatever 23

Part 23 Act 111 – The Clash of the Heroes 6 - Blindspot Di dalam kenderaan tempat Elena berada, dia melihat sesuatu yang tidak kena. Walaupun mendengar apa yang dikatakan oleh Nina melalui corong earphone di telinga, dia berasakan suatu kecurigaan yang tebal. Perempuan itu hendak ke mana sebenarnya? Dia nampak Nina memasuki sebuah ruang kompartmen. Dia cuba mencari imej kamera yang disalurkan daripada kamera cctv dalam bilik tersebut tetapi gagal. Maknanya, di dalam bilik itu tidak ada cctv. Kenapa pula? Ada sesuatu yang penting dalam bilik itu yang tidak boleh dilihat sesiapakah? Atau adakah ruang itu sebuah ruang peribadi? Kalau tempat itu sebuah ruang peribadi maksudnya ianya adalah milik Tengku Azhar. Itu sahaja yang logik pada pemikiran Elena Park. Jadi apa sebenarnya yang diinginkan oleh Nina Frost? “Blade, I saw her getting into a room. I can’t see any footage of that,” kata Elena melaporkan apa yang dia nampak. “That was why she gets into the room, you’ve blindspot,...

novela the curious case of whatever 22

Part 22 Act 106 – The Clash of the Heroes 1 – The Clash Starts 2009. Bentong, Pahang... Hafriz yang masih menggelarkan dirinya Rock itu memandang ke arah Blade. Lelaki itu sedari tadi hanya diam membisu menunggu arah seterusnya daripada Elena. Perempuan itu bertindak sebagai pemberi arahan. Setelah menggodam sistem security and surveillance markas Tengku Azhar, dia harus terus tinggal di 4x4 yang telah diubahsuai dengan spesifikasi perisikan ini. Hatinya terasa seperti tidak tenteram tiba-tiba sejak tadi. Elena takut apa-apa yang buruk yang akan terjadi kepada Rock dan Blade. Dia risau. Ahh, apa yang perlu dia risaukan... Rock dan Blade cukup professional orangnya. Sudah banyak misi yang mereka lakukan, kenapa pula perlu dia berasa risau dengan misi yang satu ini. Pembunuhan rahsia. Susah sangatkah? Ya, susah. Tiba-tiba dia terjentik dengan perasaan itu. Perasaan yang datangnya bukan tanpa sebab. Yang hendak dibunuh itu bukannya orang biasa-biasa. Itu Tengku Azhar! Mereka t...