novela the curious case of whatever 23


Part 23

Act 111 – The Clash of the Heroes 6 - Blindspot

Di dalam kenderaan tempat Elena berada, dia melihat sesuatu yang tidak kena. Walaupun mendengar apa yang dikatakan oleh Nina melalui corong earphone di telinga, dia berasakan suatu kecurigaan yang tebal. Perempuan itu hendak ke mana sebenarnya? Dia nampak Nina memasuki sebuah ruang kompartmen. Dia cuba mencari imej kamera yang disalurkan daripada kamera cctv dalam bilik tersebut tetapi gagal. Maknanya, di dalam bilik itu tidak ada cctv. Kenapa pula? Ada sesuatu yang penting dalam bilik itu yang tidak boleh dilihat sesiapakah? Atau adakah ruang itu sebuah ruang peribadi? Kalau tempat itu sebuah ruang peribadi maksudnya ianya adalah milik Tengku Azhar. Itu sahaja yang logik pada pemikiran Elena Park. Jadi apa sebenarnya yang diinginkan oleh Nina Frost?
“Blade, I saw her getting into a room. I can’t see any footage of that,” kata Elena melaporkan apa yang dia nampak.
“That was why she gets into the room, you’ve blindspot, we need to have our own back up surveillance too,” balas Blade mudah seakan memperkecilkan kebolehan Elena. Bercakap dengan Blade kala ini membuatkan dia terasa menyampah sangat-sangat. Apa kena dengan lelaki ini sebenarnya? Apa yang sudah Nina sumbat ke dalam kepala otaknya? Marahnya dia sampaikan ke tahap dia jadi bungkam menahan diri. Ikutkan hati mahu sahaja dia keluar daripada ruang risikan ini dan ke tempat duduk pemandu. Start enjin dan terus balik meninggalkan mereka bertiga di situ. Biar terkulat-kulat! Tetapi mengenangkan Rock yang langsung tidak bersalah dia jadi terbantut pula hendak melaksanakan niat bengkek dalam hatinya itu. Sudahnya dia hanya makan hati sahajalah...
Seakan sedar pergolakan dalam hati Elena, Rock sekali lagi menegur dengan ayat sama, “Elena, kau ok?”
“It’s all right, I’m fine!” balas Elena nampak benar tidak sejajar perlakuan dengan pemikiran. Jawapan yang keluar daripada mulut dengan suara seakan membentak itu menunjukkan Elena memang tidak ok!
Blade menoleh ke arah Rock. Rock membalas pandangan Blade dengan pergertian ‘Blade, janganlah buat Elena macam ini lagi, kesian dia... sudah, sudahlah tu!” tetapi hanya melalui jaringan minda sahaja. Ajaibnya, Blade memang dapat menelah tentang hal itu.
“Biarkan dia,” balasnnya selamba merujuk kepada kelakuan Elena yang padanya mengada-ngada itu. Rock jadi hilang punca terus.

Act 112 – The Clash of the Heroes 7 – Perempuan itu Cemburu

Di sebuah bilik di mana Nina berada, dia membelek fail-fail yang ada. Semua rekod tentang jual beli senjata haram tersimpan di situ. Informasi ini kalau dapat ke tangan orang lain memang cukup berharga tetapi bukan dia, dia ke sini hanyalah semata-mata untuk mendapatkan blueprint separuh daripada formula X seperti yang diarahkan oleh Edwin. Orang bawahan Tiger yang berkhidmat dengan Datuk Jamaluddin.
Dalam sibuk-sibuk menyelongkar itu, dia mendengar sahajalah perbualan 3 orang yang lain itu. Nampaknya, benci benar perempuan yang bernama Elena Park itu dengannya. Ah, lantak kaulah Elena! Kau nak benci aku ke, apa ke, itu hal kau. Aku peduli apa! Hanya semata-mata kerana seorang jantan kau nak jadi seperti ini. Dah dia tak suka engkau, yang engkau masih terhegeh-hegeh menagih cintanya buat apa. Perempuan bodoh! Kutuknya dalam hati kepada Elena.
Ya, dulu dia juga begitu. Dia juga pernah jadi bodoh hanya kerana seorang lelaki. Tetapi sekarang apabila terkenangkan apa yang pernah dia lakukan dahulu dan apa yang Elena tunjukkan, dia rasa lucu pula. Ai, perempuan agaknya memang seperti ini. Mujur jugalah dia sudah sedar daripada kegilaan itu. Kalau tidak rasanya sampai sekarang pun dia masih obseskan Zack!
Dalam sibuk-sibuk dia teringatkan hal lama, Nina tidak lupa dengan kerjanya. Habis satu pejabat sementara Tengku Azhar itu tunggang-langgang dia kerjakan. Mujurlah akhirnya dia menjumpai juga apa yang dicari. Dia mahu mengucapkan syukur tetapi tiba-tiba dia menarik semula niatnya. Masakan Tuhan suka akan perbuatannya itu. Dia bergegas ke pintu semula tetapi satu bunyi tapak kaki yang menuju ke sini. Siapa? Tengku Azharkah? Atau orang lain, Cougar mungkin? No way, janganlah dia!
~~
Elena melihat ke skrin yang berpetak-petak menunjukkan lebih daripada 10 rakaman kamera litar tertutup. Salah satu daripadanya adalah di hadapan bilik yang dimasuki oleh Nina. Ah, sudah. Memanglah kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia biarkan perkara itu tetapi kantoi Nina, kantoilah Blade dan Rock, sesudahnya kantoilah dia juga! Dia mesti selamatkan keadaan.
“Blade, ada pergerakan dekat tempat perempuan tu masuk,” balasnya tenang dibuat-buat.
“Siapa? Tengku?” tanya Blade pantas mahukan jawapan.
“Negative, tapi walaupun bukan Tengku ataupun Cougar sekalipun, it’s still a threat to our mission,” balas Elena.
“Got it! Guide me to her,” balas Blade tahu apa yang hendak dia lakukan.
“Okay,” balas Elena penuh professional. Dia lupa terus betapa dia menyampah dengan Nina dan betapa dia merajuk dengan Blade. Nyawa lebih penting daripada perasaannya. Dia menyambung sejurusnya, “on your left, take the first passage, about 10 meters take the other passageway, there should be 3 more passages on the way. By the end of the way, she’s in the room, those guys are close but yet to make entrance,” terang Elena penuh teliti dan sepenuhnya. Blade tahu, Elena memang seorang yang cukup berpengalaman dalam hal sebegini, sebab itulah dia tidak pernah mengambil khidmat hacker lain selain Elena. Selain sudah biasa, Elena faham dirinya.
“O-ow,” keluarnya bunyi itu bermakna adalah sesuatu yang tidak kena. Elena tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Memberitahu Blade atau atau membiarkan sahaja. Dia tahu Blade sekarang dalam perjalanan yang sudah pun sampai ke tempat di mana Nina berada, semata-mata tidak mahu kehadiran mereka di sini menjadi terdedah. Tetapi rasanya semuanya sudah terlambat.
“Kenapa?!” tanya Blade mahu tahu.

Act 113 – The Clash of the Heroes 8 – Perang Pertama: Rock vs Cougar

“O-ow,” kata Elena. Rock mendengar apa yang dikatakan itu serta-merta merasakan sesuatu yang lain dekat persekitarannya. Apa yang dia risaukan berlaku juga. Dengan pantas tubuhnya menoleh ke belakang. Seorang lelaki berambut panjang separas bahu sedang merenungnya dengan sinar mata yang cukup menakutkan. Dia tidak perlu mengeluarkan PDAnya untuk memeriksa dalam pengkalan data siapa lelaki ini. Bunyi terkejut ‘o-ow’ Elena tadi sudah jelas memberitahunya siapa lelaki ganas ini.
“Cougar,” seru Rock perlahan. Rasanya dia sudah tidak ada pilihan lain selain berdepan dengan lelaki ini. Tangannya digenggam kuat, penumbuknya dikeras-keraskan secara paksa. Dia memeriksa pistol yang masih tersemat di belakang seluarnya. Sudah tidak ada masa untuknya memakai topeng muka yang masih tersemat atas kepala. Cougar sudah kenal wajahnya. Rock menanggalkan topeng kain itu, rambut pendek potongan sekolah menengah itu menyerlahkan kekacakan wajah babyfacenya tetapi apa gunanya paras rupa kalau dia mati di sini. Tidak, dia tidak mahu mati lagi. Bayangan Suri mengambil tempat dalam fikiran. Demi Suri dia harus menang!
“Kau tak nak serang dulu ke?” tanya Rock kepada lelaki yang masih berdiam diri itu.
Tidak ada jawapan yang dia dengar, lelaki ini sengaja mencabarnya. Rock tahu, dia tidak boleh tumpas dengan perang psikologi Cougar. Dia tidak mahu tewas sebelum bermula. Ya, kalau dia tidak bertindak, maknanya Cougar hanya akan mengambil masa supaya ramai lagi konco-konco Tengku Azhar untuk datang ke sini menyerangnya. Tanpa berlengah dia meluru ke hadapan cuba menyerang tumbuk Cougar namun pergerakkan Cougar cukup pantas. Laksana kilat menyabung bumi, sepantas itu jugalah satu tumbukan hinggap ke perut Rock. Rock menahan dengan telapak tangan tumbukan itu, nasib baik dia cepat, kalau tidak muntah airlah nampak gayanya dia. Secepat-cepat Rock, cepat lagi Cougar. Mana Rock sedar bila masanya Cougar berpusing satu pusingan dan menghadiahkan tumit kasut bootnya ke muka muda Rock.
“Arghhh!” pekik Rock tidak dapat menahan sakit. Sakitnya pipi rahang bagaikan gigi bongsu hendak tumbuh sahaja taranya.
Namun mengalah sudah menjadi sesuatu yang haram untuk Rock lakukan. Mana mungkin dia mahu menyerahkan kepalanya untuk dipenggal percuma.
Terdorong ke tepi barang 3-4 langkah, memberikan Rock jarak untuk mengatur semula pernafasannya yang tersekat. Nafas ditarik panjang-panjang dengan dalam-dalam. Dia cuba mencari akal bagaimana mahu merempuh pertahanan kebal Cougar. Namun akalnya menjadi dangkal tiba-tiba. Matilah dia kalau macam ini!
~~
“Elena! What happen?!” desak Blade apabila suara Elena masih tidak kedengaran.
“Elena Park Soo Young! Answer me!” kali ini suaranya sudah meninggi.
“We blew up, Cougar’s here!” balas Elena tidak dapat merahsiakan apa-apa lagi.
Kesemua mereka terkejut yang bukannya sedikit. Baik Blade mahupun Nina. Rock pula sudah tidak menumpukan perhatian terhadap apa pun yang dikatakan oleh Elena. Dia ada urusan yang lebih penting daripada mendengar apa yang dia sudah sedia maklum.
Sedang dalam kekagetan itu, Blade mendengar suatu suara yang menegur. Bukan menegur, menyergah. Nasib baiklah dia tidak melatah, kalau tidak buat malu sahaja!
“Hoi, siapa kau?!” jerkah suara itu.
Blade menoleh melihat ada 4 orang lelaki yang sedang berdiri betul-betul beberapa kaki dari tempat dia berdiri. Ah, sial! Sungutnya dalam hati menyumpah. Dia mengeluarkan dua bilah pisau rambonya daripada sarung yang ada terikat di pahanya. Dia tahu apa yang akan dibuat oleh lelaki-lelaki yang nampaknya hanyalah konco-konco picisan semata ini. Sekejap sahaja boleh dia selesaikan. Dengan tidak membuang masa dia meluru laju ke arah mereka berempat dan satu, dua, tiga tendangan hinggap ke dada setiap seorang daripada 3 orang. Seorang lagi betul-betul berada di hadapan Blade sebelum tanpa belas Blade melibaskan pisau ke muka lelaki malang itu. Terjerit dia kerana kesakitan yang sangat mendera. Orang kata, ‘what doesn’t kill you, makes you stronger’ tetapi rasanya bukannya boleh diterimapakai dengan keadaannya ini. Lelaki itu menggelupur menahan bisa luka yang bukannya kecil pada pipinya. Sudah cacat wajahnya itu. Dia tidak berdaya hendak bangun walaupun cukup marahkan Blade. Seorang rakan yang terkena terajang di dada tadi mengeluarkan pistol dan dengan tidak menunggu-nunggu lebih lama lagi dia melepaskan tembakan ke arah Blade. Lelaki itu sedar lantas menghalang dengan pisau besar itu hentakkan antara peluru dengan bilah tebal itu menyalakan sedikit percikan bunga api. Namun, Blade tidak yakin untuk menerima tembakan itu untuk kali kedua. Jadi, dia lantas berlari ke arah dinding. Dengan sepenuh tenaga dia melompat dan berlari di atas dinding itu seperti seorang ahli sarkis sahaja lagaknya. Dia benar-benar kelihatan seperti berlari di atas dinding dengan peluru-peluru yang seakan mengejarnya. Tidak lama sebelum dia melayang ke udara. Betul-betul di atas kepala penembaknya tadi. Hatinya dikeraskan, dia harus bertindak kejam untuk hidup. Tanpa teragak-agak, dia menghunus tikam pisau besar tajam itu ke kepala lawannya. Tercacak di atas kepala, sudah menembusi otak. Tidak ada peluang untuk lelaki itu hidup dengan kepala yang sudah berlubang. Lantas, dia terjelopok ke lantai dengan nyawa yang sudah hampir ke kerongkong. Menunggu saat Izrail merentap kesedarannya. Blade yang mendarat betul-betul di bersebelahan lelaki yang baru sahaja dia bunuh itu, mengambil pistol yang ada di tangan si mati. Peluru yang ada digunakan sehabisnya. Maka dengan itu, matilah 2 orang lagi manusia yang entah sejauh manalah jahatnya kalau hendak dibandingkan dengan Blade sendiri.
~~
Nina keluar daripada bilik itu apabila mendengar bunyi orang sedang bertarung. Dia tahu Blade ada di luar, jadi dia tidak bimbang. Tugasnya hampir selesai. Dia hanya perlu keluar daripada hutan tebal ini dan terus rendezvous dengan Edwin dekat tempat yang sepatutnya.
Sejurus membuka pintu dia melihat seorang lelaki yang sudah tersungkur di hadapan pintu sedang mengacukan pistol ke arah Blade. Blade pula sedang membelakangi lelaki itu. Kalau dia tidak melihat, mahu mati sia-sia Blade malam ini.
Tanpa berlengah, Nina memanggil lelaki yang cuba membunuh Blade itu, “Hey!”
Kerana terkejut lelaki dengan wajah yang sudah teruk dikelar itu menoleh ke belakang. Memandang Nina. Memandang wajah terakhir sebelum dia harus menempuh alam barzakh dengan amalan yang sudah pasti tidak cukup itu. Bunyi pistol membuatkan Blade laju menoleh ke belakang. Dia melihat Nina sedang keluar daripada bilik itu.  Namun hatinya tidak berasa senang melihat perempuan itu sudah selamat kerana keselamatan Rock sekarang sudah tidak dapat dia pastikan terjamin. Segera rasa ralat serta gundah bersarang di tangkai hati. Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Rock kali ini memang dia tidak dapat memaafkan dirinya lagi. Segera dia teringatkan apa yang dia guraukan tadi.
“We can survive Bentong too.”
Dia meninggalkan Nina terkulat-kulat di situ tanpa sebarang kata. Ada wajah keliru pada wajah Nina. Mata Blade. Mata Blade memancarkan satu sinar tulus bukan seorang pembunuh kejam. Matanya kelihatan sedih dan bimbang, mata yang hampir menyamai redup sayu pandangan mata Zack. Segera hatinya terdetik, apakah perasaan ini?

Act 114 – The Clash of the Heroes 9 – Serangan Maut

Elena tidak mahu menahan diri lagi. Dia hendak buat apa di sini? Sanggupkah dia membiarkan kedua-dua orang teman sepasukannya itu menempuh bencana itu sendirian. Walaupun berdua, dia masih belum hilang rasa khuatir dalam hati. Mereka sedang berdepan dengan Cougar! Mereka sedang berdepan dengan orang yang dianggap seperti legenda yang menggerunkan! Tidak, dia tidak boleh berdiam diri. Dia perlu membantu!
~~
“Blade, I’m going to get you and Rock now!” beritahu Elena tegas.
“No, stay there... or,” Blade berhenti sebentar tanda dia teragak-agak untuk meneruskan kata. Tidak lama sebelum dia menyambung lagi, “go!”
“You expect me to be free and let yourselves get killed?” bidas Elena tidak mahu menurut kata.
“I don’t want anything awful happen to you!” lantun Blade meluahkan perasaannya. Betullah seperti yang dikata, apabila seseorang berdepan dengan keadaan sukar seperti ini, mereka lebih cenderung meluahkan apa yang betul.
Walaupun apa yang dikatakan oleh Blade itu benar tetapi Elena masih tidak dapat menurut katanya lagi. Memanglah dalam hatinya dia rasa gembira yang teramat sangat namun perasaan itu tenggelam dengan bahaya yang mereka alami sekarang. Tidak mungkin dia mampu berasa tenang sedangkan nyawa kedua-dua Rock dan Blade terancam.
“Blade...” Elena yang sedari tadi berlari di dalam hutan tebal ini tiba-tiba berhenti. Pengakuan Blade membuatkan dia terkesima juga kalau hendak diikutkan.
“Elena, please... at least just stay there.”
“At least promise me you come back safe,” Elena akhirnya menurut juga suruhan Blade. Tidak sanggup rasanya dia menafikan arahan Blade kalau Blade sudah bersungguh-sungguh menyuruhnya tinggal di situ.
“I promise,” itu sahaja ayat terakhir yang didengari Elena. Apa yang berlaku selepas ini semuanya belum pasti lagi.
~~
Nina faham, mata Blade itu adalah kerana dia bimbangkan Rock. Orang kesayangannya. Sama seperti Zack bimbangkan perempuan bernama Adni Zuhayra itu. Serta-merta perasaan hatinya tenggelam dengan rasa benci. Marah dengan apa yang berlaku. Blade mengingatkan dirinya kepada Zack! Blade membuatkan dia terimbas kenangan lalu dengan lelaki tak guna itu! Perasaan Nina memang tidak dapat ditanggung lagi. Dia jadi benci dengan Blade walaupun atas kesalahan yang bukan dia lakukan.
Ya, aku sudah dapat blueprint ini. Nyawa Blade dan Rock tak ada apa-apa makna pada aku. Matlamat aku dah tercapai. Tidak, selagi aku belum serahkan blueprint ini kepada Edwin semua ini belum tamat. Aku tak mahu disebabkan oleh mereka, kami gagal. Tidak! Itu tak mungkin terjadi. Selamat tinggal Blade. Save yourself!
Nina berlalu daripada situ dan meninggalkan ketiga-tiga mereka yang lain. Dia ada back up team yang akan menjemputnya kira-kira 2 kilometer daripada sini. Dia sudah selamat, jadi dia tidak kisah apa pun yang terjadi selepas ini terhadap Blade, Rock mahupun Elena. Biarkan lantak!
~~
Rock menahan tendangan padu Cougar dengan lengannya. Aduh, sakit! Dia perlu akui itu. Selama dia bekerja sebagai mercenary for hire, inilah kali pertama dia berhadapan dengan lawan yang benar-benar susah. Kalau dalam difficulty permainan komputer bergenre ‘fighting’, Cougar boleh diibaratkan sudah masuk peringkat ‘Villain’ kalau bukan ‘Boss’. Susahnya, Ya Rabbi! Tetapi sama juga dalam permainan komputer yang sering dia main, hero ada banyak serangan, dia juga masih ada beberapa trick lagi, cuma dia perlukan aturan masa yang lebih sesuai untuk melancarkannya.
“Kau bukan orang biasa. You can last this long...,” tingkah Cougar pertama kali mengeluarkan kata.
“Aku ingat kau bisu!” balas Rock merenung tajam ke mata lelaki singa gunung itu.
Cougar mencapai kotak-kotak kayu yang tersusun ditepinya lalu dicampaknya ia kepada Rock. Rock pantas mengelak, tidak mahu kotak-kotak kayu yang keras itu menjadi penghalang buatnya. Dia berguling ke arah sebelah kiri. Di situ jaraknya dan Cougar semakin dipisahkan. Dia patut boleh mencari akal sementara berjauhan dengan Cougar. Namun Cougar nampaknya tidak mahu berdiam terlalu lama. Jadi dia meneruskan serangannya.
“Man, I can’t take this thing!” sungut Rock apabila dirinya semakin ditekan Cougar.
Cougar yang sudah semakin hampir dengannya mengeluarkan senjata tajam yang diasahnya tadi. Malam ini bakal ada yang bermandi darah. Telahnya.
Rock membuat beberapa summersault ke belakang. Dia tahu dengan senjata, lelaki itu akan menjadi dua kali ganda lebih merbahaya. Jadi, dia memang tidak boleh berlawan secara terus dengannya. Oleh kerana dia hendak hidup lama lagi, dia terpaksa menjauhkan diri. Pisau Rambo yang terselit di kakinya, dikeluarkan. Yes, blade to blade. Ahh, kalau Blade yang ada di sini pasti lebih mudah. Kepakaran lelaki itu memang bermain dengan pisau. Sebab itulah dia mendapat gelaran Pembunuh Panah Pisau.
Seakan mengerti dirinya diseru. Blade datang dengan sebuah dramatic entrance yang bergaya. Pisau, ditangan dibaling pantas. Niat dihati memang hendak membenamkannya ke kepala Cougar tetapi dia tahu tidak akan semudah itu untuknya menamatkan riwayat lelaki yang nampak biasa sahaja ini. Tubuhnya lebih kurang sama dengannya, jauh lebih kurus berbanding Rock.
Balingan pisau itu tadi nyata berjaya membuatkan Cougar menjauhkan sedikit dirinya daripada Rock. Rock berjalan laju ke arah Blade.
“Where the hell have you been, man?” tanyanya lega. Kalau tidak, nampaknya dia hanya tinggal nama sahaja sekarang.
“Sorry, I take some times, macam mana mamat ni sebenarnya?” tanya Blade perlahan tidak mahu Cougar mendengar.
“Remember Mindanao... this one 2 times more than than guy,” balasnya.
Ada keluhan yang jelas sejurus itu. Nampaknya memang susah. Blade menjeling ke arah Rock. Nampaknya dia harus menggunakan taktik-taktik tersebut. Twin Lariat dan seterusnya DeadLock? Lepas itu apa? Final Kill? Ah, susah apa... bunuh sahajalah!
“Twin Lariat, DeadLock, Final Kill. Boleh?” tanya Blade.
“Love to,” balas Rock teruja. Dengan pantas dia berlari ke arah bertentangan dengan Blade. Untuk melaksanakan Twin Lariat. Dia dan Blade harus berada pada hujung satu garis yang selari. Dengan itu barulah mereka boleh menangkap Cougar dan seterusnya membunuhnya.
Cougar hanya melihat sahaja. Biarpun dia tahu dua orang ini merancang sesuatu, dia langsung tidak berasa gentar. Dia cukup yakin kedua-dua orang ini hanyalah watak sampingan sahaja. Matanya masih tertancap kepada lelaki yang baru sampai ini. Dia melihat pisau yang masih kemas dipegang. Cougar terasa suatu aura yang lain daripada lelaki itu. Dia tiba-tiba merasakan lelaki yang tidak dia ketahui namanya itu cukup merbahaya. Pisau di tangan seperti senjata nuklear pula rasanya. Blade pada pandangannya nampak sempurna. Ya, pisau menyempurnakan Blade. Apa-apa yang tajam membuatkan Blade disempurnakan.
“Now!” sergah Blade.
Dengan laju, Blade berlari dengan kelajuan hampir menyamai pecutan 100 meter Usain Bolt. Rock juga tidak kurang samanya, kalau bukan selaju Usain Bolt sekalipun, setaralah juga dengan kuda lumba.
Cougar tahu dia harus mengelak namun Blade dan Rock meluru kepadanya dengan kelajuan yang luarbiasa. Akhirnya dia gagal mengelak apa-apa. Dia tahu padah yang akan dia terima sebentar lagi.
Twin Lariat, serangan itu adalah dengan cara kedua-dua Blade dan Rock mendepakan sebelah tangan masing-masing pada arah yang bertentangan. Apabila mereka sampai kepada sasaran, mereka akan menghentakkan lengan mereka kepada sasaran tersebut. Mengikut kepada keadaan sekarang, sasaran tersebut sudah jelas adalah Cougar. Tengkuk Cougar terasa keras dihentak dengan lengan kekar Rock. Pada masa yang sama, bahagian depan Cougar dihentak oleh Blade pula membuatkan dia terlambung sedikit ke udara. Dalam masa sama juga, Blade melambungkan pisau Rambo yang ada digenggamnya tadi ke udara. Rock akan menyambutnya untuk serangan finishing sebentar lagi. Tibalah masanya untuk melancarkan follow-up attack iaitu DeadLock.
Deadlock, dari segi bahasa bermaksud (1)kunci lokos dan juga (2)kebuntuan atau jalan buntu. Ia adalah serangan yang direka bersama oleh Rock dan Blade jika mereka merasakan lawan mereka perlu dikalahkan dengan cara tag team seperti ini. Kebiasaannya Blade akan mengunci bahagian badan di bawah dan Rock di bahagian atas. Keadaan boleh jadi sebaliknya tetapi kalau mengikut kebiasaan, begitulah.
Rock mengemaskan pautan tangannya pada leher Cougar. Bukan itu sahaja, tangan Cougar ditangkap dan dikepit dengan kakinya. Rock sudah berjaya mengunci keseluruhan bahagian atas badan Cougar. Belum pernah ada orang yang berjaya melepasi DeadLock mereka sebelum ini.
“Rock, now!” laung Blade mahu Rock menghabisi Cougar demi nyawa mereka.
Rock memandang ke atas, pisau yang dilambung Blade tadi sudah hampir jatuh ke bawah. Dengan teliti dia mencari hulunya dan menangkap pisau besar itu.
Final Kill, serangan yang mudah namun cukup untuk mengakhirkan segala-galanya. Apabila tubuh sudah terkunci sebegini, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh si mangsa selain daripada menunggu saat wajah kematian menjengah. Itulah pengakhiran seorang Cougar, dengan sebuah tikaman di dada! Seperti yang pernah dilakukannya terhadap seseorang.

Act 115 – The Clash of the Heroes 10 – Doa Kudus

Afiqah Najwa terjaga daripada tidur yang saban malam bermimpikan Najmi Hariri. Malam ini mimpinya adalah sebuah mimpi ngeri. Dia melihat sendiri bagaimana pisau Rambo itu menikam dada abangnya. Adakah begitu sebab kematiannya? Adakah Abang Jimmy mati ditikam? Afi tidak tahu, apa yang dia tahu pihak tentera hanya menunjukkan rantai disk milik abangnya. Dia tidak sanggup melihat wajah Jimmy tanpa nyawa lagi, lalu dia membiarkan jenazah dikebumikan. Walaupun sudah hampir setengah tahun peristiwa itu berlalu namun, ingatannya masih lagi tumpah kepada kembarnya yang awal lima minit itu. Sayangnya kepada orang yang sudah dia hidup bersama daripada dalam kantung rahim lagi tidak mungkin dapat diluputkan dari ingatan seumpama membuang barang yang sudah tidak boleh dipakai. Sementelah arwah abangnya itu bukannya barang, jadi lebih susahlah untuk dia melupakan kenangan lama, dan menyembunyikan perasaan sayang.
Afi tidak boleh berterusan begini. Dia ingat pesanan yang dia berikan kepada abangnya, dan sekarang dia harus memesankannya semula kepada diri sendiri.
“Bila perasaan ragu muncul dalam diri, dan tidak ada sesiapa yang boleh kita luahkannya, datanglah menghadap Allah. Dia sedia mendengar, tak akan jemu. Jadi, jangan jemu berdoa.”
Afi bangun daripada pembaringan yang empuk itu. Dia masuk ke bilik air dan mengambil wuduk. Mahu bersolat sunat. Sekurang-kurangnya galau dalam hati boleh dilepas pergi.
Tidak lama sebelum solat sunat 2 rakaat itu habis dilaksanakan. Namun doanya berbanjar-banjar panjangnya. Pada mulanya dia hanya mahu mendoakan kesejahteraan abangnya di alam yang seterusnya tetapi buat sesaat timbul kegilaan dalam dirinya, seakan terasa abangnya dalam bahaya. Dia jadi lupa langsung yang dia sendiri pernah melihat mayat yang sedia dikafankan setengah tahun lalu dikebumikan. Sekarang, dia benar-benar terasa yakin abangnya sedang bertarung dengan nyawa. Dan terlepas dalam doanya...
“...Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... kau selamatkanlah abangku, Ya Allah. Kau lindungilah dia daripada segala macam petaka. Kau selamatkanlah nyawanya, Ya Allah. Aku memohon kepada-Mu, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, amin...”
Saat lafaz ‘amin’ dilafazkan, air mata Afi jatuh berguguran. Apakah kegilaan yang merasuk kotak fikirannya? Dia sudah gila agaknya. Bagaimana dia boleh merasakan Jimmy masih hidup sedangkan kenyataannya, Jimmy sudah tiada lagi...
Tangisnya memanjangkan sendunya lagi... buat masa ini, tidak tahulah bila ia akan berhenti.
~~
Sementara itu...
Pisau yang sudah melekap pada genggaman tangan Hafriz aka Rock sudah sedia hendak membenamkan ke dada seorang Cougar. Tidak, aku belum mahu mati lagi, tidak sebelum aku tahu siapa perempuan dalam mimpiku!
Serta-merta dengan itu, pandangan mata Cougar jadi silau memandang suatu cahaya yang amat terang daripada arah tikaman Rock. Semuanya hilang daripada pandangannya, yang tinggal cumalah dia dan cahaya putih sahaja. Tidak semena-mena figura seorang wanita yang selama ini tidak jelas menampakkan wajahnya. Kali ini, wajah itu tidak berserakan lagi. Kejelasannya lebih lagi daripada gambar TV high definition LED Samsung! Cougar dapat melihat apa yang selama ini, dia cuba lihat. Wajah itu... walaupun tidak kenal siapa dirinya, Cougar tahu memang inilah wajah yang dimimpi-mimpikannya. Dari atas, perempuan itu seakan cuba meraih Cougar, tidak ada apa-apa yang dapat Cougar dengar selain panggilan perempuan itu.
“Abang!”
Selepas mendengar suara itu, segalanya kembali menjadi seperti sedia kala. Cougar bagaikan ditiup suatu tenaga yang cukup ampuh sekali. Serasanya, dia mampu melakukan apa sahaja dengan kekuatan itu. Yang datangnya entah daripada mana.

Tamat bahagian 23.

Comments

dhiya zafira said…
hahahhaha..dalam tgh aksi2 boleh pula buat lawak...
rasa mcam tgh tgk wrestling aje ni..dahlah ada rock..kuikuikuik...cepat sambung the next one..

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

GEGAR BLOGGER BARU