novela the curious case of whatever 22
Part 22
Act 106 – The Clash of the Heroes 1 – The Clash Starts
2009. Bentong, Pahang...
Hafriz yang masih menggelarkan dirinya Rock itu
memandang ke arah Blade. Lelaki itu sedari tadi hanya diam membisu menunggu
arah seterusnya daripada Elena. Perempuan itu bertindak sebagai pemberi arahan.
Setelah menggodam sistem security and
surveillance markas Tengku Azhar, dia harus terus tinggal di 4x4 yang telah
diubahsuai dengan spesifikasi perisikan ini. Hatinya terasa seperti tidak
tenteram tiba-tiba sejak tadi. Elena takut apa-apa yang buruk yang akan terjadi
kepada Rock dan Blade. Dia risau. Ahh, apa yang perlu dia risaukan... Rock dan
Blade cukup professional orangnya. Sudah banyak misi yang mereka lakukan,
kenapa pula perlu dia berasa risau dengan misi yang satu ini. Pembunuhan
rahsia. Susah sangatkah?
Ya, susah. Tiba-tiba dia terjentik dengan perasaan
itu. Perasaan yang datangnya bukan tanpa sebab. Yang hendak dibunuh itu
bukannya orang biasa-biasa. Itu Tengku Azhar! Mereka tahu siapa Tengku Azhar
dan masih lagi berkeras hendak melakukan tugasan itu hanya kerana bayaran yang
mahal. Apatah lagi tawaran itu ditawarkan terus kepada Blade. Lelaki itu sudah
semestinya kelabu mata membayangkan wang tunai mencecah jutaan USD itu. Elena
menghembus hela nafas yang berat sehinggakan kedengaran dekat earphone di telinga Rock dan Blade.
Blade masih tidak melayan, cuma Rock sahaja yang bertanya.
”Elena, kau ok?” tanya Rock tidak berpura-pura
mengambil berat.
Kadang-kadang Elena terasa pelik dengan personaliti
Rock yang selalu menggunakan nama samaran Hafriz itu. Lelaki bertubuh sasa itu
tidak langsung kelihatan seperti seorang askar pembunuh upahan, dia melihat
Rock seperti seorang lelaki yang amat budiman.
“I’m
okay... guys, be safe. I’ll keep an eye on things from here, you do what I say,
when I say, got it?” balasnya menjawab dan memberi
arahan. Walaupun Blade adalah ketua operasi ini, Elena yang bertidak sebagai
‘mata’ kepada mereka berdua dan seorang lagi ‘perempuan itu’. Jadi hendak tidak
hendak, mahu tidak mahu, mereka harus mendengar apa yang dia kata.
Act 107 – The Clash of the Heroes 2 – Surviving Bentong
“Blade, how
sure are you about this?” tanya Rock dalam bahasa Inggeris.
Biasanya kalau dia serius, dia lebih suka menggunakan bahasa asing itu, entah
kenapalah sebabnya pun tidak diketahui.
“Apa yang kau maksudkan ni, Rock? Kau tahu aku macam
mana, kan? Aku tak akan abandoned apa
yang aku dah terima?” balas Blade tegas.
“Aku bukan nak kata kita patut batalkan misi ni,
mati kita nak menjawab chairmen
nanti. Aku cuma rasa something is not
right,” balas Rock menjadi air jika Blade sudah berapi.
“Aku yakin, kill
and go. Macam yang biasa kita buat, cuma mungkin susah sikit...,” balas
Blade sambil menghentikan sebentar percakapannya. Dia yakin Rock akan bertanya.
“Itu yang aku tak suka tu... susah sikit apa yang
kau maksudkan? Cougar, kan?” balas Rock, pertanyaannya dijawab sendiri kerana
memang dia sedia tahu apa yang berlegar di kepala Blade. Apa yang Blade
fikirkan adalah apa yang dia turut risaukan. Kalau orang lain tidak mengapa,
ini Cougar. Mereka kenal sangat dengan reputasi lelaki bernama singa gunung
itu.
“Don’t
worry, Rock. We take care of him, you and me... remember Mindanao, we survived
that. We can survive Bentong too,” balas Blade dalam nada
bergurau. Mereka pernah hampir mati menjalankan sebuah misi di Mindanao lewat
beberapa tahun lepas namun mereka masih di sini. Masih bernyawa. Jadi Blade
yakin dia dan Rock boleh melepaskan diri daripada bahaya kali ini, di Bentong.
“Easy for
you to say, you didn’t take that bullet. I did,” balas Rock
kedengaran seakan memprovok Blade namun niat sebenarnya bukan itu. Dia cuma
terganggu dengan bayangan kematian yang dia pernah rasa dahulu. Saat matanya
semakin memberat hendak menahan kantuk daripada tidak sedarkan diri. Takut
kantuk itu akan jadi yang terakhir. Dia gerun dengan mati walaupun perkara itu
pasti.
Blade jadi menyirap dengan Rock serta-merta.
Walaupun Rock sekadar mengeluarkan pendapatnya sahaja namun daripada apa yang
Rock katakan, dia rasa seperti apa yang berlaku dahulu salahnya dan jika
apa-apa yang tidak baik terjadi sebentar lagi, kesalahan itu akan dibendungkan
ke atas bahunya.
“Itu ke yang kau risaukan? Sejak bila kau jadi pengecut
ni, Rock? Sejak kau suka dipanggil dengan nama Hafriz tu ke? Sejak kau dah mabuk
cinta dengan assignment kau tu, siapa
nama dia, Surihana? You know what, if you
want to call yourself withdrawn from this mission, aku tak salahkan kau
sebab aku tak nak kalau jadi apa-apa dekat kau, aku yang jadi punca. I can do this by myself!” balas Blade
sudah sakit hati. Dia memang begini, selalu sahaja akan marah-marah apabila ada
yang menidakkannya.
“Blade, jangan jadi bangang boleh tak? I’m already getting into this. I can’t let
it go just like that. I’m sorry I brought that up, but I never blamed you for
what happened, it was an accident, I’m sorry,” balas Rock beralah. Sekali
teringatkan tentang Surihana, hatinya merusuh. Pertemuan terakhirnya sebelum
dia ke sini tidak berakhir dengan baik. Dia selalu menyakitkan hati gadis comel
itu. Dia sering membuat jatuh air mata gadis pujaan dalam senyapnya itu.
Jahatkah dia? Terukkah dia? Sekiranya dia mampu memberitahu betapa dia
mencintai Surihana, itulah yang dia akan beritahu. Masalahnya, dia tidak mampu,
dia tidak ada hak berbuat begitu.
“Jangan fikirkan tentang dia, aku tak nak kau
teragak-agak. Selepas kau kenal dia, kau tahu kau dah jadi macam orang lain,”
balas Blade sudah cool off.
Dia memang selalu begini juga. Dengan orang lain
mungkin dia akan membawa perasaan marahnya lama tetapi dengan Rock dia tidak
sanggup, tidak sampai kerana dia amat sayangkan Rock. Dia bukan gay, dia kaki
perempuan. Cuma Rock amat bermakna buat dirinya. Rock adik, walaupun tidak
sedarah. Rock saudara, walaupun bukan lahir daripada kantung rahim yang sama.
Rock satu-satunya teman, yang dia pernah kenal dalam hidupnya.
Rock memandang wajah Blade, macam tahu-tahu sahaja
lelaki ini ke mana angannya terbang.
“Aku tahu,” balas Rock tidak selari dengan
fikirannya. Dia tidak tahu sebenarnya, mengangankan Surihana membuatkan dia
lupa banyak perkara. Memang benar apa yang dikatakan oleh Blade tadi. Selepas
dia mengenali Suri, dia bukan lagi dirinya yang dulu. Bukan lagi seorang
pelebaya yang brutal. Dulu dia tidak kisah langsung memenggal kepala sesiapa
sahaja yang diarahkan tetapi sekarang dia menjadi ragu-ragu dengan kerjayanya
itu. Apa haknya mencabut nyawa orang? Fikiran itu dinoktahkan dengan suara
Nina.
“Tengku is
in the meeting room with several of his men. No sign of Cougar, but be careful.
I got a feeling he’s here,” kata wanita yang masih kurang
fasih berbahasa melayu itu walaupun faham apa yang dituturkan kepadanya. Cuma
dia rasa agak canggung hendak menjawab semula. Terasa janggal lagi dengan bunyi
phonetiknya yang masih kedengaran pelik itu. Jadi dia berkomuniskasi dalam
bahasa ibundanya, Inggeris.
Blade tersenyum sinis. Ya, kalau diberi peluang pun
dia malas hendak bertembung dengan Cougar, menjadi satu hal pula nanti.
Daripada alat pembesar suara yang disumbatkan ke
lubang telinga masing-masing mereka bertiga mendengar suara Elena Park. Memberi
arahan seterusnya.
“Okay, Tengku Azhar dah nak keluar daripada meeting. Dia sepatutnya bergerak ke Land
Rover yang diparkir dekat tempat tadi, he’s
going away from here. Rock, kau set
up perangkap dekat tengah jalan mereka. No
sign of Cougar at the moment. Maybe this is the best time to jump in,”
kata, arah dan cadangnya sekaligus.
“No, I
don’t think so. Tengku Azhar won’t leave this place that early. He should check
the arms he received. There’s no way that they will get out from here right
now!” balas Nina membidas rancangan Elena. Tidak boleh,
objektifnya di sini belum tercapai. Dia tidak boleh keluar daripada tempat ini
lagi. Dan dia masih memerlukan kedua-dua lelaki ini sebagai cover.
“I thought
we want to do this as a silent kill? Can we do it with all of Tengku’s henchmen
here? Are you out of your mind?” balas Rock kepada Nina.
“Yeah, what
is your problem, woman?” tanya Elena sekali apabila
rancangannya dinafikan. Siapa perempuan ini sebenarnya? Pandai-pandai sahaja
hendak mengatur keadaan.
“Guys knock
it off! Tak rasa pelik ke kenapa Cougar tak ada? I don’t think this is making any sense,”
tingkah Blade serta-merta selepas mereka yang lain bergaduh.
Ketiga-tiga mereka diam sejurusnya. Mahu mendengar
kata-kata Blade. Tetapi sejujurnya Nina ada agenda lain yang tidak dia
kongsikan dengan kumpulan ini.
“Elena, I
think this is a trap. Waktu kau hack sistem mereka kau tak perasan anything unusual, langsung?” tanya Blade terfikirkan suatu kemungkinan.
“A delay of
3 second from usual but that shouldn’t be a problem.”
“A lot of
things can happen in 3 seconds,” balas Blade ringkas. Sama
ada Blade seorang yang paranoid
ataupun terlampau berhati-hati, tidak ada sesiapa yang tahu.
“There
should be nothing to worry about. Our mission is completely classified.
Tak ada sesiapa tahu. I am very sure
about this,” balas Elena yakin. Dia faham maksud Blade. Blade cuba
memberitahu kepadanya yang gangguan selama 3 saat itu mungkin bermakna ada yang
telah tahu rancangan mereka. Elena bukannya berjaya menggodam ke pengkalan data
keselamatan Tengku Azhar tetapi ada orang yang melepaskan access. Supaya mereka boleh melihat setiap kamera litar tertutup
itu. Sebagai umpan dan perangkap bahawa rancangan mereka akan berjalan lancar
tetapi mereka akan dicekup kemudiannya.
Tetapi untuk itu berlaku, maknanya ada seseorang yang mengkhianat di sini.
Act 108 – The Clash of the Heroes 3 – Mission Sold?
“Someone
sold us out?” tanya Rock tidak menahan diri. Pertanyaan itu
membuat kedua-dua Nina dan Elena terkesima. Bukannya mereka tidak faham apa
yang cuba diberitahu Blade tetapi pertanyaan itu akan menimbulkan syak antara
mereka. Blade tidak mungkin akan mengesyaki Rock tetapi mereka berdua belum
tentu lagi.
“I don’t
think we need to get Tengku Azhar killed by that way. We assassinate him here.
The place where he least expected if he really knew we came,”
cadang Nina, atau dalam erti kata yang lebih tepat, menyelamatkan dirinya
daripada keraguan Blade.
Blade memandang wajah perempuan Inggeris itu. Dia
juga terfikirkan option yang sama.
Mereka tidak boleh berkejar ke sana kerana dalam hatinya dia yakin Cougar
sedang merancang sesuatu. Dia tidak pernah bertembung dengan Cougar namun
daripada apa yang dia tahu, Cougar bukan calang-calang orang.
Elena masih gagal memahami logik kedua-dua Blade dan
Nina. Gangguan 3 saat itu bukannya sesuatu yang besar. Mungkin hanya ada
masalah pada hardware, software ataupun kesambungan sahaja. Dia tidak terfikir
langsung ada yang cuba hendak merosakkan rancangan mereka.
“Blade,
don’t jeopardy this mission over a measly details,” nasihat
Elena buat Blade.
“Elena Park
Soo Young, may I jog your memory about who is in charge of this operation?”
tanya Blade yang bukannya berniat hendak memberitahu apa-apa info. Dia hanya
mahu Elena menutup mulut, itu sahaja. Serta-merta darah Elena menggelegak
mendengar kata-kata Blade itu.
“Fine, have
it your way!” Elena malas hendak bersusah payah lagi untuk
menyelamatkan Blade daripada keadaan. Benci dirinya diperlakukan sebegitu oleh
lelaki yang dia suka. Ikutlah kata perempuan yang datang entah daripada mana
itu. Biar puas hati kau, kan... rajuk dan rungut Elena dalam hati. Cemburu
rupanya...
“Guys,
knock it off. Elena, jangan merajuk! Blade, ada betulnya
kata Elena. Tak ada bukti pun nak kata ada sesiapa yang nak pedajal kita, kan?”
cuba Rock pula.
“Rock, I
command this operation. If you don’t like it, then leave,”
balasnya tegas.
“Blade, you
know I cant’t do that,” pujuk Rock semula main tarik tali.
“Then, do
exactly what I say.”
Rock kehilangan kata apabila mendengar kata dua
daripada Blade. Dia mengeluh barang sehela dua. Blade kalau sudah berkata
hitam, maknanya hitamlah sampai ke sudah. Kalau putih, ertinya putihlah sampai
bila-bila pun. Degilnya, Tuhan sahajalah yang tahu. Walaubagaimanapun, dia
tetap kena menurut arahan. Dalam keadaan seperti ini, dia telah diajar yang
penilaian seorang ketua adalah apa yang perlu dia patuhi.
“Elena, are
you having any problem with my instructions?” tanya
Blade sekali lagi.
“I said
have it your way, kan? Apa yang kau tak faham?”
balas Elena mengaku yang dia sedia menuruti kehendak Blade tetapi jangan
haraplah yang dia suka apa yang lelaki itu lakukan.
Act 109 – The Clash of the Heroes 4 – The Legendary Mountain Lion
Cougar mengasah pisau rambonya yang sudah sedia
tajam itu. Dia cuba mengingatkan kepalanya kepada sesuatu tetapi gagal. Ada
bayangan yang tidak hilang dalam lenanya. Dan bayangan itu semakin kejap dalam
jaga namun kabur, umpama sebuah lukisan warna yang tertumpah air. Jadi
berserakan figura dalam mimpi dan angannya itu. Siapakah dia? Cougar masih
berasa penasaran namun dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang hal
berkenaan.
Mengikut perancangan Tengku Azhar, dia akan pulang
semula ke ibu kota pada malam ini juga. Namun selepas dia memeriksa semua
bekalan baru sampai yang diambil oleh Jay itulah dulu. Memang selalunya begitu,
Tengku Azhar tidak pernah akan mempercayai sesiapa bulat-bulat semacam itu
sahaja. Dia cukup berhati-hati orangnya.
Dalam sibuk meladeni perasaan hati yang kurang enak
sendirian, Cougar ditegur daripada belakang oleh Robert. Cougar selalu perasan
sinar mata yang lain dalam setiap pandangan Robert, seakan takut-takut sahaja
walaupun tidak ada apa yang perlu dia gentarkan.
“Tengku nak kau ikut dia balik ke KL, dia ada kerja
untuk kau,” ujar Robert menerangkan semuanya lengkap dengan apa yang diberitahu
Jay sebentar tadi.
“Okay,” balas Cougar selamba, malas.
Robert yang melihat perbuatan Cougar yang mengasah
pisau itu berasa jengkel dan terganggu serta-merta dan ianya tidak tinggal di
ruang fikir sahaja, ianya terlepas menjadi ayat-ayat bahasa pasar.
“Aku cukup menyampah tengok kau buat benda tu, tak
tajam-tajam lagi ke pisau besar kau tu?” tanya menutup rasa gerun dalam hati.
“Kenapa, takut aku takik kepala kau?” tanya Cougar
bergurau.
“Jangan main-mainlah, Cougar!” balas Robert sambil
menyepak kotak kayu yang berada tidak jauh daripada capaiannya. Dia berlalu
kerana tidak sanggup berdepan dengan Cougar lebih lama. Walaupun lelaki itu
sudah tidak ingat apa-apa lagi, dan Cougar sendiri sudah cukup diyakinkan
betapa dia amat terhutang budi dengan mereka, Robert masih tidak dapat
menenangkan diri bahawa lelaki itu masih lagi Kapten Najmi Hariri yang merbahaya
buat orang sepertinya.
Cougar hanya tergelak penuh sinis walaupun dia tidak
tahu hakikat yang sebenar. Mata fikirannya masih buta. Dia tidak nampak
kebenarannya lagi.
Act 110 – The Clash of the Heroes 5 – A Supernatural Bond
Blade menggenggam pistol pada tangan. Kuat sahaja
genggaman itu. Seakan berpaut kepada sesuatu supaya dia tidak jatuh. Nampaknya
dia memang benar-benar berasa gementar dengan misi yang satu ini. Membunuh
Tengku Azhar memang mudah jika dia tidak bertembung sesiapa. Dan jika bertembung
dengan sesiapa pun, bukannya dia tidak boleh melawan. Tetapi tolonglah bukan
dia, bukan Cougar. Blade masih belum cukup informasi tentang Cougar jadi dia
tidak mahu bertarung dengan lelaki yang dikhabarkan bahaya hanya pada
cakap-cakap sahaja. Kalau benar dia bahaya, sejauh mana? Dapatkah dia
memenanginya? Dapatkan dia menumpaskannya? Blade pernah berjumpa dan berlawan
dengan banyak lawan yang ampuh tetapi nyata dia lebih ampuh daripada mereka
tetapi Cougar... semuanya masih misteri. Dia jadi takut pula. Ya, takut...
mungkin itulah yang dia rasa. Perasaan itu terlepas sedikit ke wajah sehingga
membuatkan Rock bertanya.
“Blade, apa yang kau risaukan? Aku ada dekat sebelah
kau, jangan risau, okay!” Rock memberi semangat kepada ‘abangnya’ itu. Blade
tersenyum sedikit, dia berasa lega. Rock umpama semangatnya. Dia mahu
melindungi Rock tetapi dia juga tidak dapat menafikan Rock juga sudah berpuluh
kali melindunginya daripada bahaya. Dia menghargai hubungan itu. Dia tidak mahu
kehilangan Rock sampai bila-bila. Dia bersumpah biarlah mati sahaja yang
memisahkan mereka namun dia tidak mahu ajal menjemput mereka lagi jadi mereka
kena keluar daripada hutan ini malam ini. Free
and clear. Safe and sound.
“Thanks,
dude. Balik nanti aku belanja nasi ayam,” balas Blade sengaja
mengambil hati Rock, dia tahu lelaki tegap itu suka makan nasi ayam dekat
sebuah restoran di Bangsar. Rock yang mendengar hanya tersengih penuh makna.
Ah, abangnya yang seorang ini pandai sahaja hendak mengambil hati tetapi dia
tahu Blade bukannya maksudkan sangat hendak makan di restoran biasa-biasa
seperti itu, Blade suka makan di restoran mewah sahaja. Jadi dia tahu, Blade
bukan serius. Namun dia gembira apabila lelaki itu bergurau sebegitu.
Nina yang menurut daripada belakang melihat sahaja
budak dua ekor itu. Apalah, pada waktu seperti ini pun ada masa lagi hendak
bercakap pasal makanan. Dasar pelahap! Dengusnya dalam hati, malas melayan.
Dalam senyap-senyap menuruti langkah kedua lelaki itu, dia tidak lupa untuk
menilik keadaan sekeliling. Dia harus menyelinap masuk ke pejabat rahsia Tengku
Azhar dan mencari pelan itu. Dia yakin pelan atau blueprint yang separuh itu ada di sini. Dia telah mencari di
tempat-tempat lain. Merata-rata sudah dia cari. Di kediaman agam milik Tengku
Azhar, di apartmen-apartmen miliknya hatta ke Istana DiRaja sekali pun sudah
dia tinjau selongkar. Tidak ada di situ, jadi tempat terakhir yang di rasa akan
Tengku Azhar simpan adalah di sini. Di tempat yang paling tidak ada yang teka.
Tetapi bukan dia.
Apabila melintasi suatu lorong dalam bangunan gudang
yang sudah diubahsuai menjadi kompartmen-kompartmen ini, dia mengesan arah yang
perlu dia pergi. Tidak ada orang di hadapan, dia rasa selamat untuknya bergerak
sekarang. Masalahnya cuma bagaimana hendak membuatkan Blade dan Rock tidak
curiga. Namun perkara itu bukanlah susah sangat. Dia cuma perlu alihkan
pandangan mereka. Apa lagi yang akan membuatkan pandangan mereka tersasar
selain daripada sebuah dua pertarungan. Mujur dia sudah bersiap sedia untuk
itu. Cougar, sekarang kau diperlukan.
Nina menegur Rock, “Rock, let me check the surrounding first. See if Tengku is still
here.”
“Kenapa pula? Kan Elena boleh tengok semua tu,”
bangkang Rock.
Nina memang tidak menyangka Rock akan membidasnya.
Memanglah dia tahu Elena boleh melihat kesemua kamera surveillance tetapi tidak
bermaksud mata Elena boleh nampak keseluruhan rakaman. Masih ada beberapa spot
yang memang hilang daripada pengawasan kamera. Nina berharapkan yang Rock faham
itu yang cuba dia lakukan.
Blade menoleh melihat apa yang berlaku. Dia lantas
menyampuk.
“Go and
check things up,” Blade memberi permission kepada Nina membuatkan perempuan itu tersenyum dalam
hati. Rancangannya menjadi.
Rock sekadar ternganga sahaja. Biar betul mamat ini!
“Come on
let’s go!” arah Blade. Rock tidak punya apa-apa perkara lain
yang boleh dia lakukan lagi.
Nina menghilang daripada pandangan mata. Dia terus
ke tempat yang hendak dia tuju. Dia harus cepat.
Tamat bahagian 22.
Comments