TCCOW TALK 7

AUNI SOFINA’S CAMEO

Haa, macam mana dengan REVERSE TCCOW CONSPIRE ROYALE? Ok ke tidak? Bangang ke tidak? Kan...

I would say, dalam banyak-banyak tu, Jahn paling suka sekali sewaktu menulis my own interpretation about Jeffri and Auni. Jahn buat macam itu sebab dalam TERTULIS BUAT KITA (TBK), apa yang kita tahu tentang Jeffri aka Adli Azeem adalah dia jahat, dia nak bunuh Jimmy, dia tak kisah apa nak jadi dekat Auni dah selepas dia masuk geng Paul. Apa yang baiknya yang kita tahu tentang dia cuma dia abang kandung Auni dan dia sangat sayangkan Auni sebelum dia kecewa dengan hidup. So, di sini Jahn macam nak picture bagaimana dia sebelum dia tersasar. Bagaimana perasaan dia sebagai seorang abang yang hanya ada seorang adik sahaja dalam dunia ni. So, deliberately... Jahn forgets all of his bad qualities dan letakkan dirinya dalam keadaan Jimmy dengan Afi. Macam mana Jimmy sayangkan Afi, macam itulah sayangnya Jeffri pada Auni.

TCCOW VS TBK?

Jahn tahu dengan meletakkan Auni dalam cereka ini bermakna akan ada pertanyaan sama ada, adakah TCCOW akan mengambil kira penceritaan TBK untuk diinterpretasikan sebagai sebuah cerita yang selaras atau tidak. Jawapan masih tidak. Jimmy still haven’t known Auni that much. Jimmy mengerjakan umrah untuk menenangkan fikirannya disebabkan sebab lain, kerana dalam TCCOW, JIMMY BELUM BERKAHWIN LAGI! Haa, dah caps lock dah tu... sebab Jimmy umrah kerana dia nak mencari dirinya yang hilang selepas kematian beberapa ahli pasukannya yang meninggal dunia dalam sebuah operasi yang dia kendali. Rasanya, Jahn akan buat sebuah episod untuk ini. Tetapi since ia tidaklah penting untuk TCCOW, Jahn akan buat dalam Special Episode series.

p/s - dah buat dah pada episod Imaniah dan Rukia...
Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA