18 Shaaban 1432

kau mampu tulis tarikh dalam hijrah punya kalendar? aku mampu! kannn, cam susah sangat, kah kah kah!

eh... kejap..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

wah, ini ke dunia belog, wahhhh.. Jahn dah lupalah Jahn ada belog selama ini, demet...

aduhhh, kepada yang stalk Jahn... sorry le, Jahn bukan malas nak update tetapi Jahn tak ada masa + tak ada internet connection lah...

kepada yang menunggu TCCOW, Jahn akan upload nanti.. jangan ditanya bila beri sedikit masa (sedikit katanya, kan.. nampak benor menipunya... ngehh!!)

hari ini 18 Shaaban means, ada lebih kurang 12 hari lagi kita umat Islam nak menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan, kan... kepada yang masih berhutang dengan Tuhan (... aka belum ganti puasa), beringat sikit, ya!

teringat zaman-zaman jahil dulu... walaupun jahil, Jahn tak pernah tinggal puasa sengaja-sengaja tau, tapi tulah... puasa sekadarnya sahaja, tahan lapar, dahaga sedangkan amalan lain, solat dan yang lain-lain... sedih jugaklah apabila dikenangkan...

tetapi itulah, kita semua ada zaman kita, kan.. apa yang penting sekarang kita look forward to our present and do the very best for our future..

so, sebelum apa-apa, Jahn nak ucapkan selamat berpuasa awal-awal, takut nanti Jahn tak ada masa nak online pula, kan..

puasa ikhlas demi tuhan, bukan nak menunjuk-nunjuk dan sebab terpaksa.. bukan semata-mata nak berdiet (padahal masa berbuka macam pelarian baru dalat suaka politik diberi makan jamuan hari jadi!), puasalah untuk mendapat keredhaan Allah dan untuk merasai betapa ada sesetengah umat-umat manusia yang lain di dunia ini berpuasa sehari-hari kerana krisis makanan sedunia, kannn! insyaALLAH, tuhan melihat hati kita tanpa selindung... wahh, ni nak jadi cam ustaz Amirul ni... wait, skang bukan ustaz Amirul, skang is... Solohudin, kannnnn!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS