update malam

Assalamualaikum,

SELAMAT malam pembaca semua... jam menunjukkan pukul 9:07 pada perkataan sebelum ini.
To be frank, tak ada apa nak diceritakan, tak ada apa-apa yang interesting untuk diberitahu.
So, rasanya, Jahn mengarut jelah... kalau anda bother to listen takpelah... you don't have to stay.
But I will still mengarut...

Anda yang membaca ini, Jahn rasa rata-ratanya adalah beragama Islam, kan... Melayu, kan... 
(sebab Jahn rasa penulisan Jahn tak mampu nak attract pembaca dari kaum lain mahupun bangsa asing).

Jahn nak tanya sesuatu, anda percaya kepada takdir, kan? 
Qada' dan Qadar...

Percaya atau beriman kepada Qada' dan Qadar itu adalah rukun Iman yang ke...? yang ke-6!

Hmm, berdosa besar kalau kita yang Islam ini tak percaya kepada Qada' dan Qadar. 
Jahn bukan nak berlagak alim atau handal beragama sebab Jahn ni so-sial juga kalau nak diikutkan. Tapi berhadlah...

That isn't what I want to share... I just wanted to share something tentang takdir dan ketentuan Tuhan ini. 

Everyday is a matter of... kita berdepan dengan ketentuan Tuhan. 
Betapa benda yang BESAR itu was actually kita hadapi setiap hari.

Jahn rasa kehidupan Jahn ini sebenarnya sudah cukup mudah sejak dulu lagi, although Jahn berasal daripada keluarga yang (agaklah) miskin (kurang sedikit daripada sederhana tetapi Jahn tak pernah rasa perasaan berlaparkecuali pada bulan puasa. 
Makan pakai cukup, semuanya cukup untuk terus hidup.

Persoalannya, adakah hanya sampai situ sahaja had hidup Jahn ini? 
Is my existence in life itself... hanya sekadar seadanya sahaja. Just be there? 
Itu sahajakah?

Persoalan yang inilah yang sering bermain dalam fikiran Jahn (walaupun bukan selalu). 

Jahn pun macam orang lain. 
Ada impian, ada cita-cita. Ada aras yang Jahn nak capai. 
Tetapi kadang-kadang, Jahn selalu rasa Jahn belum cukup bagus untuk capai semua itu.

Jahn tahu dan sedar yang kita akan belajar every single days in our lives dan it is never ending sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. 
But some part of me always like asking, sampai bila Jahn perlu bermain dengan uncertainty dalam hidup ini? 
Sampai bila everything which is unforeseeable ini akan take a toll on my life and ada masanya buat Jahn rasa out of place. 
Jahn sendiri keliru apabila saat-saat macam itu sampai. 
Sudahnya, Jahn buka mv KPOP, layan then lupakan sahaja perasaan itu.

Jadi, Jahn terasa macam ini sahaja sebenarnya... adakah takdir Jahn sekadar menjadi insan yang biasa-biasa sahaja... kalau ya, Jahn redha sahajalah... namun tidak sehari dalam hidup Jahn sekarang ini tidak mengharapkan yang ada sesuatu yang luarbiasa untuk Jahn nanti. AMIN...

p/s -  selamat malam, semua. sorry kalau luahan ini mengganggu...
Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA