bila lafasku tak mampu, diam-diam sahaja di situ
ku suka melihatmu tersenyum sebegitu, padaku itulah permandangan terindah
ku gembira membuatmu tertawa sebegitu, padaku duniaku sudah cukup sempurna
jika mampu aku selam lautan dalam mencari mutiara terindah, kau tahu itulah yang pasti aku lakukan
jika berupaya aku terbang ke langit tinggi mencapai bintang jauh di sana, kau tahu aku sanggup menahan sengsara
namun aku tak mampu, aku hanya seorang yang biasa sahaja
benar aku tak mampu, aku cumalah sang pencinta yang melihat… jauh dari sangkar ini…
ku suka mendengar setiap bait mesra puisi kau lafas menenangkan jiwa
ku ceria berjalan denganmu ke mana-mana, kerana langkah akan tetap terus bertenaga
di sisimu aku rasa seperti aku mampu lakukan apa sahaja
di sisimu aku seperti bukan diriku yang selalu dan biasa
jika aku mampu menyanyi akan aku lagukan puisi rindu ini untuk hiburanmu agar kau tahu apa yang aku rasakan selamanya
jika aku kuat untuk menyata bahawa dirimulah satu ku cinta tak perlulah aku sendirian di sini mengarang ceritera cerita fantasi dan khayalan aku bersamamu
tapi benar aku tak mampu, aku tak berupaya menyatakan sesungguhnya semua rasa dalam hatiku…
dalam hatiku hanya ada kamu, diam-diam di situ… diam-diam di situ
diam-diam sahaja di situ.
Comments