JURNAL RAMADHAN JAHN 1 - RESEARCH DI SURAU

Assalamualaikum,

Hari ini hari pertama kita berpuasa, maknanya malam semalam malam pertama kita berterawih... seronok berterawih ni... sebabnya, di situlah kita dapat mengumpul banyak amalan baik. bukannya mudah kita nak perform solat sunat sampai 20 rakaat... tambah pulak dengan witir 3 rakaat.. dah 23 rakaat tetapi pejam celik pejam celik je dah sampai waktu moreh... secara duniawi, waktu yang ditunggu-tunggu... 

Jahn: lets moreh!
Emil: oh yeah!
apa yang special sangat moreh tu, kan... haha.. takde benda sangat pun... makan-makan je pun... tapi dia punya feeling tu lain macam sikit... tak macam kenduri biasa... entahlah... semalam Jahn bermoreh buat kali pertama di Shah Alam ni, selepas lebih 2 tahun bermustautin di negeri paling kaya di Malaysia ni. Bukannya apa... jangan salah faham pulak, tahun lepas pun Jahn berterawih juga tau... cuma biasa habis sampai rakaat ke-8 je, then balik tengok Samarinda... haha, tahun ni resolution Jahn nak berterawih 20 rakaat semana yang mampu... AMIN!!!

Okaylah, bukan main jurnal lagi, kan... hmm... jurnal ni ibarat macam diari lah kalau nak diikutkan... so, every day, Jahn sure semua orang menjalani banyak perkara baru, some thing yang membuatkan kita terfikir...

well, let me tell you about mine...

semalam sewaktu bersolat terawih, Jahn memandang kiri kanan dengan ekor mata... Jahn memang jenis yang pendiam tetapi suka observe kelakuan orang... jadi Jahn nampak beberapa kelibat yang menarik perhatian. in a sense yang sebenarnya tak elok...

lets do it in a research kinda way... 

Background

Biasa tak pergi masjid, lepas tu nampak tak budak kecil lari-lari, jerit-jerit. waktu mak abah mereka tengah solat then waktu tu lah dorang merengek? 

Jahn selalu tengok benda tu. So, it buckles my brain apasal lah mak abah dorang ni bawak anak-anak kecik kalau susah nak jaga. Tu complain bukan masalahnya... masalahnya, Jahn nampak 2 orang budak kecil, dan 2 orang budak besar sekolah menengah... that's the subjects.

so, apa bezanya 2 orang budak kecil dan 2 orang budak besar ni?

2 orang budak kecik tu kacau ayah mereka yang dipanggil 'Abi', sekaligus menggangu sedikit ketenteraman/ kekusyukkan solat jemaah lain yang ada berdekatan. 2 orang budak besar tersebut bertolak-tolakan dan giggle kegedikan sehinggalah imam membaca surah selepas Al-Fatihah, sampai nak habis surah tu, baru dorang angkat takbiratul ihram. obviously, mengganggu jugak.

Masalahnya, kenapakah budak-budak sekolah menengah pun berbuat perkara yang menjengkelkan dan mengganggu konsentrasi jemaah lain? Kenapakah berlakunya hal yang demikian? Adakah mereka feeling bayi yang suci atau pun mereka attention seeker? 

Literature Review

Adab semasa di masjid/surau adalah masalah yang Jahn nampak semalam, I can understand that both groups are actually still young, and probably mereka berada dalam lingkungan rakan-rakan sebaya mereka, jadi tak hairanlah kalau mereka naik lemak... so Jahn letakkan dependent variable sebagai Adab Semasa Berada di Surau.

Jahn letakkan 3 independent variables untuk memahami apa yang mempengaruhi Adab Semasa Berada di Surau iaitu:-

  1. Usia
    • bermakna umur, ye... 
  2. Ilmu
    • bermakna adakah mereka diajar tentang adab-adab semasa berada di tempat-tempat tertentu...
  3. Pengalaman
    • bermakna adakah mereka berpengalaman datang ke surau/masjid bersolat secara jemaah, etc...

dan Jahn nampak ada satu moderating effect yang Jahn letakkan sebagai moderating variable iaitu Galakan Luar. galakan luar ni boleh datang daripada orang yang tidak dikenali, rakan-rakan, keluarga, etc...

So, anda boleh bayangkan tak macam mana framework dia? senang je, kan...

Hypotheses? hehe... senang je... tapi Jahn exclude most of others la sebab nanti klu banyak sangat panjang sangat lah entry ni... hehe...

H1 - Adakah hubungan antara usia dan adab semasa di surau dipengaruhi oleh galakan luar?

H2 - Adakah hubungan antara Ilmu dan adab semasa di surau dipengaruhi oleh galakan luar?

H3 - Adakah hubungan antara Pengalaman dan adab semasa di surau dipengaruhi oleh galakan luar?

Methodology


Methodology? senang, since this is just a judgmental self-commentary study (baru je cipta term ni), kita cuma buat observation sahaja! Jangan dikisahkan internal and external validity! Jangan! Tidak perlu! Tidak usah! hahaha..!

Findings

Findings? haha! lets get down to business!

H1 - Adakah hubungan antara usia dan adab semasa di surau dipengaruhi oleh galakan luar?

senang cakap, macam ni jelah, ya... usia itu faktor yang memang tidak boleh dinafikan tetapi bila adanya galakan luar, maka menjadi-jadilah ketidak-beradaban seseorang itu. kerananya, macam inilah budak kecik... memang macam itulah mereka... dan apabila mak ayah tak ada masa (bukan malas tetapi literally tak ada masa, ya!) nak pantau anak-anak mereka, jumpa kawan-kawan yang kadang-kadang tak kenal pun, maka riuhlah sekampung... jangan disalahkan budak2... yang mencorak mereka tu.. kita, salahkan diri sendiri. tetapi personally, Jahn cukup respek mak abah yang bawak anak kecil ke masjid sebab sedikit sebanyak, lama kelamaan... ia mengajar budak-budak tu... 

kalau budak besar pulak, nak marah pun kang, budak-budak zaman sekarang ni badan bagak-bagak macam bapak orang, muka lagi matang daripada Jahn pun ada. tapi tahap IQ mereka ini sebenarnya bukan cetek, tapi cepat sangat terikut-ikut... sebab kalau nak diikutkan mereka ni dah mumayyiz, kan. tau mana baik, mana buruk... cuma kalau dah bercampur kawan-kawan, makanya... setan dah dibelenggu, kau jadi setan... macam itulah metaforanya!

H2 - Adakah hubungan antara Ilmu dan adab semasa di surau dipengaruhi oleh galakan luar?

Dari konteks ilmu pula, okay... budak kecil, kita bawak ke masjid selain daripada tak nak tinggalkan dekat rumah, risau... kita nak dia belajar... kerana kanak-kanak lebih cepat belajar daripada pengalaman. a curious mind that seeks to reason at time they are curious the most is the best teacher, haaa, kau... ni takde plagiarized mana-mana ya... idea sendiri, sebab tu isinya tunggang terbalik! tapi ideanya begitulah... bila galakan tak cukup, sebab itulah adabnya kurang, yelah.. macam mana nak beri galakan, Abi nak sembahyang terawih ni, adik! 

kalau budak2 besar, ni Jahn lemah sikit ni... rasa nak shoot je ada! ilmu tu, kan... ada. tapi kalau level of galakan luar itu lagi banyak dari ilmu, itu yang jadi masalah, sebab tu orang tengak sembahyang, kamu bercengkerama ibaratnya bercanda di pasiran pantai, haaa kau, mampu? natijahnya dik oii, gunalah sedikit ilmu yang ada biarpun tak banyak... ke masjid ni kita nak buat apa, dik? nak beribadat... kamu tu patutnya tahu, kamu ni dah akil baligh... dosa tanggung sendiri dah. tak salah nak berkawan tapi bertempat, lagi penting tahu waktunya bila, bukannya waktu jemaah dalam saf dah solat, kamu bergurau lagi. sedih Jahn melihatnya...

H3 - Adakah hubungan antara Pengalaman dan adab semasa di surau dipengaruhi oleh galakan luar?

sama dengan ilmu, kita bawak anak-anak kecil ke masjid untuk bagi exposure kepada mereka. pengalaman mereka memang kurang jadi, level of galakan akan lebih tinggi. negative-positive relationship... so, dalam hal ni... Jahn rasa, mak abah kena ajar anak-anak kecil macam mana nak behave dekat surau dan apa salah yang mereka dah buat, sebab bila mereka datang balik, nanti mereka akan ingat semula. Abi dengan Umi cakap camni-camtu... takleh buat camni-camtu... takleh tolak-tolak and giggle macam Paris Hilton bila orang solat. apa-apa pun dalam dunia ni takkan berubah sekelip mata, semuanya ambil masa. jadi, bersabar sikitlah dengan budak-budak kecil. and remember at least one thing, cute little fella is always the dearest to the heart no matter how they behave, as kids will be kids, like us boys will always be boys! Haa... Paulina Rubio kau!

budak-budak besar, hmm... okaylah... nak salahkan mereka 100% pun tak boleh... sebab memang betul pun pengalaman mereka lebih banyak dihabiskan di gelanggang2 futsal, court2 badminton mahupun jalan raya... tetapi itu bukan alasan untuk mereka beradab tidak tertib di masjid. Jahn yakin, mereka pandai dan berpengalaman tetapi bila adanya galakan daripada pihak luar, kawan-kawan yang suka mencucuk, orang ramai yang tidak menasihat, serta mak abah yang tak tahu menahu... makanya, teruklah behaviour mereka ini.
Emil: nanti anak aku, aku nak letakkan belakang imam!
Jahn: tak payah nak belakang imam sangatlah kalau bapaknya takde kat masjid!

Jahn: nampak anak kau pun cari kau mana!
Emil: Kurang hajar! kalau kalau aku shoot baru tahu erti penyesalan!

Emil: kaki panjang sangat...
Jahn: kaki panjang bukan peribahasa ke? eh salah... tu langkah panjang!

Conclusion

Baiklah, sampailah ke bahagian terakhir ini. pada Jahn kesimpulannya, usia, ilmu dan pengalaman memang ada kaitan dengan adab dan tertib di mana-mana tempat juga, tak hanya termaktub di surau atau masjid semata. dan galakan daripada luar itu sebenarnya kuat mempengaruhi kita. Jahn selalu yakinkan diri, manusia dilahirkan baik-baik belaka. macam mana kita end up adalah natijah daripada pilihan kita sendiri tetapi kita tak akan ambil pilihan itu kalau tak ada trigger. dan trigger tak muncul dalam diri secara tiba-tiba... ada yang mempengaruhi kita.

Sekian.



Emil: PRODUCT INVOLVEMENT, BRAND ALLIANCE, COUNTRY-OF-ORIGIN FIT! CONSUMERS' PRODUCT ATTITUDE!!!

Jahn: ah, perli nampak!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS