Jurnal Ramadhan Jahn 5 - Asyraf Muslim

Assalamualikum,

Salam Ramadhan semua... apa macam skang? Buat apa? Kalau buat kerja, buat dengan ikhlas... kalau tengah cuti, berehat, rehat elok-elok... apa isu sekarang ek? Isu apa lagi, kan... Asyraf Muslim lah, kan?

Emil: untunglahhh...
Jahn: rezeki dia...

So, komen? Well, 1st and foremost, Jahn tahu poligami itu sunnah Rasulullah, and I am no where being against it because cakaplah apa-apa sekalipun, hak orang lelaki memang itu. Kalau dia berkemampuan dalam semua segi, dia boleh.

Buat masa sekarang, masa belum kahwin dan takde awek lagi ni, kan... Jahn rasa Jahn tak akan berpoligami lah kot... InsyaAllah, amin... sebabnya pada Jahn ada satu pun agaknya dah cukup payah nak maintain, inikan nak berdua-tiga... so, bila Jahn dah kahwin nanti, Jahn harap Allah jadikan Jahn seorang lelaki yang tak gatal lah, amin...

Selepas menghabiskan hampir separuh hari mendengar komentar rakan-rakan tentang isu kahwin Asyraf Muslim ini, Jahn decided to write an entry about this... no, bukan nak bash dia kahwin ke apa, just nak bagi pandangan sikit...

Salah ke dia kahwin lain? Pada Jahn tak salah tetapi yang macam tak sedap tu ialah prosiding dah difailkan tetapi boleh pula nak kahwin dekat Thailand... so, rata-rata ramai yang marah (perlu ke marah ramai-ramai ni?) dengan fe’el si Asyraf ni kot... wallahualam... we’re not in Asyraf’s shoes to understand what really happened, so daripada banyak bercakap tentang kenapalah si Ustaz Amirul ni buat hal... baiklah kita doakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

Ingat sikit, ini bulan puasa... ingatkan isu piliharanraya kecil N01 Besut yang boleh bawak banyak fitnah (kepada penyokong fanatik), tetapi nampak gayanya isu orang kahwin pulak yang mengundang rendahnya pahala puasa. So, kepada yang tidak setuju dengan tindakan Asyraf, banyakkanlah bersabar... jangan nak ikutkan nafsu sangat mengomel (ye, mengomel) di laman social...

Apa-apa hal pun kita kena hormat orang, bukan sebab sekarang ini bulan Ramadhan semata-mata... sebabnya that’s someone else’s life yang kita komen, apa hak kita nak kutuk-kutuk dia baru nampak alim sikit dah nak kahwin ramai... awak dulu playboy lah, itulah, inilah... kita ni manusia biasa saja, muhasabah diri sebelum mengata orang.

Pada Jahn lah, subculture menjaga tepi kain orang ni memang dah menjadi virus dalam masyarakat kita... semacam satu wabak yang tak boleh disembuhkan... yang memberi komen, rata-ratanya nampak macam tak boleh nak terima kenyataan je... Jahn tak tahulah, mungkin yang terasa sangat itu adalah persatuan isteri-isteri bermadu seMalaysia ke apa, tapinya... jagalah tutur kata (aka penulisan) itu... tak setuju tak bermakna bagi lesen nak mengeji, menghina, mengutuk, lebih teruk lagi memfitah... kalau tak setuju dan rasa macam hati tu tak tenteram kalau tak bagi komen, bahasa itu biar molek sikit...

Now, don’t get me wrong... Jahn bukan pro-Asyraf ye dalam hal ni... Jahn sendiri dah kata Jahn is not a big supporter to polygamy. Somehow, Jahn relates to how Dayana is feeling... siapa tak sedih... anda pun sedih sebab itu, emosi, kan? Tetapi yang tuan punya badan itu tak tahu pulak apa yang dia rasa... Jahn dok dengar lah kawan-kawan Jahn ni cakap Dayana isteri yang baik, apa-apa hal pun jadi, maruah suami dia tetap kena jaga... so, kenapa pula kita sebagai orang luar nak bukak mulut lebih daripada yang sepatutnya?

Jadi, kawan-kawan... fikirlah... what’s in it for Dayana? Lebih legakah dia melihat komen-komen negatif terhadap suami tercinta? Berbaloikah anda berpuasa dengan mengutuk sekeras-kerasnya perangai Ustaz Amirul tersebut?

Akhir kalam yang agak nak kelam ni, tak salah jadi masyarakat prihatin... tetapi jadilah masyarakat yang cendurung kepada keprihatinan yang positif, ya... InsyaAllah, amin... mudah-mudahan.

Sekian.



Jahn: walau apa-apa pun aku still fehling ustaz amirul lagi!
Emil: yey yey, kawen dua, yey yey!

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS