TCCOW Special Episode 4.1 – Imaniah & Rukia & Dhiya Zafira

Assalamualaikum, hai...

This is the 1st part (hence, episode 4.1 tu) untuk episod istimewa featuring Imaniah dan Rukia, 2 of my friends di Facebook, Jahn sebelum ni jarang aka tak pernah atau lama dah tak keep in touch dengan mereka. Tapi Jahn memang nak buat something for Jimmy and decide nak buat in special episode. Mula-mula nak cari seorang tapi terfikir plot cerita ni ok kalau ada 2 orang, so Jahn taram jelah... mula-mula jugak, nak buat episod yang agak-agak santai tetapi terjadi cam serious pulak... tapi signature style Jahn kan ada lawak-lawak sikit, so still lawak ada, okay, jangan stress! but basically, baca episod ini akan buat pembaca semua boleh figure out a lot of things yang bakal Jahn ceritakan kemudian... so, silalah baca... To Imaniah Fajaya Othman dan Rukia Chan... no hard feeling kalau garapan Jahn ni cam poyo ye! Hehehe!

Part 1


Di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Haiyan Rifqi yang sedang memandu MyVi hitam itu memandang Afiqah Najwa. Isterinya itu kelihatan keberatan untuk melepaskan Najmi Hariri pergi. Segera dia memegang tangan wanita berusia awal 30-an tetapi nampak seperti baru sahaja habis tingkatan 5 itu. Satunya, sebab pendek. Keduanya, memang wajahnya comel. Tidak langsung menunjukkan usia. Entah produk apalah yang ditepekkan ke muka. Alah, apa susah kalau ditanya rahsia awet muda, jawabkan sahaja jawapan Kak Nita, dengan berkat air sembahyang. Mudah! Haha!

“Afi, kenapa ni sayang?” tanyanya perlahan tidak mahu kedengaran oleh Jimmy.

“Tak... tak ada apa-apa,” jawab Afi, mudah sangat hendak tahu kalau diri itu menipu. Tangannya memegang jemari Afi.

“Nampak benar menipunya tu. Jimmy tengoklah Afi ni,” repot Rif kepada abang iparnya itu tak menunggu lama.

Jimmy sekadar tersenyum tawar. Dia tahu Afi risaukan dirinya. Dan dia tahu Rif mahu meringankan suasana. Kalau mereka berterus-terusan diam dengan bungkam yang membuat murung ini, keadaan mungkin akan jadi tidak elok. Oleh itu, Jimmy cuba untuk meringankan mulutnya. Memilih cara Rif.

“Afi ni, abang nak pergi buat umrah. Bukannya nak terjun bangunan. Kalau tahu Afi nak buat muka cencorot macam ni, baik abang pergi KLCC, buat bounge jump ke, rapelling ke dekat situ.” Katanya selamba.

“Abang!” jerit Afi sambil tubuh memaling ke belakang melihat abangnya yang masih selamba bersandar di tempat duduk belakang.

“Haa... dah tu, nak monyok-monyok buat apa? Cuba sends abang off kali ni dengan senyuman. Boleh tak?” pinta Jimmy berlakon macam dia tidak terasa apa-apa apabila menyebut perkataan ‘terjun’ tadi. Sedangkan separuh dirinya sakit dengan kenyataan itu. Tetapi itulah yang perlu dia lakukan. Rif kata dia perlu kuatkan diri, lawan perasaan itu. Apa yang berlaku adalah takdir, bukan salahnya. Apa yang terjadi semuanya kehendak Ilahi. Walaupun perkara itu berlaku dalam pengawasannya pada waktu itu, berkali-kali Rif memberitahunya bahawa kematian mereka bukan salahnya. Kemalangan tetap kemalangan. Jangan terlampau menyalahkan diri kerana kerja Tuhan tak ada sesiapa dapat menduga. Jangan kerana kecewa dan tidak redha ketentuan Allah, Jimmy sisihkan diri daripada semua orang yang menyayangi dirinya.

Macam lima tahun kau sisihkan diri kau daripada kami kerana arwah Nadia!

Penumbuk Rif melekap ke pipi Jimmy. Padat. Padu. Sakit. Pecah. Jimmy teringat peristwa lewat seminggu lepas itu. Teruk juga pergaduhan antaranya dengan Rif. Sampaikan selepas mereka cool off, mereka terpaksa menipu Afi yang kereta Jimmy kemalangan. Padahal mereka sendiri yang melanggar pokok sebelum terjun daripada kenderaan itu. Punyalah tak mahu Afi tahu mereka berkelahi. Mana tidaknya, dengan muka yang sudah membengkak, dan lebam membiru. Luka sana sini.

Jimmy ketawa mengingatkan hal itu. Rif pun masih tidak berubah-ubah. Combat modenya itu adalah satu-satunya benda yang tidak mahu Jimmy cabar.

~~

Imaniah berpamit dengan temannya itu. Temannya itu sudah selesai dengan urusan check in. Dan dia sudah masuk ke balai berlepas. Rasanya tidak ada apa-apa yang boleh dia buat di sini. Baliklah. Belum sempat dia mahu pergi, Imaniah terpandang sebatang tubuh yang amat dia kenali. Tetapi cuma daripada gambar sahaja, gambar yang ditunjukkan oleh temannya yang baru sahaja check in tadi. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia ke situ bertemu lelaki tersebut tetapi langkahnya segan. Hah, segan tak dapatlah jawabnya! Alih-alih dia melihat sahaja daripada jauh. Dan daripada jauh jugalah dia melihat ada yang mencucuk jarum. Hish, melepas aku. Desah Imaniah dalam hati.

Part 2


“Abang tunggu dekat sini kejap, ya,” pinta Afi supaya Jimmy duduk dahulu di bangku. Dia menarik tangan suaminya kemudian untuk menemaninya melakukan urusan seterusnya.

“Ok,” hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Jimmy.

Afi dan Rif semakin mengecil daripada pandangan mata. Sehingga tidak kelihatan dibalik orang ramai di kaunter itu.

Sekejap, Jimmy berteleku sendirian. Moga-moga Allah akan membaikpulihkan hatinya yang tidak berapa tenang ini. Semoga Allah menjernihkan kekeruhan yang melanda jiwanya. Dia tahu semuanya adalah takdir Allah. Namun mengenangkan nyawa anggotanya melayang di bawah pengawasannya, dia tetap rasa bersalah. Sedikit sebanyak, Jimmy tetap berasa gagal. Dia tidak pernah gagal selama ini, jadi apabila satu kegagalan terjadi dan meragut nyawa anggotanya, dia tidak dapat menahan diri. Dia sedih, ya. Dia kecewa, ya. Dia rasa bersalah, itulah sebabnya dia tidak sanggup berdepan dengan sesiapa termasuklah Afi. Namun, kini dia mahu membetulkan keadaan. Dia mahu meminta Allah mengubati rawannya.

“Excuse me, boleh duduk sini?” tanya seorang perempuan yang Jimmy tidak kenali, kedengaran ramah tetapi masih sopan.

Jimmy yang terpinga-pinga hanya mengangguk sahaja selepas hampir 5 saat perempuan itu menunggu jawapannya.

“Thank you,” balasnya. “Oh, nama saya Rukia!” sambungnya tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Harammmm...

“Rukia? Nama samaran ke?” tanya Jimmy. “...nama saya,... Ichigo.” Jawab Jimmy tersenyum bergurau tetapi dengan nama gurauan itulah Rukia memanggilnya sepanjang perbualan itu.

“Ichigo, nama samaran jugaklah tu, kan... hehehe, okaylah panggil nama samaran aje pun, okay apa!” perempuan bernama Rukia itu kelihatannya excited. Tetapi Jimmy tidaklah sampai bertanya kenapa excited sangat. Dia masih duduk membatu.

“Minat Bleach ke?” tanya Rukia.

“...ni nama Ichigo, mestilah minat!” jawab Jimmy tidaklah jujur sangat. Dia tahu tentang nama Rukia dan Ichigo itupun dalam TV sahaja. Dulu TV3 ada menayangkan anime tersebut tetapi separuh jalan. Jimmy sebenarnya lebih sukakan kartun tempatan. Komik, seperti Gila-Gila dan Ujang.

Lawak pula Rukia memandang lelaki yang mengenalkan diri dengan nama Kurosaki Ichigo itu. Besar-besar macam ini pun masih layan kartun. Haha, gelaknya dalam hati. Ah, kalau hendak diikutnya ramai lagi lelaki dewasa yang menonton Upin Ipin dan Boboiboy. Jadi apalah salahnya, Ichigo disebelahnya ini layan Bleach juga. Sekurang-kurang mereka ada persamaan.

“Next flight ke?” tanya Rukia. Memandang ke panel skrin yang menunjukkan penerbangan seterusnya yang akan berlepas tidak lama selepas ini, ke Arab Saudi.

“Ha’ah...” jawab Jimmy pendek.

“Baguslah tu. Dah sampai dekat sana nanti, doa banyak-banyak dekat tuhan. Minta dia redakan taufan dalam diri tu. Kadang-kadang perkara yang terjadi dalam hidup kita ni, macam buku. Kita kena baca sendiri sebab kalau tidak, kita tak akan tahu maknanya, tak akan faham kenapa jadi macam itu. Sometimes, seeing is deceiving. Hearing might not enough. Masa itulah kita kena percaya pada kuasa doa.”

Kata-kata Rukia itu cukup mendalam pada pendengaran Jimmy. Seakan terkena pada batang hidungnya sendiri. Dia hanya mengangguk perlahan. Dia tidak tahu hendak membalas apa-apa selain daripada...

“Insya-Allah.” Kudus bunyinya suara seorang Najmi Hariri.

“Okaylah, saya kena gerak dulu. Kawan saya suruh saya datang ambil dia dekat sini, sanalah agaknya.” Rukia menunjukkan jarinya ke balai ketibaan, berdekatan dengan ramai-ramai orang yang baru lepas check out. Penerbangan daripada Bickenhill, Birmingham, United Kingdom.

“Well, Ichigo-san. Have a nice trip, ya!”

~~

“Dia macam mana?” tanya Imaniah kepada temannya itu.

“Macam itulah, macam yang Kak Dhiya beritahu. Buat-buat macam okay tapi terlepas juga,” jawab Rukia.

“Kesiannya Jimmy-oppa!”

Sama seperti Rukia, Imaniah tersenyum nipis. Mereka melihat dari kejauhan. Kapal terbang menuju ke Riyadh, Arab Saudi telah berlepas. Jimmy, carilah ketenangan di sana. Pulang semula sebagai seorang yang baru. 


Imaniah mengalih pandang kepada Rukia yang msih ralit memandang kapal terbang yang kelihatan seperti tahi bintang itu di angkasa malam. Serta-merta wajahnya berubah. Dia tidak puas hati.

"Wah, bukan main lagi kau mengendeng dengan Abang Jimmy tadi, kan!"

Part 3


Dewan makan, Hotel Royal Sultan, Makkah...

“Assalamualaikum, seorang sahaja, boleh join?” tegur satu suara yang Jimmy kenal.

Kepala dipangku ke atas. Mendongak sedikit memandang wajah wanita itu.

“Dhiya!” serunya dengan suara amat terkejut. Matanya tidak berkelip-kelip.

“Dhiya buat apa sini?” katanya sekali lagi bertanya.

“Buat konsert. Apalah Jimmy ni, Dhiya pun buat umrah jugalah!”

“Seorang?”

“Buat umrah seorang atau Dhiya sekarang seorang?” tanya Dhiya Zafira semula mahu mendapatkan kepastian terhadap soalan tidak lengkap Jimmy itu.

“Datang sini seorang ke?”

“Tak lah... dengan suami.”

Jimmy mengangkat kening sedikit. Dhiya dah kahwin rupanya.

“Oh,” desahnya perlahan.

“Orang tanya tak jawab lagi,” kata Dhiya.

Tanya, tanya apa? Dia tidak mendengar sangat tadi. Sudahnya bunyi ‘err’ yang bermakna ‘apa’ sahaja yang keluar daripada mulut.

“Boleh duduk sini?”

“Suami tak marah ke?”

“Nak marah apa, dia pun joinlah kejap lagi.”

“Oh,” sekali lagi jawapan yang membosankan itu keluar daripada mulut Jimmy. “Duduklah, tapi ramai kejap lagi ni,” sambung Jimmy. Ramai? Siapa?

Dhiya hanya tersenyum. Dari kejauhan dia seakan mencari-cari di mana suaminya. Jumpa. Dia melambai-lambai sekejap. Ada senyum sejurusnya.

“Jimmy ok?” pertanyaan itu terlantun keluar dengan nada jujur.

“Hmm? Ok,” jawab Jimmy tidak menunggu lama memikirkan jawapan.

“Baguslah.” Balas Dhiya tahu lelaki itu berbohong kerana daripada sinar matanya, Jimmy masih menunjukkan kesakitan yang tidak terperi taranya.

Dhiya tidak tahu bagaimana hendak membuatkan Jimmy boleh melupakan masalah itu. Rasanya mungkin ada satu cara sahaja lagi yang belum dicuba. Walaupun Jimmy bukannya sihat sangat lagi tetapi Dhiya yakin Jimmy kuat. Halangan yang sedikit tidak akan melemahkannya.

“Luqman came the other day,” kata Dhiya sekaligus membuahkan minat dalam diri Jimmy. Apa yang Luqman buat mencari Dhiya? Dia mencari wanita ini hanya apabila dia betul-betul buntu dengan kehidupannya. Adakah Luqman juga begitu sekarang? Tetapi atas sebab apa pula?

“Man? Jumpa Dhiya?” tanyanya sekali lagi mahu benar-benar pasti.

Dhiya Zafira mengangguk. Kata ‘ya’ kedengaran sekejap selepas itu.

“He’s been doing something dangerous.”

“Operasi? Operasi apa?”

“Ingat lagi operasi tentang Tengku Azhar dulu tu? Dan yang lagi ‘satu tu’?”

Saat mendengar pertanyaan Dhiya tentang operasi yang lagi ‘satu tu’, Jimmy hampir-hampir hendak terlopong. Adakah Luqman? Nanti... bagaimana pula Dhiya boleh tahu operasi mana-mana dan boleh siap tanya operasi ‘yang lagi satu tu’? Dari mana Dhiya memperoleh maklumat yang cukup confidential sebegitu?

Walaupun pertanyaan tidak keluar daripada mulut Jimmy, Dhiya seakan faham pergolakan dalam diri Jimmy.

“Ya,” Dhiya menjawab pertanyaan yang tidak ditanya.

Dhiya melihat Jimmy seperti tidak senang duduk. Kalau boleh agaknya, Jimmy mahu pulang ke Malaysia sekarang juga. Dia jadi risau, sedangkan sebenarnya lebih ramai yang merisaukan dirinya kala ini.

“Jimmy risau? Tak pernah terfikir berapa ramai lagi yang risaukan Jimmy sebab Jimmy tak boleh lupakan tragedi tu? Tak boleh move on? Jimmy boleh pula risaukan Luqman, tapi kenapa langsung tak fikirkan perasaan orang lain yang risaukan Jimmy. Helmi, Eddie, Luqman, Rif, Afi... semua risaukan Jimmy. Mereka semuanya risaukan Jimmy. Mereka tak nak tengok Jimmy jadi macam ini. Bangkit, Jimmy.” Panjang sekali leteran Dhiya. Jimmy mendengarnya terasa insaf dengan diri sendiri. Apabila teman lain yang mendapat masalah, dia risau tetapi bila tiba saatnya, dia buat orang lain risau pula.

“Saya kena selamatkan Luqman.”

“Oh, don’t worry about him, Jimmy. Dhiya pasti dia boleh get through semua ni dengan cemerlang. Apa yang penting, Jimmy kena kuatkan diri Jimmy, okay.”

Jimmy hanya mendiamkan diri sendiri. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Dhiya semuanya benar belaka. Dia tenggelam dalam rasa bersalah. Namun, bukan hanya dirinya sahaja. Dia mambawa semua orang yang disayanginya sekali merasai keperitan itu. Sudah tiba masanya dia kembali. Menjadi Mejar Najmi Hariri Mohd. Zahari.

“Assalamualaikum Dhiya,” sapa satu suara. Dhiya menoleh. Hatinya bergetar rindu menilik wajah tersebut. Dan wajah-wajah seterusnya.

Ziyad Sidqi. Jad Imran. Izz Karami. Adnan Taufik. Keempat-empat lelaki itu tersenyum sahaja selepas kata salam diucapkan bergilir-gilir.

Memang reunion rupanya. Inilah ramai yang dikatakan oleh Jimmy tadi.

“So, Jimmy inilah hero seterusnya?” tanya Taufik.

“Don’t be envious Fik, this one is my type!” kata Izz.

“What do you mean your type?” tanya Jad dengan nada tertanya-tanya namun sebenarnya mahu memprotes, Izz hendak mengatakan yang Fik dan dirinya kurang macho berbanding dirinya.

“You know precisely what I mean, Jad,” balas sepupunya itu sambil memeluk bahunya. Jad menepis tanda sentap tetapi cuma berguraulah.

“Hero seterusnya?” desah Jimmy tidak faham.

“You’ll find out soon enough, Jimmy,” Sid yang dari tadi diam menelaah perlakuan ‘abang-abangnya’ itu bersuara menjawab soalan Jimmy.

“Ahh, if only Rif were here... dah cukup korum korang semua, kan!” kata Dhiya pula. Keempat-empat lelaki hero itu terlepas gelak yang sedikit kuat di bumi Mekah ini. Jimmy semakin pelik mendengarnya.

“Okaylah, nice seeing you guys, tapi Dhiya kena pergi dulu.”

“Alah, Dhiya... jumpa sekali-sekala dah nak pergi ke?” tanya Fik dengan nada sedikit kecewa.

“Alah, cik abang dah tunggu kat sana... ingat nak lepak sini kejap tadi, tapi something came up. Next time, ye...,” balas Dhiya selamba. Sebelum dia menghilang daripada pandangan mereka semua, Dhiya sempat memberi satu peringatan yang tidak seorang pun antara mereka faham.

“Guys, be safe..., take good care of yourselves.” Dhiya meninggalkan mereka terpinga-pinga berlima di situ.


To be continued in TCCOW Special Episode 4.2 – Imaniah & Rukia



p/s -  Jahn adalah peminat tegar Boboiboy... mengaku!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS