novela benarkah cinta 4

“Dream of me,” kata Rik sambil senyuman tak lekang di bibir.

“Eeei, tak malu ke suruh orang mimpikan dia macam itu!” balas Jiya keriangan. Susah untuk lihat dia segembira ini, baru-baru ini sahaja dia mula begini.

“Yelah, orang tak nak ingat kita... kita je yang asyik ingatkan dia…” rajuk Rik berlakon macam real.

Segera Jiya merangkul jemari Rik. Perlahan belakang tangan Rik dicium. Matanya memberitahu Rik betapa dia sayangkan lelaki itu. Betul-betul sayang. Tak disuruh, tiba-tiba Jiya mengucup pipi Rik. Entah dirasuk hantu apa sampai dia terlupa untuk bersopan. Kerana cinta, mungkin. Rik terpaku dalam pana. Terkejut dengan tindakan Jiya. Walaupun suka dan tidak kisah namun sedikit sebanyak dia tidak menyangka juga yang Jiya seberani itu.

“I think I better go…” kata Rik sedikit keliru.

Jiya berdiri di hadapan pintu rumahnya. Menunggu bayang Rik betul-betul hilang. Walaupun sedikit tidak sanggup tetapi takkanlah dia nak Rik bermalam di rumahnya.

Rik yang melangkah pergi makin perlahan hayunan kakinya. Di hati terdetik sesuatu. Adakah dia sebenarnya tidak serius dengan Jiya? Adakah dia masih keliru dengan perhubungan itu? Adakah dia takut untuk mengakui mereka kekasih? Tidak. Bukan.

Rik memalingkan muka dan tubuhnya. Dia melihat Jiya yang masih setia menunggu. Wajah Jiya ada riak pelik. Mungkin hairan kenapa dia berpaling semula. Lelaki itu berjalan selangkah demi selangkah mendekati Jiya. Daripada perlahan semakin laju.

Jiya terkejut sedikit. Kenapa dengan Rik?

“Rik, kenapa…” belum sempat dia menghabiskan pertanyaannya, Rik memeluknya erat.

Dalam rangkulan erat itu, Jiya dapat dengar 3 perkataan.

“I love you.” Cukup untuk buat dia bahagia. Kata-kata Rik sangat menyentuh hatinya. Rik, tahukah engkau betapa cintanya aku padamu? Tanya Jiya sendiri dalam hati.



Sepanjang melantak ketam, udang, kepah dan lala; Dom hanya diam. Walaupun laju mengunyah tak pandang kiri kanan tetapi kesenyapannya mengundang pelik di hati dua kawannya. Jay yang perlahan menjamah setiap makanan yang ada sedangkan tadi dia yang paling lapar memandang Dom penuh takjub. Sah! Memang sah! Dom ada masalah. Dom hanya akan berkelakuan pelahap begini kalau dia ada benda yang difikirkan dalam kepala, yang todak boleh diselesaikan dengan segera.

“Dom, tahu tertib sikit tak makan, kenapa gelojoh sangat?” tanya Ken macam bapa yang menasihat anaknya.

“Shuu… look at that,” beritahu Jay kepada Ken yang tidak perasan keadaan Dom yang sebenar.

“He never eats like that kalau dia tak ada masalah… the last time dia menggelabah macam ni, apa jadi? Alexa mengandung, kan!” kata Jay berbisik.



“Choiii… Alexa mengandungkan anak Evan lah!!!” balas Ken dengan nada yang sama.

“Yelah, Alexa tu kan kawan baik dia… sebab tulah dia menggelabah bimbangkan perempuan tu,” tingkah Jay.

“Hello, aku dekat depan korang ni… yang korang nak bercakap kuat-kuat kenapa?”

“Haa… baguslah kalau kau faham sekarang ni… apa masalah kau? Kenapa kau menggelabah macam ni?”

Dom terdiam. Dia sebenarnya memang begini. Kalau ada masalah sahaja, mesti dia jadi kuat makan macam ini. Nampaknya dia memberitahu jelas-jelas memberitahu Jay dan Ken tentang apa yang terjadi kepadanya. Dia bimbangkan sesuatu.

“Look, Dom… kalau kau share something with us… kau akan lebih lega kot… mana tahu kami boleh tolong? Kalau tak pun, at least kau tak perlu tanggung seorang.”

“Jay, shut it… I don’t want to talk about this. Masalah tempat kerja, sure kau tak boleh tolong pun,” balas Dom sesopan mungkin, tidak ingin Jay dan Ken berasa hati.

“Yelah, kau bengang-bengang makan tak ingat kitorang dekat sini… kecik hati weh!” kata Ken.

Dom yang dari tadi asyik mengunyah terkesima. Kunyahannya makin perlahan.

“Okay, sorry… kau makan dulu…”

Dom menarik nafas lega. Dia tidak ingin memberitahu apa-apa kepada kedua-dua lelaki ini. Biarlah mereka tahu sendiri, bukan daripada mulutnya. Dia tidak ingin nanti kalau ada diantara Jay dan Ken terlepas kata kepada Rik, dia dituduh mahu mengenakan kawan pula. Kalau boleh di tidak ingin langsung Rik tahu yang dia menghubungi Erra. Walaupun rahsia-rahsia Rik kemas dalam genggaman, Rik mungkin tidak mempercayainya kalau hal ini diketahui Erra. Pun begitu sampai sekarang dia berasa pening dengan kekusutan yang menyusahkannya itu.

Ken yang sedang menjamah udang langsung tidak sedar apa-apa, tetapi tidak bagi Jay. Sesekali dia mengesan wajah gusar Dom yang sedaya upaya disorok. Ada juga kegagalannya. Dia tahu ada sesuatu yang lain, bukan hal kerja. Ada benda lain.

Tamat bahagian empat.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS