novela benarkah cinta 6

“Erra ada dekat ICU HKL, kalau kau masih ada hati dan perasaan datang… lupakan Jiya. Lupakan apa yang pernah kau buat ni.”

Itulah perkara terakhir yang dikatakan Dom sebelum dia jadi begini. Rik menangis semahu-mahunya membayangkan keadaan Erra. Membayangkan kecederaan parah yang dialami gadis itu membuatkan hatinya hancur luluh, berkecai tak tercantum lagi. Dia kembali kepada kesedarannya semula. Dia kembali kepada cintanya kepada Erra. Dia kembali kepada keadaan asal. Keadaan sebelum Jiya.






“Yummy, this is good!” kata Ken teruja melihat sushi telur ikan salmon di hadapannya.

“Ken, can I ask you something? Kenapa ajak aku makan sushi ni?” tanya Jiya kehairanan, sebenarnya.

Ken tidak mempedulikan apa yang ditanya sehinggalah dia menelan habis sushi dalam mulutnya, “should you be questioning kenapa aku ajak kau makan or ajak kau jumpa, instead?”

Terkejut juga Jiya mendengar kata-kata berbaur provokasi daripada Ken. Nampak gayanya, Ken bukan sekadar hendak makan tengah hari ini, ada benda lain yang menjadi agendanya.

“Why are you asking this out in a sudden?”

“Well, nothing in particular. Saja je ajak kau makan. I figure out dah lama kita tak lunch together.”

Jiya sebenarnya ingatkan ada benda lain yang ingin dikatakan oleh Ken dan padanya apa yang hendak dikatakan oleh kawannya yang seorang itu bersifat terlampau peribadi. Dia sebenarnya ada terdetik yang Ken ingin menyelongkar tentang hubungannya dan Rik. Dia rasa bersalah juga kerana befikir yang bukan-bukan tentang Ken. Sebelum dengan Rik, Ken umpama abangnya, selalu mengambil berat dan selalu bersamanya. Terasa bersalah juga kerana menyembunyikan hubungannya dengan Rik daripada Ken.

“Ken, can I… aaa… aaa…” Jiya tergagap-gagap hendak membuka mulut bertanya.

“Yeah, you can ask me anything,” jawab Ken seakan tahu sahaja apa yang ingin dikatakan oleh Jiya. Dengan mulut yang penuh dengan nasi Jepun itu, dia menjawab. Ada kedua-dua riak comel dan bodoh pada wajah lelaki sekacak Ken itu. Hmm, kalau nak dibandingkan dengan Rik, Jay mahupun Dom, Ken boleh dianggap lebih tampan sebenarnya jika definisi tampan itu lebih merujuk kepada warna kulit dan bentuk badan. Cerah dan tegap. Itulah Ken.

Jiya menunduk malu, hendak ditanya segan, hendak disimpan dia yang sudah mula ingin bertanya. Ken sedar kesenyapan Jiya mendongakkan muka dan melupakan seketika juadah tengah harinya itu. Ada riak serius pada wajah lelaki berwajah keinggerisan itu.

“Jiya, if you have anything to ask, or to tell me, or perhaps… to share… I’m all eared, don’t hesitate, you know I won’t bite,” gurau Ken seperti selalu, seperti dahulu. Jiya sedar yang Ken tidak pernah berubah, Cuma dia sahaja yang menjauhi lelaki yang menganggapnya adik ini.

“It’s about Rik. I think I’m in love with him.”

“You don’t think you’re in love with him, you are in love with him.” Jiya mendongak memandang Ken apabila lelaki itu begitu serius memangkah kata-katanya.

“Ken…” sahutnya perlahan, ingin menenangkan Ken yang disangkanya naik angin.

“Cuba jujur dengan aku sekali ni je, Jiya. Kau fikir kau jatuh cinta atau memang kau dah jantuh cinta? Kau keliru atau kau pasti dengan perasaan kau?”

“Aku, aku tak pasti…”

“Kalau macam tu lepaskan dia, don’t ruin him, and most importantly, don’t ruin yourself. Sampai tahap mana kau rasa kau cintakan dia sedangkan kau tahu dia… dah ada komitmen?”

Jiya diam lagi. Apa yang dikatakan oleh Ken benar belaka. Kalau dia tak ingin melepaskan Rik, dia perampas, dia pengganggu kebahagian orang. Dia antagonis dalam cerita ini.

“Now don’t give me that look Jiya. Orang salah faham nanti. sorry, kau tahu how much straight forward I can be, sometimes, kan?”

“I tried… tapi I can’t help it but can not let him go.”

“aku bukan suruh kau putus dengan dia, aku suruh kau fikir je… kalau kau nak separate it’s entirely up to you…”

Jiya jadi pelik dengan kata-kata Ken. The first time dia cakap lain, selepas itu lain pula yang dicakapnya. Dia jadi bingung, kenapa dengan Ken ni?

“Ken, you’re confusing me…”

“Exactly, itulah motive aku…”

“Hah??”

“Kalau kau mampu berfikir lagi dalam keadaan macam ni maknanya kau ada benda lain lagi dalam kepala kau selain Rik… kau faham maksud aku, kan?” Ken mengesat mulut dengan tisu sebelum menyambung kata, “he’s not everything… he’s worth to let go.”

He’s not everything… he’s worth to let go… rasanya itulah ayat-ayat yang paling kejam pernah keluar dari Ken kepada Jiya setakat ini.

tamat bahagian enam

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS