novela benarkah cinta 9
Assalamualaikum,
“Apa yang tinggal dekat sini untuk aku, Ken?”
“Takkan sampai macam itu sekali… kau nak bawa diri hanya sebab kecewa dengan Rik? Come on lah,Jiya. You’re better than that!”
“Ken, boleh tak jangan sebut lagi nama tu? Please!”
Ken menunduk tidak memandang jalan. Walaupun tahu dia sedang memandu kereta tetapi mendengar kata-kata Jiya membuatkannya tidak mempedulikan keselamatan mereka kerana terlalu marah dengan tindakkan gadis itu. Tetapi itu tidak lama, sebentar sahaja dia sedar, takkanlah dia hendak mati kerana perkara ‘bodoh’ ini. Tumpuannya kembali kepada jalan raya ini.
Jiya hanya menahan getar dalam hati. Mendengar nama Rik disebut-sebut hanya menambah luka yang tidak mahu sembuh-sembuh dalam hatinya. Salahnya mencintai lelaki itu. Salahnya kerana bermain dengan api yang panasnya tak mampu ditahan. Salahnya mengakui perasaan hati yang bukan-bukan… salah dia memberi peluang diri disakiti. Memanglah Rik yang bersalah memperlakukannya sebegitu tetapi Jiya sedar sesuatu… dia yang bodoh kerana membiarkan permainan Rik mengena tepat pada dirinya.
Perlahan, kedengaran sendu yang tak mampu ditahan. Pedih hati Ken mendengar rintihan kawan baiknya itu. Entah berapa lama sudah mereka berkenalan. Sudah terlalu lama. Tetapi sekali pun Jiya tidak pernah menangis di hadapannya oleh sebab seorang lelaki. Lebih teruk lagi, lelaki itu adalah kawan baiknya juga. Kenapa semuanya jadi begini.
“Jiya, kita makan dulu, ya… apa-apa hal… aku tahu kau sedih tapi aku masih ada benda nak cakap. Aku tak boleh biarkan kau pergi ke US. Tidak dalam keadaan sekarang.”
Jiya tidak menjawab. Dia tahu degil lelaki bernama Ken ini jauh dari boleh untuk dilentur. Bulat katanya, bulatlah ia. Walaupun mendengar masalah jiwanya sekarang, Ken tidak ingin bertoleransi. Walaupun terhimpit dengan permasalahan hati dan perasaan sebegini, Jiya masih mampu faham yang Ken juga berasa bimbang. Walaupun cara Ken itu pelik sedikit, dia tahu Ken sayangkannya. Tak ubah seperti adik sendiri.
Jay mengesat matanya barang sekali dua. Ken dan Jiya di hadapannya sedang berdua-duaan di restoran hotel ini. Hotel? Hmm, takkanlah!!! Ken baik orangnya, takkanlah dia dengan Jiya pula. Mengarut sahaja aku ni. Telah Jay dalam hati. Dia senyap-senyap menuju ke arah mereka. Dengan langkah yang penuh berhati-hati, Jay membawa langkah dekat ke arah mereka. Jiya nampak lelaki itu dan ada riak terkejut sedikit. Berapa lama sudah dia tidak berjumpa teman serumah Ken ini? Sudah lama agaknya. Ya, selepas berjumpa di Hard Rock café hari itu, memang bayang lelaki ini hilang begitu sahaja. Alih-alih muncul tiba-tiba di sini.
“Hai, Ken, Jiya. Berdua je?” Tanya Jay nakal seakan mengenakan kawan-kawannya itu.
“Eh, Jay? Kau buat apa kat sini?”
“Wah, kau! Duduk dengan pompuan je marah aku datang?”
“Eh, takdelah… duduklah… makan?”
“Boleh jugak!”
Pelawaan Ken disambut mesra Jay. Ada wajah tidak senang pada muka Jiya yang tidak ketara. Kenapa perlu dia membuat muka begitu? Jay hanya memandang sahaja tidak berkata apa. Seakan lemas dalam pandangan lelaki berambut panjang itu, Jiya mengalih pandang.
Ken memanggil pelayan restoran itu untuk memesan menu makanan mereka. Lama, disebabkan terlampau banyak pilihan masing-masing mengambil masa yang agak lama untuk memesan makan yang berkenan. Pelayan itu hanya senyum sahaja padahal dalam hati entah apalah sumpah seranahnya kepada mereka bertiga ini. Sudah ramai yang datang makan di sini, satu pun tidak ada perangai bodoh macam mereka ini. Lembab sangat. Bukannya complicated sangat pun menu. Nasi goreng je pun…
“Hey, aku ke gents kejap, ek,” pinta Ken sopan kena dengan tempat.
“Wahhhh, gents… jamban sudey!!” usik Jay sambil ketawa yang mengekek-ngekek.
“Ahh, diamlah kau!” balas Ken.
Jay dan Jiya berdua di sini. Entah kenapa Jiya nampak resah, takut dan tidak selesa. Padahal lelaki ini pun kawannya juga. Walaupun tidaklah serapat Ken tetapi kenapa pula Jiya memberi reaksi seperti itu pula. Apa yang Jay sudah lakukan kepadanya?
“Jangan pandang aku macam aku ‘rogol’ kau… kau nak Ken tahu semua sekali ke? Kau boleh relax tak?” air putih yang ada di atas meja diteguk Jay laju. Haus sangat sebenarnya.
Jiya tidak menjawab mahupun berlawan tentang dengan mata Jay. Dia tahu lelaki itu akan menang, dia tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Semasa di Hard Rock café lewat beberapa bulan lepas.
Jiya hanya merenung gelas yang separuh kosong, separuh penuh itu dengan pandangan yang berbalam. Bunyi bingit music band yang memenuhi setiap penjuru kelab ini langsung tidak dipedulikannya. Hatinya sakit sangat. Dia perlu lupakan segalanya. Dia perlu hilangkan bayangan lelaki bernama Rik dari kepala otaknya, tetapi makin dia cuba makin kejap wajah lelaki itu dalam fikirannya. Tetap berada di situ tanpa ingin keluar. Rik, kenapa kau buat aku macam ni?!!! Raungnya dalam hati.
Habis diteguknya minuman itu dengan rakus. Oh Jiya mana perginya agamamu? Kenapa berbuat dosa yang nyata sebegini? Namamu Nurziha Alaisha binti Yusouf. Kenapa air setan ini pula yang menjadi penghilang dahaga? Akan surutkah dahagamu bila menogok minuman haram ini? Hai gadis… teruk sangatkah duniamu?
Jiya dapat merasakan yang kepalanya berpinar. Peningnya sudah datang. Seorang lelaki di sebelahnya tersenyum suka. Sudah lama dia inginkan perempuan ini. Sudah lama dia memerhati. Cuma tidak pernah dia berpeluang mendapatkannya. Pil khayal yang diberikannya sudah berkesan. Apa yang perlu dia lakukan adalah membawa Jiya pergi sahaja dari sini. Selepas itu… renung-renungkan sahajalah!
Tubuh Jiya melentok ke arah lelaki itu. Segera dipautnya dalam pelukan. Sebenarnya, Jiya tidaklah terlalu mabuk dan khayal sangat, cuma dia berasa sedikit pening sahaja. Kesan ubat itu belum lagi mengambil tempat secara total. Jadi, Jiya masih responsive terhadap persekitarannya biarpun sedikit.
“Hey, handsome! You nak bawak I ke mana?” Tanya Jiya dengan sedu dek alcohol yang diminumnya.
“I nak bawak you ke tempat yang tak ada orang lain… you dan I je? Okay?”
“Bawaklah I ke mana-mana pun yang you suka… kalau you suka I, lah… hahaha!!!” Jiya bagai sudah hilang pedoman. Dia langsung tidak kisah. Lelaki itu apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang… rezeki itu pemberian Tuhan, jangan ditolak! Dia membawa Jiya keluar dengan senang hati. Sampai sahaja di pintu masuk utama dia ke tempat parking keretanya. JAY 7741… Jiya masih perasan nombor pendaftran kereta Honda City itu.
Ken balik semula ke tempat duduknya. Dia memandang kedua kawan-kawannya itu. Nampak macam diam sahaja. Mereka tidak bercakapkah? Hmm, macam tak mungkin je… Jay yang peramah terlebih sudah itu takkanlah langsung tidak ada inisiatif hendak berbual-bual dengan Jiya. Jiya pula, tak mungkin keberatan kalau Jay yang mengajaknya berbual-bual.
“Eh, korang diam je ke selama aku ke tandas ni?” Tanya Ken agak ingin tahu.
“Entah, Jiya ni… aku tanya sebaris, sepatah dia jawab… macam tengah kulum benda je dalam mulut tu!” Jay bergurau kasar.
Hendak menangis Jiya mendengarnya tetapi sedaya upaya dia cuba mendiamkan diri, membatukan tubuhnya supaya tidak memberi respon apa-apa. Dia takut kalau-kalau ada yang mengesan kelainan pada dirinya tatkala ini.
Jay pula hanya senyum sinis penuh makna. Senyum yang membawa makna yang lebih daripada satu. Senyuman yang lebih daripada sedekah. Matanya tak lari dari memandang Jiya. Umpama mengugut.
Tamat bahagian sembilan.
it has been awhile since I posted anything about this novela, okay... this is the 9th chapter of the story... enjoy it...“Are you sure you’re going like this?” tanya Ken kepada Jiya. Dia yang memandu kereta jadi tidak senang duduk pula. Bukannya sebab gatal atau apa-apa pun, dia cuma rasa terkejut dengan keputusan Jiya untuk berpindah ke US secara mengejut. Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja dia diberitahu oleh Jiya akan perkara tersebut.

Comments