novela benarkah cinta 1

Assalamualaikum, 


sila alert semua, ini adalah cerpen kisah cinta dua remaja tua yang jatuh cinta...
Rik (male main), Jiya (main female), Ken dan Jay (kawan-kawan Rik dan Jiya)



setiap hari aku makin sayang, setiap hari aku tak mampu katakan kita hanya kawan...~Rik
setiap hari aku tanya, betulkah perasaan ini, betulkah apa yang aku rasa...~Jiya

dalam kereta, mereka duduk bersama. masing-masing memandang ke arah hadapan. seorang memegang stereng kereta, mengendali jentera itu di atas jalan, seorang lagi diam menekan punat-punat pada telefon bimbit.

ruangan teks mesej baru terdapat huruf-huruf, ghatshsishahahsjhdsaijsaj sahaja yang tertulis, nampak sangat Jiya sedang resah. resahkan apa? Rik memandang ke arah kawan baiknya itu.

"Jiya? are you okay?"

Jiya kelihatan terkejut dan tersentak. sebenarnya dia teringatkan apa yang terjadi semalam. dalam perjalanan ke mid valley, Rik membelai jemarinya dalam tidur yang panjang. rasanya, Ken dan Jay nampak apa yang berlaku. dia jadi segan serta merta. tetapi dia biarkan sahaja apa yang berlaku semalam begitu sahaja. apa kena dengannya? dia pun pelik sendiri.

"aa? i'm okay, i'm fine," jawabnya menipu tetapi jelas tidak pandai.

"kau fikirkan apa ni, Jiya?"

"takde... takde apa-apa..."

"jangan tipu..."

"..." Jiya dia diamkan sahaja kerana dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. benarkah Rik tahu apa yang bermain dalam fikirannya? perasaan pelik ini?

Rik, siapa sebenarnya aku dalam hati kau? kenapa layan aku seperti ini sedangkan kau dah punya cinta dalam hati kau? tolong jangan permainkan perasaan aku begini, aku lemah Rik.. perempuan ini bukannya kuat untuk menahan rasa kecewa nanti..

Jiya mencuri pandang ke arah Rik yang laju memandu. seperti tahu dia ditelek, Rik membalas pandang. mengigau perempuan berwajah putih itu mengalihkan biji mata yang galak memerhati. aduh, kantoi ke?

"Jiya, are you sure you're okay?"

"...yes," tiada jaawapan lain selain daripada kata-kata dusta dari bibir Jiya tetapi bukan salahnya, bukan niatnya menipu Rik. dia cuma takut untuk meluahkan perasaannya.

Rik menekan pedal brek dengan kasar sehingga decit tayar keras berbunyi dan tengik bau hangitnya menerjah hidung. Jiya menjerit kekejutan.

"Rik, what's wrong with you? are you going to make ourselves killed?!" marahnya lancar apabila nyawa menjadi permainan Rik.

"what's wrong with me?! now you're asking?! what's wrong with you! you tell me!!" herdik Rik marah. wajah Jiya memerah takut.

sedikit demi sedikit Jiya mengeluarkan bunyi tangisan, sayup sahaja bunyinya. akhirnya rintik tangisan jadi hujan. Rik cuak, ada rasa bersalah memarahi gadis manis itu.

segera dia melakukan sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama ini pada Jiya. dia memeluk gadis itu rapat-rapat. matanya terpejam erat kerana dia merasakan emosi Jiya.

"siapa aku pada kau, Rik? kau seronok buat aku jatuh cinta pada kau? kau suka buat aku jadi gila macam ni?"

tiada jawapan yang didengar cuma rangkulan itu makin kejap. Rik juga merasakan apa yang Jiya rasa. Jiya cuba menolak Rik tetapi kudrat hawanya tidak termampu melepaskan diri. namun tetap dia cuba sekali lagi. tetap gagal...

"let's stay like this for a while..."



jauh dari mereka.. di Starbucks, Ken dan Jay duduk minum kopi...

"is there something going on between them?" tanya Jay ingin tahu.

"siapa?" balas Ken malas, sambil membelek-belek dokumen kerja yang perlu disemaknya, lelaki ini memang workaholic, di mana-mana sahaja asyik dia dan kerja-kerjanya sahaja, padahal hari ini hari minggu.

"aaah, come on!"

"them? Rik, Jiya?" soal Ken gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

"well, yeah!!"

"...terang lagi bersuluh, Jay."

"habis tu Erra?" tanya Jay macam bodoh.

Ken meletakkan pen dan kertas-kertas yang sibuk dia semak tadi. dia memandang Jay yang kalut nak sibuk-sibuk nak tahu masalah orang lain. Ken menarik nafas sebentar.

"well, Erra doesn't have to know."

"wait, are you telling me that you're okay with them.. being together?"

"kau boleh halang? silakan.."

Jay terdiam. masuk kepada soalan itu, terus dia senyap. mana mungkin dia boleh menidakkan apa yang dirasai orang lain. lagi pula yang berasakan perasaan itu adalah Rik. lelaki degil itu tidak akan mempedulikan nasihat orang lain. dia sahaja yang selalu betul. sudahnya, Jay hanya mengeluh.. menunggu apa yang bakal berlaku nanti..



tamat bahagian satu


Emil: hmm.. ini adalah?
Jahn: a new label.. novela bla bla bla..

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS