novela benarkah cinta 7

Sudah seminggu selepas apa yang sudah berlaku. Sejak Rik meninggalkannya sendiri di tempat parking Mid Valley dan selepas dia keluar makan bersama Ken, dia tidak menghubungi langsung sesiapa. Hmm, tipulah tu… adalah sekali dua dia menghubungi Rik namun hambar, sunyi tanpa diangkat. Sejenak dia terfikir kata-kata Ken. Walaupun berkecil hati tetapi dia rasanya sudah sedar suatu perkara.

“He’s not everything…” tanpa sedar Jiya mengucapkan baris-baris ayat itu sendiri tanpa disuruh. Hati wanitanya tidak kuat untuk menahan tangis… menyesal mencinta seorang Rik.



Jay menaip sesuatu pada papan kekunci laptopnya… status FB terbaharu kelihatannya hambar sahaja…

You can also wake up one day to say that everything is not right… instead of smiling at the sunshine, right?

“Ni untuk siapa pulak ni?” tanya Ken malas.

“General… everyone’s applicable,” ringkas sahaja jawapan malas Jay, “I met Jiya yesterday… at Hard Rock CafĂ©...” sambung Jay tidak lama selepas itu.

“Dia buat apa? Minum ke?”

“No-lah… I don’t think so, rasanya temankan klien dia kot… happy hour. She didn’t look okay. Well, aku just tengok dari jauhlah, aku tak tegur… tengah kerja, kan…” kata Jay. Ada getar pada suara itu, bagai tidak ingin mengingati apa yang berlaku. Tetapi sudah terlepas cakap pada kawannya ini, kenalah dia bercerita.

“I said something to her…” kata Ken selepas beberapa saat mendiamkan diri.

Pernyataan Ken mencambahkan minat pada Jay. Terus ditolak tepi laptopnya dan dia memalingkan tubuh menghadap lelaki kacukan Melayu-Inggeris itu.

“Ceciter, ceciter!!” ujarnya tidak sabar.

“Aku cakap… aku tak ingat aku cakap apalah precisely… tapi aku suruh dia lupakan Rik.”

“Lehhh, ingatkan benda besar sangat… waklu!!”

“Besarlah tu.”



Dom menjengah tingkap cermin bilik di dalam private hospital yang mahal tak ingat ini. Di tepi katil kelihatan seorang lelaki yang duduk tertunduk tidur pada tilam pesakit. Rik… sejak seminggu lalu, dia tidak berganjak dari tempat itu. Sebetulnya Erra hanya ditempatkan di HKL sahaja tetapi Rik menggesa Erra dimasukkan ke hospital ini. Bukan tidak percaya kepada hospital kerajaan tetapi dia mahu Erra dirawat dengan lebih teliti. Walaupun berhabis dia tidak kisah, lagipun dia mampu.

Pintu bilik diketuk, izin untuk masuk.

Rik yang tersengut-sengut mengantuk hampir sahaja terlentang ke belakang kerana terkejut. Dia memandang Dom yang masuk ke ruang bilik itu. Sampai sekarang dia masih berasa segan dengan Dom. Banyak salah yang dia telah lakukan terhadap kawannya yang seorang ini. Oleh yang demikian, masih tegar rasa malu dalam dada saat menentang renungan sang rakan. Dom faham, dia menepuk bahu Rik berkali-kali, dengan sedikit kasar. Sengaja hendak dia katakan kepada Rik yang dia tidak marah. Bengangnya sekejap sahaja. Dia sudah lupa terus kemarahannya saat Rik meluru terus mendapatkan Erra pada hari itu seminggu lepas.

Tepukan kasarnya membuatkan tubuh Rik bergetar sedikit. Rik seperti menangis tetapi Dom tidak rasa kerana dia menghentak bahu kawannya itu terlalu kuat untuk membuatkannya berasa sakit.

“I was confused… and still now…” sahut Rik perlahan. Cukup jarang lelaki ini berkongsi rasa hatinya dengan sesiapa. Hatta kawan baiknya sendiri. Mungkin dengan keluarganya juga. Kalau pasal berahsia, Rik memang menang. Satu pun memang susah hendak diketahui orang.

Dom memandang Rik sedikit hairan, atau sekurang-kurang buat-buat hairan. Pasti ini ada kena mengena dengan Jiya.

“Kenapa? Jiya?” tanya Dom malas hendak cover-cover.

Rik mengangguk sedikit. Terpaksa dia akui yang dia sendiri sudah tidak pasti status Jiya dalam hatinya. Bagaimana hendak dia fikirkan tentang Jiya sedangkan di hadapannya sekarang ini, Erra dengan wajah yang berbalut bandage langsung tidak bergerak. Hanya dada yang turun naik tidak ketara sahaja yang menunjukkan nyawanya belum mahu bercerai daripada badan.

“Why do you get involve at the first place, Rik? I know that this is a lousy question to ask but, tak cukup ke Erra? Apa salah dia?”

Terdiam Rik di-lecture sebegitu rupa. Dia sedar memang dia yang bersalah. Kenapa dia tidak pernah rasa puas dengan satu. Bukan hanya Jiya sahaja. Dulu ada Mischa, Baby , Anis dan Juliana… walaupun kesudahannya mereka tidak sampai ke mana-mana. Adakah Jiya juga koleksi terbaru? Tidak, dia cukup yakin Jiya tidak sama dengan mereka. Seminggu lepas, dia begitu yakin yang dia dan Jiya ada sesuatu yang nyata, sesuatu yang pasti… sebelum Dom menengkingnya dalam telefon.

“Look, Rik.. aku tahu aku tak ada hak nak cakap apa-apa pasal hal ni… just one think aku nak kau fikir, just fikir and keep it to yourself… sampai bila, sampai bila kau nak teruskan macam ni?”

Dom bangun untuk pergi dari situ, selepas bertanyakan sesuatu yang tidak patut sebegitu dia tahu Rik perlu ruang bersendirian. Sesiapa pun perlu.

Tamat bahagian tujuh.

Comments

jahn..ape yg dpt sy katakn adlah awk mmg berbkat dlm bdang penulisan...lukisan awak pn cantik..jeles saya..huhuhu...

nape rik cam 2 erk?? ksian jiya..
Mohamadjahn said…
assalamualaikum... saya tahu awak ni dihah so, izinkan saya panggil awak dihah...hehehe.. melimpah ruah pujian tu... saya ni penulis kecil je dihah, bahasa melayu saya pun tunggang langgang lagi kalau nak diikutkan...

tapi terima kasih kerana menyukai novela ini... rik juga manusia biasa, kdg2 apa yang dia buat dia tidak fikir panjang...itu jelah yg boleh saya ckp sekarang...hehe
waalaikumussalam...la panggil je la..xde yang larang pn..yuna 2 sja jer, pujian 2 ikhlas dr hati..awak mmg ad bkat jahn. pasal bahasa 2 jgn risau la,asal org fham suda..ckup dlm penulisan ilmiah je la guna bhs melayu yg btol...hehe..

pasal Rik tu kan..sabor je la..kalau sy jd jiya mst tension giler...bila la nk sedar, drpd pengamatan sy la kn..sy rasa rik 2 sebenarnya da xcintakan erra..tp kesian..dia jd serba salah..hehe..pepandai jer sy ni..btulkan sy kalau sy silap..(padahal da agak msti slh pnya)..teka jer..jgn marah yer..wsalam
Mohamadjahn said…
hehe...

dihah... kalau dihah baca kisah ni selanjutnya pandangan dihah terhadap rik, jiya dan semuanya akan berubah 180 darjah...

tapi just tunggu je sambungannya dan follow tau...hehehe
da agak da..

slm,jahn..nasib baik 180 darjah jer, kalo cun2 360 darjah tak tau la nk ckp ape..hehe

eeee..xsbr nyer nk bca cerita slanjutnya.. jahn sy sygkan jiya..kesian dkt erra, bangga kat dom, n mnyampah kat rik buat masa skrg ni..tp nmpak gaya nyer mst perasaan sy pd mereka2 semua akn berubah..xpe2,sy nk tgok..ad x antra mereka yg dpt mengekalkan perspektif sy itu..hehe..

truskan mnulis jahn...jangan bg kami tunggu lama sgt..yg pnting rilex and COOL!..sy pasti akn follow punye!..:D
Mohamadjahn said…
tapi rasanya, kan... dihah akan rasa kesian dekat rik nanti, benci dekat jiya dan sukakan dom... dihah boleh bygkan kenapa tak? hehehe...
erk?? alamak,sah2 la tekaan sy xbtol same skali..

urmmm..jap nk pkir...

jiya berdendam dgan Rik sbb xblas cinta dia..Rik pulak dh sedar yg dia mmg cintakan erra..bkan kesian spt yg sy sngkakan, tp erra da xpdulikn dia lg??(oh tidakkk!! tekaan ku slh belaka..)

Dom penyelamat..dia cuba fhamkn jiya n beri nsihat kt erra...tetap myokong Rik dr belakang??

tp kan Jahn..sape hero dlm cerita ni erk?? msti Rik kn, xsmestinya pnyelamat 2 hero.. si kesian pn bleh jd hero jgk kan?? urmmm sy fkir Rik orgnya..(mintak btol kali ni..)^^
eh2..bru prasan, perspektif sy trhadap Dom 2 btol...hehehe..bangganya sy,tibaja..at least ad jgk la antra mereka yg "myempurnakan" tekaan sy ni..ingtkan smua yg sy teka 2 slah..hehehe

wsalam..alamak,td lupa nk bg slm..jahn anggap sy da bg slam ea.sory!..:(
Mohamadjahn said…
hehehe, dihah..hampir nak betul tetapi salah...hahaha...dihah dah lupa ada dua org lagi...ken dengan jay nak campak mana?

citer ni compicated dari yang dihah jangka tau...so, jangan lupa mengikutinya kalau nak tahu kesudahannya... hehehe...<3
hoho..hncur luluh hati ini..

ya,jay n ken mna bleh tiba2 hlg cam 2 kan..apa lh sy ni, ingtkan dia org trus lesap cam 2 jer..hehe suke ati jer pkir cam 2 kat wtk2 jahn 2..jgn mrh erk...

btw jahn, citer ni rape episod??
Mohamadjahn said…
apalah dihah ni... takkanlah Jahn nak marah pembaca setia Jahn yang seorang ni... Jhan patut bersyukur tau ada pembaca macam dihah ni dan semua orang... sebab sudi baca karya-karya Jahn...hehehe...

ken dengan jay lebih dari sekadar watak pembantu... rasanya nanti dihah pun akan sukakan ken, dan jadi hairan dengan jay...hehehe
erk?? hai mkin rumit nmpk gaya ni..n membuatkn sy mkin xsbr tuk tahu kisah slanjutnya, huhu..^^

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS