novela the curious case of whatever 13
ASSALAMUALAIKUM.
this entry is very special kepada Jahn kerana setelah lama mengedit dan menambah cerita, akhirnya, Jahn feeling2 puas hati walaupun sebenarnya hampeh je entry ni, kah kah kah...
hal ini demikian kerana, Jahn telah menerima bukan main banyak kritikanmembina oleh teman-teman FB yang mengikuti perjalanan novela TCCOW ini... katanya kenapa Jahn lambat sangat. Jahn busy la lately, alasan basi, kan... lantak..! hahaha... so, skang Jahn dah siapkan part 13... segala kekurangan harap dimaafkan, kan... hari-hari raya camni.. eloklah... kah kah kah..!
silalah membaca dan jangan banyak hal..! hahaha..!
Part 13
Act 61
“No, Fik, I cannot let you in this one, it’s too dangerous!” tingkah Izz keras.
“Kau tak faham ke Izz? Alia is not with me, she must be in trouble, I need to save her?” balas Taufik.
“What made you so sure Alia is in some kind of a trouble?” tingkah Izz pantas tidak ingin membiarkan Taufik berfikir yang bukan-bukan walaupun kejap dalam hatinya juga terdetik perkara yang sama.
“Alia witnessed everything, she is the main reason why, every single of these things happen! Don’t you get it? For sure, whoever getting hold of Alia is the same person that’s keeping Adni and Ari now! Let me in, I wanna help, most importantly, I want to save my wife!”
Izz bungkam sebentar. Dia menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga dan mencari akal lagi. Dia tidak ingin melibatkan sesiapa lagi dalam hal ini kerana semuanya sudah dirancang. Dia tidak boleh membawa Taufik masuk hanya kerana Taufik juga punya perkongsian kepentingan dalam operasi ini. Rex tidak akan membenarkannya.
Lagipula, mereka belum lagi benar-benar pasti, apa benar Alia diculik oleh penculik yang sama. Sumber daripada pihak Rex tidak mengatakan itu yang terjadi. Hanya ada Adni dan Ari sahaja di situ. Bukan Alia. Selain daripada itu, Izz sendiri ragu-ragu dengan kemampuan Fik. Dia bukannya memandang rendah kepada Taufik tetapi dia tidak ingin Taufik end-up seperti Jad. Dia tidak ingin Taufik menjadi beban kepada mereka nanti. Dan dia paling sekali tidak ingin sesiapa kehilangan nyawa kali ini. Izz risaukan Taufik sebenarnya.
“Look, Fik… put it this way. I’ll save Alia for you. I promise you, I’ll save her if she is ever being there. But please, I don’t need you in this. You’re not made for this. I don’t want you to get hurt.”
“Izz, stop underestimating me!”
“I’m not! I just don’t want to put anyone’s life at stake after what happened to Jad! The last thing I want to see is my friends lose their lives! You have no experience in this kind of things. You have practically no ability to stay alive in this kind of situation! So, please make yourself useful and stay away!” kata Izz yang tiba-tiba naik berang tiba-tiba.
“You need to learn… to stop… taking others too lightly, Izz Karami. You don’t know how I’ve been through worrying like this. Tell you what! I don’t need you, I can take care of this by myself!” kata Taufik sebelum talian telefon ditamatkan.
“Fik, Fik!” sahut Izz berkali-kali.
Izz jadi terkejut dengan kata-kata Taufik. Tetapi salahnya juga kerana jadi tidak terkawal tadi. Ahh, Fik ini pun satu, bukannya dia sengaja tidak membenarkan Fik turut serta tetapi mereka bukannya pasti Alia benar-benar diculik.
“Haaaahh!” hela Izz panjang sambil tengkuknya dipicit-picit. Sedikit sebanyak dia terfikir juga, kalau betul Alia kena culik makna penculik tersebut harus orang yang sama. Cuma mereka sahaja yang ada motif yang kuat. Namun kalau benar, kenapa risikan mereka tidak menunjukkan Alia turut ada bersama Adni dan Ari? Jadi, kemungkinan besar Alia bukan dengan mereka. Ahhh, satu-satu masalah yang datang. Bala, bala… bala sungguh bala!
~~
Rex hanya memandang dari jauh. Dia tahu Izz serba salah tetapi dia memang tidak boleh membenarkan Taufik turut serta kali ini. Padanya, Taufik tidak sampai kepada tahap dan standard yang dia tetapkan. Walaupun tidak kenal rapat dengan lelaki bernama Adnan Taufik itu tetapi sedikit sebanyak dia sudah menjalankan selidikkan mengenali lelaki itu. Ternyata dia tidak punya keupayaan yang cukup untuk menyertai operasi mereka. Dia tidak mahu Taufik menjadi beban kepada mereka nanti. Dan Rex juga tahu, Izz punya pendapat yang sama. Taufik tidak sesuai untuk tugas ini. Dia hanyalah seorang ahli perniagaan, apa yang dia tahu tentang kerja-kerja berbahaya seperti ini.
Act 62
Adni dan Ari masih berteleku menunggu entah siapa yang hendak datang berjumpa mereka. Rasa takut sebenarnya sudah berganti dengan rasa bosan yang teramat sangat. Hmm, di manalah agaknya ketua penjahat-penjahat ini? Kenapa tidak datang lagi? Hmm, bukankah itu suatu perkara yang bagus. Setidak-tidaknya, mereka masih punya peluang lagi supaya Izz dan Sid datang ke sini. Dalam hati, Adni tidak henti-henti berharap yang Izz akan sampai ke sini. Dia yakin walaupun entah macam mana Izz boleh menjumpai mereka.
“Kak, kenapa lambat sangat ni?”
“Siapa yang lambat? Izz dan Sid? Atau penjahat tu?”
“… penjahat tulah. Kalau suami-suami kita tu, Ari fahamlah sebab mereka pun mesti perlukan masa nak cari kita dekat mana,” jawab Ari selamba.
“Bukan ke itu yang terbaik, penjahat tu lambat sampai, Izz dan Sid ada lebih masa nak cari di mana kita.”
Ari bukannya tidak terfikir benda yang sama tetapi dia hanya berasa pelik, sepatutnya mereka tidak perlu masa menunggu yang selama ini. Setidak-tidaknya mereka sudah ada di sini selama lebih kurang 3 jam, satu batang hidung yang lain pun mereka tidak nampak selain 2 orang lelaki yang membawa mereka ke sini tadi. Ari juga sedar yang dari tadi kedua-dua penjahat yang ada tadi kelihatan resah seperti mereka mendapat khabar yang tidak berapa hendak didengari. Namun dia tidak menyatakan hal ini kepada Adni kerana wanita itu kelihatannya berfikirkan perkara yang lain. Seperti sekarang ini, Adni kelihatannya seperti ada perkara yang difikirkannya.
“Kak, akak fikir apa lagi tu?”
Adni seperti tersedar dari mimpi apabila Ari menyergahnya perlahan. Segera dia menumpukan perhatiannya kepada wanita itu.
“Akak… akak teringatkan Alia. Macam mana dia sekarang ni? Kalau nak diikutkan, lagi susah penjahat itu nak dapatkan kita dari dia,” fikir Adni.
“Maksud akak?” tanya Ari separuh tidak faham.
“Yelah, akak bukan nak rendah-rendahkan Fik tapi antara jemaah lelaki itu semua, Sid dengan Izz yang paling boleh harap dalam hal-hal macam ini, last-last kita ke sini juga. Kalau betul penjahat itu nak tahu apa yang kita nampak hari itu, mestilah dia perlu dapatkan Alia. Alia tahu lebih dari kita jadi sepatutnya dialah yang sepatutnya diculik.”
“Mana tahu dia dah diculik jugak, tapi dia tak ada dengan kita, dia dekat tempat lain.”
“Hati akak tak rasa macam itu. Entahlah, tapi akak macam tak rasa dia ditahan macam kita, akak dapat rasakan yang dia selamat lagi.”
“Kita dekat sini, kak… mana kita nak tahu apa yang jadi dekat luar sana.”
“Look, selepas Amie bebas… akak kena tangkap. Akak dibawa dekat Ari, kan. Kalau betul Alia dah kena tangkap, kenapa dia tak ada dengan kita. Serius cakaplah, sepatutnya tak susah orang-orang jahat itu nak rampas dia daripada Fik. Ari tak rasa macam itu?” duga Adni kepada Ari.
Arisa sebenarnya turut memikirkan kemungkinan itu tetapi sekarang ini kemungkinan boleh jadi macam-macam. Dia sendiri pening hendak memikirkan perkara yang berlaku sekarang ini. Sudahnya kedua-dua wanita ini terduduk menyandar ke dinding. Mujur juga yang penjahat-penjahat itu tidak melakukan apa-apa yang tidak elok terhadap mereka.
~~
Jauh sedikit daripada mereka berdua, dua orang penjahat itu sedang bercakap-cakap antara satu sama lain.
“Boss tak dapat nak datang, dia suruh Blade yang datang ke sini.”
“Blade? Budak yang belasah Alek separuh mati tu?”
“Ha’ah, dialah. Aku dengar cerita dia tu bahaya. Sebelum ni dia pernah ada cubaan nak bunuh Tengku Azhar.”
“Tengku Azhar? Hahah, last-last sekarang ini dia bekerja dengan konco-konco Tengku Azhar jugak. Walaupun Tengku tu dah mati. Macam-macam dunia ni!”
~~
Blade yang dalam perjalanan ke pelabuhan yang usang di mana mereka menyekap Adni dan Ari berfikir sejenak. Nampaknya tugasnya kali ini tidak akan menjadi semakin senang rupanya. Hafriz ada untuk menghentikannya. Ah, kenapa perlu Hafriz campur tangan dalam urusannya. Dia memang tidak ingin bersemuka dengan Hafriz dalam keadaan sebegini. Bukan dalam keadaan sebagai musuh. Kepalanya pening memikirkan apa yang bakal terjadi.
“Aku harap kita takkan bertembung, Hafriz,” ujarnya bimbang.
Dalam pada sibuk berasa bimbang dengan apa yang bakal terjadi nanti, Blade mengesan sesuatu yang tidak kena. Dia melihat dari cermin hadapan dan sisi. Sebuah Kawasaki Versys yang cukup mencurigakan seakan mengekorinya. Blade bukannya seorang yang paranoid. Masakan pembunuh upahan yang terlatih dari segi fizikal dan mental sepertinya ini boleh paranoid pula. Dia pastinya punya cukup alasan kenapa dia berasa seakan diekori.
“Hmm, what are you doing actually, Mr. Biker?” tanya Blade sendiri, “I need to divert and see if he’s really tailing on me.”
Blade menukar arah pemanduannya. Dia memasuki simpang ke Shah Alam. Sengaja mencari laluan yang paling menyusahkan dan paling tidak logic untuk diambil oleh sesiapa dan seboleh mungkin dia berlegar-legar di sekitar tempat yang sama. Jika penunggang misteri itu masih mengekorinya juga maknanya memang betul dia diekori.
~~
“Kenapa dia ambil jalan sini? Apa yang ada tengah-tengah Bandar macam ini? Tak mungkin mereka disembunyikan dekat sini pula,” tanya lelaki yang tidak dikenali disebalik topi keledar itu. Dia hairan sebenarnya sementelah dia tidak tahu yang dirinya diuji oleh Blade.
~~
Blade tersengih sendiri. Dia tahu yang dia diikuti oleh seseorang, “ mesti orang-orang Tiger. Hmm, nak cari nahas betullah.”
Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya dipecut tiba-tiba menuju ke arah Seksyen 17, Shah Alam. Dia tahu sebuah tempat yang agak terpencil di situ. Dia ingin melihat siapakah yang berani-beraninya mengekorinya itu.
ACT 63
Beberapa jam sebelum.
Loki memandang hadapan. Segala arahan Edwin dia faham satu persatu. Malam ini bakal berlaku sesuatu yang besar. Sesuatu yang bukannya boleh di bawa main-main. Nyawa setiap anggota kumpulan mereka mungkin berada dalam bahaya. Namun adat hiduplah, sesiapa pun akan mati suatu hari nanti. Cuma lambat atau cepat sahaja. Malas dia melayan perasaan yang entah apa-apa, dia mengambil pistol yang tersedia dia atas meja. Katrij peluru dimuatkan ke tempat yang sepatutnya. Dia menghalakan pistol itu menuju hadapan. Lagaknya seakan ingin membidik haiwan buruan sahaja. Ya, malam ini akan ada buruan yang jadi mangsa.
~~
Rif mengikat kesemua penjahat yang masih bernyawa itu pada sebatang pokok yang besarnya lebih setengah pemeluk. Sementara menunggu bantuan datang, dia kelihatan mundar-mandir ke hulu dan ke hilir. Afi seperti sakit kepala meneliti perlakuan suaminya itu. Seperti ada perkara yang besar sahaja yang difikirkan. Hal kerjakah? Kalau hal kerja baik dia tidak payah tanya. Nanti keluarlah ayat ‘I can tell you, but then I’ve to kill you’ itu. Segera, Afi melabuhkan duduk sambil memeluk lutut sendiri. Dia bersandar pada sepohon pokok. Rif memandang.
“Ni kenapa ni?” tanyanya penuh santun, masih merasakan dia perlu bersikap sebaik-baik manusia selepas berkelakuan separa raksasa tadi.
“Tak ada apa-apa,” jawab Afi senang, ringkas dan jujur. Memang dia tidak memikirkan apa-apa pun.
“Yelah tu, habis kenapa monyok je macam itu?” tanya Rif masih tidak puas hati.
“Monyoklah, badan ni melekit, kotor… dengan tak sembahyang lagi,” jawab Afi lembut.
Rif tidak dapat tidak merasakan perkara yang sama. Kalau hendak diikutkan tadi mereka bercadang untuk singgah di RnR sahaja untuk solat Asar. Sampai di Sungai Udang sempatlah hendak Maghrib di situ. Namun disebabkan apa yang terjadi sekarang ini, Asar ke mana, Maghrib pun entah ke mana. Isyakpun bakal menjelang pada perkiraannya. Sudahnya, Rif cuma diam. Dia merapati Afi dan duduk bersama di samping wanita itu.
Afi menoleh pandang ke sisi. Rif melepaskan hela yang sedikit sebelum mendongak tinggi ke atas memandang langit malam yang dihalang oleh daun-daun pokok.
“Abang risaukan Jimmy.”
Afi memandang serius. Saat nama Jimmy disebut, saat perkataan ‘risau’ dikata, dia tahu ada yang tidak kena.
“Maksud abang?” jawab Afi dengan pertanyaan namun dia tidak hilang tenang, yang dibuat-buatlah.
Rif memandang Afi. Matanya menceritakan sesuatu yang Afi tidak faham. Kebimbangan itu amat menakutkannya. Afi jadi penasaran.
~~
Eddie Sufian memecut laju merentasi lebuh raya ini. Selepas pertemuan dengan Helmi tadi dia tidak habis-habis memikirkan tentang Jimmy. Risau dan bimbang dalam hatinya walaupun sedikit surut tetap masih ada. Sedikit sebanyak dia masih berasa yang Jimmy bukannya cukup bersedia dengan pertarungan kali ini. Pun begitu, jaminan yang telah diberikan oleh Luqman melalui Helmi sedikit melegakan. Ah, Jimmy ini pun satu hal. Tak padan dengan sakit, masih hendak beraksi. Jantan sangatlah konon. Auni pun belum mampu nak handle, nak tunjuk terror dekat sini pula. Hahah, sejenak gelak Eddie dalam hati. Lucu apabila teringatkan ‘awek’ Jimmy itu. Jimmy pun satu, menggelabah lebih.
Berbalik kepada tujuannya, Eddie memecut laju di atas lebuh raya ini ke Kem Sungai Udang untuk melaporkan keterlibatannya dalam operasi sulit ini. Dia juga dilaporkan yang Haiyan Rifqi turut terlibat dalam operasi ini sebagai pembantu. Ah pelik, bukankah Rif yang selalu mengetuai apa-apa operasi bersama selama ini?
Ah, malaslah fikir! Desahnya dalam hati. Tiba-tiba dia terasa ada getaran pada dalam poket seluarnya. Adalah yang menghubunginya itu. Terasa ada yang penting dalam mesej itu, dia berhenti di tepi jalan. Biar lambat asal selamat kata orang, berhentilah sekejap.
‘Komando Eddie Sufian, Komando Haiyan Rifqi terlibat dalam satu kemalangan. Sila ke tempat kejadian. Saya akan hantar koordinasi tempat kejadian sebentar lagi. Pasukan bantuan dalam perjalanan ke sana.’
“Kemalangan?” gumamnya Eddie perlahan. Hmm, rasanya keadaan Rif tidak teruklah kalau pihak pengkalan boleh mengirimnya mesej ini. Maksudnya, Rif lah yang memberitahu di mana dia berada. Kemungkinannya dia hanya perlukan orang yang datang mengambilnya di situ.
Tidak sampai seminit kemudian, satu lagi mesej tanpa nama pengirim masuk ke dalam peti mail telefon bimbitnya yang sudah diubah suai dengan spesifikasi perisikan. Inilah dia kelebihan menjadi tentera berpangkat tinggi sepertinya. Apa sahaja yang kelihatan seperti dalam filem James Bond sebenarnya benar-benar wujud. Mula-mula dulu dia agak jakun juga tetapi lama-kelamaan dia sudah lali dengan gadget-gadget hebat ini semua. Telefon bimbitnya ini, dia bukannya menggunakan mana-mana pembekal servis telekomunikasi tetapi ianya adalah dihubungkan melalui satelit.
Eddie tersengih sendiri, “tak jauh dari sini rupanya.” Dengan pantas dia kembali menunggang ke tempat yang diarahkan. Rif, tunggu di situ diam-diam.
ACT 64
Alia duduk di penjuru katil menghadap sliding door yang terbuka. Angin meniup langsir yang bewarna putih lut cahaya itu. Nina kelihatan seperti bersiap-siap hendak keluar. Ke manakah hendak perempuan itu pergi? Hendak tinggalkan aku di sini sendiriankah? Tanya Alia dalam hati. Namun pertanyaan itu terlontar juga tidak lama kemudian.
“Nina nak ke mana? Tinggalkan akak dekat sini seorang saja?”
Nina seperti berkira-kira hendak berkata apa. Sebenarnya, kalau diberi pilihan dia tidak ingin membiarkan Alia sendirian di sini walaupun dia cukup yakin yang di sini Alia selamat. Tidak ada yang tahu di mana dia menyembunyikan Alia. Tidak ada sesiapa yang nampak apa yang dia lakukan.
“Akak, saya tak boleh duduk dekat sini dengan kakak sekarang. Saya ada sedikit urusan yang harus saya sudahkan. Saya janji saya akan balik secepat mungkin,” jawabnya dengan jawapan yang sehabis selamat. Serasanyalah, namun hati Alia yang masih lagi penuh tanda tanya tidak ingin melepaskannya pergi dengan semudah itu. Dia bukan main pening lagi dengan kaitan Nina terhadap apa yang berlaku dan Nina masih ingin merahsiakan banyak perkara daripadanya.
“Nina tak boleh buat akak macam ini, Nina tinggalkan akak dengan entah berapa banyak pertanyaan yang berlegar dalam kepala akak. Sekurang-kurangnya berilah akak call abang Taufik. Sekejap pun tak apa,” Alia merungut.
“Tak boleh, kak! Mereka boleh kesan di mana akak berada kalau akak gunakan telefon bimbit akak,” jawab Nina.
“Kalau macam itu gunalah telefon bimbit Nina.”
“Lagilah tak boleh!”
“Kenapa?”
“Akak, percayalah, apa yang saya buat ni adalah untuk keselamatan akak sendiri. Kalau akak call abang Taufik, mereka akan kesan melalui talian abang Taufik pula. Not to mention yang kalau mereka tahu akak ada dengan saya…,” Nina berhenti dari meneruskan percakapannya sementelah dia tersedar dia sudah terlepas kata. Alamak… Alia pasti sudah dapat mengagak.
“Not to mention apa? Siapa ‘mereka’ pada Nina? Nina salah seorang daripada ‘mereka’?” kata-kata Alia umpama peluru yang menembusi jantung Nina kala ini. Walaupun serkap jarang tetapi Alia yakin tembakannya mengena. Dia melihat ada yang terkesan pada wajah Nina walaupun hanya sedikit. Alia memang bukan calang-calang manusia. Dia bukannya sekadar suri rumah tangga yang biasa. Otaknya cukup pantas mencantumkan titik-titik putus. Klu yang sedikit pun boleh diselesaikan olehnya.
“Akak, siapa saya dan siapa pun ‘mereka’ pada saya tak ubah apa-apa. Saya tetap dekat sini untuk pastikan keselamatan akak terjamin. Sumpah, kalaupun saya jahat macam mereka tapi nyawa akak exceptionally different dengan orang lain. Saya tak akan samakan akak dengan yang lain.”
“Maksudnya, penculikan Ari dan Amie sebelum ini ada kaitan dengan Nina?”
Nina diam. Dia tidak ingin memberi kata-kata balas. Rasanya kalau dia terus menjawab, Alia akan mencuba mengorek lebih banyak rahsianya lagi.
“Jawab pertanyaan akak, Nina? Nina ada kaitan dengan semua ini, maksudnya Nina pasti tahu apa yang terjadi kepada Ari dan Adni, kan?” Alia tidak henti dan tidak mengalah untuk tahu hal sebenar.
~~
Hafriz memandang Jimmy seperti ada yang tidak kena. Ada sesuatu dari riak lelaki ini yang tiba-tiba membuatnya berasa curiga tetapi dia tidak memanjangkan perkara itu kepada sesiapa. Bimbang apa yang ditelahnya tidak betul. Susah juga. Namun lelaki itu memang punya sesuatu yang dirahsiakannya. Hati kecil Hafriz meyakinkan dirinya bahawa Jimmy menyembunyikan sesuatu. Sebenarnya semasa di KLCC tadi lagi dia ada ternampak Jimmy menghubungi seseorang dan lagaknya walaupun dibuat-buat biasa, Hafriz yakin ada sesuatu yang lain dalam panggilan yang diterima oleh Jimmy tadi. Hafriz pula malas hendak bertanya lanjut tentang perkara itu, takut nanti dikatanya penyibuk pula. Walaupun tidak mengesyaki yang Jimmy adalah musuh dalam selimut tetapi tidak dapat tidak ada sesuatu dalam hati Hafriz yang menyatakan Jimmy juga punya motif yang tidak diketahui.
“Make sure everybody watch out their partners. We don’t want lives to lose here!” kata Rex tegas dalam briefing yang sudah hampir berakhir itu.
“Sid, kau jangan buat kepala sendiri sudah,” keras sahaja amaran Izz kepada Sid.
“Aku tahulah. Aku bukannya besar kepala sangat.”
“So, I guess Bravo is set to go,” kata Izz Krami yakin.
“Hmm, okay. Fauzan? Are you ready for a bumpy ride of your life?” tanya Rex dalam nada yang serius, seakan-akan ingin menerbitkan rasa gerun dalam diri Fauzan.
“Huhh, lets do this!” jawabnya yakin.
“Jimmy?”
Jimmy memandang seperti baru tersedar dari mimpi. Matanya terkebil-kebil barang sekali dua.
“What?” tanyanya seakan orang dungu.
“Are you ready for this, Jimmy?” ulang Rex tetapi dengan lebih penerangan. Kenapa dengan Jimmy ini?
“Oh, yes… sure I do.”
“Hafriz, watch his back. Can you?”
“Yeah, I’ll be watching every moves,” jawab Hafriz double meaning.
“Jadi, siapkan diri masing-masing. Senjata dan benda-benda lain. Get it ready. Now! Move, move, move!” kerah Rex tegas.
Suri yang masih ada di ruang tamu berasa sedikit jengkel, terkebil-kebil dengan rasa sedikit jauh hati tetapi dia lebih menunjukkan riak tidak puas hati. Boleh bapa dan teman lelakinya buat tidak tahu saja dia ada di situ? Adakah dia ini bukannya salah seorang daripada anggota operasi khas ini? Serta-merta dia jadi bengkek.
“Okay, Suri! You’re good! Keep it up and you’ll be on top! Stay focus and don’t let your guards down. People lives are depending on you, Suri! Yeah!” laungnya sengaja mencuri perhatian semua yang ada. Semua lelaki-lelaki itu memandang serentak apabila Suri terjerit-jerit serupa orang tidak ada sivik itu.
“What? Kata-kata semangat je!” katanya selamba, “now, where’s my gun?”
“Don’t even think about it!”balas Rex sebelum apa-apa.
ACT 65
Rumah usang tidak berpenghuni itu menjadi medan tempur 2 lelaki ini. Blade langsung tidak tahu menahu siapa lelaki ini, tetapi besar kemungkinannya lelaki ini adalah salah seorang daripada konco-konco Tiger. Bedebah Tiger, kau tahulah nasib kau nanti! Gumamnya dalam hati. Pun begitu keadaannya bukanlah seteruk mana apatah lagi dengan keadaan sekarang ini, si pengintip yang entah apalah namanya itu sedang bersembunyi daripadanya. Dalam pergelutan tadi, dia kehilangan senjatanya lalu dia dibiarkan armless dan defenseless. Cukup sukar untuknya untuk memenangi pertarungan ini.
“Keluarlah, sial!” jerit Blade seakan menganjing sahaja lagaknya, “tadi bukan main berani lagi nak rembat aku!”
Lelaki berhelmet ini masih tidak mahu mati. Bodohlah dia kalau menurut kata Blade.
Blade hanya tersengih kemenangan kerana tahu siapapun pendatang yang mencari fasal dengannya itu pasti tengah mati kutu memikirkan cara untuk melawan. Pun begitu, Blade masih berhati-hati. Dia memeriksa segenap ruang yang ada. Manalah tahu, lelaki itu akan meyerang pada bahagian yang tidak dia sedari.
“Kau orang Tiger, kan? Apahal Tiger suruh kau datang sini nak cabut nyawa aku. Aku ada buat salah ke? Hari itu aku jumpa dia baik je, elok je. Siap boleh karaoke sekali dengan pompuan!” jerit Blade tidak diam-diam.
Lelaki itu menilik di sebalik dinding yang ada beberapa lubang kecil. Blade masih jauh namun dia melihat pada tangan Blade ada dua pucuk pistol. Pistolnya tadi. Otaknya ligat mencari apa-apa akal. Mahu tidak mahu memang dia harus berdepan dengan Blade juga namun untuk itu dia perlu ada modal yang besar. Dan perkara itulah yang dia tidak ada. Hendak berlawan mulut, topic apa yang perlu dia keluarkan sementara dia dapat mencari kelemahan Blade. Tiba-tiba dia teringatkan perkara itu. Hmm, kalau dia bawa tentang cerita ‘benda’ yang direbut-rebutkan Tiger dan Raphael rasanya boleh menjadi perkara yang enak dibicarakan. Dia yakin, Blade pun bukanlah sesetia mana. Dengan yakin, kakinya melangkah ke hadapan, sengaja membuat bunyi yang sedikit kuat semata-mata untuk menarik perhatian Blade.
Blade menoleh dan kedua-dua pucuk pistol itu diacukan ke arah lelaki itu dan..
Bang! Bang!
“Woi, cut it out lah jahanam! Kau ingat aku bodoh sangat nak mati ke tunjukkan diri aku pada kau macam ini?!” marahnya apabila 2 peluru itu hampir-hampir mengenainya.
“Itu cara aku bagi salam pada orang yang banyak sangat hal macam kau ni. Apa kes kau ikut aku?”
“Wait, wait, wait… jangan salah faham. Aku takde nafsulah nak follow kau macam ini. Come on lah, kau ingat kau babes? Hehh..” Bang! Belum sempat dia meneruskan kata sekali lagi pistol Blade memuntahkan peluru.
“Oit barua, kau ni memang tak faham bahasa ke?!”
“Kau nak cakap apa, cakap sekarang sebelum aku benam peluru yang ada lagi ni dalam otak kau!”
“Hehh, so smug! Blade, I come with a proposal. Bukan dari sesiapa hanya dari aku. Tiger don’t know a thing about this,” katanya.
“Kejap, kejap… kau boleh tanggalkan helmet kau tu tak? Aku pantang orang cakap dengan aku tak tunjuk muka.”
“Sorry, my bad.”
Lelaki itu berjalan terus dengan berani. Pistol di tangan Blade walaupun sedar boleh meletup bila-bila masa sekalipun, tidak dia gerun. Dalam pada masa berjalan itu, dia membuka helmet yang menghalang pandangan Blade melihat wajahnya.
Blade mengangkat kening. Orang kanan Tigerkah? Tidak pernah nampak pun.
“Who’re you? Never seen you before.”
“I’m new. Loki’s the name,” katanya selamba.
Apakah yang dihendak dibincangkan oleh Loki? Benda apa yang hendak dia umpan Blade? Adakah Blade akan termakan hasutan Loki?
~~
“Abang, bagitahu Afi sekarang? Kenapa dengan Jimmy?” bentak Afi. Baru sebentar tadi mereka berbaik. Kini keadaan menjadi tegang semula. Namun bertukar arah. Kini Afi pula yang bagai dirasuk. Dia mengoncang-goncang tubuh tegap Rif.
“Abang tak maksudkan apa-apalah tadi? Abang cakap general je. Kan Jimmy keluar rumah sendirian tak bagitahu kita sejak semalam. So, abang bimbanglah.”
“No! That wasn’t what you said just now! It was something else! Abang, tell me! Afi letihlah abang main-main cakap something tapi tak nak cakap sampai habis!”
“Abang tak boleh cakap, ini sulit. At least buat masa ni.”
“Jimmy sertai operasi? Wait, bukankah dia sepatutnya bercuti sekarang? Kenapa pula dia…? Abang, apa lagi yang Afi tak tahu ni?”
Rif mengalah, Afi terlampau persistent. Nak jugak tahu. Walaupun perkara ini sedikit sulit tetapi logic akal Rif mengatakan tidak mengapa dia memberitahu sedikit kepada Afi. Walaupun melanggar etikanya, isterinya ini perlu dibawa bertenang.
“Okay, apa yang Jimmy alami ada kaitan dengan satu kes yang abang, Luqman dan Helmi tengah handle. Itu je, abang harap Afi faham dan tak act macam budak-budak, sibuk je nak tahu. Boleh?” arahnya dengan amaran seperti menyuruh budak kecil diam sahaja.
“Ingat orang budak kecil ke cakap macam itu, huhh!” rajuk Afi.
Walaupun merajuk, Afi masih kelihatan comel pada pandangan Rif. Muncung Afi yang sudah seinci itu dipandang Rif penuh sayang. Segera dia merangkul tubuh kecil wanita itu dari belakang. Afi terjerit sedikit.
“Abang!”
“Tak apalah, bukan selalu kita nak berdua-duaan dalam gelap hutan macam ini, kan… bagilah peluang,” nakal sahaja bunyi ucapan Rif. Afi pun perasan yang sejak kebelakangan ini Rif sedikit fizikal daripada biasa. Hmm, Afi diam sendiri. Nasib baik keadaan malam di sini agak gelap. Mukanya sudah merah padam.
“Ni nak blushing kenapa?” Ah, Komando Haiyan Rifqi ni, mata macam binocular termo sahaja. Boleh nampak dalam gelap seperti ini. Makin galaklah dia mengusik Afi yang semakin segan biarpun dengan suami sendiri.
“Ehemm! Saya dari JAIS, saya datang nak tangkap basah!”
Rif dan Afi sudah hampir hendak melatah dibuatnya ditegur seperti itu oleh lelaki yang entah datang dari mana itu. Siapakah gerangannya orang itu?
Suara itu sebenarnya cukup dikenali tetapi bagaimana pula dia boleh ada di sini. Rif, dengan muka yang seboleh-bolehnya dibawa bersabar, menoleh kepada empunya suara. Kalau ikut hati dah lama dia terajang mamat itu.
“Macam mana kau boleh ada dekat sini? Tak ada masa lain kau nak kacau aku dengan bini aku nak berasmara dekat sini?”
“Wo! Statement kau hebatlah Haiyan Rifqi. Dah jangan nak mengarut lagi. Jom, lets get out of here. Kita ada kerja penting nak dibuat kejap lagi. Big night tonight!”
“Eddie, bukan sepatutnya ada pasukan bantuan ke yang datang? Penyangak ni macam mana?” tanya Afi.
“Dah ikat macam ini baguslah, nanti mereka datang ambil. Hmm, ini mesti kerja Rif, kan? Tsk, tsk, tsk… kejam kau Rif… as always.”
“Well, you know me,” selamba sahaja Rif berkata begitu, Afi membuntangkan mata mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu, “no! Abangkan natural born fighter. Lagipun memang penjahat-penjahat ni patut kena pun, kan?”
Afi melepaskan hela yang sedikit. Eddie turut sama tersenyum melihat keletah pasangan yang padanya sangat sweet ini. Setiap kali bertemu mereka, mereka kelihatan seperti pasangan pengantin baru sahaja lagaknya, padahal anak sudah dua. And counting.
“Rif, tell me the status of Operation X as soon as we bring Afi to safety. Aku dah join operasi ni. Tuan knows.”
Rif memandang Afi. Pandangan biasa yang selalu diberikan kepadanya kalau ada hal berkaitan kerja. Private and confidential.
“Kalau ya pun nak bincang pasal kerja tu, tak boleh keluar dari tempat ini dulukah?” rungut Afi. Eddie tersengih sendiri. Rif mengangkat kening sedikit. Hmm, melawan!
~~
Hafriz masih memerhati Jimmy dengan tahap kecurigaan yang tinggi. Dia tidak puas hati selagi tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam fikiran Jimmy, apa yang dirancangnya.
~~
Taufik mati kutu bersendirian di rumah ini. Hatinya memang terlampau marah dan menyirap dengan Izz. Mula-mula kata lain, sekarang kata lain pula. Namun apabila mengenangkan apa yang dikatakan oleh Izz tadi, dia sedar. Dia mungkin menjadi bebanan kepada mereka kalau dia turut serta. Dia sedar dirinya sendiri. Tetapi Izz sepatutnya lebih sensitif dengan keadaannya. Kalau Izz di tempatnya, tidak nanarkah dia apabila mengetahui isteri sendiri dalam bahaya tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa?
~~
Nina buntu memikirkan apa yang Alia fikirkan tentang dirinya. Semuanya telah terbongkar kali ini. Semua yang dia rahsiakan telah dia dedahkan kepada Alia. Biarlah, dia pun bukannya lama lagi di sini. Setelah semuanya selesai dia akan melarikan diri. Rahpael pun bukannya satu kepentingan buatnya. Hati yang serabut diterjemahkan dengan pemanduannya kini. Kalau meter halaju kereta ini mencecah 1000km/j pun rasanya sudah habis dia rembat.
“I need to see the two,” katanya sendirian. Apa yang dikatakan oleh Alia benar-benar membuatnya resah.
“Kalau terjadi apa-apa mereka, akak tak akan maafkan Nina. Nina boleh lupakan semua pasal akak!” kata Alia yang masih terngiang-ngiang di telinga Nina.
~~
“Afi tunggu di sini dahulu, ya?” pinta Rif penuh kasih. Mereka masih berpelukan. Eddie yang ada jauh sedikit daripada mereka memandang dengan senyum yang tiba-tiba terukir. Teringat dia dengan aweknya? Siapakah..? Dia tergelak perlahan sendiri.
Afi menangis. Rif mengucup ubun-ubun isterinya yang berlapik tudung bawal itu.
“Janganlah menangis, malulah dekat Eddie tu,” sambung Rif lagi. Afi mendongak memandang wajah kesayangannya. Rif menyeka air mata yang entah kenapa murah sangat keluar daripada mata Afi. Hendak kata Afi ini perempuan yang lemah, tidak. Dahulu banyak lagi perkara yang lebih teruk yang terjadi. Hmm, mungkin malam ini terlalu istimewa. Banyak yang terjadi. Banyak yang meninggalkan kesan.
“Promise me, promise me that you’ll come back safe. Bring Jimmy back too,” pinta Afi sepenuh hati dalam linangan air mata yang masih menghujani pipi.
“InsyaAllah. I’ll come back for you. I’ll come back with Jimmy. I swear!”
~~
Helmi memecut laju dengan Cagiva hitam milik kerajaan Malaysia itu. Dia harus sampai ke tempat itu dengan segera. Hanya dia sahaja harapannya sekarang.
~~
Amie tertidur di atas kerusi bersebelahan dengan katil Jad. Jad sudah lama sedar tetapi dia tidak mahu mengejutkan Amie. Ingin dia pandang wajah Amie yang manis itu. Walaupun dalam tidur, ayu wajah Amie tidak pernah berkurang. Sekurang-kurangnya pada pandangan matanya. Memadai dengan memandang Amie, kesakitannya sudah hilang. Ngilu lukanya sudah terasa seperti tidak pernah ada.
~~
Jimmy mengesan dirinya seperti disyaki. Hafriz walaupun cuba menyembunyikan sesuatu tetapi terkadang terlepas juga pada wajah. Semenjak balik dari KLCC tadi dia perasan lelaki itu sedikit berlainan. Walaupun mereka baru kenal tetapi Hafriz kelihatannya agak ramah juga tetapi sekarang dia diam. Kalau hendak dikatakan yang Hafriz tidak ada mood selepas berjumpa Blade tadi memanglah ada kemungkinannya tetapi kenapa Jimmy rasa dia bagai diperhatikan pula. Sah, memang Hafriz tahu sesuatu. Dia tahukah aku hendak menggunakan mereka sebagai umpan? Tidak! Tak mungkin dia tahu!
this entry is very special kepada Jahn kerana setelah lama mengedit dan menambah cerita, akhirnya, Jahn feeling2 puas hati walaupun sebenarnya hampeh je entry ni, kah kah kah...
hal ini demikian kerana, Jahn telah menerima bukan main banyak kritikan

Comments