novela the curious case of whatever 20

Part 20
Act 96 – The Chronicles of Izz Karami 11 – Just Coke


2001. Kuala Lumpur...

“Drinking again?” tegurnya sambil kerusi di pub itu dia tarik. Oleh kerana ketinggian kerusi itu agak tinggi, dia terpaksa berusaha sedikit hendak naik tetapi tidaklah susah.

“Oh, just coke?” balasnya melihat gelas Zack. Daripada isinya dia tahu bukannya wiski atau martini seperti yang suka lelaki itu minum dahulu.

“Why are you here?” pertanyaan tanpa mukadimah itu dia lantunkan tanda malas berbasa-basi. Wajah Nina pun tidak dia tenung. Memang dia tidak ada sebarang mood untuk melayan sesiapa kala ini.

“Can’t we be friend?” tanya Nina berbunyi tulus.

“Margarita, please...” pinta Nina kepada bartender berbangsa Melayu itu. Nampak muda lagi, studentlah ni... nak cari duit lebih sedikit tetapi tidak mengendahkan halal haram asalkan mendapat upah yang banyak.

“You used to like martini, now you’re just a plain cola,” balas Nina cuba berperibahasa. Dalam bahasa Inggeris. Walaupun tidak ada pun peribahasa begitu dalam bahasa Inggeris tetapi maksudnya adalah di situ, seakan mengatakan Zack pernah jadi seorang yang hebat, tetapi sekarang seakan tidak ada apa-apa.

“What is it that you want?” tanya Zack lagi. Terganggu dengan kata-kata Nina.

“Be friend?”

“I can’t. I loved someone else,” balas Izz malas berpanjang-panjangan melayan Nina.

“Still, can’t we just be friend?” soalan itulah juga yang ditanya-tanyakan sampai naik bosan Izz mendengar. Tetapi benarkah kata-kata Nina ini? Bolehkah dia menerima Izz sebagai kawan sahaja? Sudah luputkan rasa cinta itu?

Bunyi bingit musik techno yang berdentam-dentum tidak mengganggu perhatian Nina terhadap Zack langsung. Dia melihat wajah itu tanda dia sangat menginginkan Zack membalas rasa hatinya. Cuma kawan. Susah sangatkah?

“I know how much you love her, I used to love you like that, too,” Nina menyambung kata apabila sedar pertanyaannya akan terbiar menjadi seakan roti yang berkulat sahaja.

“Please, Nina. I don’t need this!” balas Izz kekar.

“No, hear me out! There’s no ending to this if you still lock yourself with the past. Move on, Zack. Make a choice, live a life. Enough regretting things.”

Kata-kata Nina kedengarannya senang sungguh dilafazkan. Namun yang susahnya adalah dia menanggung. Dia tidak menahan diri daripada menjawab, ruang hatinya seakan terbuka sedikit.

“Easy for you to say. You’re not the one caught up!” jawab Izz separa marah.

“I get caught up after what you did! But here I am, telling you to stop being so pathetic. Think about it, Zack. Don’t place yourself in the darkness when you can do anything in the light,” balas Nina mahu Izz sedar betapa bodohnya dia mengabaikan hidup hanya kerana seorang perempuan.

Perempuan itu meneguk minuman keras itu dan mengeluarkan beberapa keping note bernilai RM 10 kepada bartender. Tercengang budak itu melihatnya, tidaklah mahal mana kalau hendak membayar sekalipun. Dan bukannya di sini.

“Give him a wiski!”

Saat Nina mahu meninggalkannya, Izz menarik lengan wanita itu. Wajahnya tertunduk tidak memandang Nina tetapi pegangan tangannya cukup kemas menyatakan hasrat hati.

“Don’t go, please... stay with me,” balas lelaki itu dengan suara yang tertahan-tahan.

Wajah Nina sedikit mengendur dari ketegangan yang diciptakan oleh Izz. Hatinya jadi sejuk serta-merta. Dia tidak mahu meninggalkan lelaki ini kerana dia sendiri tahu... peluang ini datang sekali seumur hidup. Bodohlah dia hendak menjual mahal lagi.

Nina melihat lelaki itu menahan dirinya. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.

“Saya nak ke tandas sebentar, wait for me,” jawab Izz dalam bahasa Melayu. Nina faham perkataan tandas itu, itulah perkataan pertama yang diajar Izz semasa di United States. Semasa Izz mahu membuang air kecil. Teringat lagi dia tentang peristiwa itu sehingga tersenyum dia sendiri di situ. Buat seketika mindanya kosong daripada agenda asalnya.

Menjawab kata-kata Zack itu, dia hanya mengangguk tanda dia akan menunggu. Bayang Zack dia cari tetapi tidak nampak lagi. Ini adalah kesempatan terbaik buatnya. Ubat tidur dikeluarkan dan di masukkan ke dalam minuman Izz. Kedua-duanya, coke dan wiski itu. Tidak lama sebelum lelaki itu datang semula tetapi cukuplah untuk membuatkan pil itu melarut dalam minumannya tanpa menampakkan kesan. Nina hanya memandang sahaja kepada bartender itu saat Izz datang dengan amaran, ‘jangan menyibuk!’ dalam senyuman.

Act 97 – The Chronicles of Izz Karami 12 – Rated 18 
Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur

Dia atas ranjang di bilik hotel yang sudah siap-siap ditempah oleh Nina, tubuh longlai Izz dilentangkan.

“Urgh, you’re so heavy!” sungutnya.

Nina terasa sakit benar batang tubuhnya memapah lelaki yang beratnya adalah melebihi 80 kilogram itu, dengan ketinggian lebih 6 kaki, berat badan itu sebenarnya ideal. Pun begitu, seksa jugalah dia hendak membawa lelaki yang sudah mabuk kepayang itu. Walaupun tidak mahu meminum wiski itu tadi akhirnya ke sini juga kau, Zack!

~~

Jarum sepanjang 3 inci itu dikeluarkan daripada tas tangannya. Senang sahaja kerjanya. Kill and go! Tetapi kenapa saat wajah mengantuk lelaki itu dilihatnya ada rasa yang luarbiasa terbit dalam diri. Cukup membuatkannya terasa hati. Jarum keras di tangannya dia lihat. Sanggupkah dia? Oh Tuhan, dia sudah bersumpah mahu melakukan ini tetapi kenapa ada ragu-ragu pula?

“Sorry, I had to do this, Zack,” desahnya.

“Where... are we? What... do... you want to... do with... me?” soal Izz sangat mengantuk. Nina tidak menjawab soalan Zack itu, dia yakin lagipun, Zack bukannya boleh mendengar lagi. Kesan ubat itu memang kuat. Tidak mungkin Zack akan terjaga lama lagi selepas ini.

“Dinie, Dinie...” nama itu sahajalah yang diseru Izz berkali-kali. Nina yang mendengarnya tiba-tiba menitiskan air mata. Terkejut kerana walaupun dalam tidak sedar Zack masih memikirkan perempuan itu. Entah kenapa tidak ada rasa benci terhadap Zack saat nama perempuan itu keluar daripada mulutnya. Cuma Nina tertanya-tanya, selama dia bersama dengan Zack sewaktu dia hilang ingatan dahulu... mungkinkah Zack membayangkan dirinya sebagai Dinie? Walaupun waktu itu Zack benar-benar tidak ingatkan apa-apa tetapi ada masanya Nina perasan sinar mata Zack berlainan saat menatapnya. Seakan memandang sesuatu yang tidak ada di situ.

“You love her that much, don’t you?” tanyanya dengan linangan air mata tetapi tanpa sendu.

Tiada balasan daripada mulut Izz. Hanya kesedaran yang semakin tidak menemaninya lagi sahaja yang ada di situ. Air mata Nina tidak boleh ditahan lagi. Mencucur keluarnya membasahi pipi wanita Inggeris itu.

“Well, too bad! I loved you that much too!” kesah Nina jujur datang dari hati. Dia tidak mampu melupakan lelaki ini lagi. Tanpa dia sedari dia membuka baju Izz dan membelai dada sasa lelaki itu. Dia juga menanggalkan pakaian yang membaluti tubuhnya. Entah buat apalah niatnya sedangkan Zack tidak sedarkan diri. Kalau lelaki itu sedar sekalipun, tidak mungkin Zack mahu meniduri wanita itu lagi. Bukankah dia sudah berjanji mahu menjadi kawan? Kawan apa yang sanggup memerangkap seorang kawan ke ranjang untuk seks?

Dalam tangisan yang berlagu sayu, dia memeluk lelaki itu dengan sekuat-kuat rangkulan. Ya, sayang... dia terlalu sayangkan Zack. Dia amat mencintai Zack tetapi sayang dan cintanya nyata bertepuk sebelah tangan. Zack tidak berkongsi perasaan yang sama. Sedih, ya. Marah, tidak lagi. Benci, mana mungkin. Perasaan itulah yang ada buat lelaki bermata sedih itu.

Nina bangun daripada pembaringan yang dialas tubuh gagah Izz. Rambutnya disisirkan ke tepi. Wajah kacak Izz yang lebih gemar dia panggil Zack dibelainya. Bibir lelaki itu dioles-oles dengan jari. Tanpa sedar dia mengambil jarinya itu dan meletakkan ke bibirnya sendiri. Apa yang ada dalam fikirannya hanya satu, dan dia tidak menunggu lama untuk melakukan itu. Begitu lama dia rindukan wajah yang sudah lama bukan miliknya itu.

Nina mengambil dua datang jarum yang agak besar dan panjang daripada tas tangannya tadi. Dua tusukan ke dalam kepala cukup untuk mematikan lelaki itu.

“Bunuh dia, selamatkan dia daripada penderitaannya. Dia tak cintakan kau, tapi orang yang dicintainya pun tak mungkin boleh membahagiakannya. Kesudahannya hanya dia yang sengsara. Nina, selamatkan Zack, selamatkan dia!”

Separuh kesedaran Nina bagai terasa dirinya mendengar suatu suara yang menyuruhnya membunuh Izz. Bukan kerana bencinya dia terhadap lelaki itu tetapi kerana dia harus melakukan itu. Dia menggenggam hujung hulu jarum dengan kuat. Mahu dibenamkan benda alah itu ke tepi dahi Zack.

“I’m so sorry,” rayunya menangis. Namun sesuatu yang memeranjatkan terjadi. Izz tiba-tiba terjaga dengan mata yang bulat terbuka luas.

“What do you try to do with me?!” tanya Izz kuat.

Nina tidak ada sebarang alasan lagi, sama ada dia yang mati atau Zack yang mati. Dia memilih yang kedua. Dia masih mahu hidup. Dia tidak mahu mati. Jarum besar di tangan dia genggam mahu menggunakannya sebagai senjata seakan pisau. Ya, tidak ada senjata lain lagi di sini. Pistol tiada, pisau juga tiada. Apa yang ada cuma barang-barang yang tipikal yang akan ada dalam bilik hotel. Dia cuma perlu menjadi kreatif sahajalah nampaknya.

“Who sent you?!” jerkah Izz yang sedari tadi berpura-pura sahaja. Namun kantuknya memang sedang memberat sekarang. Gila apa, dia memang minum air berubat itu tadi walaupun tidak banyak.

“Who sent me doesn’t matter!” Nina menendang dada lelaki itu dan melemparkan bantal kekabu yang lembut itu kepada Izz. Dia terjun daripada katil itu dan terus menjarakkan beberapa langkah daripada lelaki itu.

Izz menepis bantal lembut itu tanpa rasa payah. Dia turun daripada katil itu dengan perlahan, mahu memerangkap Nina daripada pintu bilik. Nina tidak menunggu lama sebelum dia mengutip baju dan seluar yang terdampar di atas lantai. Dia tahu berdepan dengan Zack bukannya suatu perkara yang bijak. Lelaki itu pernah membunuh ramai orang, membunuh dirinya ibaratkan mencungkil gigi sahaja. Memang jangan haraplah dia hendak keluar daripada sini melalui pintu itu. Jadi pilihan terakhirnya adalah, tingkap!

“Goodbye, Mr. Sad Eyed Guy! See you later!” kata Nina sambil berlari ke arah tingkap kaca yang agak besar itu. Izz yang melihat hanya terlopong seketika sebelum dia meluru ke arah tingkap yang sudah pecah itu. Tiada sesiapa di situ. Bawah pun tiada orang, Nina memang bukan calang-calang perempuan. Hati Izz dipaut rasa penasaran akan siapa sebenarnya yang mengupah Nina Frost!

Act 98 – The Chronicles of Izz Karami 13 – The Legend’s Finale 

“He knew everything!” katanya kepada Khairy Hashimi.

“What?”

“He’ll kill you if you try to do something to him again?”

“What? Me? Do something to him? Aren’t you the one with all the exalted enthusiasm to kill that son of a bitch?”

“I take that back... killing him is like mission impposbile, satisfied?”

“Tch,” hanya bunyi seakan menghina itu sahaja yang keluar daripada mulut Khairy Hashimi.

“And I should warn you this, stay away from him. If you don’t want to get yourself killed,” Nina memberi amaran kepada Khairy walaupun bukanlah ikhlas bimbangkan keselamatan adik Zack itu.

Khairy Hashimi teringatkan apa yang dikatakan oleh abangnya. Nina silap, menjauhkan dirinya daripada Izz bukanlah perkara yang akan menyelamatkan nyawanya. Sebaliknya menjaga Dinie dengan baik adalah perkara yang perlu dia lakukan kalau dia mahu hidup lama.

Nina bangun daripada duduk yang panjang sebelum meninggalkan diri Khairy di situ keseorangan. Dia tidak akan berjumpa dengan lelaki itu lagi selepas ini. Dia akan pergi jauh. Supaya dia dapat melupakan segala-galanya.

Beberapa meter jauh daripada tempat di mana Khairy dan Nina berada. Izz Karami berdiri di sebalik tiang yang besar. Hati terasa sakit yang amat sangat ibarat diguris dengan sembilu berbisa. Dia tidak menyangka. Langsung dalam hatinya tidak pernah merasakan inilah yang terjadi.

Shimi, benci betul kau dengan abang. Apa salah abang? Abang dah lepaskan Dinie kepada kau. Apa lagi yang kau marahkan dengan abang? Kau rasa abang benar-benar akan rampas Dinie daripada kau ke? Sampai sanggup kau upah orang bunuh abang kau sendiri? Marah dengan abang bila abang kata abang akan bunuh kau kalau kau tak jaga Dinie betul-betul? Walau macam mana pun kau Shimi, kau adik abang, darah daging abang, satu-satunya adik abang. Takkan abang sanggup buat macam itu. Kalau inilah yang kau betul-betul harapkan, Shimi, abang akan pergi. Abang tak akan kembali lagi depan kau. Abang redha kau dengan Dinie. Tapi tolonglah jaga Dinie. Tolonglah jangan sia-siakan Dinie. Tolonglah, Shimi!



The Chronicles of Izz Karami – Tamat

Act 99 – Conspire Royale 1 – Serampang Dua Mata 

2007. MINDEF HQ...

Leftenen Kolonel Rozman sedia menunggu di dalam bilik tersebut kurang 5 minit sebelumnya. Kedua-dua Jimmy dan Saif masuk ke dalam bilik itu setelah diarahkan. Mereka mengangkat tabik hormat kemudiannya.

“Komando. Selamat pagi, tuan! Kapten Najmi Hariri Mohd Zahari masuk menghadap tuan.” Saif juga memberi hormat dengan cara yang sama sejurus selepas itu. Mereka berasa penasaran untuk tahu tujuan apa mereka dipanggil ke sini secara rahsia. Tidak ada seseorang pun yang tahu. Tidak Rif, tidak Eddie, tidak Luqman hatta Helmi juga tidak dibenarkan tahu tentang perjumpaan ini. Jadi, memang kuatlah rasa ingin tahu kedua-dua Jimmy dan Saif.

“Awak berdua tahu kenapa awak di sini, komando?” tanya Leftenan Kolonel Rozman serius. Dia mengesan wajah keliru pada wajah kedua-dua pemuda di hadapan ini.

“Kami kurang arif, tuan.” Balas mereka serentak kerana kedua-duanya memang mempunyai pemikiran yang sama tatkala ini. Mereka memang tidak tahu sebabnya.

“Ambil dan baca fail di hadapan kamu,” arah lelaki berpangkat Leftenan Kolonel itu tegas.

Tanpa membuang masa, Jimmy dan Saif mencapai seorang satu fail yang dimaksudkan. Mereka menelaah setiap baris ayat dengan sekejap sahaja tetapi memahami apa yang diarahkan. Sejenak, kedua-dua mereka berpandangan antara satu sama lain.

“Misi berkembar, tuan?” tanya Saif kepada Leftenan Kolonel Rozman.

“Ya, ada apa-apa yang awak tidak faham, komando?”

Saif menggeleng sedikit, sejurus selepas itu dia menyumpah dalam hati. Sepatutnya dia menjawab dengan bahasa.

“Saya tanya soalan, awak jawab. Faham!”

“Tuan. Faham, tuan!” jawab kedua-dua mereka.

“Awak tahu apa yang awak perlu lakukan, komando?”

“Tuan. Tahu, tuan!” jawab kedua-dua mereka makin bersemangat.

“Baiklah, awak boleh keluar sekarang!”

“Tuan. Baik, tuan!” jawab mereka buat kali terakhir. Naik letih mereka terpaksa mengulang perkataan yang sama sahaja berulang-ulang kali. Aduhai, tetapi hendak buat macam mana. Protokol.

~~

Jimmy dan Saif keluar daripada bilik itu dengan perasaan yang berbuku. Risaukah mereka? Tidak. Takutkah mereka? Jangan harap. Tidak sanggupkah mereka? Jangan mengarut, demi negara mereka sudah bersumpah kalaupun terpaksa mengorban nyawa, tanggungjawab tetap akan mereka galas dengan penuh dedikasi. Demi tugas yang diamanahkan mereka rela tetapi kenapa mereka nampak seakan ralat. Terutamanya Saif. Jimmy pula berjaya menyorokkan galau hatinya.

“If, kau ok?” tanya Jimmy jujur.

“Adik aku menikah hari yang sama aku kena ke sana,” balas If tidak menyorokkan sebab.

“Dia pernah minta aku sendiri yang walikan dia, nampak gayanya tak kesampaianlah hajat dia,” sambung If berpura-pura kuat.

Jimmy sedar Saif sengaja berlagak tabah walaupun sebenarnya dia cukup berasa terkilan. Mengenangkan adik Saif yang hendak berkahwin itu, dia teringatkan Afi. Sempatkah dia mewalikan adiknya itu jika Afi sudah bertemu jodoh? Afi sudah tidak ada sesiapa lagi selainnya. Kalau dia tidak ada, mahukah tok wannya itu mewalikan Afi nanti. Dia tidak sanggup Afi sekadar berwalikan hakim sahaja, sedih rasa hatinya. Fikiran itu dia tepis jauh-jauh. Takut-takut menjadi benda yang tidak elok pula nanti.

“Sabarlah, If,” pujuk Jimmy sudah tidak ada bahasa yang mampu dia utarakan.

“I’m okaylah, bro! Tengok muka ni, ada macam nak menangis ke?!” guraunya mahu mengambil hati sendiri. Jimmy sekadar senyum kelat sahaja.

Jimmy memeluk bahu kawannya itu yang tidak kurang tegapnya berbanding dirinya sendiri. Umur Saif kalau hendak diikutkan hampir 2 tahun lebih muda berbanding dirinya tetapi lelaki itu nampak matang atau dalam erti kata lain, wajahnya nampak berusia sedikit daripada umur. Tetapi tidaklah sampai ke tahap tua sangat kerana dia memang hensem.

“Jimmy, kenapa tuan tak pilih Rif? Kenapa pilih aku?” tanya Saif seakan merasa dirinya tidak layak untuk menjayakan misi penting ini.

“Kenapa cakap macam itu? Kau tak yakin dengan kemampuan diri kau?” duga Jimmy terhadap Saif. Apa yang dia selalu perasan, Saif ini kerap kali meragui kebolehan diri. Entah sebab apalah dia selalu berasa kurang yakin dengan diri sendiri walaupun jika hendak diikutkan, Saif sebenarnya amat cemerlang selama ini.

“Bukan macam itu, tapi kalau hendak dibandingkan aku dengan kau... jauh, bro. Cuma Rif sahaja yang come close to you. Korang sama power, aku ni biasa-biasa je,” balasnya merendah dan sedar diri.

“Tuan nampak sesuatu pada diri kau, kau patut bangga,” bidas Jimmy tidak mahu temannya itu ada fikiran yang tidak berguna seperti itu. Pada Jimmy, Saif bukannya sembarangan tentera. Dia juga bukan calang-calang komando. Dia hebat!

“Aku nervous sebenarnya, bro!” jawab Saif cuba meringankan suasana yang sudah sedikit memberat dek kerana pertanyaannya tadi.

“Relax, bro! I back you up, you back me too, okay?”

Misi kali ini adalah sebuah misi berkembar. Ada dua area yang perlu Jimmy dan Saif lakukan undercover. Dan kedua-duanya melibatkan Tengku Azhar. Yang pertama, menyiasat kerja-kerja haram Tengku Azhar yang turut cuba melakukan rampas takhta. Yang kedua pula ialah menyiasat seseorang yang ada kaitan dengan Tengku Azhar. Seseorang yang jarang dilihat oleh orang ramai. Namun sama seperti Tengku Azhar, dia dianggap antara individu yang paling merbahaya terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Namanya adalah Tseng. Hanya itu sahaja maklumat yang mereka ada buat masa sekarang tentang petualang Tseng itu. Dan tugas Saif adalah menyelinap masuk ke dalam kumpulan tersebut melalui kumpulan Tengku Azhar. Jimmy pula harus terus berada dalam kelompok tengku itu dan melakukan misi undercover.

“But I have a bad feeling about this,” balas Saif kepada Jimmy. Dia tidak tahu apa dan dari pihak siapa. Jimmy atau dia. Apapun yang terjadi, mereka tetap harus kentalkan jiwa, tajamkan akal dan kuatkan semangat!

Act 100 – Conspire Royale 2 - Graymoore

2007. 2 bulan kemudian. KLIA, Malaysia... 

Nina keluar daripada balai menunggu selepas urusan check out selesai. Niatnya ke sini tidak lain dan tidak bukan mahu bertemu dengan pegawainya yang baru itu. Pegawai Graymoore yang berpengkalan di sini. Pejabat urusan anak syarikat rasmi Graymoore Security Solution di lingkungan Asia Tenggara iaitu Graymoore SEA terletak di Kuala Lumpur. Lelaki yang dikenali dengan nama Edwin adalah salah seorang pegawai yang berkhidmat di sini. Lelaki itu jugalah yang bakal menjadi pegawai lapornya yang baru. Entah kenapa dalam banyak-banyak staff di Graymoore USA, dia yang dipanggil ke cawangan yang baru ini. Terlalu bagus atau tidak bagus, tidaklah dia kisah asalkan dia dibayar dengan lumayan. Dan jika dilihat daripada sudut itu, dia sebenarnya dinaikkan pangkat kerana gajinya meningkat lagi. Graymoore SEA ditubuhkan adalah untuk mengembangkan operasi di bahagian pasaran yang baru selain untuk tujuan bersaing dengan The Code, cawangan Asia Tenggara iaitu Code K. Sister company Code X yang pernah Nina berkhidmat suatu masa dahulu. Tetapi kerana Zack, dia keluar daripada sindiket itu. Dia tidak menyesal kerana Graymoore menggajinya dengan lebih baik berbanding Code X. Cuma apa yang diralatkannya adalah Zack, sebelum ini dia dengan Zack di dalam Graymoore, dan kini dia bersendirian. Seseorang yang baru sampai di lapangan terbang ini menyambutnya dengan mesra. Seorang lelaki. Sengaja berlagak mesra sebenarnya. Sedangkan kalau hendak diikutkan dia lebih suka berada di rumah kala ini daripada menjemput perempuan yang entah siapalah ini.

“Miss Nina Frost?” tanyanya mesra.

“Yes, on behalf of Edwin?” pertanyaan balas Nina.

Lelaki itu hanya mengangguk. Selesailah kerjanya. Dia hanya perlu membawa perempuan ini ke PJ Hilton. Dari situ, Edwin sendiri akan mengambil alih.

Malaysia, sudah lama Nina tidak ke mari. Selepas apa yang terjadi. Selepas cubaan membunuh Zack gagal. Dia sudah tidak ke sini lagi.

“Your name?” tanya Nina sedikit penasaran.

“I go with the name Odin. You can call me that, we’ll work really closely after this.” Ah, satu lagi nama Pagan God legenda Nordic! Tapi daripada wajahnya, tidak menunjukkan langsung dirinya bangsa asing seperti Nina. Bukan Cina, bukan juga India, cuma seorang ‘meleis’ wannabe yang kerek sahaja.

Graymoore SEA sebenarnya ada kaitan dengan kumpulan pemberontakan Tengku Azhar. Salah satu agensi yang membekalkan latihan ketenteraan kepada pengikut-pengikut tengku itu. Tetapi keterlibatan mereka memang sangat confidential. Tidak ada sesiapa yang tahu.

“Oh, really? As what? Driver?” tanya Nina bergurau. Ada tawa yang terlepas daripada kedua-dua lelaki dan wanita itu sejurus kemudiannya.

“Hahaha, you’re quite the joker. No, I’m not a driver. I just worked so close with Edwin. So, he asked me to do him favour. He’s like boss to me,” balas Odin tahu perempuan ini tidak fasih dengan Bahasa Melayu. Jadi dia harus berbahasa Inggeris sepanjang masa. Naik berbelit lidahnya.

“Oh, I see,” balas Nina. Dia hanya diam sahaja selepas itu. Ingatannya terlepas kepada masa lalu. Kali terakhir dia bertemu dengan Zack keadaan tidak baik sangat tetapi apa yang berlaku selepas ini, dia harap tidak akan ada kena mengena dengan lelaki itu lagi.

~~

Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Nina menekan punat ‘on’ pada alat kawalan jauh televisyen. Wajah Norazlina Redzuan, seorang pembaca berita yang tidak dia kenali kelihatan. Berita yang dibaca dalam Bahasa Melayu tidak memberi masalah kepadanya kerana dia sudah faham banyak dengan bahasa itu. Tetapi untuk bertuturkan bahasa yang suatu masa dahulu pernah menjadi Lingua Franca itu, Nina masih belum yakin sepenuhnya. Telor Inggeris Amerika masih sangat pekat, jadi dia akan berbunyi pelik dan mengada-ngada pula nanti.

Intisari Buletin Utama malam itu adalah berkenaan penculikan Adni Zuhayra yang mendapat liputan yang meluas dalam negara. Mendengar nama itu, Nina mengalihkan pandangannya melihat apa yang disiarkan. Tiba-tiba skrin TV menunjukkan wajah yang cukup mengimbau kenangan. Gambar CCTV 7 Eleven itu jelas menunjukkan wajah Zack. Nina tidak menahan diri. Dia menutup semula TV kerana benci. Tidak lama sebelum dia membuka semula. Mahu tahu perkembangan bekas kekasihnya itu.

“...pakar telah membuat penilaian awal dengan menyatakan Adni Zuhayra terkena sindrom yang dikenali dengan nama Stolkhom Syndrome. Kami telah mendapatkan komen daripada Dr. Ibrahim Othman, pakar psikologi mengenai sindrom ini.” Berita yang disampaikan oleh Norazlina Redzuan itu membuatkan Nina ketawa terbahak-bahak. Stolkhom syndrome? Apa nak jadi dengan dunia ni? Khairy, mesti kau tengah macam orang gila sekarang, kan? Apa yang kau takutkan akhirnya terjadi juga. Perempuan itu akan kembali kepada Zack. Melepaslah kau! Kutuk Nina dalam hati. Sedangkan dia juga berasa makan hati dengan kejadian itu, dia cuba menidakkan perasaan hati dan apa yang berlegar dalam kepalanya. Dia dan Zack sudah lama habis. They’re long gone! Zackherich Dickson, Izz Karami... who cares! Begitulah yang cuba dia katakan kepada dirinya sendiri, sekadar untuk membuatkan dirinya feel better.

Dalam sibuk melayan penafian diri terhadap lelaki itu, telefon bimbit Nina berbunyi. Edwinkah?

“Hello?” ujarnya memberi kata yang setara dengan kata salam.

“Hello, you’re here? I guess you’ve met Odin, today?” jawab orang di talian sebelah sana. Memang Edwin orangnya.

“Oh, that guy. Yeah, I met him,” balas Nina seakan malas melayan.

~~

Edwin yang berada di dalam pejabatnya di ibu pejabat Graymoore SEA dekat KLCC meletup-letupkan jari tangannya. Terasa sedap pula berbuat demikian. Ahh, dia memang sangat letih sekarang namun arahan tuannya perlu dia lakukan juga. Presiden Graymoore SEA akan sampai ke sini pada tengah malam nanti. Sekarang jam sudah menunjukkan hampir pukul 9. Jadi dia perlu terus berada di sini. Ah, apa yang susahnya. Pakaian sparenya ada di sini. Tandas di ofisnya ini juga ada shower room. Bolehlah dia mandi dahulu semasa menunggu bos besar sampai. Apa sahajalah yang hendak dia bincangkan itu nanti. Malas memeningkan kepala memikir, dia terus pergi ke bilik persalinannya dalam pejabat ini yang menempatkan shower room dan private toilet. Malam ini ada benda penting untuk pengetahuannya.



Tamat bahagian 20.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS