novela the curious case of whatever 18


REVERSE TCCOW – Swing the Pendulum Backward 


Pendulum. Pendulum ialah buah jam. Tidak, ia bukan sejenis buah-buahan. Buah jam adalah alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan jam. Kebiasaannya dalam jam antik, pendulum ialah alat yang berhayun itu. Setiap kali ia berhayun ke kiri dan ke kanan, satu saat akan berlalu. Masa akan meninggalkan kita. Dan kepada sesiapa yang tidak dapat melihat sesuatu yang berlaku pada waktu itu, ia akan menjadi rahsia buat selama-lamanya. Ya, terma dan syaratnya adalah tidak ada sebarang catatan atau rakaman terhadap perkara tersebut jadi ia akan kekal menjadi rahsia. 

Kenapa perlunya semua karangan mengarut ini? 

Tidak ada apa-apa yang mengarutnya dalam kisah ini. Kisah ini masih kekal misteri jadi perkara yang dilihat sebagai mengarut mungkin adalah sesuatu yang penting. 

The Curious Case of Whatever akan memasuki fasa di mana ia perlu pulang kepada sebuah rangka masa yang tidak langsung dapat menyelesaikan masalah masa kini atau hari ini. Adni dan Ari tidak akan dapat pulang, Izz dan Sid tidak boleh menyelamatkan isteri-isteri mereka hanya dengan menceritakan apa yang pernah berlaku. Fik juga tidak akan boleh mencari di mana Alia. Tetapi sebab mereka hilang kini, semuanya adalah kerana suatu masa dahulu, perkara ini berlaku. Suatu masa dahulu, ada beberapa manusia yang memulakan semua ini. Suatu masa dahulu, ada yang terpaksa mengorban erti sebuah kehidupan bahagia. Dan suatu masa dahulu, ada derita yang dia lalui kerana cinta. Ini adalah sebuah imbas kembali. 

Part 18 


Act 86 – The Chronicles of Izz Karami 1 – The Legend Begins 


2000, Sheffield, Switzerland... 

Zack atau Izz duduk berteleku memandang horizon. Horizonlah sangat. Tidak ada apa yang indahnya memandang bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi itu. Namun apa sahajalah yang dia boleh lihat di sini. Taman ini memang selalu dia singgah setiap kali selepas pulang daripada kelas. Namun selepas kejadian yang meragut ingatannya di St. Moritz 2 tahun lepas, dia tidak dapat menyambung pengajiannya. Dan berubah menjadi Zack. Lelaki penuh dosa. Dia teringat lagi kali pertama bertemu Nina. Gadis itu baru berusia 15 tahun. Cukup muda. Lebih muda daripada Dinie tetapi sewaktu dia meninggalkan Dinie dan ke sini, Dinie juga baru berusia sekitar umur itu. Jadi, minda di bawah sedar mengatakan kepadanya yang dia suka gadis bawah umur. Benarkah? Tidak, dia cuma sukakan Adni Zuhayra. Bukan sembarangan gadis bawah umur. Tetapi akal lupanya tidak mengingati hakikat itu, dia lantas merasai dia cintakan Nina hanya kerana mengingatkan dia suka gadis muda. 



1998, St. Moritz... 

Nina menurut lelaki itu meredah hutan pokok pine bawah gaung yang bersalji ini. Ini adalah tugasan pertamanya secara rasmi. Tetapi dia hanya mengikut sahaja sebagai timbaan pengalaman pertama. Dia masih terlalu muda untuk melakukan tugasan sendiri. Jadi Charles menyuruhnya menurut lelaki dengan kod nama ‘Bullet’ ini. 

“Bullet, I hear something,” beritahunya kepada Bullet. 

“Don’t mind about anything else. We’re here to kill the guy, we have his head now. Let’s go back,” balasnya malas berlama-lama di sini. Banyak lagi perkara yang lebih baik dia lakukan selain daripada melayan kerenah budak perempuan itu. Apalah gilanya Charles mahu budak ini mengikutinya semata-mata untuk menunjukkannya sifat pekerjaannya. Awal-awal lagi sudah dikatakannya kepada Nina supaya melihat sahaja dan jangan menyibuk. Nasib baik budak itu pandai mendengar kata. Kalau tidak memang laju penamparnya naik. Sudahlah dia tidak suka kepada budak-budak, disuruhnya menjaga seorang. Haru sungguh. Ah, macamlah dia dewasa sangat. Padahal, dirinya belum pun menginjak usia 2 dekad. Masih belasan tahun tetapi tunjuk ajar Charles sudah menjadikan dia salah seorang mercenary for hire yang cukup menggerunkan. Salah seorang dalam Top 10. 17 but dangerous. 

“I wanna check it out, first. Just wait a sec, okay?” balas Nina tidak mendengar apa yang sudah Bullet kata. Naik menyirap Bullet dengan perangai Nina. Memang menempah penampar budak seorang ini! Marahnya bergerutu dalam hati. 

Nina berlari ke arah bunyi yang dia dengar itu. Tidak lama lariannya bertembung dengan apa yang dia dengar. Sebuah jeep sedang terbakar dengan dua orang lelaki terdampar berdekatan dengan kenderaan yang marak berapi itu. Saat Bullet sampai di situ dia melihat keadaan kedua-dua orang lelaki itu amat parah. Dia tidak kisah pada mulanya tetapi melihatkan wajah seorang lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri itu, hatinya terdetik sesuatu. Dia lelaki Melayu. Orang Malaysia mungkin. Walaupun hanya berbekalkan wajah, Bullet yakin lelaki ini memang seorang Melayu. Dia mungkin seorang Indonesian, Singaporean atau Filipino kalau bukan seorang Thai. Namun entah mengapa hati seorang Bullet mengatakan lelaki ini adalah orang Malaysia, negara tanah tumpah darahnya. Hati yang sudah lama mengeras tiba-tiba bagaikan kerak nasi yang terendam air sehari lamanya. Jadi lembut, selembutnya. Dia memapah lelaki itu dan Nina memapah lelaki Amerika yang seorang lagi itu. Mereka membawa berdua pulang ke markas sementera mereka. 

Act 87 – The Chronicles of Izz Karami 2 – Obsessed 


Markas rahsia Code X di St. Moritz. Keesokan harinya... 

Nina memandang lelaki yang padanya memiliki wajah yang unik itu. Tinggi dan tegap orangnya. Wajahnya itu cukup kacak pada pandangan mata Nina. Dalam tidur, lelaki itu nampak sungguh mempesonakan. Tanpa sedar dia mengusap wajah lelaki yang tidak dikenali namanya itu. Jemari Nina liar bermain dengan bibir dan hidung mancungnya. Nina tersenyum tulus dalam nakal, sedar akan kelakuannya itu tidak ubah seperti mengambil kesempatan terhadap seorang lelaki kacak yang tidak sedarkan diri. Ah, peduli apa! Bukannya ada sesiapa di sini. 

Saat yakin tidak ada mata yang memandang rupanya Bullet melihat sahaja perbuatannya. Dasar perempuan sundal! Budak bawah umur yang kemaruk jantan! Dasar jalang! Betina murah! Semua kata-kata kesat dia serahkan kepada Nina bulat-bulat tanpa sebarang justifikasi yang adil. Ah, dia pun sama dahulu. Dia pun seorang budak lelaki yang tak sedar diri. Akil baligh pada usia sekolah rendah dan terus kemaruk cinta dengan anak majikan ibunya. Sehingga terlanjur. Ibunya meninggal kerana kecewa dengannya. Dia dibuang menjadi gelandangan dan akhirnya terperosok menjadi pelebaya kejam lagi tidak berperikemanusiaan. Semuanya kerana nafsu dangkal seorang budak yang tidak berotak. Namun menyesal bukannya satu pilihan, selepas menarik picu pistol buat kali pertama dia sudah bersedia menjadi ahli neraka. Dia rasa dia bersedia, sedangkan dia tidak tahu bagaimana rasanya api neraka itu. 

“What are you doing?” tanyanya selamba melihat Nina sudah hampir hendak mencumbui bibir lelaki Melayu itu. 

“Ahhh! You scare me!” tingkahnya laju. Ada segan yang berbekas pada muka. Malu kantoi agaknya. 

“What are you doing?” tanya Bullet sekali lagi mahu mendengar sendiri daripada mulut Nina apa yang dia cuba lakukan. 

“What do you care?” balas Nina malas melayan Bullet. 

“Are you that desperate?” serang Bullet laju. Selamba. Tanpa riak pada wajah. Namun pertanyaannya itu jelas mahu menghina. 

“NO!” balas Nina menidakkan sesuatu yang benar laksana menegakkan benang yang basah. Ya, dia desperate sebenarnya, dia sudah jatuh kemaruk asmara dengan lelaki itu. 

“Suit yourself, do as you please,” balas Bullet malas mengambil tahu lagi. Tahu pula hendak berasa malu tetapi buat perangai yang langsung tak kenal segan. Dah kemaruk sangat tapi tak nak mengaku. Pengecut ke? 

“Rex, can we take him back to the States?” tanya Nina jujur. 

“You like him that much, huh? What’ll Charles say if we bring him back? He won’t like it,” tanya lelaki yang sebenarnya bernama Rex itu. 

“I don’t know, but Charles loves you. He wouldn’t be angry if you bring him back,” jawab Nina dengan otak yang tidak ada reasoning yang kukuh. Tidak kisahlah sejauh mana sayangnya Charles terhadap agent terbaiknya itu tetapi atas alasan apa Charles hendak menerima lelaki yang entah siapa namanya ini? Nina bercakap macam orang bodoh sahaja! Desahnya dalam hati tidak keluar dalam bahasa. Apatah lagi Charles sudah mengharamkan anak-anak muridnya bercinta. 

“Please, Rex... please, please, please!” rayu Nina kepada Rex. 

“Huhh, fine, we take him to the States but you take care of him, I don’t want Charles to know!” balasnya tegas. 

Nina menjerit keriangan. Suka benar nampak gayanya. Rex hanya diam sahaja. Tidak faham dengan obsesi gadis remaja itu. 

Act 88 – The Chronicles of Izz Karami 3 – Soldier of Fortune 


New York, 2 bulan kemudian... 

Zack berteleku cuba mengingat siapa dirinya. Siapa ibu bapanya. Siapa kawan-kawannya. Siapa teman wanitanya. Nina. Itu dia tahu. Nina sudah memberitahunya. Tetapi benarkah kebenarannya sebegitu? Zack mengeluh perlahan kerana gagal dalam cubaan melakukan total recall terhadap ingatan sendiri. Sudahnya, dia hanya melepaskan sandar pada bangku di tepi jalan yang bersalji ini. Dari kejauhan, tubuh Nina kelihatan makin membesar pada iris matanya. Sehingga sampai betul-betul di hadapan tubuh. 

“Here, have this!” serah Nina kepada Zack. Ais-krim vanila bersalut coklat Belgium yang dibelinya dekat sebuat convenient store di seberang jalan. Gila ke apa mereka ni, dah sejuk-sejuk begini masih ada selera hendak makan ais-krim lagi? Kalau tidak beku lidah itu nanti, tak tahulah. 

Lelaki yang dinamakan sebagai Zack itu hanya tersenyum sedikit, perasaan hatinya kosong kerana sampai sekarang dia tidak mampu megingati apa-apa lagi tentang dirinya sendiri. Dia hilang ingatan dan perempuan ini mengatakan yang dia adalah teman wanitanya. Jadi tidak dapat tidak dia perlu tinggal bersamanya kerana dia memang tidak ada tempat yang hendak dia tujui lagi. Setidak-tidaknya, dengan perempuan ini dia ada tempat untuk dia berteduh. Sebuah apartment mewah di kota New York. Dia juga menikmati kehidupan yang agak selesa walaupun membosankan. Wajahnya nampak seperti memikirkan tentang sesuatu. 

“Penny for your thought?” tanya Nina pantas selepas mengesan wajah Zack yang berona gusar. 

“Err, no... It’s nothing, really,” balas Zack. Tertahan-tahan. Tidak jujur. Menyembunyikan sesuatu. Namun akal panjang Nina berjaya menelah kebenaran disebalik penipuan itu. 

“If you have anything you wanna say, just spit it out to me. Maybe I can help.” Nina tetap mahu menjadi seorang yang mampu membantu Zack. Dia hendak melakukan segala-galanya buat lelaki yang dia cintai ini. 

“Well, I get bored with doing nothing. I wanted to do something,” balas Zack lebih opened up. 

“Oh,” satu jawapan sahaja yang keluar daripada mulut Nina. Tetapi dia masih tidak tahu apa yang hendak dia katakan. Dia memikirkan apa yang hendak dia katakan kepada Zack. Pembohongan apa lagi yang perlu dia berikan. Hmm, sejenak dia berfikir. 

“You know what, before you met with that accident, you have a job which was exceptional from what people normally do,” balas Nina berkira-kira. Wajah Zack masih menunggu apakah kerjanya itu. Apa yang luar biasa sangat yang dia lakukan. Namun, Nina seakan berat hati mahu memberitahu. 

“What did I do for a living, then?” tanyanya menggesa. 

“You worked... for a... security... agency,” balas Nina tersekat-sekat seperti orang gagap. 

“What kind of a security agency?” tanya Zack merasakan informasi yang diberitahu tidak mencukupi. 

“Mercenary,” jawabnya. 

“You mean, soldier of fortune?” soal Zack mahu membuat pengesahan. Dia tergelak sedikit dalam hati mengingatkan tajuk lagu Deep Purple itu. Dia suka lagu itu tetapi dia lebih kerap teringatkan lagu Wild World nyanyian Mr. Big. Kerap kali meniti di bibirnya tanpa dia sedar kenapa. Hanya suka, mungkin. 

“Somewhat,” balas Nina pendek, terangguk-angguk kecomel-comelan. Dia senyum lagi. Akal Nina terlalu pendek waktu ini. Dia mahu Zack hidup dalam satu dunia yang sama dengannya tanpa memikirkan adakah tindaknya itu benar atau tidak. 

~~ 

Charles memandang wajah Nina. Dia seakan bertanya ‘What are you doing?!’ namun soalan itu tidak perlu dia soal. Nina patut faham sendiri. Apa yang telah dia lakukan? Siapa lelaki ini? Buat apa dia dibawa berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya? Persoalan-persoalan remeh yang dikumpulkan akhirnya menjadi tanda tanya yang besar. 

“Charles, would you teach him like you teached me, he’d be an asset to you,” pujuk Nina. Namun Charles masih berdegil. Dia tidak kenal siapa lelaki ini, jadi dia tidak layan menjadi anak muridnya. 

“Go!” halau Charles. Dia tidak mahu melihat muka Nina Frost lagi. Hatinya jadi sakit mengenangkan anak murid yang dijaganya menjadi seorang yang menderhaka dengannya. Dia sudah memberitahu dahulu kepada Nina. Dia tidak mahu Nina ada sebarang hubungan dengan sesiapa. Kehidupan mercenary tidak boleh ada komitmen. Tidak boleh berpacaran dan tidak boleh bercinta. Apa yang dilarang itulah yang dibuat! Sakit hatinya memikirkan anak murid perempuan pertamanya itu. 

“Please, Charles... I beg you, please!” rayu Nina lagi. 

“I don’t need an apprentice anymore. I got Rex. He’s enough!” tegahnya tidak mahu Nina berterusan memaksanya. 

“If you don’t want to help me, then it’s okay! I can get someone else’s help. Don’t regret this, Charles!” ugut Nina. Namun Charles tidak akan berasa takut dengan anak murid sendiri. Tidak akan gentar dengan kemarahan budak yang dia bentuk! 

Nina keluar dengan membawa hati yang kecewa. Dia tahu siapa yang perlu dia jumpa. Lelaki itu. Orang yang cukup membenci Charles. Demi Zack, dia rela memberontak, dia rela mengkhianati orang yang membelanya. Dia rela menderhakai orang yang pernah dia anggap ayah sendiri! 

~~ 

Nina memandang lelaki itu melepaskan tembakan ke arah patung yang jauhnya beberapa belas meter daripadanya. Dia rasa cukup takjub dengan kebolehan Zack. Tidak sampai setengah tahun, dia sudah jadi secekap ini. Baru tadi dia melakukan bending shot. Satu skil yang dia sendiri cuba pelajari hampir 2 tahun. Tidak juga berjaya. Dia melihat sahaja lelaki yang bernama Graymoore itu menilai kebolehan Zack. Lulus. Dia sudah sedia untuk misi pertamanya. 

Nina mendapatkan Zack. Dia memeluk lelaki itu dengan erat. 

“Good job, baby. I didn’t expect that!” katanya kagum dengan kebolehan Zack menembak peluru yang dilengkokkan. Seperti dalam filem ‘Wanted’ lakonan Angelina Jolie. 

“I used to be a mercenary before, remember?” jawab Zack selamba dengan senyum di bibir. Ada rasa bangga sedikit dalam hati. Nina juga tersenyum. Dia berasa tenang, penipuannya, Zack anggap sebagai kebenaran. 

Act 89 – The Chronicles of Izz Karami 4 – Total Recall 


2000, New York... 

Malam itu seperti selalunya dia dan Nina bersama. Melakukan maksiat saban malam namun pada masa itu dia tidak tahu pegangan agamanya. Namanya sudah cukup untuk membuatkan dia sangka dirinya seorang Protestan. Sama seperti Nina kerana perempuan itu bukan seorang Katolik. Nina memberitahunya yang dia pernah melakukan undercover untuk misi membunuh pengganas. Dia boleh menyamar sebagai seorang Muslim di Indonesia dek kerana wajah kemelayuannya itu. Jadi sebab itulah dia tahu bagaimana niat solat lima waktu, niat solat-solat sunat, niat puasa, niat mandi junub selain perkara-perkara asas seperti Rukun Iman dan Rukun Islam. Tetapi kadang-kala Zack ada merasakan yang dia memang adalah seorang Muslim kerana dia bagaikan dapat memahami kenapa dia rasa Allah itu ada. Dia bagaikan yakin Nabi Muhammad itu rasul terakhir. Dia pasti Nabi Isa bukan anak Tuhan. Cuma kata-kata Nina selalu sahaja dapat membawa diri kepada realiti kemudiannya. Realiti yang dimanipulasikan. Dia masih ingat jawapan Nina, “you need to know everything the Muslim believes in, because you need to fit in like one. You’re not one of them, you’re just pretending like one for your mission.” Namun ada masanya dia meragui semua itu, ada masanya dia merasakan kalimah syahadah kejap di hujung lidah. 

“I LOVE YOU,” kata Nina kegersangan sambil tubuh Zack yang tidak berbaju itu dia belai. Lelaki itu masih mengenakan seluar dalamnya tetapi tidak Nina. Dia selesa menyerahkan segala-galanya kepada Zack. 

Tidak ada sebarang jawapan balas daripada pihak lelaki. Zack cuma memeluk gadis muda itu dengan perasaan yang kosong. Sudah tidak lagi sehangat dahulu. Dia sering meragui diri sendiri dan juga meragui kata-kata Nina kebelakangan ini. Namun untuk terus menolak Nina sekaligus dia tidak sanggup kerana dia sayangkan gadis itu. Walaupun dia tidak tahu sebab apa selain secebis ingatannya memberitahu dirinya dia suka perempuan muda. Bawah umur. Selain itu, tidak ada klu lain yang dia ingat tentang dirinya. 

Saat Nina meraba bahagian perut Zack yang bersix-pack itu, Zack tahu ke mana arah tangannya mahu menjalar. Satu banyangan wajah yang asing tetapi dekat dan kejap di hati dia lihat dalam mindanya. Wajah itu seakan-akan merinduinya. Dan dia juga terasa sebuah kerinduan yang belum berhenti. Dia tidak tahu maksudnya namun apa yang dia tahu dia tidak boleh berterusan begini. Ada sesuatu yang tidak dia tahu dan Nina menyembunyikan sebuah kebenaran daripadanya. Tetapi, untuk bertanyakan secara terus kepada Nina, Zack rasa bukanlah suatu option yang perlu dia gunakan. Mati hidup semula pun Nina tidak akan mengakuinya. Zack perlu mencari jawapannya sendiri. 

Dengan pantas, Zack bingkas melepaskan diri daripada sentuhan gatal seorang Nina. Wajah gadis itu terpinga-pinga. 

“Baby, what’s wrong?” tanyanya terganggu dengan perlakuan Zack. 

“I’m... I’m sorry. I don’t feel good tonight,” balas Zack dengan suara yang tertahan-tahan. Dia menyarungkan jeans lusuh bewarna blue-black itu ke kakinya. Tubuh sasanya disarung dengan t-shirt lengan pendek dan jaket hitamnya. Nina melihat sambil tak sudah-sudah bertanyakan ke mana Zack mahu pergi. 

“I need to take a walk, don’t wait for me. Just go to sleep, okay.” 

~~ 

Zack tersepak tin kosong yang ada di hadapannya. Dia tidak perasan adanya bekas aluminium itu di situ. Setin kosong Carlberg yang bergelimpangan itu dia angkut dan dibalingnya ke dalam tong sampah yang ada berdekatan. Lakunya bagaikan seorang pemain bola keranjang sahaja perinya. Dia tersenyum sekejap. Hatinya masih tidak tenang tetapi apa yang boleh dia lakukan. Dia tetap harus berpura-pura gembira dengan kehidupan yang tidak ada makna ini. 

Ah, kalau terus diladeni perasaan hati dia tidak akan ke mana-mana, tidak akan ada sudahnya. Buat apa dia memaksa sesuatu yang tidak mahu datang. Buat apa dia hendak memaksa ingatannya kembali sedangkan dia ada segala-galanya kala ini. Duit, perempuan. Dia tidak perlu bimbang. Dia tidak perlu risau. Dia hidup dengan baik-baik sahaja. 

Mungkin Nina betul, apa yang berlaku memang seperti apa yang diceritakan. Dia letih hendak memikirkan apa yang belum tentu betul. Jadi, buat masa ini dia fikir dia harus teruskan hidupnya dengan apa yang dia ada. Cuma apa yang mengganggu dirinya adalah perasaan ragunya. Tentang agamanya, kepercayaannya dan prinsipnya. Betulkah ianya seperti apa yang digambarkan? Ah, besar betul dilemanya. 

Dalam pada memikirkan permasalahan tentang akidahnya itu, dia memandang sesuatu. Bukan, seseorang. Bukan, 2 orang manusia. Ayah dan anak. Lelaki itu mendukung anaknya yang sudah terlena di atas dukungannya. Budak itu kelihatan sungguh comel sekali pada mata seorang Zack. Atau nama penuh yang diberikan oleh Nina, Zackherich Dickson. Entah nama siapalah sebenarnya yang diambil. 

Berbalik kepada lelaki yang tidak Zack kenali itu. Zack masih memandang saat lelaki itu melintas di hadapannya. Mereka tersenyum memandang satu sama lain. Entah mengapa, Zack berasa dia perlu menjadi beradab sekejap. Walaupun dia bukannya kenal pun siapa lelaki itu. Anak, bagaimana kalau nanti dia ada anak. Adakah dia akan mendukung anaknya sebegitu? 

Tiba-tiba kepalanya terasa berpinar dalam sesaat dua. Satu wajah yang asing menerjah matanya. Namun sesaat cuma, selepas mata berkelip, wajah itu hilang tetapi ia kekal dalam kepalanya. 

“Abah!” katanya kuat namun nasib baiklah tidak ada sesiapa di situ. ‘Abah’ dalam Bahasa Melayu bermakna bapa atau ayah. Father, daddy, dad atau pop dalam Inggeris. Zack terduduk dengan lutut menampung diri. Kepalanya jadi sakit sekejap. Tetapi tidaklah terlampau sangat. Ingatannya mula pulih. Sedikit demi sedikit. Banyak perkara tersiar dalam minda seakan layar perak yang besar. Ingatan yang bercampur baur membuatkan dia berasa rimas yang teramat. 

Wild World. Don’t Cry Joni. Shah Alam. St. Moritz. Kemalangan. Jeep terbakar. Dinie! Dia ingat siapa dirinya. Dia ingat namanya. Izz Karami bin Hisham! Mengenangkan nama bapanya itu, dia mendongak. Tubuh lelaki Amerika yang mendukung anaknya itu dia perhati dari jauh. Lelaki itu mesti sangat sayang akan anaknya tetapi dia dan bapanya... Izz teringat sesuatu yang membuatkan dia rasa berat hati. Sedih dan cukup rawan hatinya. 



1997. Shah Alam, Malaysia... 

“Izz Karami! Selangkah kau keluar daripada rumah ini, jangan kau balik semula. Jangan kau harap aku akan anggap kau anak aku!” suara abahnya yang parau itu cukup menghiris jiwanya. Tiada lagi panggilan ‘abang’ seperti yang dibahasakan terhadap dirinya selama ini. 

“Abah!” tingkahnya pantas. Izz tidak sangka yang bapanya akan berkata begitu. Bapanya tidak pernah memanggilnya dengan nama penuh selama ini. Dan belum pernah dia berengkau-aku dengannya juga. Marah sungguhkah abah dengannya? Pertanyaan itu hanya ada dalam kepalanya sahaja. 

Jika dia punya pilihan, memang dia tidak mahu pergi tetapi semua ini adalah demi Dinie. Demi gadis yang amat dia cintai. Dia tidak mahu masa depan gadis itu musnah kerana mencintainya. 

“Abah, like it or not... I’m going.” Keras sahaja kata dua Izz. 

“Berambus, aku tak ada anak macam kau!” marah Encik Hisham. Dia juga ada ego, anaknya mahu menentang kata, adakah dia perlu melutut demi seorang anak yang kurang ajar? Izz yang perlu beralah. Izz yang perlu melutut meminta maaf. Sejenak, akal panas yang ditampungnya tidak membenarkan toleransi berada di situ. Namun, itulah yang disesalkannya sehingga tidak berkesudahan. 

Izz jadi marah. Dia tidak pernah mendengar bapanya menyumpah sebegitu selama ini. Ya, kalau itu yang bapanya mahukan, itulah yang akan dia beri. Wajah sayu si ibu yang sudah berlinang dengan air mata dia perhati dengan ekor mata sahaja. Menjadi kesalan pada dirinya buat satu jangka masa yang lama kerana wajah semulia itu hanya dia lihat dengan keadaan seakan menghina walaupun tidak sedetik di hati dia berniat sebegitu. Cuma hati si ibu terasa dengan jelingan yang tidak ikhlas itu. Izz Karami memang sudah berubah benar. Kalau dulu dia bukanlah seorang anak yang baik dan mendengar kata, kali ini Izz menjadi lebih teruk lagi. Dia seakan dirasuk hantu syaitan. Ya, dia termakan hasutan makhluk laknat itu. Dia melakukan dosa yang maha besar. Menyakiti hati ibu sendiri dan menderhakai bapanya sendiri. 

Izz melangkah keluar daripada rumah dah itulah kali terakhirnya dia di situ. Sebelum Tuhan ‘menjemputnya’ pulang. 

~~ 

2000, New York... 

Zack atau nama sebenarnya Izz membuka pintu apartmen Nina perlahan-lahan. Dia masuk dengan perasaan yang berbaur. Wajarkah dia masih ke sini? Perlukan dia masih tinggal di sini? Jawapan warasnya mengatakan tidak tetapi langkahnya tidak tahu ke mana-mana lagi selain menghala ke sini. Dia terpaksa balik ke tempat ini semula. Pintu bilik dikuak, sebelum dia masuk, dia mengintai dahulu. Nina sedang lena tidur. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Memanglah perempuan itu akan tidur dengan nyenyak. Izz berjalan ke arah perempuan itu. 

“Kenapa kau tipu aku?” tanyanya kepada Nina walaupun dia tahu perempuan itu tidak mampu hendak menjawab kerana kantuknya menghalang pendengaran. 

Peliknya, Izz tidak berasa marah. Dia tidak berasa seperti dibohongi. Dia mungkin berasa kerana Nina jugalah dia masih bernafas. Setidak-tidaknya, perempuan ini pernah berbuat budi dengannya. Jadi, dia tidak kisah dirinya ditipu. Tubuh terasa panas tiba-tiba. Segera bajunya ditanggalkan dan tuala di penyidai direntap lembut. Dia mahu mandi. 

Tidak lama selepas Izz usai mandi dan dengan hanya berseluar trek, dia membuka pintu sliding dan berdiri di balkoni buat berjam lamanya. Sehingga matahari naik menunjukkan dirinya. Fikirannya teringatkan gadis manis itu, cinta hatinya yang satu. 

~~ 

Nina memisat mata yang terasa pedih efek daripada baru bangun tidur. Cahaya terang yang mengganggu lenanya membuatkan dia tidak lalu hendak menyambung tidur. Kantuknya terganggu. Dia mengesan Zack di hadapan. Bersidai dekat balkoni. Dia memandang lelaki itu dengan wajah yang sugul. Dia dapat merasakan kelainan dalam percakapan dan riak lakunya malam semalam. Seperti berubah menjadi orang lain. Lelaki itu masih diam dekat balkoni memandang matahari terbit yang sudah mula memancar terik. Perlahan-lahan Nina menyelak selimut yang membaluti tubuhnya. Bukan, hanya menutup tubuhnya. Dia masih memakai pakaian di sebalik kain gebar itu. Selepas Zack meninggalkannya tiba-tiba malam tadi, dia berasa sejuk lalu terus dirinya menyarung semula baju tidur. Kaki menginjak lantai sejurus selepas itu. Tubuh tegap gagah lelaki itu menjadi destinasi. Dia berjalan perlahan ke arah balkoni. 

Nina memeluk daripada belakang badan Zack. Namun dengan tindakan refleks yang pantas dan agak berkasar, Zack menepis. Dia memandang Nina dengan pandangan yang keliru. Namun bukan benci diperlakukan sebegitu. Wajah Nina ada sedikit keliru. Tidak ditahan perasan ingin tahu itu daripada bertukar menjadi ayat bahasa Inggeris. 

“Baby, what happen?” tanyanya mendesak suatu penjelasan atas perbuatan Zack menolaknya sebegitu. Sebelum ini lelaki bermata sedih itu tidak pernah menepis kehendaknya. 

“Sorry, I’m... sorry,” balas Zack tergagap-gagap. 

Itu pun kali pertama didengari Nina. Kekasihnya itu tidak pernah bercakap dalam gaya seperti itu selama ini. Selalunya dia lancar sahaja apabila berkata-kata tetapi lain pula pagi ini. Apa kena dengan Zack? Kenapa dia berkelakuan sebegini? Nina jadi penasaran. 

Zack meninggalkannya dalam keadaan yang terkocoh-kocoh dan terus memasuki bilik mandi. Dia seakan mahu melarikan diri daripada Nina. Kekasih raganya. Dalam hati, dia sedar sesuatu. Dia melakukan suatu dosa yang cukup besar. Dia rasa bersalah dengan dirinya. Dia rasa bersalah dengan Tuhan. Dia rasa bersalah dengan ibu bapanya. Dan yang lebih teruk lagi, dia rasa bersalah dengan Adni Zuhayra. Bersalah dengan Dinie. Zack membuka pili air singki dan membiarkan aliran laju itu mengalir deras tidak berhenti. Tangan ditadah dan air jernih itu dibilaskan ke mukanya. 

Fikiran dangkal seakan mengatakan kepadanya dosa-dosa yang telah dia lakukan boleh dibasuh, boleh dicuci. Namun, dia bukannya insan yang batil. Setidak-tidaknya dia sudah sedar diri, dia bukannya lelaki yang hidup untuk mengerjakan dosa, dia cuma tersalah langkah. Dia cuma tersilap mengambil keputusan. Dia cuma terlanjur berdegil. Zack sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali semula. Dia mahu menjadi Izz Karami sekali lagi dan tidak akan mengubah dirinya lagi. Dia harus kembali demi dirinya yang hilang untuk dijumpai. Dia harus kembali demi cinta seorang Adni Zuhayra yang masih setia menanti. Hatinya menetapkan determinasi. Dia tahu inilah yang harus terjadi. 

Act 90 – The Chronicles of Izz Karami 5 – Crying Freeman 


Sheffield, Switzerland. 2 minggu kemudian... 

Nina melihat belakang lelaki itu. Dia tahu siapa lelaki itu. Cukup kenal setelah hampir 2 tahun mereka tinggal bersama. Tidak mungkin dia tidak perasan walaupun hanya melihat belakang lelaki itu. 

Nama sebenarnya adalah Izz Karami. Dia ingat. Dia sudah ingat segala-galanya. Namun untuk kembali semula dia berasa takut. Dia cuba untuk mengumpul kekuatan. Tetapi sukar. Cukup sukar apabila teringatkan kata-kata terakhir daripada abahnya. Dan perlakuannya juga tidak membuatkan perkara menjadi mudah. Api dilawan dengan api. Itulah yang dia lakukan. Sepatutnya dia lebih bersikap rasional. Dia sepatutnya beralah. Walauapapun masalah, dia tidak boleh mementingkan dirinya dan membelakangkan orang tuanya begitu sahaja. Dia rasa bersalah. Cukup bersalah dengan perbuatan biadabnya. Mengingatkan perkara itu, ingatannya jatuh kepada uminya. Puan Zurina. Dia rindukan wajah tua itu. Dia amat merinduinya, rindu itu tidak akan berhenti. Namun apa yang dia lakukan membuatkan dia tidak punya hak untuk kembali lagi. Ah, itu cuma alasan, dia sebenarnya penakut. Dia takut untuk kembali. 

Sedang mata menahan titisan hangat daripada berderai, bunyi tapak kaki mengegerkan gegendang telinganya. Dia tidak mahu melayan. Dia tidak mahu melihat. Namun apabila ada yang melabuhkan duduk di sebelahnya, tidak dapat tidak dia terteleng juga memandang. 

Wajah Nina dia pandang. Kosong. Tidak ada perasaan saat wajah cantik itu memenuhi ruang pandang. Mungkin ada rasa bersalah kerana meninggalkan gadis itu bersendirian di kota New York tanpa sebab dan makluman. Tahu-tahu, dia sudah berada di sini. Hmm, Izz sendiri tahu dia tidak dapat menyembunyikan diri daripada Nina. Gadis ini pasti tahu bagaimana hendak mencarinya. Gadis itu punya kepakaran yang bukannya ramai orang miliki. 

Walaupun sudah hampir 10 minit jam di tangan menunjukkan masa berlalu, tidak ada apa-apa yang keluar daripada mulut masing-masing. Kedua-duanya seakan terkunci daripada berkata-kata. Tidak ada bahasa yang mampu mengungkapkan perasaan Izz kala ini. Dan bagi pihak Nina pula, tidak ada yang hendak dia kata kerana dia datang ke sini untuk mendengar. Dia datang untuk sebuah penjelasan yang dia rasa dia berhak miliki. 

“How did you know I’m here?” 

“I just guess,” jawab Nina menjawab pertanyaan yang bukannya dia ingin dengar. 

“You really guessed it right, then.” 

“Yeah, I did,” jawab Nina masih menunggu penjelasan. 

Izz faham, dia tahu kenapa Nina ke sini. Dia tahu gadis itu mahu tahu sebabnya. Dia tahu gadis itu menagih suatu penerangan yang sudah untuknya berikan. Namun dia juga tahu, perkara ini tidak boleh kekal seperti ini selama-lamanya. Jadi Izz perlu bersemuka juga. Dan dia tidak menunggu lebih lama. 

“Why do you have to lie to me?” ujar Izz menukar topik. 

Nina terbuntang mendengar soalan itu. Dia ke sini mahu mendapatkan jawapan, bukannya memberikan jawapan. Jadi, dia benar-benar terkejut. Adakah selama beberapa minggu lepas, kepelikan Zack adalah kerana dia sudah ingat? 

“I didn’t lie to you because I wanted to lie to you,” balas Nina. Cakap berbelit! Apa lagi penipuan perempuan ini? Izz tetap mahu mendengar. 

“So, why?” 

“I love you.” 

“I’m sorry; I can’t take that as an excuse. I love someone else.” 

Berderai hati Nina mendengar pengakuan jujur Zack. Itukah sebabnya Zack berubah dingin saban malam sejak beberapa minggu lepas? Ya, itulah sebabnya, dia tdiak perlu bertanya untuk dijelaskan. Namun, sakitnya hati dia tetap rasa seperti Zack sudah menjelaskan segala-galanya dengan detail yang terperinci. 

“WHO IS SHE?” tanya Nina dengan perasaan yang bergerutu. Dia sedar perasaannya sendiri, dia marah. Dia bencikan perempuan itu. Dia mahu perempuan itu mati! 

“You don’t know her. You never met her.” Jawapan Izz membuatkan Nina kembali kepada kesedarannya. Izz cuba hendak memberitahu sesuatu yang seakan-akan berbunyi, “jangan salahkan dia. Dia tidak salah, dia tidak merampas aku daripada dirimu. Kau yang pisahkan dia dengan aku.” 

“You love her that much?” tanya Nina dengan perasaan yang beroles cemburu dan pilu. 

“I could never love someone more than I could love her.” 

Ayat itu berakhir dengan setitis titisan hangat di pipi. Aliran itu berlalu tanpa disapu. Entah mengapa, Izz tidak segan langsung walaupun dia sebelum ini dia seorang lelaki yang cukup payah menunjukkan perasaan sendiri. 

Jawapan itu sudah cukup untuk membuatkan Nina bangun dan melangkah meninggalkan Zack di situ kerana tidak ada bezanya dengan jawapan menyuruhnya berhambus dari situ cepat-cepat. Dan itulah yang dia lakukan. Dia pergi. Zack tidak menghalang. Dia tidak mahu mencipta harapan terhadap Nina kerana sudah jelas, terang lagi bersuluh yang harapan sudah hancur musnah buat mereka. 



Tamat bahagian 18.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS