TCCOW Special Episode 4.2 – Imaniah & Rukia

Part 4


Imaniah dan Rukia menunggu di balai ketibaan dengan perasaan yang berdebar. Mereka datang ke sini hari ini semata-mata hendak mengintai aka skodeng Jimmy.

“Kau rasa dia dah okay?” tanya Imaniah.

“Kak Dhiya kata dia dah okay,” balas Rukia.

Mereka memang tidak ada kerja sebenarnya, hari itu Rukia sudah memberi alasan untuk mengambil kawannya tetapi sebenarnya bohong semata-mata untuk berjumpa dengan Jimmy. Imaniah pula selepas menghantar kawannya masih menunggu di situ untuk mengintai Jimmy. Mana dia tahu Rukia pula yang sudah mengambil kesempatan berborak dengannya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengacau tetapi sejurus selepas itu, flight Jimmy sudah hendak berlepas. Melepaslah dia hari itu. Hari ini memang dia tak akan melepaskan peluang. Mesej daripada Dhiya Zafira memberitahu mereka semua akan pulang hari ini. Semua? Siapa lagi?

“OMG, OMG... excitednya I!” desah Imaniah kuat. Rukia memandang dengan pandangan sedikit jengkel. Alah, aku dah dapat borak dengan Jimmy hari itulah. Kau ada? Haha!

“Relakslah, Iman... tak lari gunung dikejar. Kejar ke? Kenapa excited sangat?” perlinya.

“First time nak jumpa abang Jimmy ni! Excitedlah, salah?” tukas Imaniah. Rukia hanya boleh senyum sahaja. Alamak, minat sangat Imaniah dengan Jimmy rupanya.

“Tak salah!” jawab Rukia dengan senyuman ikhlas.

Dalam pada menanti itu, Rukia mengesan wajah yang amat familiar. Dia menarik tangan Imaniah pantas. Lalu dia menunjukkan dengan bibir ke arah dua orang manusia yang baru tiba itu.

Rif dan Afi.

“Sweetnya mereka berdua tu, kan?” kata Imaniah kepada Rukia saat memandang Rif memimpin Afi menaiki tangga. Alahai, macamlah Afi itu budak kecil yang perlu dipimpin seperti itu. Namun daripada pandangan seperti itulah dapat Imaniah dan Rukia simpulkan betapa sayangnya Rif kepada Afi. Sekejap, wajah Rif yang macho itu tersenyum. Nampak jelas kekacakan yang masih belum pudar pada wajahnya.

“Ya Allah, hensemnya Rif, kan?” tanya Rukia sebelum pandangannya menangkap wajah Imaniah, dan pandangan Imaniah juga mencari wajah Rukia. Serentak Rukia dan Imaniah menyambung sejurus itu, “tapi abang Jimmy lagi hensem! Kan!” Ada suara berbaur gedik selepas itu aka ‘girly scream’.

~~

“Flight akan sampai sekejap lagi, Afi nak apa-apa tak? Mineral water ke?” Afi menggeleng sedikit mendengar pertanyaan Rif itu.

Dah naik kembung perutnya meminum air putih yang banyak semasa dalam kereta tadi. Sebenarnya pertanyaan Rif itu cuma sekadar memerli manja sahaja. Kenapa tidak dia tanya benda lain selain daripada air mineral sedangkan dia tahu Afi sudah minum banyak air dalam kereta tadi. Namun Afi tidak faham lawaknya. Naik kecewa dia dengan perangai lembab piang Afi itu kadang-kala. Sudahnya, dia diamkan sahaja.

~~

Di dalam penerbangan

“Semua penumpang diminta memakai tali pinggang keledar. Pesawat akan mendarat sebentar lagi. Terima kasih.”

Jimmy yang duduknya bersebelahan dengan Izz dan Adni mengemaskan tali pinggang keledarnya. Wajahnya tenang. Dia sudah mendapat kelapangan dada setelah berdoa kepada Allah dan beribadat di tanah suci. Dia mengharapkan sesuatu yang elok sahaja selepas ini. Dalam pada menunggu pesawat mendarat, pandangannya tertumpah kepada lelaki disebelahnya itu. Izz Karami hanya senyum sahaja. Senyuman dibalas dengan senyuman. Adni menilik apa sahajalah yang dilakukan oleh suaminya itu. Lantas terpandang wajah lelaki askar itu. Sudahnya ketiga-tiga mereka tersenyum tak ada sebab. Ada ketawa sedikit yang terlepas selepas itu.

~~

Selepas kapal terbang mendarat

Afi mencari-cari di mana wajah abangnya dalam lautan manusia yang keluar daripada balai ketibaan. Tidak jumpa. Telefon bimbit abangnya tidak berbunyi deringan nada pemanggil bermakna sama ada tidak diaktifkan atau, bateri habis. Ah, buat perangai pula Jimmy ini, kesah Afi dalam hati. Rif menepuk bahu Afi dua kali.

“Relaks,” katanya pendek. Afi ni, menggelabah tak kena gaya, tak kena tempat, tak kena sebab pula.

Afi hanya mampu tersenyum sahaja. Segan dengan suami sendiri. Rif memeluk wanita itu dengan sebelah tangan. Tenggelam Afi di sisi Rif yang bertubuh tegap tinggi itu. Dah nampak macam bapa dengan anak pula daripada belakang. Pelukannya dilepaskan. Rif bertanya sejurus selepas itu.

“Afi, kenapa ni?” – Rif.

“Afi rindukan abang,” – Afi.

“Abangkan dekat sini,” – Rif.

“Jimmylah,” balas Afi dengan senyum sambil tepi perut Rif yang keras berotot itu dia cubit kuat.

“Aduh, sakit!” teraduh Rif.

Afi senyum dapat mengenakan Rif semula. Dia ingatkan Rif sengaja hendak bergurau dengannya tetapi sebenarnya memang Rif terkeliru dengan frasa ‘abang’ di situ tadi. Kesian, Rif. Tak fasal-fasal kena cubit.

Dari jauh Rif perasan akan wajah beberapa orang yang berada berdekatan di situ. Salah seorangnya adalah Fasha Deanda. Lagi seorang ialah... seseorang yang baru dia kenal. Seseorang yang sangat penting buat kawan baiknya yang seorang itu. Hah, ingat boleh disimpankah apa-apa rahsia daripadanya? Tidak sama sekali!

~~

Balai menunggu dipenuhi jemaah umrah yang baru menuruni pesawat. Imaniah dan Rukia berjalan di dalam kalangan manusia itu mencari bayang-bayang Jimmy. Jumpa! Ah, apa lagi yang mereka hendak tunggu. Terjah!

“Kejap, Iman, biar aku yang tegur dia dulu. Kan aku pernah jumpa dia. Nanti tak adalah nampak sangat kita nak usha dia kalau aku yang bump into him. Mesti dia ingat aku lagi, kan.”

Imaniah walaupun tidaklah suka sangat idea Rukia itu tetap menerima pandangannya. Kerana kalau dia tiba-tiba menegur Jimmy macam itu, nanti kantoi pula mereka ini stalker! Haha, mengenangkan itu, dia tergelak dalam hati. Stalker rupanya mereka ini!

“Okay, tapi Rukia jangan tamak tau. Bagilah can kat Iman pulak nak manja-manja dengan abang Jimmy!” katanya menjawab cadangan Rukia.

“Hahaha, manja-manja?! Seriously, Iman?” tanya Rukia dalam nada bergurau. Tetapi seriuskah Imaniah? Manja-manja... explicit sungguh penggunaan bahasa kau, Imaniah! Apa-apalah Iman, janji kau bahagia.

~~

Jimmy berjalan dalam lautan manusia itu dalam keadaan agak tercari-cari. Mencari Rif dan Afi sebenarnya. Dia merenung telefon bimbitnya itu. Blackberrynya itu sebetulnya dah agak nazak sudah. Baterinya kalau dicaj tadi, tak sampai 2 jam dah nak habis. Bukan itu sahaja, reception kadang-kadang boleh baca, kadang-kadang tak boleh. Menyirap Jimmy dibuatnya. Patut diganti, tetapi punyalah susah untuknya mencari masa hendak pergi membeli telefon bimbit baru. Sibuknya mengalahkan menteri. Menteri sibuk sangat ke? Ah, apa-apalah.

Dalam jalan yang perlahan itu, dia terlanggar seseorang, bukan dua orang.

“Sorry,” kata Jimmy berhenti sekejap sambil kepala memandang ke hadapan, bawah sedikit kerana ketinggian wanita itu tidak sama dengannya. Dia menyambung semula dengan nada terkejut, “...Rukia?”

“Yes... Ichigo-san, what a coincidence, kan? Macam ada jodoh aje kita ni!” kata Rukia sambil menepuk tangan tanpa motif.

“Ichigo?” tanya Imaniah yang berada di sebelahnya dengan suara kehairan-hairanan.

“Yes, Ichigo... hari itu saya jumpa dengan ICHIGO, dua minggu lepas di sini,” jawab Rukia memberi isyarat kepada Imaniah supaya jangan bertanya kenapa panggil lelaki itu Ichigo dan bukannya Jimmy.

“Ni buat apa pulak dekat sini, Rukia? Nak fetch kawan lagi ke?” tanya Jimmy serkap jarang ingatkan Rukia hendak menjemput rakannya lagi.

“Aaa... ha’ah, dia...,” jawab Rukia memberhentikan sekejap kata-katanya. Mata melilau mencari skrin besar yang menunjukkan masa ketibaan penerbangan yang seterusnya. Daripada Seoul. Terus dia sambung jawapannya tadi, “...datang dari Gangnam. Seoul. Korea, Selatan...,” sebiji seketul nama-nama tempat itu dia katakan. Tetapi perkataan terakhir itu kedengaran agak perlahan, takut penipuannya dapat ditelah oleh Jimmy tetapi nasib baik Jimmy tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia rasa Rukia berbohong.

“Wah, sangat international kawan-kawan awak ni, ek?” Jimmy bergurau dengan Rukia. Imaniah yang berada di sebelah naik meluat melihat Rukia tersenyum simpul, sumbing, entah apa-apa lagilah. Tadi dah kata nak bagi can dekatnya tetapi nampaknya sekarang Rukia masih mahu menerima semua attention Jimmy. Apa lagi, cemburulah dia. Dia juga mahu bergurau senda dengan eligible bachelor itu.

“Rukia? Tak nak kenalkan dekat saya ke siapa lelaki ni?” Imaniah bertanyakan sesuatu yang sudah dia sedia maklum.

Jimmy tanpa segan terus mengenalkan dirinya sambil tangan kanannya diletakkan ke dada. Nampak sopan sangat mamat ini, kata Imaniah dalam hati. Ah, dah jatuh cinta ni!

“Saya Najmi, Najmi Hariri.” Suara pun dah sedap, itu baru bercakap, kalau menyanyi rasanya boleh menang The Voice! Desah Imaniah dalam hati.

“Saya, Imaniah Fajaya Othman,” balas Imaniah memberitahu nama penuh lengkap. Rukia yang berada di sebelah memberi reaksi terganggu. Ah, nak melebih pula kawannya yang seorang itu. Ini tak boleh jadi. I need to pick up my game! Katanya dalam hati. Mana boleh dia hendak menyerahkan Jimmy buta-buta macam itu sahaja kepada Imaniah. Kalau nak, langkah mayat aku dulu. Dah macam hendak berperang pula Rukia!

Trrrrrrrrrrrrt!

Tiba-tiba satu bunyi tembakan submesingan kedengaran. Beberapa kawasan menjadi gelap kerana tembakan dihalakan kepada sumber cahaya lampu yang ada. Semua orang yang berada di situ menjadi panik serta-merta. Sama juga dengan Imaniah dan Rukia. Apa yang sedang berlaku? Puas Jimmy mencari dari mana datangnya bunyi tembakan itu tetapi gagal. Ah, dia tidak kisah dari mana datangnya bunyi tembakan tersebut. Apa yang dia tahu, sesuatu yang bahaya telah berlaku. Dia perlu mempertahankan diri sendiri, dan entah kenapa dia rasa dia perlu memastikan keselamatan Imaniah dan Rukia terjamin. Entah kenapa dia perlu menjadi hero kedua wanita yang baru sangat usia perkenalannya itu. Ah, memang dia ini jenis yang ada lagak Devil-May-Care! Jadi memanglah dia akan jadi hero. Kalau Haiyan Rifqi, Eddie Sufian, Helmi hatta Adam Luqman sekalipun berada di tempatnya, mereka akan berbuat perkara yang sama. Mereka semuanya hero. Bukan hero kampung tetapi hero komando!

Dengan selamba, Jimmy memegang bahu kedua wanita itu dan menyuruh mereka duduk. Oleh kerana terdesak, dia selambakan sahaja. Lagipun berlapik, apatah lagi dengan keadaan yang sudah agak darurat seperti ini. Jadi, worse case scenarionya adalah sentuhan fizikal tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Haji Najmi Hariri sempat meminta izin.

“Maaf, izinkan saya sentuh awak berdua. Saya tak maksudkan apa-apa,” katanya tegas dan terang.

Kalau hendak diikutkan mahu sahaja Rukia dan Imaniah membalas, ‘touch me all over!’ tetapi moraliti dan otak sihat yang beriman mereka menolak sekeras-kerasnya sambil menarik diri mereka daripada berlama-lamaan disentuh Jimmy. Jimmy hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Alhamdulillah, wanita nusantara tradisional yang sopan santun rupanya.

“Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau awak berdua nak keluar daripada tempat ini dengan selamat, awak kena dengar cakap saya. Word by word, okay!” kata Jimmy makin tegas.

Imaniah dan Rukia mengangguk banyak kali. Tahu mereka harus mematuhi apa yang diberitahu oleh Jimmy. Ah, memang mereka tahu reputasi Jimmy. Lelaki ini boleh memastikan keselamatan mereka. Mereka amat terharu yang Jimmy ambil berat tentang mereka. Mahu sahaja Imaniah dan Rukia memeluk lelaki itu jika mereka mahram. Tetapi malangnya, tak boleh!

Kedudukan mereka yang agak ke belakang sedikit berbanding orang-orang lain memberikan sedikit kelebihan untuk mereka keluar daripada balai menunggu ini. Tetapi Jimmy tidak mahu mengambil risiko yang melampau-lampau. Dia tidak mahu lagi ada nyawa yang hilang dalam pengawasannya kali ini. Ya, Imaniah dan Rukia merupakan liabiliti baginya saat ini. Tanggungjawab dan kewajipan yang harus dia perjuangkan. Dia tidak akan meletakkan keselamatan Imaniah dan Rukia di atas garisan antara hidup dan mati. Mereka harus kekal di bahagian hidup.

“Boleh awak berdua percayakan saya?” tanya Jimmy dengan suara yang tulus.

“Boleh!” jawab Rukia dan Imaniah serentak. Walaupun ada kerisauan yang tebal terpancar daripada wajah mereka, Jimmy dapat lihat yang kedua-dua wanita itu telah meletakkan seluruh kepercayaan mereka kepadanya.

“Imma get you outta here!” kata Jimmy persis apa yang dikatakan oleh Duke kepada Baroness dalam G.I Joe, Rise of the Cobra! Semasa babak di pengkalan bawah laut McCullen. Dan sikap Jimmy sekarang cukup sama dengan Duke Hauser lakonan Channing Tatum itu. Memang macho habis!

Dari jauh kelihatan beberapa orang penjahat dengan wajah bertopeng seperti topeng mesin rumput sedang mengacukan senjata automatik kepada beberapa orang. Walaubagaimanapun tidak ada kecederaan atau kematian yang berlaku lagi. Itu cukup baik, tandanya keadaan belumlah bertukar betul-betul tidak terkawal. Dia perlu menyelamatkan Imaniah dan Rukia dalam banyak-banyak orang.

Jimmy mengesan sebuah bilik yang berdekatan. Sebuah bilik bekalan kuasa berada kira-kira 10 meter daripada tempat mereka duduk. Rasanya dia boleh menyorokkan kedua Imaniah dan Rukia di situ sebelum mengambil langkah seterusnya. Ah, Jimmy ini, apa lagi yang hendak dia lakukan?

“Okay, on three... squat to that power room. Perlahan-lahan, jangan tarik perhatian sangat. Boleh?” tanya Jimmy.

“Boleh, Jimmy!” kata Imaniah terlepas. Rukia memandangnya laju tetapi nasib baiklah Jimmy tidak perasan, mungkin.

“One, two, three, jalan itik sekarang,” arah Jimmy sambil mengetuai perjalanan ‘itik pulang petang’ itu. Kelakar sungguh ketiga-tiga mereka bermainan itik-itik bersama-sama. Jimmy, dengan badan yang mengalahkan Randy Orton, ahli gusti WWE yang tersohor itu boleh bermain denda budak-budak. Gila sungguh. Lawaknya tak beragak-agak. Daripada belakang, Imaniah dan Rukia menahan diri daripada ketawa. Nasib baiklah keadaan mereka sekarang dalam bahaya, kalau tidak memang tergelak sakanlah jawabnya.

Sesampainya mereka ke bilik yang dimaksudkan, Jimmy menguak pintu perlahan-lahan. Dia memandang wajah Imaniah dan Rukia. Macam menahan ketawa. Apa kena dua orang perempuan ini?

“Get inside. Jangan keluar kalau saya tak suruh keluar, faham!” katanya tegas. Wajah mahu tergelak pada muka Imaniah dan Rukia mati langsung mendengar arahan ala komando daripada Jimmy. Agak-agaklah, kami bukan Pranita!

Rukia dan Imaniah menurut kata seperti yang disuruh. Jimmy mengintai ke dalam bilik itu semula, Imaniah dan Rukia duduk memeluk kaki.

“Tunggu saya datang semula, faham!”

“Komando. Faham, tuan!” Jimmy mengangkat kening mendengar jawapan kedua-dua wanita itu. Mana tahu dia komando? Nampak sangat ke pada muka dia ini ada insignia dekat dahinya menandakan dia seorang Pegawai Medan? Tetapi Jimmy tidak melayan sangat. Sebaliknya dia hanya tersengih sedikit sebelum menyambung kata, “bagus! Tunggu dekat sini!”

~~

Beberapa meter jauh ke hadapan. Kumpulan penjahat itu telah membuat kepungan yang mengehadkan orang lain berada di situ kecuali 4 orang wanita tersebut. Amie Najla’, Arisa Nur Adalia, Alia dan Adni Zuhayra. Jimmy cuba merempuh sekatan yang terhasil daripada kumpulan manusia yang bersesak-sesakan mahu melarikan diri tetapi dihalang oleh sekumpulan penjenayah bersenjata submesingan itu. Memang menempah mautlah kalau ada yang bertindak di luar kotak pemikiran logik. Jimmy juga tidak terkecuali tetapi melihatkan ‘kakak-kakaknya’ yang bukan semuanya lebih tua daripadanya itu, dia harus melakukan sesuatu.

Adni dan Alia berada sangat dekat dengan tempat di mana semua itu berlaku. Namun oleh kerana mereka duduk belakang ke belakang, Adni tidak dapat melihat apa yang sebetulnya Alia lihat. Sejurus selepas itu, ada tangan yang menarik Alia jauh daripada Adni. Adni hanya mampu melihat sahaja. Mulutnya terkunci dengan rasa takut. Amie dan Ari yang duduk berdekatan dalam beberapa kaki daripada tempat dia mana Adni berada turut melihat lelaki cina itu menarik Alia secara paksa.

Jimmy tahu dia harus meyerbu sekarang, siapa tahu apa yang boleh mereka lakukan kepada isteri Adnan Taufik itu nanti. Perkenalan mereka yang hanya 2 minggu itu membuatkan dia rasa Taufik bukannya orang lain padanya, seakan saudara kerana memang betul pun mereka bersaudara dalam Islam. Jimmy merempuh sekatan yang dibuat oleh penjahat itu. Dia sampai kepada kumpulan Adni dan yang lain-lain namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang cuba melakukan sesuatu kepada Alia sudah lemah dengan darah di kepala. Seperti dipukul dengan senjata keras. Alia pula dalam trauma. Dia menarik Alia ke dalam pelukannya sebelum laju dia melepaskan wanita itu untuk ditenangkan oleh Adni. Walauapapun niatnya, Jimmy tahu matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi biarlah orang yang sepatutnya memberikan bantuan kepada Alia yang nampak benar dalam ketakutan.

Dalam masa kurang sesaat, dagu Jimmy ditendang oleh salah seorang penjahat yang ada di situ. Dia tumbang tetapi masih tidak pengsan. Cuma pandangannya berpinar-pinar sedikit. Kesemua penjahat-penjahat itu melarikan diri. Dengan kepala yang penih terkena sepak tadi, Jimmy memandang sekilas bayangan seseorang, bukan dua orang, bukan... tiga, empat, lima, enam orang manusia yang datang mendekati mereka. Rif, Afi, Izz, Jad, Fik dan Sid, mereka semua mendapatkan insan-insan yang penting dalam hidup mereka. Jimmy makin pening, penglihatannya jadi kelabu sebelum semuanya jadi malam.

Part 5


Beberapa jam kemudian di hospital berdekatan

Cahaya yang cukup terang membawa Jimmy pulang ke alam nyata. Mata yang sudah sedia berpinar dengan rasa pening kepalanya makin mencucuk-cucuk rasa sakitnya apabila sinaran terang menilaukan itu menyerbu masuk ke dalam retinanya.

“Jimmy, Jimmy!” suara seorang lelaki memanggilnya kembali kepada kesedaran. Dia mencuba dengan payah untuk membuka mata yang silau. Namun apabila wajah lelaki itu menghalang cahaya cerah di atas kepalanya itu dia boleh membuka mata dengan mudah.

Rif.

“Mana Afi?” pertanyaan pertama Jimmy selepas sedar daripada kantuk yang tebal.

Rif tidak membalas. Dia hanya menelengkan kepala ke sebelah kanan. Jimmy mengalih pandang dan melihat Afi. Air mata adiknya itu sudah kering, tetapi kenapa dengan wajahnya? Nampak marah sahaja.

~~

“Berapa?” tanya Rif.

“Satu,” jawab Jimmy.

“Ya, satu manusia degil!” sambung Afi pula. Rif memandang isterinya yang memeluk tubuh. Marah dengan perlakukan Jimmy di lapangan terbang tadi. Nak jadi hero sangat, kan! Nah, rasakanlah!

“Hari apa hari ni? Berapa hari bulan? Tahun apa?” tanya Rif lagi.

“Jumaat, 20 Ogos 2010. Kenapa ni Rif, aku okaylah,” – Jimmy

“Aku nak periksa kepala kau tu, ada konkusi ke tidak?” – Rif

“Macam dia ni, tak payah periksa pun tak apa, hero Malaya ni. Mana boleh jadi apa-apa. Superman, kan!” – Afi

“Afi, sudahlah tu!” desah Rif sedikit keras. Muka Jimmy menunjukkan riak pelik dengan kata-kata Afi.

“Dia marahkan kau,” beritahu Rif sedar Jimmy seperti tertanya-tanya.

“Apa nama kau?” – Rif

“Najmi Hariri bin Mohd. Zahari,” – Jimmy

“Nama gelaran?” – Rif

“Jimmy,” – Jimmy

“Mamat poyo!” – Afi

“Kau ingat apa jadi hari ni?” – Rif.

“Hari ni ada manusia bodoh yang berlagak hero, poyo nak mampus!” balas Afi sebelum tangan menumbuk pintu bilik wad tersebut. Malas berada di situ lebih lama, Afi keluar dengan langkah laju.

“Eh, Afi ni!” seru Rif dengan nada sudah hendak marah.

“Rif, jangan marah dia. Kejap aje tu,” halang Jimmy.

“Afi, kebelakangan ni makin degil, kau tahu tak. Ada sahaja nak memberontak. Kau boleh tahan lagi, Jimmy?” – Rif

“Kalau aku dekat tempat dia pun aku mungkin buat macam itu, dia cuma risau,” – Jimmy

“Kau pun, dah tahu Afi tu tak suka kau buat stunt macam itu tadi, yang kau buat juga kenapa?!” marah Rif tiba-tiba. Mengesan ada wajah berkecil hati pada muka abang iparnya itu, Rif menepuk bahu Jimmy.

“Kurangkan sikit perangai kau tu. Kepala kau dah ok ke tidak? Ada apa-apa lagi yang kau ingat jadi hari ni?”

“Entah, aku rasa macam ada something tapi tak ingat. Apa ek?” kata Jimmy sambil kepala dipicit-picit hendak mengingat sesuatu tetapi gagal. Sudahnya dia memejamkan sahaja matanya.

Part 6


“Iman, panas sangat dah ni,” kata Rukia yang sudah lencun kepanasan dek kerana berada di dalam bilik power supply yang tidak ada penghawa dingin ini. Dia mengibas-ngibas tudungnya mahu mengurangkan haba.

“Itulah, badan Iman pun dah naik melekit dah ni, tak selesa sangat dah ni. Abang Jimmy ni dah ke mana pula? Kata suruh tunggu sampai dia sampai. Ini, dah dekat 2 jam menunggu, tak ada pun batang hidungnya, bayang-bayang dia apatah lagi,” sungut Imaniah pula.

Mereka masih menunggu sampailah kira-kira 3 jam kemudian, kalau tidak ada mak cik tukang sapu yang hendak membuat kerja membuka bilik bilik berkenaan, alamatnya bersaunalah Imaniah dan Rukia di dalam situ sampai esok.

Dan begitulah episod mereka dengan abang Jimmy mereka. Bahagiakah mereka? Hanya mereka berdua sahaja tahu. Namun, apa yang mereka pasti, walaupun Jimmy hilang tanpa sebarang kata, mereka tetap berterima kasih dengan lelaki itu kerana mengambil berat akan keselamatan mereka biarpun sampainya hati Jimmy meninggalkan mereka bersauna di dalam bilik bekalan kuasa itu berdua.

Beberapa hari kemudian

TV3 menayangkan animasi Boboiboy yang entah berapa banyak episod ulangannya namun mereka masih boleh tergelak-gelak menontonnya. Afi berjalan tidak memandang Jimmy, marahnya masih berbaki sedikit lagi. Orang kata tak elok tidak bertegur sapa dengan saudara sendiri lebih tiga hari tetapi sekarang baru masuk hari kedua, jadi tak kisahlah. Jimmy ini kalau tidak diajar mana tahu nak faham bahasa. Pinggan yang dipenuhi dengan tembikai yang merah manis itu diletakkan di atas meja kopi dekat hadapan Rif dan Jimmy. Afi lalu terus ke dapur semula mahu mencuci pinggan.

Tanpa banyak segan, Jimmy mencapai sepotong dan menggigit tembikai itu sambil meriba Aishah Humairah di atas ribanya. Rif juga melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Jimmy. Khadijah Nasuha atau nama manjanya Didi, lebih manja dengannya jadi, dia tidak ada pilihan selain meriba puterinya yang seorangnya itu kerana kalau terlepas pada orang lain mahu menangisnya selama 4 jam tak berhenti. Namun sayang Rif kepada Aishah Humaira tidak sedikitpun kurang daripada kasih terhadap Didi. Sama sahaja, tidak ada yang dapat lebih dan semestinya tidak pernah akan kedua-dua kembar itu kurang kasih sayang daripada bapa komando itu.

Jimmy teringatkan sesuatu, esok dia perlu menjalankan duty di Kem Sungai Udang. Jadi dia perlu ke sana selewat-lewatnya malam ini. Masalahnya adalah, keretanya masih lagi berada di bengkel. Mahu tidak mahu memang dia kena meminjam kereta Riflah. Seganlah dia hendak meminjam Afi punya, adiknya itu masih marahkannya lagi.

“Err, Rif. Boleh aku pinjam kereta kau, aku duty esok. Kena balik Melaka,” katanya buat-buat selamba menonton Boboiboy episod yang Gopal menari lagu Hindustan itu. Lawak sungguh. Rif dah macam kerasukan tergelak! Hahaha! Jimmy pun sama. Aishah Humaira dan Khadijah Nasuha yang belum pandai memahami apa yang mereka lihat itu pun sama tergelak comel. Afi sahaja yang diam meratah ayam goreng rempah lebihan makan malam tadi. Dia mungkin tidak nampak lawaknya seorang budak sekolah berusia 11 tahun menyanyi ala-ala Hindustan tetapi bukannya kedengaran Hindustan sangat. Alah, sebenarnya dia hanya berasa sebal dengan Jimmy sahaja, kalau tidak dialah yang akan tercongok depan TV menyanyi, “Alien datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari, mereka ‘kan tiba tak lama lagi, apa mungkin terjadi... bla, bla, bla...’ itu.

Rif memandang Jimmy laju.

“Tak boleh, nanti kau langgar pokok lagi,” guraunya selamba.

“Shiiiii! Afi dengar karang!” marah Jimmy takut benar rahsia mereka terbongkar. Dia menyambung semula, “...alah, bolehlah Rif. Takkan aku nak minta pinjam kereta Afi pulak, kau ni!”

“Haha, tahu pun takut! Boleh, Jimmy!” balas Rif membenarkan.

Jimmy tersenyum puas seketika sebelum kata-kata Rif berlegar dalam kepalanya. Suara Rif di dalam kepalanya semakin lama kedengaran lain, berubah menjadi suara seorang perempuan secara perlahan dan lambat. Dua wajah segera muncul dalam imbasan sekelip mata.

‘Boleh, Jimmy!’Jimmy teringat semuanya semula. Imaniah dan Rukia!

“Ya Allah!” kata Jimmy dengan satu face-palm yang padat!

The end.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS