novela the curious case of whatever 19

Part 19

Act 91 – The Chronicles of Izz Karami 6 – Khairy Hashimi


2001. Shah Alam, Malaysia. Malam pertunangan Adni Zuhayra dan Khairy Hashimi...

Puan Nazariah memandang anak saudara yang cukup disayanginya itu. Wajah yang sedia jelita itu semakin cantik dengan olesan solekan nan tipis. Namun serinya tidak ada di situ. Seri bakal tunangan orang tidak menyerlah pada wajah jelita seorang Adni Zuhayra. Kenapa? Ibu saudara itu merapati Adni.

“Adni, betul ini apa yang Adni mahukan? Belum terlambat lagi, nak. Kalau ini yang Adni mahukan, mak ngah restu. Pak ngah pun tak pernah menghalang. Tepi betulkah ini yang Adni mahukan, nak?” sayu pertanyaan ibu tua itu.

Tidak ada jawapan yang Adni berikan. Entah, jawapan apa lagi yang boleh dia berikan. Puan Nazariah memegang tangan anak saudaranya itu. Pandangan Adni bertaut dengan wajah Puan Nazariah. Satu senyuman palsu dilakarkan pada wajahnya. Mahu memberitahu yang dia pasti dengan keputusannya. Izz sudah tiada tetapi Khairy masih di sini. Itu sudah cukup untuknya. Dia tidak mahu kehilangan Izz. Dengan Khairy dia yakin, dia memiliki Izz semula. Namun alasan itu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa hatta Khairy sendiri. Alasan bodoh, alasan gila. Sesiapa yang mendengar pun akan menghantarnya ke Tanjung Rambutan nanti. Jadi, biarlah alasan itu kekal alasan dalam hatinya sahaja. Cinta sudah tidak maknanya lagi pada Adni. Cintanya kekal buat Izz walaupun mereka tidak mungkin bersatu lagi.

“Mak ngah, Adni yakin Khairy boleh bahagiakan Adni.” Mendengar jawapan Adni, Puan Nazariah jadi bisu. Nampaknya Adni memang tetap dengan keputusannya. Apa yang boleh dia lakukan ada mempercayai keputusan anak daranya itu. Sejenak sebelum Puan Nazariah keluar daripada bilik solekan, dia terkesan dengan sesuatu.

Khairy. Nama itu yang dipanggil Adni. Selama ini bukankah dia memanggil Khairy dengan nama Shimi. Puan Nazariah menggeleng sekejap. Tidak penting pun panggilan apa yang Adni gunakan. Dia tetap akan menjadi tunangan Khairy Hashimi juga.

~~

Khairy membuka pintu keretanya dan terus berjalan laju ke arah batang tubuh yang menyorok di belakang pokok besar itu. Dia kenal siapa ‘pendatang asing’ itu.

“Abang?” serunya.

Izz keluar menunjukkan dirinya. Dia rasa gembira apabila Shimi masih mengingati akan dirinya walaupun sudah lebih dua tahun dia tidak bertemu adiknya yang seorang itu. Kalau dulu dia memang tidak sukakan sangat dengan Shimi kerana Shimi cukup suka mengenakan dirinya. Tetapi bertahun hidup sendiri mengundang kerinduan buat semua orang. Shimi tidak terkecuali.

“Shimi,” balas Izz dengan seruan yang hampir kedengaran sama.

“Apa yang abang buat dekat sini?!” marah Shimi membuatkan Izz jadi hairan dengan kelakuan adiknya itu. Tidak sukakah dia melihat abangnya sendiri pulang. Tidak sukakah dia abangnya belum mati.

“Abang sepatutnya dah mati,” sambung Shimi.

Ya, Shimi tidak tahu apa yang dia lalui selama beberapa tahu ini. Shimi tidak tahu dia hilang ingatan, bukan niatnya mahu menyembunyikan diri tidak kembali. Dia tidak ingat siapa dirinya. Dia mahu kembali kepada mereka semua. Dia mahu meminta ampun daripada abah dan umi. Dia mahu meluahkan cintanya kepada Dinie. Dia juga mahu berhenti berkelahi dengan Shimi.

“Abang belum ma...,” sebelum sempat Izz menyudahkan ayat, Shimi pantas meningkah.

“Abang tak sepatutnya balik ke sini! Nak buat apa? Nak sakitkan hati abah dengan umi lagi?!” kasar sahaja suara seorang Khairy Hashimi yang Izz sendiri sedar, adiknya tidak suka kehadirannya semula di sini.

“Saya dan Adni akan bertunang malam ini. Abang jangan masuk dan hancurkan segala-galanya! Abang jangan buat kacau dekat sini! Berambus! Adni dah mampu lupakan abang sekarang! Dia dah jadi milik saya, abang dah bukan sesiapa lagi dalam hidup dia. Bukan sesiapa dalam keluarga ni, abang sedar tak semua tu? Abang ingat apa abah kata? Selangkah abang pergi dahulu, jangan panggil diri abang anaknya lagi. Dah berapa langkah abang pergi? Jangan jawab soalan Shimi, bang. Shimi tak perlukan jawapan abang. Shimi cuma nak abang tahu, abang dah mati. Jadi, kekal mati untuk kebahagiaan semua orang! Faham?!”

Izz yang mendengar jadi kaku. Benarkah semuanya seperti yang dikatakan Shimi? Benarkah abah dan umi tidak mahu memaafkannya walaupun dia sudah mati? Benarkah Dinie sudah melupakan dirinya? Bukankah Dinie berjanji hendak menunggunya?

“Berambus, bang! Jangan rosakkan segala-galanya,” pinta Shimi sedar kalau berkeras abangnya tidak akan berlembut.

“Abang tak akan rosakkan apa-apa, Shimi. Abang sayangkan kau,” jawab Izz.

“Kalau sayangkan saya, tolonglah jangan muncul lagi depan kami semua. Jangan tunjuk muka abang lagi. Saya merayu abang supaya pergi!” pinta Shimi merayu-rayu.

“Tapi abang nak jumpa umi.”

“Apa yang susah sangat abang nak faham? Umi tak nak jumpa abang. Abang tinggalkan umi dahulu dah cukup perit umi nak terima, sekarang abang nak datang sakitkan hati dia? Abang tak faham ke? Tak ada sesiapa yang nak abang balik! Abang bukan sesiapa lagi. Abang patut kekal MAMPUS!”

Darah Izz tersirap serta-merta. Kalau Izz membenarkan Zack yang menguasai dirinya, tidak mustahil Shimi mati malam ini. Tetapi dia kembali untuk menjadi Izz. Dia mahu bertaubat. Namun melihatkan apa yang berlaku kini, dia jadi tertanya, untuk apa dia bertaubat? Untuk apa dia mahu kembali sedangkan semua orang sudah melupakannya. Membuang dirinya. Mengabaikan dia. Tidak, dia yang mencari pasal dahulu. Salahnya semua jadi begini. Dia meraup muka. Dia tidak pantas untuk tinggal di sini lebih lama.

Dinie, demi Allah... aku cintakan kau! Demi Allah, aku mahu kembali kepadamu. Demi Allah, rinduku masih untukmu. Tak pernah berhenti. Tapi jodoh kita memang tidak ada.

Izz melangkah meninggalkan Khairy. Semakin jauh hilangnya Izz dalam warna malam, semakin lega dirinya. Namun itu belum cukup lagi. Yang mati patut kekal mati. Selama mana dia boleh mengelak daripada Izz bertembung dengan Adni. Malaysia ini bukannya besar mana. Dan tidak musatahil Izz akan cuba merosakkan segalanya. Abangnya itu benci kepadanya sejak dahulu lagi. Tidak ada jaminan yang Izz tidak akan mengganggu kebahagiaannya dengan Adni. Jadi jalan terakhir, bunuh Izz. Demi Adni dia sanggup. Tidak ada apa yang tidak dia keberatan untuk memiliki Adni. Adni milik sepenuhnya.

Act 92 – The Chronicles of Izz Karami 7 – She’s back


2001. Kuala Lumpur, Malaysia...

Izz membuka pintu rumah tumpangannya, dia tidak mengintai dahulu siapa di muka pintu sebelum tombol dipulas. Saat mata menjamah wajah di hadapannya, Izz merasakan yang dia sudah melakukan kesilapan kerana membuka pintu biliknya. Nina terus melayang ke pelukannya.

Nina memeluk tubuh sasa Zack yang tidak berbaju itu. Dia menangis teresak-esak dengan maksud mahu merayu lelaki bermata sedih itu. Zack yang nyata berasa tidak selesa dengan pelukan gadis itu tidak terfikir lain selain daripada menolak Nina. Entah kenapa dia rasa bersalah dan berdosa membiarkan tubuhnya disentuh perempuan itu walaupun dia bukannya lelaki yang baik.

“Nina, don’t do this,” katanya perlahan sambil tangan menolak bahu Nina. Tidak kasar, dia cuba tidak menyakitkan gadis itu. Walaupun hatinya tidak dimiliki Nina lagi, dia tidak berhak menyakitinya kerana suatu masa dahulu dia dan Nina pernah ada sesuatu yang indah. Walaupun semuanya hanyalah seakan pelangi petang yang singkat, dia harus menghargai gadis yang pernah suatu ketika mengisi kekosongan yang cukup besar dalam hidup, hati dan dirinya. Cuma apabila bayangan Dinie makin kejap dalam kepala sehingga ingatannya pulih, dia tahu... cinta dan kasihnya yang tersemai untuk Nina nyata palsu semata-mata, mati serta-merta. Dia tidak mampu mencintai gadis itu apabila dalam hatinya cuma ada Adni Zuhayra sahaja yang bertakhta.

“Zack, what happen to you, why are you doing this to me?!” tanyanya dengan suara yang sudah melengking tinggi mengalahkan gunung Kinabalu.

“I told you we’re through, why do you keep coming back for me? Please Nina, I don’t need this... not from you,” balasnya tidak meniru cara Nina yang penuh bara itu.

Mata Nina yang sudah sedia mengalirkan air mata makin lebat menghujankan tangisan selepas itu. Suara Izz yang kedengaran biasa itu padanya berbunyi amat sinis. Dia melihat diri sendiri, apa kurangnya dirinya. Tidak cantikkah dia?

“I love you from the bottom of my heart, please don’t push me away,” rayu Nina.

Mata Zack masih kelihatan menanggung kesedihan yang bukan sedikit. Kalau boleh Nina mahu berlari ke dalam pelukan lelaki itu tetapi dia tahu, Zack hanya akan menolaknya lagi.

“I’m sorry, but this is not for me and you,” jawab Izz kembali dingin.

Nina sudah tidak daya untuk menangis lagi. Dia datang ke sini kerana dia rasa cintanya boleh menyelamatkan Zack tetapi ternyata dia salah. Zack sudah tidak boleh diselamatkan lagi, perempuan bernama Adni Zuhayra itu adalah punca matinya jiwa dan raga Zack.

Dengan perlahan, dia berlalu daripada ruang yang kelam dan sempit itu. Nina tahu, dia harus melepaskan Zack. Tidak ada apa-apa yang boleh dia lakukan di sini selain daripada menghentikan kesengsaraan Zack tetapi bukan dengan cara yang dia cuba sebentar tadi. Ya, Izz Karami harus mati. Itu sahaja caranya untuk dia menyelamatkan Zack.

“I thought I could save you.” Dengan air mata yang mengering Nina berlalu. Dia nekad dengan segala-galanya.

Act 93 – The Chronicles of Izz Karami 8 - Allied


2001. Shah Alam, Malaysia...

Khairy Hashimi merenung mata perempuan yang datang entah daripada mana itu. Dengan kaki yang tersilang di atas pahanya, dia melirik ke arah wajah lelaki yang ada mirip Zack itu walau cuma sedikit sahaja. Kegilaan apakah yang merasuk lelaki ini sehingga mahu darah dagingnya sendiri mati?

“Siapa kau?” tanya Khairy.

“Sorry, I don’t really understand Bahasa much,” balasnya berkata benar. Dia masih tidak faham betul dengan bahasa melayu walaupun dahulu adalah Zack mengajarkan sedikit kepadanya.

“Who are you?” kata Khairy mengalih bahasa dengan nada seperti dia tidak fasih bahasa antarabangsa itu. Khairy juga tiba-tiba jadi bangang pula bertanya dalam Bahasa Melayu sedangkan sudah terang-terangan wajah di hadapannya itu berias Inggeris. Dia sedar, dia cuma panik tadi, sebab itulah dia jadi tidak terfikir tentang hal itu.

“My name is Nina Frost.”

“Why are you here? I don’t recall I know you,” tanya Khairy lagi. Kali ini dia tidak menyembunyikan kefasihannya bertutur dalam bahasa itu.

“Of course you don’t know me. What stupidity going up in your mind, thinking that, ‘that man’ can be killed by some random street killer? Some stoner?” terang Nina cukup panjang lebar. Pada masa ini, Khairy tidak perlu bertanya lagi siapa ‘that man’ yang dimaksudkan.

“What do you mean?” balas Khairy hanya mahu Nina terus menerangkan kepadanya apa dia maksudkan sebenarnya.

“You must’ve not known much about your own brother. But it’s okay, you don’t need to know anything. You want to kill him? I can kill him,” sambung Nina.

“You... kill that bastard? Hahaha, what fuck of nonsense you’re talking about?!” jerkah Khairy kasar kepada Nina yang masih tidak berganjak daripada sofa empuk di rumahnya itu. Khairy memang sangat membenci abangnya sehinggakan sanggup menggelarkan saudara darah daging sendiri yang hasil daripada hubungan yang sah ibu bapanya dengan panggilan anak haram. Jika ibunya mendengar apa yang keluar daripada mulutnya bagaimanalah perasaan si ibu. Duhai, anak... kenapalah sampai begini jadinya dia.

Khairy memusingkan tubuhnya ke belakang, matanya terpejam mengenangkan betapa besar lagak perempuan yang datangnya entah daripada mana ini. Namun apabila dia membuka mata dan memusing tubuh ke hadapan semula, dia tidak tahu bagaimana harus dia terangkan kepada dirinya sendiri. Nina sudah ada di hadapannya dengan belati tajam di lehernya.

“Killing him might be hard, but it is not impossible. Killing you on the other hand, is like counting 1... 2... 3...,” balas Nina menghitung satu, dua, tiga perlahan-lahan, satu demi satu. Dia tidak teragak-agak mahu mengelar isi leher lelaki itu jika Khairy masih memandang rendah kemampuannya. Khairy tidak pernah kenal siapa dirinya. Bukan setakat dia, Khairy juga tidak tahu siapa abangnya yang sebenar. Jika dia tahu, tidak mungkin lelaki itu bisa mengeluarkan kata-kata angkuh yang tidak berotak itu. Dia tidak akan berani memanggil Zack dengan nama yang terhina itu kalau tidak matilah jawapannya.

Peluh dingin menuruni dahi Khairy, mengalir ke tepi hidung sebelum menitis ke bibir saat melihat wajah jelita Nina yang jauh lebih muda daripadanya itu. Terasa masin sahaja cecair itu. Walaupun usia Nina lebih hijau kalau hendak dibandingkan dengan Khairy dan dia juga seorang perempuan, Khairy langsung tidak menyangka apa yang telah perempuan ini berjaya lakukan. Dia membuatkan seorang Khairy Hashimi dibasahi keringat gerun.

“You... can you kill him for me?” tanya Khairy, dalam gerun tetapi penuh keinginan. Adakah sudah hilang rasa kasih dan kasihan dalam hatinya terhadap abang kandung sendiri? Bagaimana dia sanggup untuk membunuh Izz?

Nina memandang tepat ke dalam mata lelaki tidak berhati perut itu, sebelum bibir membisikkan sesuatu, “under one condition,” jawab Nina tersenyum dengan senyuman setara dengan sengih Pontianak.

Act 94 – The Chronicles of Izz Karami 9 – Warning!


Kondominium Seri Impian...

Izz yang lebih selesa dikenali dengan nama Zack itu menghentak kepala lelaki yang telah menyerang Adni di apartmentnya sendiri itu. Wajah pucat Adni yang sudah terlena dengan pengsannya itu dia tatap penuh sayu. Walaupun Adni sudah tidak mencintainya lagi, selagi rindu belum berhenti, selagi itu dia damba bahagia dengannya. Cuma, dia perlu menerima semua hakikat ini... mencintai tak seharusnya memiliki. Fikiran luka itu meresap ke dalam dogmanya pada tahap yang paling asas. Lalu dia meninggalkan Adni sendirian di ruang rumah yang luas itu. Lelaki yang cuba mencederakan Adni, Zack pikul di bahu. Tahulah dia bagaimana hendak dia bereskan sampah masyarakat ini. Tahulah dia cara apa yang patut dia seksa si keparat yang sengaja menempah kerandanya sendiri itu. Dalam hati, Zack tidak kenal ampun lagi. Menyakiti Adni lebih daripada menyakiti dirinya. Menyakiti Dinie maknanya MATI!

~~

Khairy bertembung dengan abangnya itu di luar perkarangan kondominium yang agak gelap gelita tanpa cahaya namun cahaya bulan yang terang umpama lampu simbah yang cukup terang menyuluh wajah mereka. Dapat Khairy melihat rupa orang yang dipikul Izz. Tak guna? Dia kenal siapa lelaki tersebut. Ini sudah tentu kerja Nina!

“Kau buat apa dekat sini? Si... siapa lelaki ini?” tanya Khairy sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Izz memandang adiknya itu dengan sinar mata yang kalau dia Superman, memang satu laser beam sudah menembusi dada Khairy.

“Kalau kau tak jaga Dinie baik-baik, kalau Dinie terdedah dengan bahaya sekali lagi, aku sumpah aku akan bunuh kau, Shimi!” jerkahnya tidak langsung menjawab soalan adiknya yang dia panggil dengan nama gelaran Shimi.

“Kau ingat aku tak nak jaga Adni ke? Selepas dapat phone call daripadanya aku terus ke sini! Kau pula, apa kau buat dekat sini? Kan aku dah kata, kau dah mati! Kau tak sepatutnya datang ke sini lagi! We’re better off without you, we’re happy with the fact that you died. Kau buat semua orang lega dengan kematian kau, tak perlulah abah dan umi fikirkan lagi pada seorang anak yang tak kenang budi, tak tahu dek untung. Aku? I’ve never felt any better, Izz! Kau tak layak untuk terima cinta Adni, kau tak layak! Kau bukan sesiapa lagi, Izz! Cuba faham itu!” balasnya sama menjerkah dengan panjang lebar kata-kata makian terhadap abang sendiri. Dia benci, benar dia benci. Walaupun sedarah tetapi kasih sayangnya sudah lama berkubur terhadap abangnya itu. Dia ibaratnya cuma bersaudara atas nama sahaja dengan Izz. Tidak dari hati.

Izz mendengar apa yang diluahkan oleh adiknya itu semakin hancur luluh jantung hatinya. Sampai hati kau, Shimi. Cukup sampainya hati kau harapkan aku celaka sebegitu. Air matanya bergenang tetapi dia malas menangis kerana kutukan adik sendiri. Dia lelaki keras hati. Tetapi tidak sekeras bencinya adik sendiri terhadap dirinya. Izz tidak mahu menahan diri melihat Shimi lagi. Hatinya sakit mengenangkan saudara sendiri tidak suka akan kenyataan dia masih bernyawa. Terlalu hina dia sampaikan Shimi seakan menyamakan tarafnya sama dengan kotoran di bawah kuku kaki sahaja layaknya.

“Jaga Dinie baik-baik, kalau kau tak nak jumpa aku lagi, kau jaga dia baik-baik,” ringkas sahaja kata pamitan Izz buat adik yang tidak pernah dia benci itu, walau apa sekalipun yang dilakukan oleh Shimi selama hidup ini. Jauh di sudut hati, Shimi masih adik kesayangannya. Dia tidak ada saudara lain, jadi dia tidak akan memperjudikan nilai seorang saudara walau sejauh mana rasa marah dalam hati. Alangkan baiknya andai Shimi juga mampu berfikir sebegitu tetapi dia tahu, Khairy Hashimi memang degil sedari kecil. Dia kalah dengan kedegilan seorang adik.

Izz tidak menunggu lama sebelum membawa diri. Ada perkara lain yang perlu dia lakukan sebentar lagi. Dia tidak mahu lambat. Khairy memandang dari kejauhan. Sehingga bayang-bayang Izz lesap daripada pandangan, hatinya tidak tenang. Setelah pasti lelaki itu sudah tidak ada di situ barulah Khairy bergegas lari masuk ke dalam rumah.

Di dalam rumah, dia melihat Adni sudah siap-siap dibaringkan di atas katil dengan selimut yang menutup tubuhnya separas leher. Hatinya mendidih memikirkan Izz memegang tunangnya. Dia keluar sejenak mahu membuat panggilan telefon. Khairy mendail nombor telefon itu. Dia harus bercakap dengan Nina. Dia harus bersemuka dengan wanita itu. Kenapa dia hendak membabitkan Adni dalam hal ini? Bagaimana dia kenal Adni? Bagaimana? Hatinya merusuh mengenangkan apa yang terjadi sebentar tadi.

“Kalau kau tak jaga Dinie baik-baik, kalau Dinie terdedah dengan bahaya sekali lagi, aku sumpah aku akan bunuh kau, Shimi!”

Kata-kata Izz membuatkan dia jadi makin benci dengan Izz bertambah-tambah lagi. Tak guna betul! Tidak salah rancangannya untuk menamatkan riwayat lelaki itu, Izz juga tidak segan silu hendak membunuhnya. Apa yang tidak Shimi tahu, abangnya cuma marah... namun untuk membunuh darah daging sendiri, manakan dia sanggup.

Lama Khairy menunggu namun sebelum panggilan bertukar menjadi mel suara, Nina Frost mengangkat talian.

“Yes?” jawabnya ringkas bertanya.

“What do you think you’re doing?!” marah Khairy tidak tertahan.

“What did I do?”

“Don’t fuck with me! I know you send someone to kill him, but why do you have to drag my fiancée in this?!” oktaf suaranya sudah mencecah langit.

“STUPID, why do you guys fight over one miserable woman?” balas Nina selamba mengutuk kedua-dua Izz Karami dan Khairy Hashimi.

“She’s not miserable! Don’t blame me if you can’t love someone! Don’t blame me if I love someone!” jerkah Khairy sambil menjustifikasikan kenapa dia sanggup bermusuh dengan abangnya sendiri. Semuanya kerana cinta seorang Adni Zuhayra. Segala-galanya demi dia.

Nina berdengus di hujung talian. Dia meletakkan telefon malas melayan Khairy Hashimi lagi. Dia sebenarnya marah, dia tidak mampu mencintai seseorang? Khairy tidak kenal dirinya, tidak tahu perasaannya. Dia lebih cintakan Zack berbanding Khairy cintakan Adni. Tetapi Zack cintakan Adni lebih daripada cinta sesiapa juga dalam gambaran sekarang. Itu yang Nina tidak boleh terima. Dia menghantar pengacau itu bukannya untuk membunuh Adni, tetapi dia mahu menguji sejauh mana cintanya Zack terhadap perempuan yang namanya Adni Zuhayra atau siapa yang dipanggil Zack sebagai Dinie itu. Nina sendiri tahu apakah nasib yang bakal menimpa lelaki itu, mayatnya pasti akan ditemui oleh pihak polis di mana-mana dengan kesan tikaman yang besar dan panjang di perut. Pembunuhnya? Tidak lain dan tidak bukan Izz Karami! Zack! Jadi, Nina tahu di mana Dinie berdiri di dalam kotak hati Zack. Dia ratu, dan kekal akan jadi begitu buat selama-lamanya. Hatinya perih mengakui hakikat itu namun untuk mencabar Zack secara terus dia masih tidak berani. Nina masih sayangkan nyawa, jadi mana mungkin dia akan mengapa-apakan perempuan itu seperti apa yang Khairy tuduh.

Untuk membunuh Zack, dia perlukan perancangan. Dia perlukan masa, dia perlu mendekati lelaki itu semula, kalau bukan dengan cara menagih kasih... dia boleh jadi kawan yang boleh menenangkan diri Zack akibat luka cinta Dinie dan selepas itu, dia akan menikam Zack daripada belakang.

Act 95 – The Chronicles of Izz Karami 10 – Rindu Belum Berhenti


Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam...

Khairy pangku kepala memandang wajah tunangnya itu. Dia tidak tahu bagaimana harus dia terangkan tentang kejadian malam semalam. Hatinya diusik rasa galau risau andai Adni benar-benar melihat siapakah yang telah menyelamatkannya itu. Namun apabila melihatkan Adni masih terpaku diam di atas katil hospital ini memandang sesuatu yang tidak ada, Khairy jadi faham. Dia jadi mengerti. Namun telahannya tidak berani dia utarakan.

“Apa yang you nampak malam semalam? Siapa yang serang you?” tanya Khairy agak penasaran.

Wajah pucat Adni masih memenuhi ruang pandang Khairy Hashimi. Dia cintakan wanita ini, dia mencintai Adni Zuhayra lebih daripada segala-galanya. Tetapi kehadiran lelaki yang bernama abang baginya itu bisa memporak perandakan kehidupannya. Dia tidak mahu itu terjadi, jadi pada pandangannya, dia hanya mampu fikirkan yang Izz Karami patut mampus dan dikuburkan secepat mungkin. Dengki dalam hati sudah bertukar menjadi dendam yang tebal. Sejenak, Khairy menggeleng kepala, tidak mahu mengingati abangnya itu. Pandangan diubah arah kepada Adni kembali.

Tiada jawapan daripada bibir munggil Adni buatnya. Adakah wanita itu memikirkan si Izz keparat itu? Tanya Khairy pada diri sendiri dalam hati. Tidak terluah kerana dia tidak punya keyakinan yang Adni boleh bertenang mendengar 2 patah perkataan itu... Izz, Karami.

“Adni, kenapa tak nak cakap dengan I, kenapa hendak pendam semua sendirian. I’m here for you,” balasnya terhadap pandangan kosong Adni kepadanya.

“Adni?” serunya lagi tetapi tidak mendapat sebarang layanan daripada wanita itu.

“I keluar sekejap,” Khairy jadi bosan menunggu jawapan Adni yang masih tidak mahu keluar.

Lelaki itu mengibas-ngibas rambutnya tanda semak. Apatah lagi dengan perangai Adni yang satu ini. Selalunya dia yang lebih banyak merajuk berbanding Adni tetapi apabila sesekali keadaan terbalik barulah dia tahu rasa, susah betul menangani orang merajuk. Namun dia tidak pernah memikirkan bagaimana Adni terpaksa bersabar dengannya selama ini.

Daun pintu dikuak dan bayangan Khairy menghilang daripada pandangan mata Adni. Dia mengintai juga sebenarnya ke mana hilangnya lelaki itu kerana dia tidak mahu Khairy melihat tangisannya selepas ini. Dia rasa otaknya sudah mereng. Suara siapakah itu? Suara siapa yang dia dengar malam semalam? Rindunya nyata masih belum berhenti untuk dia, untuk seorang Izz Karami. Walaupun lelaki itu sudah tidak ada dalam dunia ini. Dia teringatkan kejadian semalam. Dia terjelopok jatuh ke lantai dan kepalanya terhantuk. Pandangannya menjadi gelap, dia tidak nampak apa-apa. Kepalanya juga semakin berat. Kesedarannya juga semakin pudar. Fikirannya melayang entah ke mana. Yang dia tahu, dia rasa pening sangat. Dan mengantuk. Dia tidak larat menahan mata lagi, kantuknya memberat. Perkataan terakhir yang dia dengar adalah, “BINATANG!” sebelum semuanya jadi malam yang gelap tak berbintang.

Khairy kata Khairy yang datang, doktor juga kata Khairy yang membawanya ke hospital kerana ada orang memecah masuk rumahnya. Namun entah kenapa dia merasakan apa yang berlaku bukan seperti apa yang diterangkan kepadanya. Mungkin benar Khairy yang menghantarnya ke hospital ini tetapi yang menyelamatkannya daripada penyerang itu? Ahh, memang aku dah nak jadi gila rupanya. Suara Khairy aku dengar seperti suara orang yang sudah lama mati. Suara Izz. Suara Izz. Rindunya masih belum berhenti.



Tamat bahagian 19.
2 comments

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA