Posts

Showing posts from November, 2012

TCCOW TALK 3

Image
MR. KOMANDO OKAY, ingat tak dalam Jauh Kau Pergi ada satu scene di mana Afi meneka kepakaran setiap komando-komando yang ada itu kecuali Jimmy. Katanya, Helmi pakar medik sebab dah sah-sahlah dia budak medik dekat USM dulu. Luqman pula was a UIA student, so... if it’s a UIA student, English and Arabic should be his makanan, kan? Cuma Eddie Sufian dan Haiyan Rifqi sahaja yang tidak ditekanya dengan jelas. Both are UTM’s engineering student. And she just deliberately didn’t state who the sniper is and who’s the bomb expert thought she left the 2 skills to the guys. So, my money is going for this.  Luqman – Communication expert  Helmi – Medic expert  Eddie – Sniper expert  Rif – Bomb expert  Jimmy – Spy/Information expert  Sila pay attention pada Eddie, Rif dan Jimmy... sebab tak ada tekaan yang definite daripada Afi.  Boleh nampak tak kenapa?  Eddie dan Rif masing misteri sik...

novela the curious case of whatever 16

Part 16 Act 76 – Stockholm Syndrome? Sebuah lokasi rahsia berdekatan Klang... Pintu kayu di tolak lalu mengeluarkan bunyi mengeriut yang agak kuat. Besi engsel sudah berkarat agaknya. Sudah lama dia tidak ke sini, telahnya dalam hati. Tempat ini menyimpan suatu kenangan buat dirinya. Sesuatu yang merbahaya, sesuatu yang cukup merbahaya. Dia memegang luka yang sedikit itu. Mahu dihentikan pendarahan. Adni dan Ari mengikut sahaja. “We should be safe here... for now,” katanya perlahan sambil mengekalkan pandangan yang minimal antara mereka. Bukannya dia tidak beradap untuk tidak melihat perempuan-perempuan itu semasa bercakap tetapi kerana kedua-dua mereka tidak berhijab pada waktu ini. Walaupun agak kedaruratan, selagi boleh dia menahan, dia akan tahan diri daripada melihat. Lagipun, dia yakin itulah yang Adni dan Ari mahukan. Mereka juga tidak mahu menanggung dosa. Imbas kembali... Bunyi tembakan yang kedengaran itu membuatkan Adni dan Ari terbungkam. Apatah lagi setelah mereka d...

manusia yang rugi

Image
Assalamualaikum, Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan kepada kebenaran serta kesabaran. Surah Al'Asr. 1-3 Ini adalah surah lazim Jahn. Sebab pendek. Aduh, hehe... tetapi yang pendek nilah yang buat Jahn face-palm. Berkali-kali. Sebabnya? Jahn memang dalam kerugian. Jahn takdelah beriman sangat. Jahn tak cukup amal soleh. Jahn tak berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. So, yang pendek ni pun, Jahn tak mampu buat. So, konklusinya, adakah Jahn seorang Muslim yang tidak baik? Worse yet, munafik ke Jahn ni?  Soalan-soalan itu Jahn sendiri tak ada jawapan, kalau ada pun Jahn sendiri tak snaggup nak jawab. Takut jawpan yang Jahn beri itu nanti aadlah jawapan yang salah, paling tidak jawapan yang membetulkan lagi siapa dan apa diri Jahn ni... Kadang-kala bila kita tengok diri kita dalam cermin, kita jadi semacam tak kenal. Pernah Jahn rasa macam itu. Mungkin sebab rasa ga...

TCCOW Special Episode 3 – Nur Eyzan

Part 1  Easy Cafe, Tanjung Malim  Nur Eyzan duduk di situ hampir setengah jam. Menunggu seseorang yang katanya hendak datang bertemu. Tetapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak. Mengerti dengan prinsipil ‘janji Melayu’ dia tunggukan jugalah. Walaupun kalau hendak diikutkan mahu sahaja dia keluar daripada restoran ini dan balik ke rumahnya, nun di Terengganu itu.  Bagai tahu dirinya ditunggu-tunggu, lelaki yang dinantikan oleh Nur Eyzan datang juga. Lelaki itu seperti biasanya dengan topi besbolnya. Tetapi kali ini, dia datang bersama seorang budak perempuan yang bukannya budak sangat pun dah! Tetapi Nur Eyzan suka menggelarnya budak kecil.  Jahn dan Eera menarik kerusi dan memberi salam.  “Assalamualaikum, kak! Lama tunggu?!” tanya kedua-duanya ramah.  “Waalaikumussalam. Tak lamalah, dik. Adalah 4 jam akak kat sini,” guraunya membesar-besarkan cerita.  “Uih, lamanya... 4 jam! Tulah Eera, orang dah kata next time je...

novela the curious case of whatever 15

Part 15 Act 71 – A Child’s Play/Recidivist “No way! Aku takkan tinggalkan Hayabusa aku, not in a million years, okay!” kata Sid tegas. “Hayabusa kau lagi penting daripada Ari ke?” tanya Izz melancarkan kombat psikologi. Mahu melihat sejauh mana Sid boleh bertoleransi. “Habis itu, Cagiva kau lagi penting daripada Adni?” balas Sid memerangkap Izz Karami ke sudut yang dia cuba bawa pada mulanya. Dalam hati Sid tersenyum merasakan bidikannya tidak tersasar langsung. Cuma wajahnya masih serius lagi. Walaupun kalau hendak diikutkan mahu sahaja dia ketawa terbahak-bahak di situ melihat kegusaran pada wajah Izz. Izz, Izz... dalam resolved dan professional itu, dia masih lagi seorang pencinta yang tidak boleh menahan rasa apabila orang kesayangannya menjadi bahan aniaya. Kagum dia dengan kecengengan Izz kala ini. Dunia, dunia... kadang-kala ketidaksempurnaan itu menggambarkan kelengkapan. Dan juga sebaliknya. “Huh, kita o-som!” sambung Izz tidak mahu menjawab soalan Sid. Gilakah dia? Ma...