TCCOW Special Episode 2 – Jahn & Eera

Lelaki bertopi besbol itu menghubungi seseorang dengan telefon bimbitnya. Lama pula bunyi caller ringtone itu kedengaran. Namun selepas itu ia bertukar kepada suara operator menyuruhnya meninggalkan pesanan sahaja. Hatinya terasa bengkek sedikit. Tetapi dia sudah agak perkara itu akan berlaku, orang yang dia cuba hubungi itu memang susah hendak menjawab panggilan. Ada sahaja alasannya nanti kalau talian dapat ditembusi. 


“Hmm, susah betullah. Disuruhnya update tapi bukannya nak jawab phone,” rungutan hanya kedengaran pada dirinya sendiri. 

Pemuda yang berketinggian 5 kaki 5 inci itu menyeluk semula handphone ke dalam poket seluar. Dia membuka menu yang tersedia di hadapannya. Restoran kopitiam ini pernah dikunjungi oleh Afiqah Najwa pada masa itu. Dia melihat segalanya pada waktu itu… Suri yang datangnya entah daripada mana terus duduk di hadapan Afi. Berlagak macam sudah kenal lama. Daripada jauh juga dia melihat ada seorang lelaki yang sudah mengekori Afi dalam masa beberapa hari sebelum itu. Dia tertanya-tanya juga, bilakah lelaki itu akan memulakan langkah? Rasanya dia memang hendak menculik Afi tetapi entah kenapa dia menunggu masa. Bukannya susah, Haiyan Rifqi tidak ada. Najmi Hariri juga tidak ada. Apa yang mereka tunggu lagi? Dia jadi pelik. Mujurlah Surihana dan Hafriz datang pada masa itu. Akhirnya, Afi terselamat daripada bahaya yang dirancang. Syukurlah… 

Lamunannya terhenti apabila seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an menarik kerusi di hadapannya. Segera dia melabuhkan duduk di situ. Lelaki bertopi besbol itu tersenyum. Lama dia menunggu, akhirnya datang juga perempuan ini. 

“Lama tunggu, Jahn?” katanya. 

“Lama jugaklah, sampai sejuk air ni menunggu,” white coffee yang disedia di hadapannya ditunjukkan tanda bukti air itu sudah suam. 

“Sorrylah, tadi pergi usha novel kejap… kata kaki novel, kan!” jawabnya beralasan. 

Jahn hanya diam tersenyum sahaja. Dia sedia maklum gadis ini sememangnya hantu novel. Padanya, membaca novel itu sama pentingnya dengan makan dan minum. Jahn mengintai sebelah kaki Eera, sebuah paper bag yang penuh dengan novel diletakkan di situ. Memang hantu novel perempuan ini, tidak dinafikan lagi... 

“Eera ada dengar apa-apa daripada Kak Dhiya tak lately?” tanya Jahn membuka bicara serius. 

“Dengar apa? Chat camtu ajelah dekat FB. Jenguk-jenguk blog dia sesekali bila online tu. Hmm, speaking of blog, kenapa Jahn dah lama tak update, dah bersawang sangat dah Eera tengok?” tanya Eera. 

“Busy sikit... hehehe,” balas Jahn tidak tahu hendak menjawab apa. Ya, dia memang sudah mengabaikan blognya itu. Betullah kata Eera, kalau rumah, sudah bersawang dan mereput kayu-kayunya. 

“Haa, kenapa tanya Kak Dhiya, ada benda penting ke?” tanya Eera membalas dengan pertanyaan. 

“Takde apa-apa, saja je tanya,” balas Jahn cover line. 

“Eleh, nak kelentong siapa ni? Janganlah nak tipu, something happen, kan?” serkap jarang Eera membuatkan Jahn menggelabah sedikit. 

“Betullah, memang tak ada apa-apa… sangat. Benda kecil je,” Jahn pula yang beralasan. 

“Okaylah, kalau tak nak bagitahu!” Eera membalas seakan-akan merajuk. 

“Ya Allah, betullah… tak ada apa-apa,” Jahn sekali lagi menegaskan, benang tidak akan tegak sama ada basah atau kering tetapi dia masih cuba hendak tegakkan juga. Namun daripada reaksi Eera, dia tahu gadis itu bukannya senang hendak dibohongi. 

“Okay, okay…,” balas Eera seraya tawa meletus sejurusnya. 

Tawa Jahn juga terlepas dari mulut selepas itu. Buat seketika, dia jadi gembira pula bertemu Eera. Kalau diikutkan mereka tidak berjanji pun hendak bertemu di sini. Cuma kebetulan, Eera ada di sekitar sini. Jadi, mereka mengambil keputusan hendak berjumpa empat mata. 

“Jahn ada tengok Jad dekat hospital hari tu. Alhamdulillah, dia dah sedar.” 

“Really?! Alhamdulillah, syukur. Jahn jumpa dia ke?” balas Eera excited. 

“Eh, taklah… gila ke nak tunjuk muka ni dekat dia. Nak cakap apa nanti? Ada selisih dengan dia je… dia nampak okay dah,” pertanyaan Eera, Jahn balas seadanya. 

“Izz Karami yang dibanggakan sangat tu ada jumpa?” tanya Eera sekali lagi. 

“Wah! Ingat saya ni stalker ke? Semua orang pun nak ikut!” balas Jahn selepas sedar Eera sekadar memerlinya. 

“Hahahaha, relaxlah! Menggelabahlah Jahn ni!” pujuk Eera. 

Eera memanggil pelayan. Sesampainya pelayan lelaki berbangsa Nepal itu, Eera segera memesan segelas besar Root Beer Float. 

Jahn bertanya sama ada Eera hanya minum sahaja. Balas gadis itu jika Jahn mahu belanja atau tidak. Dengan pantas Jahn menggeleng kepala. Katanya, lain kali sahaja. Eera berdengus sedikit mengatakan Jahn ini kedekut. Tiada jawapan selain gelak yang sekejap daripada mulut Jahn. Mereka berbual buat beberapa ketika. 

Dalam cereka ini, mereka berdua hanya pemerhati. Mereka tahu banyak perkara namun mereka lebih senang melihat daripada jauh sahaja dan membiarkan watak-watak utama yang berperang dengan jiwa masing-masing. Namun, apa yang kedua-dua Jahn dan Eera tahu adalah, kejahatan tidak akan menang. Dan hero biasanya kalah dahulu... macam cerita Hindustan... 

The end.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS