manusia yang rugi

Assalamualaikum,

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan kepada kebenaran serta kesabaran.
Surah Al'Asr. 1-3

Ini adalah surah lazim Jahn. Sebab pendek. Aduh, hehe... tetapi yang pendek nilah yang buat Jahn face-palm. Berkali-kali. Sebabnya?
  1. Jahn memang dalam kerugian.
  2. Jahn takdelah beriman sangat.
  3. Jahn tak cukup amal soleh.
  4. Jahn tak berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
So, yang pendek ni pun, Jahn tak mampu buat. So, konklusinya, adakah Jahn seorang Muslim yang tidak baik? Worse yet, munafik ke Jahn ni? 

Soalan-soalan itu Jahn sendiri tak ada jawapan, kalau ada pun Jahn sendiri tak snaggup nak jawab. Takut jawpan yang Jahn beri itu nanti aadlah jawapan yang salah, paling tidak jawapan yang membetulkan lagi siapa dan apa diri Jahn ni...

Kadang-kala bila kita tengok diri kita dalam cermin, kita jadi semacam tak kenal. Pernah Jahn rasa macam itu. Mungkin sebab rasa gagal. Mungkin sebab dosa-dosa silam yang kita buat. Mungkin juga kerana kekecewaan yang tak sempat kita nak tinggalkan. Macam-macam sebabnya. Bukan satu. Sebab kalau satu, senang je kita nak selesaikan. Masalah tu macam lidi. Kalau satu boleh je kita patahkan, tapi kalau banyak... susah.

But yet, itu adalah salah satu alasanlah. Sebab manusia dilahirkan dengan kebolehan memberi alasan. Alasan-alasan yang datangnya disebabkan oleh hasil manifestasi diri terhadap dunia yang semakin sukar hendak dijalani ni. Atau sebenarnya malas hendak ditempuh. Jadi, seseorang atau sesuatu perlu disalahkan untuk membuatkan diri jadi lebih ok, lebih feel better sedangkan... nothing is all right. 



p/s - this post is not intended to make people to feel bad. it's just to share, how I am feeling so far...

Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA